Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 24 Mac 2015

Tajuk : Salah Memilih ( PART 2 )









“ KAK NAWAR...” Aku toleh belakang pandang Naimah. Adik perempuan aku yang baru tamat pelajaran dalam course akauntan.
            “ Opah...” Dia hempas punggung duduk di depan aku yang tengah duduk di bawah gazebo.
            “ Opah dah teruk tu akak. Kita nak buat apa?”
            Senyum nipis aku koyak. Tangan Naimah aku genggam. Tak kuat nak hadap semuanya.
            “ Kita doa aje untuk opah.” Naimah balas senyuman aku.
            “ Ha sini pun kau orang. Nawar pi buat air.” Aku tak suka adik arwah mama. Serius aku tak suka biarpun dia dah tumpangkan kita orang dekat rumah ni sejak dulu. Tapi tak pe lah aku dah ada pendapatan sendiri kejap lagi aku bawa Naimah lari eh tak kasar sangat bahasa lari tu. Pergi... ya pergi dari rumah ni.
            Aku tak suka makcik Mairah sebab dia suka arah – arah aku dengan benda – benda yang aku tak suka. Macam sekarang ni aku dah terpacak dekat dapur tiba – tiba suruh aku buat air teh hidang dekat depan. Entah apa pe makcik tua tu. Ahaks jahat kot aku makcik tua.
            “ Pilihlah beg – beg ni Mai... aku beli dari Dubai kot. Cantik – cantik belako.”
            Ada perjumpaan mak – mak datin rupanya. Hahaha patut arh. Tak pasal – pasal jadi maid makcik Mairah. Sadis!
            Aku letak dulang di atas meja seraya salam tangan mak – mak datin. Arwah mama ajar buat macam tu.
            “ Ha ni anak buah saya. Setiausaha dekat Syarikat.” Amboi bukan main makcik Mairah ni siap kenalkan aku dengan kengkawan dia yang dah pandang aku sebendeng tu.
            Aku nampak tiga mak datin yang duduk depan makcik mairah dah bisik – bisik antara satu sama lain. “ Nak sunting anak buah...”
            “ Saya dah bertunang.” Ringkas dan padat.
            “ Tunang dia dah meninggal setahun lalu.” Sentap. Nak nangis boleh? Uhuk jahat betul makcik Mairah.
            Mak datin bertiga tu aku nampak dah terangguk – angguk.
“ NAWAR!” Aduh makcik Mairah dah jerkah aku dengan wajah yang dah menyinga. Aku baru balik dari kerja kot dia nak jerkah aku macam ni. Makcik ni kan buat aku nak gelak tau. Serius aku nak gelak sebab kan... bila dia pakai baju colour biru wig pendek dia pun colour biru. Hahaha. Ok aku dah merepek.
            Dia pandang aku dari bawah sampai ke atas. Ye aku tahu aku tak bergaya. Baju kurung sutera aje yang aku pakai. Dipadankan dengan shawl biru.
            “ Makcik nak cakap sikit dekat kamu.”
            “ Saya penat...” Tangan aku dia tarik kasar menuju ke sofa ruang tamu. Aku nampak Naimah dekat tingkat atas tengah memerhati dari ekor mata. Apa lagi yang makcik Mairah tak puas dengan aku.
            “ Sampai bila nak harapkan arwah tunang kamu bangkit dari kubur! Duk tolak bila ada orang yang merisik... duk kata kamu bertunang.” Husyh bagaikan halilintar. Berdentum – dentum dah tu pedas sangat.
            “ Suka hati saya. Saya dah besar bukan budak sekolah macam dulu.”
            “ Melawan!” Dia cekak pinggang sambil rahang tergerak – gerak kiri ke kanan. Hahaha kesian makcik Mairah dah geram.
            “ So what?”
            “ Yang kali ni punya kamu kena terima. Kamu tu dah 27 tahun dah Nawar! Tahu tak kawan – kawan makcik tu duk kata kamu tu andartu. Malu tahu tak makcik ni.”
            “ Saya tak nak.”
            “ Nawar!”
            “ Makcik tak de hak nak paksa saya terima ke tak! Makcik tu cuma...”
            PANG!
            Aduh sakit pipi kena pelempang makcik jahat. Tanganku sudah melekap di pipi sambil renung anak mata makcik Mairah yang berapi – api. Kenapa semua benda yang aku tak suka dia nak paksa? Kalau bukan sebab opah jangan harap aku tinggal dalam rumah ni dengan suka suki makcik jahat tu aje nak suruh – suruh aku.
            Dia jeling mata ke atas seraya tinggalkan aku yang dah berkerut semacam. Perit kot pipi sian pipi kena tampar. Keluhan berat aku lepas lalu hempas punggung di atas sofa. Penat dengan semuanya. Fizikal mental penat. Sebati penatnya. Aku rindu dia.
            Nawfal... aku rindu Nawfal.
            Mata aku pejam sambil bersandar di belakang sofa kulit.
            “ Susah hati? Hei commonlah bunga pergi ambik wuduk buat solat sunat. Tenanglah hati tu nanti.” Kan dah leleh bila suara dia terngiang – ngiang di gegendang telinga aku.
            “ Walau apa pun yang terjadi cuba senyum. Tengok jari senyum bersyukur sebab ada sepuluh jari. Tengok kaki senyum bersyukur sebab Allah bagi kaki yang sihat boleh jalan. Senyumlah walau seperit mana sekalipun rasa sakit dekat hati tu.”
            Aku peluk kedua lutut bila kata – kata semangat Nawfal terngiang – ngiang di gegendang telinga aku. Tak mampu nak bangkit dari duduk. Rasa ada gam gajah lekat punggung aku buat aku tak boleh berdiri. Sakit dekat hati. Sebak. Aku nak dia. Aku tak nak orang lain. Tak ada sape yang faham perasaan aku.
            Kepala aku sembam di atas lutut. Terimbas memori antara aku dan Nawfal dulu. Bagai pita rakaman yang rosak bila aku terimbas.
            Aku koyak senyum nipis. Tak senyum paksa. Ya senyum paksa aku ukir bila Nawfal terangkan semuanya. Rasa bumi dah berhenti berputar buat seketika waktu. Cepat – cepat aku hala mata pandang budak – budak yang tengah seronok sakan main basikal, jongkat – jongket dan gelongsor di taman permainan.
            Pipi dah bahang sebab sedih. Takut semuanya bercampur baur. Aku harapkan dia jadi penjaga aku hingga ke tua tapi...
            “ Itulah kenyataanya bunga. Tunang awak ni sakit. Tunggu masa malaikat Izrail cabut nyawa saya aje. Saya dah tak ada harapan nak sembuh.”
            “ Dah berapa lama?” Aku genggam erat tali buaian.
            “ Lebih dari 10 tahun.” Suaranya kendur.
            Aku pandang Nawfal. Dia pandang depan sambil betulkan hoodie hitam yang menutup kepalanya.  Masih ada manis di sebalik wajah pucat tu.
            “ Awak tahu... saya menyesal kenal dengan awak Nawar. Rasa menyesal dengan ikatan tunang ni. Kalaulah saya tak ikat awak dengan ikatan tunang mesti awak dah bahagia kan sekarang ni.”
Dia berjeda.
“ Saya salah... ya salah sangat. Salah memilih cahaya bunga jadi makmum tak jadi saya.” Nawfal pandang aku.
