Tumblr Scrollbars

My Friend

Khamis, 19 November 2015

Wish You Were Here







“Mama...” Si budak perempuan tarik hujung blouse si ibu yang masih statik berdiri di luar perkarangan rumah kondominium mewah. Wira dan lori putih semakin hilang dari pandangan dua beranak itu.
            Si ibu duduk mencangkung biar sama tinggi dengan si budak perempuan bertocang satu. Pipi gebu si anak dia usap lembut. Basah, kesan air mata. Wajah si budak perempuan sembap. Kesian anaknya. Perpisahan lagi. “Ye sayang. Kenapa?”
            Si budak perempuan tunduk sambil pintal skirt paras lututnya. Bibirnya dah muncung ke depan sebelum ada esak tangis kedengaran. Si ibu dah nak gelakkan anak perempuannya tapi tak sampai hati.
            “Kenapa... lepas Amir pindah... Yusuf pun pindah? Tinggalkan orang sorang-sorang. Sape nak... main dengan orang lepas ni?” Terinjut-injut bahu si budak perempuan sambil usap air matanya yang mengalir. Si ibu tarik si anak dalam pelukan. Beri ketenangan untuk si anak.
            “Anak mama... mama kan ada sayang? Mama boleh je main dengan kamu nanti.”
            “Tapi mama selalu tinggalkan orang dengan nenek je. Mama selalu kerja jauh-jauh. Bawa beg banyak-banyak,” si budak perempuan depakan tangannya buat si ibu pecah gelak.
            “Mama bawa beg banyak-banyak ek?” Sengaja si ibu mulakan perbualan dengan si budak perempuan yang dah tenang.
            “Ermm... mama bawa banyak sangat beg. Ada... urmm dua... ye dua beg mama bawa kalau nak kerja dah tu beg mama besar pulak tu,” si budak perempuan hala jari telunjuk dan jari hantu ke arah si ibu. Si ibu senyum nipis lalu kembali bangkit dari duduk. Tangan si budak perempuan dia pimpin menuju ke arah lif.
            “Mama janji... mama cuti nanti kita pergi holiday. Ok?”
            Si budak perempuan dongak pandang wajah si ibu. Matanya sengaja dia kecilkan. “Janji?” Jari kelingking dia hulur dan si ibu satukan jari kelingkingnya dengan si budak perempuan.
            “Mama janji! Tapi... kena janji jangan nangis-nangis lagi. Ok?” Si budak perempuan angguk sambil senyum nampak gusi.
TING! Pintu lif terbuka. Si budak perempuan lompat-lompat keriangan menuju ke arah rumah. Si ibu lega bila si budak perempuan dah mula ceria seperti biasa. Kalaulah dia ada lagi seorang anak, mesti anak perempuan dia tak sunyi.
Enam Tahun Kemudiaan...
            “Ad!” Bola jaring Adara sambut seraya di lantun sambil berlari menuju ke arah jaring. Pihak lawan berusaha untuk mendapatkan bola. Cheerleaders bersorak berikan semangat untuk pasukan masing-masing. Penonton fokus memerhatikan perlawanan sengit di antara dua pasukan yang punya mata jaring yang sama. Sungguh sengit!
            Adara senyum sinis saat jaring berada di depan matanya. GS sebagai pihak lawan cuba menghalang bola daripada masuk ke dalam jaring. Tangkas Adara beraksi seraya bola dilantun dan dup...dap...dup... dap jantung si pemain dan penonton. Riak Adara kosong. Rezeki bukan rezeki tu belakang cerita yang penting dia suka main benda ni sebab ada semangat kerjasama. Sebab bagi Adara apa yang penting... kerjasama!
            Pasukan Adara dan pihak lawan saling bersalaman pabila perlawanan dah selesai. Kaki diatur keluar dari gelanggang. Zulaikha dan Akma berlari anak mendapatkan Adara yang tengah melilau mencari seseorang di luar dewan. Tercungap-cungap nak kejar si Adara yang aktif sangat. Terjerit-jerit nama dia pun dia tak peduli.
