Tumblr Scrollbars

My Friend

Jumaat, 17 Januari 2014

Sinopsis Novel My Heart For You


Assalamualaikum... Konichiwa! #Huh tiup habuk dalam blog# Lama tak update dunia biru ni hehe... Hari ni Syaf nak kongsikan sinopsis Novel My Heart For You ^_^ actually novel ni telah ditukar dari tajuk asalanya yang bertajuk Tentang Kita. Bukan tajuk ja, nama watak sekali Syaf tukar. Sebab - sebabnya Syaf nak hantar novel ni pergi publisher ^__^ harap dia orang terima la amin... Tapi sebelum tu, Syaf nak minta maaf lah sebab Syaf akan mula tulis novel ni lama lagi sebab Syaf akan menduduki SPM... So, Syaf harap korang boleh sabar tunggu novel ni disiapkan ^__^ 







Kadangkala sesebuah cinta dapat menjadikan seseorang itu menjadi ego. Kadangkala cinta juga membuatkan seseorang itu menjadi alpa dari mengingati yang maha esa. Kerana cinta seseorang itu juga sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta sejatinya. Begitulah juga dengan dua orang insan yang terpilih untuk memendamkan perasaan masing-masing. Mereka pertama kali bertemu tika masih berada di bangku sekolah. Meski personaliti membezakan antara mereka berdua namun masing-masing tetap memendamkan perasaan cinta tersebut.Mereka berdua faham mereka masih muda untuk menjalinkan hubungan cinta sesama manusia.

Rafael Shah, jejaka kacukan cina dan melayu hidupnya sebelum ini begitu kosong. Hatinya dipenuhi dengan kegelapan, tanpa iman dan kasih sayang. Meski dibesarkan dalam serba kemewahan dia tidak pernah bersyukur dengan kemewahan tersebut. Dia tidak memahami erti sebuah kasih sayang. Ibu Bapanya yang sibuk mengejar kemewahan yang tidak pernah cukup bagi mereka menyebabkan dia tidak memahami kasih sayang tersebut. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang gadis riang yang mengubah kehidupannya.

Hana Zulaika, meski hidupnya serba kekurangan dengan harta dan kasih sayang seorang ayah namun senyuman dibibir gadis itu tidak pernah mati. Dia tidak pernah mengenali erti cinta sesama manusia. Dia sentiasa menceriakan kehidupannya dan juga keluarga serta sahabatnya. Tiada siapa yang tahu apa yang tersirat di dalam hati gadis tersebut kerana senyumannya yang tidak pernah mati.

Sifat Hana yang ceria itu menarik perhatian Rafael yang sentiasa bersikap dingin. Lama-kelamaan menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua. Namun cinta itu hanya terpendam di dalam hati masing-masing. Kehadiran Keysha Fukuhara gadis yang pernah dicintai oleh Rafael dalam diam itu perlahan-lahan merosakkan persahabatan mereka berdua.

“Kau memang hebat Hana, hebat kerana berjaya mencuri hati aku” … Rafael Shah

Setelah genap setahun perasaan itu dipendam, akhirnya Hana terpaksa pasrah dengan ketentuan ilahi apabila Rafael mengalami kemalangan ketika menuju ke lapangan terbang untuk mengejarnya. Rasa bersalah tidak pernah mati dalam hatinya. Tujuh tahun berlalu, Hana berjaya mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor. Perasaannya terhadap Rafael yang telah meninggalkan dunia tidak pernah luput dek zaman.
Naufal Shah, abang dan kembar kepada Rafael yang mempunyai sikap ceria muncul dalam hidup Hana. Naufal jatuh cinta pada pandangan pertama kepada Hana. Dia sentiasa berusaha untuk mencuri hati gadis yang diimpinya itu meski Hana sentiasa bersikap dingin kepadanya. Hana terpaksa menerima lamaran Naufal kerana Puan Zaleha ibu kepada Rafael dan Naufal menghidap barah paru-paru.

Ya, memang Rafael dah mati… tapi… dia belum mati dalam hati saya” …. Hana Zulaikha

Awak pencuri Hana! Awak dah curi hati saya, jadi saya harap awak jaga hati saya elok-elok”…. Naufal Shah

Sikap Naufal yang prihatin dan ceria sedikit demi sedikit menimbulkan rasa sayang dalam hati Hana. Namun dia takut, jika Naufal akan meninggalkan dirinya seperti Rafael.

Adakah Hana dapat menerima Naufal sebagai suaminya dengan ikhlas? Adakah Naufal akan terus berusaha mencuri hati Hana seperti Hana mencuri keseluruhan hatinya? Antara realiti dan trauma mengenai cinta… adakah Hana dapat melupakan tragedi hitam yang meragut nyawa Rafael?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me