            Lama.
            Sentap rasa nak nangis.
            “ Saya minta maaf sebab jadi tunang awak. Carilah kebahagiaan awak Nawar. Awak layak. Saya... lepaskan awak. Pergilah. Tapi... Nur Nawar  sampai bila – bila tetap jadi kenangan yang paling indah dalam hidup saya.” Dia bangkit dari duduk tinggalkan aku yang terpinga – pinga.
            Sekarang... memang dia dah pergi. Pergi tinggalkan aku. Susah untuk terima kenyataan ni. Susah sangat.
NAIMAH tolak kerusi roda opah sambil cuci mata di sekeliling taman. Suka betul aku tengok budak – budak tu main. Seronok... gembira aje. Biasalah budak – budak tak payah fikir apa – apa. Fikir main aje.
            Tasik yang terbentang di depan buat aku mati langkah. Tenang aje tengok tasik tu dengan cuaca petang  tak panas sangat. Redup. Angin sepoi – sepoi buat tudung bawal aku ditiup angin. Aku genggam hujung tudung sebab tudung degil sangat.
            “ Nawar...” Opah genggam erat tangan aku.
            “ Ye opah...”
            “ Kamu marah makcik Mairah ye?” Aku senyum paksa lalu geleng.
            “ Yeke akak?”
            Aku pandang Naimah. “ Ye.”
“ Adalah tu sebabnya kenapa dia duk desak akak... kan.” Tambah Naimah.
            “ Memang ada sebabnya Nawar. Makcik kamu tu nak ada orang yang jaga kamu. Bukan saje – saje nak paksa kamu desak kamu terima pinangan orang tu. Dah dua tahun dia tinggalkan kita Nawar... terimalah hakikat. Berpijaklah di bumi yang nyata.” Opah bagi aku ayat sadis buat aku nak leleh boleh? Uhuk.
            “ By the way... akak kena cepat tau kahwin tak pasal – pasal langkah bendul.” Naimah pecah gelak.
            “ What’s? Naimah dah nak kahwin ke?”
            “ Ye. Tu dia duk tanya Naimah bila boleh datang rumah nak merisik.”
            “ Opah tak tahu pun cucu opah dah ada teman tapi mesra.”
            Aku peluk bahu opah dari belakang. “ Kan opah kan... Naimah ni pandailah dia nak sorok bagai.” Opah gabung gelak dengan aku.
            “ Orang tak couple dengan dia ok. Just kawan aje. Dia dah suka ngan adik akak yang cun ni memanglah dia nak kahwin cepat – cepat.”
            Naimah cebik.
            “ Tapi kamu tu baru habis belajar Naimah.” Aku angguk – angguk dengan statement opah.
            “ Tengah praktikal lepas degree aje kan. Dia tu pun tua lima tahun dari Naimah. Dah ada pendapatan sendiri dah pun. Engineering pulak tu.”
            Aku tepuk tangan.
            “ Wah kaya lah kan Naimah nanti.”
            Naimah sengih.
            KRING! KRING! KRING!
            Naimah tepuk – tepuk bahu aku bila pakcik aiskrim yang bonceng basikal dengan loceng di tangan lalu dekat belakang kita orang.
            “ Nak aiskrim boleh?” Naimah kebil – kebil macam budak – budak.
            “ Nak aiskrim apa?”
            “ As usually lah sis.”
            Aku pandang opah.
            “ Eh opah tak nak... dah pakai gigi palsu ni dingin kang ha tercabut gigi – gigi opah.” Aku gabung gelak dengan Naimah.
            “ Comellah opah ni.”
            Opah senyum bila aku dah belai pipinya.
            “ Jomlah nanti pakcik aiskrim pergi jauh.” Naimah tolak kerusi roda opah menuju ke arah pakcik aiskrim yang dah berhenti di depan taman permainan.
            Ramai siot budak – budak dah berkerumun sekeliling pakcik aiskrim. Laku aiskrim pakcik tu hari ni. Hari – hari biasa tak de pulak aku nampak budak – budak berkerumun ramai – ramai macam ni. Hahaha. Rezeki dia kot.
            Aku mati langkah dan opah ngan Naimah dah tinggalkan aku yang mati langkah. Apa tak matinya. Depan aku sorang budak perempuan jatuh dari basikal. Budak perempuan yang aku anggarkan dalam umur lapan sembilan tahun tengah menangis sebab jatuh. Dia dah terduduk sambil kesat lembut air mata yang mengalir.
            “ Adik...” Aku duduk melutut di sebelah budak tu sambil kesat lembut air matanya. Sayu aje. Kesian dah tu betis dia dah luka.
            “ Kenapa dengan dia?” Betisnya aku usap – usap. Tak layan pun si empunya yang tanya. Dah tahu lagi nak tanya. Takkan budak ni tengah menari.
            “ Kau ni bisu ke?” Dahi aku kerut lalu dongak pandang si empunya diri. Kasar betul ayat dia tu. Kulit sawo matang dengan mata hazel redup. Rambut gaya spike. Ada beg gitar dia galas di bahu. Tinggi macam galah dan aku rasa nak pitam. Nak pitam boleh tak? Aku tak mimpi kan.
            “ Nawfal...?” Rasa dada dah berombak. Nak nangis.
            “ Nawfal? Sape Nawfal?” Gelap. Aku pitam depan mamat yang muka macam Nawfal.
. . . . .
            TANGAN aku digenggam erat oleh seseorang. Rasa kejutan tadi masih hambat diri aku. Nawfal... aku nampak dia. Serius aku nampak dia biarpun manusia tu tak pakai kaca mata. Biarpun kulit dia lebih gelap sikit dari Nawfal tunang aku. Tapi mata hazel redup... rambut pacak sebijik sebijan macam Nawfal. Wajah bujur tenang setenang wajah Nawfal.
            “ Akak dah bangun?” Aku nampak Naimah aje. Rasa ada benda sejuk atas dahi.
            Perlahan – lahan aku bangkit dari baring sambil picit dahi yang aku rasa dah berpusing. Pening. Aku betulkan posisi duduk di belakang katil seraya pandang wajah Naimah tengah duduk di birai katil yang dah manis dengan senyum.
            “ Akak... akak nampak dia.”
            Naimah tunduk lalu gelak.
            “ Pelanduk dua serupa kan?”
            Aku telan liur. Kelat.
            “ Dia... Nawfal. Tadi tu Nawfal ke?”
            Naimah geleng lalu kesat lembut air mata aku yang dah mengalir.
            “ Bukanlah akak. Dia pelanduk abang Nawfal aje. Nah akak minum air ni.” Aku sambar segelas air yang Naimah hulur dekat aku lalu aku teguk.
            Sape dia? Aku bungkam.
            “ Kena say thanks dekat dia tau. Kalau tak... tak de nya akak rehat macam ni. Dah terbaring dekat taman sana.”
            “ Maksud Naimah?”
            “ Dia cempung...”
            Aku terus duduk tegak. Apakah?
            “ What?! Jadi... dia sentuh akak ke?”
            “ Dah terang lagi bersuluh kak Nawar. Dia siap tanya nama akak tau. Tapi Naimah lupa nak tanya nama dia.”
            Naimah sengih.
            Aku cebik. Apa entah punya adik suka suki bagi tahu orang nama aku. Tetiba lak aku rasa bahang dekat pipi. Kena sentuh kot. Kena cempung aduh. Jatuh reputasi cahaya bunga.