            “Wei... Ad tu tak penat ke?”                 
            “Entahlah wei... aku dah tak larat dah nak kejar dia. Kaki aku dah kebas dah ni. Lenguh kot,” adu Akma sambil lap peluh yang mengalir dari dahinya.
            “Ad... kau cari dia nanti-nanti jelah kita orang dah penatlah nak kejar kau. Esok jelah eh?” Adara buat derk. Apa yang penting dia nak tuntut janji. Akma mengeluh. Zulaikha cebik seraya lengan Adara dia pegang buat Adara mati langkah.
            “Ad... kau tak penat ke? Kita orang dah penatlah wei asyik kejar jerit nama kau dari tadi.” Adara menjeling sebelum lengannya dia lepas kasar dari pegangan Zulaikha.
            “Lembiklah kau orang ni. Kalau penat janganlah duk terkejar-kejar aku macam ni. Aku nak sambung mission impossible aku ni ha. Jangan ganggu aku.”
            “Banyaklah kau punya mission impossible. Kau jugak yang janji dengan team kita, nak belanja kalau kita menang. Ni mimpi dah jadi kenyataan, dia orang dah tunggu kau as our captain mem.” Adara senyum nampak gusi.
            “Bukan aku... tapi...” Adara mati kata. Mana mangkuk tu pergi. Habislah aku. Dia yang janji aku yang kena. Mati aku macam ni. Mati!
            “Tapi apa?” Akma kerut dahi. Adara dah berkira-kira nak pecut tinggalkan Akma dengan Zulaikha.
            “Kau jangan cakap... kau lupa. Kau jangan cakap yang abang tak di iktiraf kau yang janji dan kau jadi tukang penyampai je.”
            Adara diam.
“Betul ke Ad?”
            Adara keluh kasar. “Girls... dia yang janji bukan aku.”
            “Dah agak dah!” Serentak Akma dan Zulaikha tuturkan kata. Adara sengih.
            “Ala... kejap lagi dia habis kelaslah tu. Kejap je... ok.” Adara muncungkan bibir bila dua sahabatnya tak bagi sebarang reaksi.
Guys! Chill lah, nanti dia keluarlah tu.” Adara berdiri di tengah atara Zulaikha dan Akma seraya bahu dua sahabatnya dia paut.
            “Kau nikan, Fathir dengan kita dah beza tau sekarang ni. Kita ni masih budak sekolah rendah dia tu dah nak habis sekolah dah.”
            “Alaaaa. Dia berjiran je kot dengan sekolah kita.”
            “Tak payah nak ala-ala sangat. Tak lama lagi dia tinggalkan kau. Sambung belajar atau mungkin dia kahwin,” tambah Akma sengaja nak buat Adara sedar. Tapi Adara tak sentap pun. Wajah Zulaikha dan Akma dia pandang silih berganti. Serupa belacan! Dengan tudung sekolah Zulaikha serabai, dengan Akma punya rambut dah kusut.
            Adara sorok gelak. Pipi Zulaikha dan Akma dia cucuk seraya gelak tawanya terhambur juga. “Sakitlah minah!” Adara atur langkah berlari tinggalkan dua sahabatnya yang dah memerah sebab kena cucuk dengan Adara.
            Adara masih dengan gelak tawanya sambil menyorok di sebalik tiang. Matanya dia kesat lembut. Rasa senak dekat perut sebab gelak sambil berlari. Adara keluarkan sedikit kepalanya seraya tekup bibir dengan tangan saat dua sahabatnya dah melilau cari kelibatnya. Tiba-tiba Adara tersentak. Ada figura berdiri di belakangnya sambil ketuk kepalanya dengan botol mineral berkali-kali. Adara kerut dahi sambil usap lembut kepalanya. “Adoi! Sakit...”