“ NAWAR. Buatkan saya air Nescafe.” Interkom berbunyi ada suara Izwan merangkap big boss  kedengaran. Ni lah kerja setiausaha uhuhu. Aku dah dapat tawaran medic dulu tapi makcik Mairah larang katanya tak cukup duit. Eleh alasan aje tu. Kedekut. Aku dapat biasiswa masih ada alasan. Tengok sekarang jadi setiausaha aje. Kesiannya aku. Uhuhu.
            Kerja dekat Syarikat ni pun sebab Izwan yang tua lima tahun dari aku tu anak kepada kawannya makcik Mairah. Mesti ada something. Dah buruk sangka dah aku.
            Aku bangkit dari duduk menuju ke pantry. Gelas kaca aku sambar sebelum aku tuang air panas ke dalam gelas. Dah siap air Nescafe...dulang berisi cawan aku angkat menuju ke pejabat Izwan. Pintu kaca aku tolak.
            PANG!
            Jatuh rahang aku bila aku dah langgar benda besar dari aku. Tumpah air Nescafe yang aku bawa dekat badan dia. Tumpah. Panas kot.
            “ Maaf Encik.” Aku nampak tangan dia dah usap – usap baju kemeja kotak – kotak warna biru yang tak berbutang dipadankan dengan t-shirt hitam di dalam baju.
            “ Tak pe... tak pe.” Aku dongak pandang wajah si empunya diri.
            Aku pandang dia.
            Dia pandang aku.
            Lama.
            Satu...
            Dua...
            Ehem!
            Izwan yang tengah duduk di atas meja dah berdeham. Ada aku kesah. Aku rindu muka dekat depan ni. Ya aku rindu dia. Aku rindu Nawfal. Nampak pelanduk dua serupa dia pun dah cukup baik untuk aku.
            Aku nampak Nawfal di depan aku. Ya dia...
            “ Zarif. Kau kata kau nak balik. Apa pasal kau masih tercegat dekat pintu?”
            Dia masih pandang aku. Cepat – cepat aku duduk pungut kaca gelas yang dah pecah. Takkan nak suruh bos pulak.
            “ Cahaya bunga.” Tangan aku mati bila dia sebut nama aku. Nama istimewa yang Nawfal selalu guna. Cuma Nawfal yang guna maksud nama aku. Ya cuma Nawfal. Dan sekarang...
            Aku dongak. Dia senyum dekat aku sebelum atur langkah keluar dari pejabat.
            Aku nampak senyum Nawfal.
            Jangan nak drama air mata Nawar. Hahaha. Kan dah ada pelanduk dua serupa. Tapi kenapa... ya kenapa dia sebut cahaya bunga. Tu cuma panggilan Nawfal untuk aku.
            “ Awak ok ke Nawar?” Suara Izwan yang dah duduk depan aku buat aku tersedar.
            Berpijak di bumi yang nyatalah Nawar.
            “ Ok. Apa pulak tak oknya Encik...”
            Dia senyum. Nampak lekuk dekat pipi bila dia senyum. Tangan sibuk tolong kemaskan kaca – kaca.
            “ Tak pelah biar saya yang buat.”
            Dia diam.
            “ Saya nak tanya...”
            Aku bangkit dari duduk.
            “ Encik nak air..”
            “ Saya nak tanya aje. Tak nak benda lain dah.”
            Bos yang pelik. Serius bos yang misteri dan pelik.
            Tali leher warna kelabu dia betulkan sebelum kembali duduk di atas kerusi pejabat.
            “ Encik nak tanya apa?”
            Dia pandang aku sekilas.
            “ Tak de apalah.” Kan aku dah kata bos yang pelik.
            Keluar aje dari pejabat Izwan aku nampak dia. Ya dia. Zarif bukan Nawfal. Nawfal fizikal tapi bukan Nawfal mental tengah bertegur sapa dengan staff lelaki. Macam Nawfal ye macam Nawfal sebab kaya dengan wajah manis. Siapa dia? Persoalan lagi.
. . . . .
Bumi ini terhenti
Tak putari matahari
Bulan pun tak menerangi

Sisi gelap hati ini

Bintang pun tak menghiasi
Gelapnya langit malam ini
Dan aku diam bersedih
Melepaskan engkau pergi

       Senyum indahmu menanti
Tinggalkan luka dihati
Aku telah salah memilih
Hanya kau yang mencintai

Bintang pun tak menghiasi
Gelapnya langit malam ini
Dan aku diam bersedih
Melepaskan engkau pergi

Senyum indahmu menanti
Tinggalkan luka dihati
Aku telah salah memilih
Hanya engkau yang mencintai

SUARA seorang penyanyi jalanan buat aku sedih. Dengan suara dan gitar aje. Hahaha ye sedih sebab bait – bait lagu yang dia nyanyi mendalam sangat. Masih teringat ayat Nawfal bila dia kata dia salah memilih aku. Ya dia kata dia salah pilih aku jadi tunang dia sebab ini pengakhirannya.
            Pengakhiran...
            Dia tinggalkan aku. Pergi yang tak kembali.
            Aku renung tasik yang terbentang di depan. Masih sayup – sayup kedengaran suara penyanyi jalanan di hujung sudut sana. Dikerumun dengan orang ramai. Suara sedap... lunak.  Nak balik rumah aku tekanan dengan makcik Mairah sebab dia paksa – paksa aku terima pinangan orang yang aku tak kenal.
            Tak faham bahasa betul makcik jahat tu.
            Aku dengar suara sorokan penonton sambil tepuk tangan.
            Tangan sibuk mengagau iPhone 6 dalam tas tangan MK. Dapat. Ada sembilan miss called dari Naimah. Malas nak call balik sebab aku nak layan perasaan sekejap.
            “ Yo... aku jumpa kau lagi cahaya bunga.” Aku pandang sebelah...dia.
            Dia pelanduk dua serupa Nawfal duduk sebelah aku di atas bangku sambil letak beg gitar di sisi bangku. Kebetulan. Ye kebetulan.
            “ Jangan panggil saya cahaya bunga.” Suara aku kendur. Sebab sebak.
            Dia gelak. Nampak Nawfal sebelah aku.
            “ Dah tu maksud nama kau kan. Nur Nawar... cahaya bunga.” Sebijik sebijan macam Nawfal.
            “ Ya... tapi saya tak suka.”
            “ Why? Cantik apa cahaya bunga.” Dia hulur chewing gum dekat aku. Aku geleng.
            “ Lagipun nama Nawar tu dekat – dekat dengan nama bunga Mawar.” Tambahnya.
            Aku bangkit dari duduk. Tak nak lama – lama dengan dia takut buat drama air mata.
            “ Loh... cahaya bunga. Kau ni sombong sangat. Aku nak jadi kawan aje pun.” Sayup – sayup kedengaran suara dia.  Aku ketap bibir. Rasa bahang dekat pipi. Sedih.
NAFAS tercunggap – cunggap bila aku termimpi aku jadi makmum kepada seorang imam dan aku tak pasti wajah dia. Tak jelas sangat. Dah lama aku mimpi macam ni. Masih tak dapat petunjuk. Jam loceng di atas meja aku kerling. Tepat pukul 3 pagi. Allah bangkitkan aku dari tidur bagi aku peluang nak qiamulail. Syukur sangat.
            “ Hari ni saya ada appointment tak Nawar?” Aku berdiri statik di depan Izwan sambil belek diari hariannya.
            “ Tak ada pulak Encik.”
            Dia bangkit dari duduk. “ Jom.”
            “ Ke mana?”
            “ Ke rumah awak.”
            Aku kerut dahi. Apakah?
            “ Nak buat apa sekarang ni kan...”
            “ Nak jumpa makcik awaklah. Mama saya dengan makcik awak dah tunggu dekat rumah nak bincang sesuatu.”
            Aku terpinga – pinga bila dia dah keluar dari pejabat.
            Dan di sinilah aku. Duduk di sebelah makcik Mairah yang senyum plastik di depan mamanya Izwan. Izwan pelik bagi aku balik awal hari ni. Wanita sebaya makcik Mairah keluarkan dua keping gambar daripada beg tangannya lalu dia letak di atas meja kopi.
            Aku pandang kedua gambar silih berganti.
            Dan aku rasa nak sesak nafas. Kejutan.
            Puan Zuraina hala jari telunjuk ke arah foto Ezwan. “ Anak saya ni dua – dua bujang. Suruh saya carikan calon katanya. Ha yang ni anak sulung saya. Bos kamu dan yang ni...” Dia hala jari telunjuk ke arah foto Zarif. Pelanduk dua serupa Nawfal.
            “ Yang ni adiknya Ezwan. Chef dekat hotel tapi tahunya nyanyi aje. Kamu dah jumpa dua – dua ni kan?” Aku pandang wajah Puan Zuraina. Surprise to myself. Ahak.
            “ Dah.”
            Aku pandang foto Zarif. Nawfal. Aku nampak Nawfal kat situ. Betul ke keputusan aku. Aku tak salah memilih kan? Macam mana dengan hati? Sifat. Dia ada sifat Nawfal ke. Aku bungkam. Tak mampu nak bersuara. Macam dah kena kunci ketat.  Ketat sangat. Aku takut... takut salah memilih.
. . . . .
            CINCIN di jari manis aku tenung. Rasa lain semacam dengan keputusan aku. Dah jadi tunangan orang buat kali kedua. Masih terasa Nawfal berlegar – legar di sekeliling aku. Berdosa. Ya aku tahu aku berdosa sebab aku terlalu ikut perasaan. Sebab dia punya apa yang Nawfal punya aku pilih dia. Tak fikir apa – apa.
            “ Lepas ni dah boleh dah Naimah suruh Encik arkitek mai rumah. Empat bulan lagi dah boleh dah kan. Tak sabar nak tengok akak kahwin lepas tu Naimah boleh kahwin dengan dia. Yeappp bestnya.” Naimah baring sambil sengih – sengih. Suka dengan Encik arkitek dia. Aku? Entah aku tak rasa apa pe dengan dia.
            “ Sukanya Naimah.”
            “ Memanglah suka. Ni Naimah nak tanya.”
            Aku pandang Naimah.
            “ Kenapa akak pilih dia? Naimah rasa abang yang satu tu lagi sesuai dengan akak.”
            Aku bungkam.
            “ Tak semua...” Aku berjeda seraya hempas tubuh atas katil menghadap Naimah.
            “ Tak semua soalan punya jawapan.” Naimah kebil – kebil. Aku penat. Nantilah aku fikir kenapa. Yang penting sekarang ni masa untuk tidur.
“ TAK SANGKA kau pilih aku dari abang aku kan.” Kasar tak de aura Nawfal yang cool.
            “ Jangan salah memilih sudah lah yer... cahaya bunga.” Dia duduk di depan aku sambil teguk rakus air soya. Tak sopan macam Nawfal.
            Tangan cuba dia dekatkan ke tangan aku yang tengah pegang sudu dan garfu. Jujur ada sedikit kekesalan dekat hati sebab pilih dia. Dia tak sebaik Nawfal. Aku tak sedar semua tu. Dah tu dah genap sebulan kita orang tunang dia tundakan perkahwinan sebagai alasan dia sibuk. Sentap.
            Bila tangan Zarif dah genggam erat tangan aku cepat – cepat aku lepas. Apakah? Dia sentuh aku. Belum halal kot. Senyum sinis dia koyak.
            “ Saya jumpa awak nak bincang pasal perkahwinan kita bukan nak dating.”
            “ Kahwin? Are you sure I want to marry you?”
            Bungkam.
            Dia gelak. Sinis.
            Rasa hati kena tarik. Pedih sakit sangat. Sebab dia macam persendakan aku. Tapi...  serius aku tak de perasaan dengan Zarif biarpun muka dia macam Nawfal.
            Asusnya berdering. Cepat – cepat dia sambut panggilan sambil pandang wajah aku. Pandangan sinis. Rasa aku ni bodoh. Ya bodoh sangat. Dia bangkit dari duduk tinggalkan aku yang terpinga – pinga. Fizikal persis macam Nawfal tapi mental kontra sangat dengan Nawfal. Nawfal sopan... lembut. Tak macam Zarif.
. . . . .
“ SO... ada apa  pe lagi?” Aku pandang kosong meja mesyuarat. Otak asyik fikir tentang hubungan aku dengan Zarif. Rasa aku dipermainkan dengan sikap Zarif yang agak kebudak – budakan. Kontra dengan Ezwan.
            “ Kalau tak ada apa – apa kau orang boleh pergi.” Aku nampak staff dah berpusu – pusu keluar dari pejabat tinggal aku dengan Ezwan yang masih tercegat duduk di ruang mesyuarat. Masih dengan fikiran aku. Fikiran sibuk tentang Zarif.
            “ Awak ok?” Aku pandang Ezwan.
            “ Ok.”
            “ Awak tak ok... muka awak pucat semendang.”
            “ None of your business.”
            Dia gelak kecil sambil kemas fail yang berhamburan.
            “ Of course my business sebab awak tu kan sister in law to be saya.” Ringkas. Baju kemeja hijau dia lipat hingga ke siku.
            “ Adik saya ada buat apa dekat awak?”
            Bungkam.
            “ Adik saya buat donno ke?”
            Aku angguk lemah.
            Aku ketap bibir sambil genggam kedua belah tangan. Boleh tak aku menangis sekarang ni? Pedih mata aku. Rasa masin pulak bila dah jatuh air tu dekat pipi. Basah.
            Tak malu dengan brother to be yang masih statik duduk di sebelah aku sambil jari jemari sibuk menari – nari di atas papan kekunci. Ada senyum nipis terukir di bibirnya. Salah memilih... aku salah memilih Zarif ke? Kenapa aku rasa aku salah memilih orang yang tak sepatutnya.
            “ Zarif... nak saya ajar dia tak sebab buat setiausaha saya sedih?”
            “ Ajar macam mana?”
            “ Tahulah saya balik rumah nanti.”
            Senyum nipis aku koyak. Entah rasa lawak macam budak – budak.
            “ Awak masih punya masa nak buat keputusan Nawar. Kau orang tak halal lagi... cuma Zarif dah ikat awak. Ikat dengan pertunangan. Kalau awak rasa tak yakin... solat istikharah. Saya yakin Allah akan bagi awak petunjuk. Yakinlah dengan doa... berdoalah andai betul nama Zarif yang tertulis dalam Luth Mahfuzh awak ataupun tidak.” Aku tunduk. Bungkam. Ezwan... kata – kata dia. Nasihat dia persis macam Nawfal. Zarif? Budak otak weng semendang tu mana pernah nasihatkan aku.