            “Ha tahu sakit. Sengal punya budak kecik. Tak habis-habis nak kacau orang... kan? Awak tu dah besar tahu tak. Tahun depan dah naik form 1 dah pun. Jangan jadi macam budak-budak boleh tak? Lari sana sini. Tak serik-serik kan? Bulan lepas duk lari-lari sampai kena langgar kereta. Tak kesian mama awak yang dalam kapal terbang tu ke? Tak kesian dekat nenek awak? Budak kecik ni...” Adara tutup telinga dengan dua belah tangan.
            “Ha! Orang nasihat tak nak dengar.”
            “Diamlah. Orang tahulah. Bising je.” Adara hentak kaki keluar dari persembunyiannya. Tak ada mood nak kena bebel.
            Fathir dengan bebelannya membuntuti Adara dari belakang. “Oi... budak kecik. Dengar tak abang cakap apa?”
            Adara buat derk sambil kaki dia atur menuju ke canteen.
“Ad!” Fathir rasa nak ikat aje Adara bila Adara degil.
            Zulaikha dan Akma duduk di kelompok ahli pasukan sambil hala penumbuk ke arah Adara. Adara sengih.
            “Adara Cempaka!” Suasana berubah senyap saat Fathir jerit nama Adara. Adara mati langkah lalu toleh ke belakang. Fathir pandang sekelilingnya. Aduh, terjerit pula. Ni mesti sebab bawa watak ketua pengawas dalam sekolah. Keluar dah aura tegas dekat budak sekolah rendah.
            Adara malu. Nama dia kena jerit kot dah tu semua orang pandang dia orang. Fathir betulkan bingkai kaca matanya sebelum pandang wajah Adara. “Ad... sorry. Abang tak sengaja.”
            “Abang-abang, awak bukan abang oranglah. Orang tak ada abang tahu tak.”
            “Tapi awak tu masih pangkat adik. Tahu tak.”
            “Orang nak tuntut janji.” Adara ubah topik asalnya.
            “Eh? Janji? Janji apa?” Adara pandang ahli pasukannya. Fathir dah berfikir-fikir janji apa yang dia buat dengan budak tak cukup kalsium tu.
            “Dengar sini kawan-kawan. Pay attention. Hari ni abang ni yang belanja. Yeay!” Sorak Adara disambut ahli pasukannya yang lain. Fathir tersenyum nipis sambil geleng kepala perhatikan telatah Adara.
            “Budak kecik... abang awak ni dah nak pergi. Pergi jauh.”
Buku latihan Fizik Fathir tutup seraya bangkit dari duduk. Pintu bilik dia buka sambil atur langkah ke dapur. Abahnya Fathir ralit menonton Buletin Utama sementara ibunya sedang menyediakan makan malam sambil dibantu oleh Misha, adiknya Fathir yang baru naik tingkatan tiga.
            Usai cuci tangan di sinki, kerusi makan Fathir tarik seraya duduk. Sesaat kemudiaan, abah duduk berhadapan Fathir dan Fathir tadah tangan baca doa makan. “SPM macam mana? Dah buat persediaan?” Suara garau abahnya dah kedengaran. “ Dah,” sepatah Fathir menjawab.
            “Yakin nak sambung medic lepas ni?’
            “Fathir yakin abah. Fathir tengah usaha nak perbaiki subjek Kimia.”
            “Bagus anak ibu.”
            “Misha? Misha bagus tak ibu?”
            “Sibuk je kau dik.”
            “Ala suka hati oranglah nak sibuk ke tak. Kau apa tahu abang?”
            Abah berdeham. Amaran dah keluar buat dua beradik tu terdiam. Ibu senyum. Nasiblah dapat abah yang kerja sebagai tentera laut. Garang!
            “Abah nak kau fokus dengan SPM kau je Fathir. Tak payah sibuk tentang hidup orang lain. Fokus dan fokus. Study smart... bukan study hard. Peluang hanya datang sekali je. Ingat! Jangan banyak main,” mata abah mencerlung ke arah bingkai gambar yang terletak elok bersebelahan rak buku sebelum kembali memandang Fathir yang tengah teguk segelas air.