KEPUL – KEPUL ASAP buat hidung aku nyeri. Sensitif dengan bau rokok Zarif yang duduk di sebelah aku sambil belek barang hantaran yang aku letak bersebelahan dinding. Pandangan kosong. Macam tak ada rasa bila dia sentuh barang hantaran tu. Tahu – tahu aje aku. Memang aku tahu sebab dia pi hempas – hempas barang hantaran tu. Sakit pulak hati aku. Aku tak bagi dia masuk rumah tapi suka suki dia aje nak masuk.
Kad berbentuk segi empat warna emas dia hempas di atas meja kopi sebelum duduk di ruang tamu. Gaya tok sah dikata. Macam aje rumah ni dia yang punya duk bersandar sambil silang kaki. Kahwin nanti macam mana agaknya.
            “ Boleh tak awak keluar... kita berdua je tau dalam rumah ni.”
            Dia pandang aku sekilas lalu hempas tubuh baring di atas sofa. Serius aku buntu.
            “ Tak pe... kena tangkap nanti aku coverlah. Ok.”
            Dia senyum nipis lalu pejam mata tinggalkan aku yang berdiri terpinga – pinga.
            Aku dah salah...
            Ye aku salah... salah memilih. Aku tak jamin aku akan bahagia dengan dia.
            Aku tak yakin. Aku pilih dia cuma sebab muka dia sama macam Nawfal. Aku tak tengok hati dan sifat dia.
            “ Kenapa awak langsung setuju bila mama awak usulkan tentang saya?”
            “ Saje.”
            Dia masih pejam mata sambil lekap tangan di atas dahi.
            Aku bungkam.
            “ Kenapa Nawar? Kau menyesal?”
            Sinis.
            “ Awak serius ke dengan...”
            Dia bangkit dari baring lalu berdiri statik di depan aku.
            “ Kau nak buat apa kalau aku kata tak serius?”
            Dia berjeda.
            “ Kau ni... naif sangat.” Jari jemari dah belai pipi aku. Aku ketap bibir seraya undur setapak ke belakang.
            “ Jangan nak sentuh saya Zarif! Saya bukan halal untuk awak lagi!” Suara naik satu oktaf. Bukan muhrim dah nak sentuh – sentuh.
            “ See... naif sangat. Tak macam pompuan yang aku pernah sentuh dulu. Kau pompuan pertama yang...”
            “ Apa maksud awak?”
            “ Wait and see... cahaya bunga.” Dia senyum sinis sambil kenyit mata dekat aku. Gatal!
Dan aku....Terkedu. Terkesima. Tak jelas apa motif Zarif cakap macam tu.
. . . . .
“ SEMUA dah siap. Kamu macam mana Nawar? Dah sedia?”
            Aku diam. Jari jemari sibuk menari – nari di atas papan kekunci. Baik aku layan Laptop dari layan makcik Mairah. Asyik itu aje soalannya. Bosan!
            “ Makcik cakap dekat kamu ni Nawar. Jangan nak kurang ajar sangat.”
            “ None of your busniness makcik Mairah.”
            Aku nampak muka dia dah menyinga tangan dah dia hayun tinggi apa nak pelempang aku lagi lah tu.
            “ Dahlah Mairah. Nawar dah ikut apa yang kamu nak. Jangan nak seksa hati Nawar tu lagi Mairah.” Aku pandang Opah yang duduk di kerusi roda. Opah... masam dah muka opah.
            “ Bukan seksa mak. Budak ni dia nak andartu sampai ke tua macam Mairah ke?! Mairah tak nak dia jadi macam Mairah.”
            Nampak ada air dari tubir mata makcik Mairah. Dia pandang aku yang dah berdiri statik di depan seraya genggam erat tangan aku.
            “ Makcik cuma tak nak kamu jadi andartu Nawar. Makcik... pernah rasa apa yang kamu rasa. Kematiaan tunang. Sampai sekarang... susah makcik nak terima. Think positive. Makcik tak izinkan kamu belajar luar Negara... ambik medic sebab makcik tak nak kamu sedih hadap arwah. Ye makcik tahu makcik silap. Jadikan ini sebagai tebusan makcik sebab halang cita – cita kamu. Makcik cuma nak kamu hidup senang... ada orang jaga kamu Nawar.”
            Aku tunduk. Rasa pipi dah bahang. Ada air basahkan pipi aku buat entah ke berapa kali. Makcik Mairah tarik aku dalam pelukannya. Aku nampak senyuman opah dengan Naimah. Think positive... ya... fikirkan benda positif.
            “ Nawar... cuba sediakan diri Nawar.”
            Makcik Mairah angguk – angguk seraya kesat lembut air mata aku. Sedih. Sedih sangat.
. . . . .
            Kaki terhincut – hincut nak capai buku motivasi. Tinggi sangat. Tak ada galah boleh jolokkan buku tu untuk aku. Kesian aku. Naimah entah dah ke mana duk cari novel dan tak nampak bayang. Tinggalkan aku sorang – sorang di depan rak buku motivasi.
            “ Kita kahwin nanti tak payahlah awak nak terhincut – hincut macam ni kan... Saya sedia jadi galah untuk cahaya bunga.”
Aku senyum nipis. Terngiang – ngiang lagi kata – kata Nawfal di gegendang telinga aku. Aku tipu. Ya aku menipu. Aku tak sedia untuk hidup dengan orang lain. Susah nak hakis rasa cinta aku untuk Nawfal.
Keluhan berat aku lepas bila aku dah capai buku motivasi. Sebelum aku bernikah nukilan Hilal Asyraf jadi pilihan aku. Aku nampak Naimah tengah sengih senyum sambil menuju ke arah aku. Apa kejadah dah jadi dengan adik aku yang sorang ni? Huh!
Awat Naimah?”
“ Naimah jumpa dia.”
Aku kerut dahi.
“ Mana?”
Terpacak berdiri seorang lelaki tinggi lampai mata sepet kulit kuning langsat di depan aku dengan wajah manis. Tangan kanan dimasukkan ke dalam saku seluar jeans. Baju kemeja ungu dipadankan dengan rambut Mohawk. Fashionable! Seorang gadis ayu berpashmina biru berdiri bersebelahannya.
“ Jadi nilah Encik arkitek tu ye.”
“ Ye sayalah Encik arkitek tu. Ni adik saya... Aishah.” Aku angguk.
Aku pandang Naimah. Ada kebahagiaan tapi kesian. Mak bapaknya Ikmal merangkap Encik arkitek Naimah tak nak langkah bendul. Kena aku dulu yang kahwin tapi masalahnya... aku tak sedia dah tu was – was dengan Zarif. Suka sentuh aku biarpun dah kena herdik dengan aku. Sewel!
TANGAN KASAR itu aku kucup lembut. Ubun – ubun aku dia usap seraya koyak senyum nipis dekat aku. Bahagia. Ya rasa bahagia suasana ni. Aku dongak pandang wajah si empunya diri dan ada lekuk di pipinya. Lesung pipit tambahkan seri di wajah imam aku. Aku kerut dahi... bukan Zarif. Tapi...
            What? Kenapa muka Izwan.
            Pelik!
            Lantas aku bangkit dari tidur. Aku sebak rambut ke belakang. Basah dengan peluh ubun – ubun aku. Mimpi pelik!
            “ Peliklah wei. Sebab aku...aku ni tunang Zarif bukan Izwan tau dak.” Atirah angguk – angguk.
            “ Boleh jadi mimpi kau jadi betul Nawar. Lagipun kau dengan Zarif tak halal lagi. Mungkin memang ada petunjuk.” Sambung Farhana.
            “ Mungkin pengganti Nawfal yang sebenarnya Izwan.” Tambah Atirah yang dah memboyot. Dia orang dah kahwin tinggal aku aje. Tapi agak terasa sentap dengan kata – kata dia orang.
. . . . .
            DAHI  berkerut sambil gagau MK. Mana menghilangnya dompet aku entah. Entah ke mana dia tercicir. Jadinya aku masih terpacuk duduk di depan meja pejabat. Yang lain dah keluar masa untuk lunch. Tinggal aku aje. Dahlah aku lapar giler.
             MK aku muntahkan. Berhamburan semua resit,chewing gum, kunci kereta, pelembap bibir, bedak alas atas meja. Kosong! Tak ada dompet. Uhuh.
            iPhone 6 bergetar ada panggilan dari Izwan. Izwan apa entah lagi dengan Encik bos.
            Aku sentuh punat hijau seraya menjawab salam Izwan. “ Turun sekarang.”
            “ Ni arahan.” Tambahnya. Aku bangkit dari duduk. Barang yang berhamburan di atas meja aku masukkan semula ke dalam MK.
            Aku tekan punat lif seraya sentuh punat G. Bila lif dah terbuka di aras groundfloor mata melilau mencari kelibat Izwan. Kosong. Tapi aku nampak bakal mak mertua aku duduk di satu sudut sambil belek sebuah majalah. Langkah aku atur menuju ke arahnya. Dia dongak lalu ukir senyum nipis. Pipi dah berlaga. Macam berpuluh tahun tak jumpa bila dia peluk tubuh aku erat.
            “ Makcik buat apa kat sini?” Wajah Puan Zuraina dah berubah masam. Tak manis macam tadi.
            “ Nawar...” Aku toleh belakang bila aku dengar suara Izwan tusuk gegendang telinga aku.
            Apa lagi kali ni? Kenapa muka dia orang tegang semacam. Ada kena mengena dengan aku ke.
            Aku tunduk genggam kedua belah tangan. Sadisnya nasib aku. Apa dosa aku? Aku ada buat benda jahat dekat orang ke sampai orang khianat kepercayaan aku macam ni? Sedih. Nak dia. Nak Nawfal aje. Tak nak siapa – siapa. Izwan yang duduk di depan aku hulur dompet yang aku cari bermatian.
            Makanan yang terhidang aku pandang kosong. Tak selera nak makan. Kejam! Zarif kejam dengan aku. Sakit dekat hati. Sebak.
            “ Zarif dia kata... experiment dia dah habis. Makcik... rasa bersalah sangat dengan kamu Nawar. Dia cuma jadikan kamu mainan aje. Dia tak serius. Dia buat keputusan. Pertunangan kau orang sampai kat sini aje. Tapi... dia tak sampai hati. Sebab... sebab....”
            “ Sebab kita orang tahu awak pilih Zarif sebab muka dia persis macam arwah tunang awak.” Ringkas dan sentap. Izwan... Zarif mamanya dah tahu.
            “  Tapi kenapa...kenapa saya? Saya ada dosa ke dengan kau orang? Tak layak ke saya dengan dia?” Izwan pandang wajah aku dengan pandangan sayu.
            “ Saya yang dapat malu. Semua dah tersedia. Tapi dia? Dia senang aje kan dia lari pergi luar Negara tinggalkan saya terkontang – kanting dekat sini. Saya...” Aku tepuk – tepuk dada seraya berjeda.
            “ Saya dah tawar hati dengan keluarga kau orang.” Aku bangkit dari duduk. Tak tahu nak fikir apa.
            “ Saya sedia ganti dia.” Mati langkah aku bila Izwan punya suara tusuk gegendang telinga aku.
            Aku toleh belakang.
            “ Saya tak akan terima sesiapa dalam hidup saya. Saya akan bayar semua ganti rugi.”
            Dah. Terima kasih sangat dengan pelanduk dua serupa Nawfal. Eksperimen? Huh dia fikir aku ni apa? Daun ke nak buat eksperimen. Sewel! Pelik. Aku tak sedih. Cuma rasa... geram. Marah. Ya sebab aku biarkan diri aku dipermainkan oleh fizikal serupa Nawfal.
. . . . .
KAMU yakin ke keputusan kamu tu Nawar?” Kak Maya akauntan syarikat berdiri statik di depan aku.
            Aku koyak senyum nipis sambil tangan sibuk masukkan barang – barang ke dalam kotak besar.
            “ Saya dah fikir masak – masak. Tak nak ada apa hubungan dengan keluarga Zarif. Saya ni bukan mainan akak. Saya ada hati bukan benda tak bernyawa yang nak buat mainan. Cukuplah... dah dua kali jodoh saya tak kesampaian. Sakit akak... sakit rasanya bila orang buat kita ni mainan.”
            Kak Maya kesar air mata yang mengalir lalu peluk erat tubuh aku. Aku usap – usap belakangnya. Apakah? Aku tak sedih dia orang nak sedih – sedih.
            “ Kenapa nasib kamu macam ni Nawar. Kamu tak kejam dengan orang pun kan.”
            “ Dahlah akak... Nawar ok. Dah tak payah sedih – sedih ek. Kau orang akan dapat pengganti saya nanti. Yang lebih baik dari saya.”
            “ Tapi cuma awak... yang paling indah.... paling baik... paling sempurna untuk kita orang.” Izwan dah terpacak berdiri di depan pintu pejabatnya. Dia... tak serupa Nawfal tapi aku nampak perangai yang hampir sama dengan Nawfal.
            “ Saya tak nak rumitkan keadaan. Masih ada masalah...”
            “ Saya dah tawarkan diri saya ganti adik tak matang saya tu.”
            “ Saya sanggup ganti adik saya.” Tambahnya.
            “ Saya tak de perasaan dekat awak.”
            “ Cinta lepas nikah. Bukan ke itu lebih indah?” Nampak dia senyum tenang dekat aku.
            Aku geleng. Kotak aku peluk lepas aje ucap selamat tinggal dekat dia orang. Masa... masa aku dah habis dekat Syarikat ni. Syarikat yang dah hampir empat tahun aku berkhidmat sebagai setiausaha Izwan.
“ Nawar...” Aku tak peduli bila Izwan dah kejar aku dari belakang. Nak balik. Ya aku cuma nak balik.
            “ Nawar... saya sedia jadi imam awak kalau tak ada sape nakkan awak!”
            “ Nawar!” Aku menyelit di antara kereta – kereta yang tengah sesak di jalan raya. Tak peduli dengan Izwan yang tengah kejar aku. Macam adegan dalam movie pun ada jugak. Dia yang tak reti bahasa lantak dia lah.
            “ Cahaya bunga!”
            Aku mati langkah.
            PIN! PIN! PIN!
            Darah berderau bila dengar bunyi hon kuat. Aku toleh belakang. Izwan tercunggap – cunggap. Sangka dah mati sebab duk kejar aku.
            “ Encik nak mati cepat ke apa? Ha!”
            Dia senyum nipis. Macam Nawfal suasana setegang mana sekali pun tetap manis dengan senyum.