            “Jangan jadi macam kakak kau. Study separuh jalan lepas tu... conteng arang dekat muka abah dengan ibu. Mengandung anak luar nikah, ketagih dengan benda haram. Jangan pengaruh dengan sosial. Abah tak nak pisang berbuah dua kali. Ingat!” Fathir pandang abahnya. Dia memang tak suka bila nama kakaknya naik. Kakaknya dah lama meninggal kot.
            “Dengar tak?!” Suara abah naik satu oktaf buat tiga beranak tu kaget.
            “Dengar.” Misha bangkit dari duduk. Abah pandang Misha yang tak habiskan makanan.
            “Misha! Makanan tu, ingat abah kutip dari longkang ke? Ha!”
            “Abang! Janganlah bertegas sangat dengan dia orang. Dia orang ni anak kita, bukan anak buah awak dalam kapal,” ibu bela anak-anaknya.
            “Ha... nilah. Awak manjakan sangat budak-budak ni sampai anak awak yang sorang tu...”
            Tok... Tok...Tok
            Kata-kata abah mati pabila pintu rumahnya diketuk-ketuk oleh seseorang yang berada di luar rumah. Fathir bangkit dari duduk seraya basuh tangan di sinki sebelum pintu rumah dia buka. Figura yang berwajah sembab dia pandang tanpa berkedip. Jiran depan rumah buka grill pintu seraya peluk erat tubuh Fathir.
            Apakah?
            “Ad...”
“Dah call mama?” Adara angguk dengan pertanyaan ibunya Fathir.
            “Dah... mama balik esok pagi.” Adara tunduk menekur jari jemari. Takut dengan apa yang dah terjadi dengan nenek. Sebelum makan malam tadi, tiba-tiba nenek muntah darah depan Adara buat Adara jadi cemas.
            “Dah makan?” Adara geleng. Dingin malam buat dia bersin berkali-kali seraya berpeluk tubuh. Dia tak sempat nak tukar pakaian lain. Pyjama pun boleh.
            Ibu pandang Fathir yang tengah bersandar di belakang dinding. “Pembedahan tu lama lagi. Fathir... bawa Ad pergi makan,” arah ibu. Fathir angguk.
            “Ad tak lapar.”
            “Tak payahlah degil. Awak tu ada gastrik. Nanti sape nak jaga nenek awak kalau awak sakit?” Adara panggung kepala pandang Fathir yang dah berdiri statik di depannya.
            Adara bangkit dari duduk. Pintu bilik pembedahan dia pandang. Dah hampir tiga jam tak ada khabar dari nenek lagi.
“Sejuk?” Adara angguk. Sweater Fathir tanggal lalu diletak di belakang Adara.
            Kafe kelihatan dah lengang. Cuma tinggal dua tiga pelanggan je yang masih duduk. Kerusi plastik Adara tarik lalu hempas punggung di atasnya. “Ad nak makan apa?”
            “Apa-apa jelah.”
            “Tunggu kejap.”
            Dua minit kemudiaan, Fathir kembali dengan segelas milo panas dan sandwich. Adara teguk milo panas sebelum sambar sandwich tuna. Fathir jadi pemerhati. Adara tu kira penyelamat jugaklah bila makan malam dia orang tiba-tiba tegang bila abah tiba-tiba naik angin. Kalau tak, memang abah dengan ibu gaduh besarlah malam ni.
            “Nenek...” Adara tekup muka dengan dua belah tangan. Dah tak ada selera nak sambung makan. Bahu Adara terinjut-injut dengan esak tangisnya buat Fathir jadi serba salah. Dia mana pandai nak pujuk-pujuk ni. Dahlah ni baru pertama kali dia tengok Adara sedih sampai tak ada selera nak makan. Dia rasa macam dia dah tak kenal Adara bila Adara asyik menangis macam tu.