            “ Jangan...”
            “ Jangan seksa hati awak Nawar. Enough!”
            PIN! PIN! PIN!
            Izwan dah giler kereta dekat depan dah bising dia masih berdiri di tengah jalan raya.
            “ Awak bukan sesiapa. Cuma majikan saya dan bekas bakal abang ipar saya.”
            “ Tapi awak sesiapa dalam hati saya.” Aku koyak senyum sinis.
            Penat dengan sikap Zarif. Melampau!
            Tak nak ada apa – apa hubungan dengan Izwan. Lagi.
            “ Saya sanggup ganti dia biarpun hati awak masih untuk Nawfal. Cahaya bunga.”
            Terkedu.
            Bungkam.
            Tak tahu nak fikir apa. Kosong.
MATA tenung batu nisan putih yang terpacak di atas pusara Nawfal. Dah dua tahun dia tinggalkan aku. Rasa susah nak hakis rasa tu. Rasa susah nak terima orang lain. Dan sekarang nak tak nak aku kena terima apa yang berlaku dekat aku. Kena fikirkan tentang orang lain tak nak pentingkan diri.
            “ Kalau saya rindu awak macam mana?” Nawfal gelak kecil.
            “ Sedekahkan Al- Fatihah untuk saya lah bunga.” Aku pandang bibir pucatnya. Biru. Rambut pacak dah nipis. Nipis sangat. Kesan dari kemoterapi. Sesekali dia terbatuk kecil dengan topeng muka lindung wajahnya.
            “ Saya menyesal... salah memilih awak bunga. Tapi saya bersyukur sangat Allah temukan saya dengan awak.”
            “ Apa awak merepek ni Nawfal. Kita kan nak mai Zoo ni. Awak kan nak jadi Doktor Veterinar.”
            Cuba hiburkan diri sendiri.
            “ Pak Su... Jom kita ke sana.”
            “ Yelah... yelah.” Aku cuma pandang telatah Nawfal dan anak buahnya dari belakang. Tak sanggup nak berdiri. Nak nangis. Sadis.
            Setiap kenangan tak akan aku lupa. Susah. Susah dan susah.
            “ Kalau dah setmind susah memang alamatnya akan susahlah cik adik secretary.” Ayat Izwan... pertama kali aku kerja sana. Izwan... peribadi persis macam Nawfal tapi Zarif... wajah iras Nawfal. Nampak Nawfal sisi negatif di sebalik Zarif. Sedih.
            “ Saya nak buat apa awak?”
            “ Saya nak awak. Cuma awak. Saya pun dah salah memilih. Bukan dia orangnya.” Batu nisan aku usap - usap. Macam aje Nawfal tu bangkit dari kubur duk menangis macam ni. Giler betul aku ni.
            “ Cahaya bunga ni dah bungkam. Dua hari lagi... dua hari lagi saya dah jadi isteri orang. Kenapa... awak tinggalkan saya? Kenapa Nawfal? Kalau... awak masih hidup. Mesti awak dah jadi penjaga saya kan. Tak de lah saya sampai kena jadi bahan orang macam ni.” Hujan dah turun di dunia aku. Leleh. Sedih.
. . . . .
            Aku kucup lembut tangan kasar tu bila dah habis solat tahajud.
“ Cahaya bunga.”
Tangan aku dia tak lepas. Masih duduk berteleku di depan aku.
“ Awak nak apa lagi? Awak dah dapat apa yang awak nak.”
            “ Saya nak awak.”
            Jari jemari dia dah merayap di pipi aku. Tak suka. Tak suka bila dia sentuh aku macam ni.
            Bersalah. Dah seminggu aku kahwin dengan dia aku tak bagi dia peluang. Pentingkan diri? Of course aku pentingkan diri. Lantak dialah malas nak fikir. Aku menghukum orang yang dah tolong aku. Aku dah salah memilih orang yang patut dihukum sebab mainkan aku. Izwan... mangsa keadaan tapi dia yang nak. Dia yang nak tanggungjawab.
            Aku buntu.
            Aku tak suka... dia.
            Senyum nipis dia koyak seraya bangkit dari duduk tinggalkan aku yang masih terpinga – pinga. Kebingungan. Bingung macam mana nak bagi rasa tu untuk Izwan yang dah sah jadi imam aku.
“ CARI sape Nawar?”
            Takkan nak bagi tahu. Aku cari manusia satu tu. Ego betul aku ni. Dah pepagi dia hilang biasanya masih terpacuk dekat meja studi duk sibuk dengan kerjanya.
            “ Cari sape lagi makcik. Mestilah cik abang dia yang duk berjiwang sakan bawah gazebo sana.”
            “ Mana ada.”
            “ Eleh. Yelah tu.”
            “ Shut uplah.” Naimah gelakkan aku. Kejam!
            Makcik Mairah dah sibuk dekat meja makan.
            “ Dah tok sah nak gaduh. Pi panggil Izwan tu sarapan sama – sama. Naimah... ni tolong makcik.”
“ Suruh Naimah panggilkan.”
            “ Eh apa pulak Naimah. Kamu tu isteri Izwan... kamu lah yang kena panggil. Pujuk kamu tu duk marah – marah dia aje. Kesian tau dak opah nengok.”
            “ Mana ada Nawar marah.”
            “ Dah... pi panggil cepat.”
            Terpaksa! Manusia yang satu tu pun macam gedik semendang aje duk nak merajuk dengan aku. Masuk di taman mini aku nampak dia tengah duduk bawah gazebo dengan laptop di depan. Ada petikan gitar yang aku dengar. Aku dengar dia nyanyi buat aku mati langkah. Kaku di depan Izwan. Dengar suara lunak merdunya.
Aku tahu aku tahu aku tahu aku salah
Tuk memintamu tuk menungguku
Aku tahu aku tahu aku tahu aku salah
Ini egoku menggantungkanmu
Ku mohon sabar-sabar sebentar
Beri aku waktu tuk meninggalkan
Cinta lama yang masih bersamaku
Bukan maksudku untuk mempermainkan dirimu
Cobalah untuk mengerti keadaan ini
Karna hanya kau yang bisa memahami semua ini
Sedih dan air mata
Tak dapat lagi ku tahan
Aku kan datang
Aku kan datang
Tuk hapus air matamu
Dengan bahagia
Ku mohon sabar-sabar sebentar
Beri aku waktu tuk meninggalkan
Cinta lama yang masih bersamaku
Bukan maksudku untuk mempermainkan dirimu
Cobalah untuk mengerti keadaan ini
Karna hanya kau yang bisa memahami semua ini
Sedih dan air mata
Tak dapat lagi ku tahan
Aku kan datang
Hapus air matamu
Aku kan datang
            “ Nur Nawar... Cahaya bunga. Muhammad Izwan dah datang ni hapuskan air matamu sayang.” Masih manis dengan senyum biarpun aku nampak dia macam orang yang tengah frust.  Kesian... dah cuba sedaya upaya setelah genap sebulan masih tak de perkembangan. Macam aje aku tak kenal dia. Pantang menyerah. Aku bekas setiausaha dia kot. Tahulah aku.
Gitar dia letak di atas meja simen sebelum bersandar di belakang bangku.
            “ Cahaya bunga where’s your hijab?” Aku kebil – kebil macam orang bingung bila dia cakap dengan aku. Masih duduk statik di bangku.
            “ Maaf. Saya cuma nak ajak awak sarapan aje.”
            Dia angguk – angguk. Gitar dia masukkan ke dalam beg seraya atur langkah ke arah aku. “ Saya minta maaf...”
            “ Tak pe... take your time.”
            Aku pandang dia yang jalan beriringan dengan aku masuk ke dalam rumah. Rasa sayang dekat dia sebab usaha dia. Sifat dia. Rasa terlindung bila dia ambil berat tentang aku. Tak macam Zarif. Pentingkan diri.
            Tangan aku dia pimpin.
            “ Nanti terhantuk dekat dinding duk renung saya macam tu.”
            “ Tak... Tak ada maknanya saya renung awak.”
            Pipi aku dia cubit – cubit.
            “ Mana ada orang nak mengaku dia jadi stalker. Kan sayang?”
            “ Betullah cik abang. Sayang tak renung.”
            Kita orang gabung gelak bila dah berabang sayang. Rasa lawak aje bila jadi macam ni.
“ AKU... aku minta maaf Nawar. Sebab putuskan tunangan kita macam tu aje.”
            “ Saya dah terima. Tak payah ungkit.”
            Zarif senyum kelat.
            “ Kau tahu tak. Abang aku... pernah rasa apa yang kau pernah rasa.” Maryam, isterinya Zarif angguk – angguk. Indah Maryam seindah namanya. Purdah tutup wajahnya yang kuning langsat.
            Memang Zarif cari ketenangan dekat Madinah. Putuskan pertunangan dan lari ke Madinah rupanya dia dah dapat apa yang dia cari. Ketenangan.
            “ Dia... pernah hilang isteri.”
            Serius aku tak tahu, Izwan pernah kahwin. Jadi maknanya aku? Cinta kedua dia ke? Huh.
            Meninggal sebab bersalin.” Sambung mama yang duduk di sebelah Zarif.
            “ Dia tak pernah cerita dekat kamu ke Nawar?” Aku geleng.
            “ Ermm... mungkin dia dah lupa atau dia nak mula hidup baru dengan kamu.”
            Kesian Izwan. Tapi rasa ada sakit sikit... sikitlah tak banyak dekat hati sebab cemburu aku rupanya cinta kedua dia aje.
            “Kenapa tak pernah cerita dekat saya pasal arwah isteri awak?” Aku kemaskan tali leher Izwan. Dia senyum nipis.
            “ Sayang... semua tu kan dah lepas. Kita mula...”
            Aku pegang kedua belah pipinya. Spontan.
            “ Tak adil bagi saya... faham tak! Awak dah berahsia dengan saya. Awak makan hati. Isteri awak ni dah seksa hati suami sendiri. Usaha... dah banyak usaha yang awak buat cuba nak buat saya bahagia. Tapi apa. Biarpun dah lepas. Sekurang – kurangnya saya tahu... pasal masa silam awak.”
            Aku lepas lembut pipinya. Suara dah kendur sebab bersalah.
            Aku tunduk... tunduk tak mampu nak pandang wajah yang masih manis.
“  Saya berdosa... berdosa sangat dengan abang.” Tambahku.
            “ Nawar... janganlah sedih sayang. Abang tak bermaksud nak rahsiakan cuma tak nak kongsi kesedihan dekat Nawar. Itu aje. Makan hati tak pun. Biasalah awal – awal macam ni susah nak terima tapi dah lama – lama nanti adalah rasa tu.”
            “ Dah lambat dah ni. Jaga diri.. I have to go. Bye. Assalamualaikum. Jangan sedih – sedih.” Aku senyum kelat seraya kucup lembut tangan Izwan.  Seminggu tak nampak muka dia nanti. Aku keluh kasar. Sedih. Bersalah. Aku kejam dengan Izwan.
            Kejam sangat!
. . . . .
            SEKEJAP ke kiri sekejap ke kanan. Dah genap seminggu masih macam ni aje aku. Macam orang tak keruan. Susah hati bagai. Dah tu Naimah suka sangat sakat aku. Mentang – mentang dah jadi tunangan Encik arkitek dia. Huh.
            iPhone 6 aku pandang. Kosong. Biasanya ada aje panggilan dari Izwan tu. Hari ni langsung tak ada. Rindu. Ya rasa rindu dengan gelak tawa, senyumnya, suara Izwan semua tentang Izwan aku rindu. Cinta? Tak... sayang tu memanglah. Aku sayang semua orang. Tapi rasa yang satu tu susah nak hakis sebab masih tersisa untuk Nawfal.
            “ Kak Nawar! Panggilan untuk akak ni.” Jerit Naimah dari tingkat bawah. Tegang aje tu.
            Aku keluar dari bilik seraya turun anak – anak tangga rumah makcik Mairah. Gagang telefon aku sambar. Jawab salam orang dalam talian.
            “ Puan Nawar ke?”
            “ Ye saya. Ni siapa?”
            “ Panggilan dari Hospital. Suami puan terlibat dengan kemalangan...” Aku telan liur. Pahit. Izwan. Parah ke dia? Tak nak dia mati... tak nak dia tinggalkan aku macam Nawfal tinggalkan aku.
. . . . .
            TANGAN aku gosok – gosok. Basah. Basah dengan peluh sebab risau tahap giga. Aku masih tak tahu keadaan Izwan. Tangan aku lekap ke wajah. Tok sah nak nangis lagi. Uhuh. Cengeng.
            “ Assalamualaikum.” Aku dongak pandang wajah si empunya diri yang bagi salam.
            Mata aku tenyeh. Tak mimpi ke?
            Wajah manis dengan lekuk di pipi.
            Izwan...
            “ Aduh... nangis lagi ke cahaya bunga ni?” Aku peluk erat tubuh Izwan. Cukuplah Nawfal tinggalkan aku. Tak nak dia ikut jejak Nawfal.
            “ Sakitlah Nawar. Tangan ni aje yang cedera.”
            Tangan dah dibalut dengan kain kasa.
            “ Sakit dekat mana lagi?”
            “ Sakit dekat hati.”
            “ Saje...”
            “ Tak saje pun.”
            “ Saje... buat saya risau. Abang jangan tinggalkan Nawar macam dia.”
            “ Ye... takkan. Tapi kalau dah kun faya kun boleh jadi Nawar.”
            Aku duduk di atas kerusi. Rasa lemah lutut aku. Tenang bila tengok dia tak cedera teruk cuma patah tangan aje. “ I love you... Nawar. Until Jannah.”
            “ Sayang abang jugak.”
            Aku balas senyum Izwan yang dah duduk di sebelah aku.
            “ Love?”
            “ Of course I am. Your my husband kot. Of course kena love until Jannah.”
            Bahu aku dia peluk erat. Rasa terlindung.
            “ Cry again?” Aku angguk.
            “ Tak teruk mana pun. Just jatuh tangga sebab gelabah nak balik cepat.”
            “ Funny.”
            Dia gelakkan aku.
Bahagia. Ya aku dah rasa bahagia aku dengan Izwan macam yang Nawfal nakkan dulu. Salah memilih? Tak... aku tak salah memilih. Izwan pilihan tepat. Biarpun Zarif punya muka iras Nawfal tapi dia tak punya perangai iras Nawfal. Izwan... dia punya perangai Nawfal. Nawfal... kisah lalu aku dan Izwan... dia imam aku.
           
                                                                                   ...TAMAT...
           


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me