            “Ad...”
            Adara masih dengan esak tangisnya. Fathir hela nafas panjang.
            Fathir pejam mata sekejap sebelum usap lembut rambut Adara yang dibiar lepas. “Syhh... abang ada. Abang akan selalu ada untuk Ad... menangislah. Menangislah sampai Ad rasa penat, rasa puas. Jangan takut, nenek akan sihat macam biasa. Kita doa untuk nenek... ok?” Perlahan-lahan Adara kesat lembut air mata sebelum panggung muka pandang wajah Fathir.
            Senyum kelat dia koyak. “Awak bukan abang oranglah. Awak tu abang Misha.”
            “Nak nangis lagi?” Adara geleng.
            “Dah, pergi cuci muka. Kusut!” Adara menurut. Fathir kembali duduk. Siapa nak ganti dia bila dia dah tak ada dekat sisi Adara nanti? Buntu.
“Mangkuk! Kau fikir apa do? Jauh sangat kau mengelamun, macam nak tembus dah scalpel dekat tangan kau tu.” Fathir pandang katak yang nak dibedah sebelum kembali memandang U di depannya.
            “Kau boleh buat tak ni? Aku tengok kau tak fokus langsung,” tambah U. Fathir hulur scalpel kepada U. U takut-takut nak bedah katak dengan scalpel. Dengan bacaan bismillah, U mulakan kerjanya sebelum Fathir ketawa.
“Islam rupanya kau ni.”
“Kau pernah kena tibai tak dengan aku?”
“Kau nak tibai aku? Aku balaslah gila.” U pandang Fathir.
“Kau kenapa? Sejak dua menjak ni asyik mengelamun sorang-sorang je. Dah putus asa nak try Airis?”
“Tak ada kena mengena do.” U jongket kening.
“SPM? Tiga bulan lagi... kan? Tak sedar.” Fathir angguk mengiakan. Tapi bukan sebab tu jugak sebenarnya!
“Eh... kau dengan budak tak baligh tu rapat gila kan? Kau nak sape sebenarnya? Airis atau budak tak baligh tu lagi? Atau dua-dua kau nak try?” Fathir tumbuk kuat bahu U. U balas gelakkan Fathir.
“Gila kau. Dia kanak-kanak lagi kot. Airis? Aku dah tak nak fikir dah... malas aku nak terkejar orang yang tak sedar kewujudan aku. Macam bodoh je.” U nak gelak tapi kesian jugak dengan Fathir.
By the way... nama budak tu Adara Cempaka.”
“Tak tanya,” selamba U menjawab. Fathir jongket kening kiri.
Puan Maria betulkan seragam pramugarinya sebelum sanggul dia betulkan. Adara ralit memerhatikan mamanya yang anggun dengan kebaya MAS Airlines. Nasi goreng dia kunyah sebelum teguk teh panas yang Puan Maria hidang. Kerusi ditarik ke belakang seraya masuk ke dalam kamarnya. Seminit kemudiaan Adara kembali keluar dari bilik seraya hulurkan slip kepada mamanya.
            Puan Maria sambut. Senyum nipis terukir di bibir merahnya sambil usap lembut ubun-ubun Adara. “Wah dapat 4A 1B. Bangga mama dengan Ad. Congrats anak mama! Nanti mama balik, mama bagi present special punya untuk anak mama ni,” ceria Puan Maria bagi response.
            Adara pandang neneknya yang duduk di kerusi roda. Nenek dah tak kuat macam dulu. Nenek punya kanser usus dan bila-bila je nyawa nenek akan ditarik. “Mama... Ad tak minta apa-apa pun. Ad nak minta satu je.”
            “Minta apa sayang?”
            “Tutup aurat mama. Orang sayang mama, orang tak nak mama masuk neraka sebab tak tutup aurat. Itu pun... kalau mama sayang Ad.” Puan Maria telan liur. Kelat. Sungguh dia sentap dengan Adara punya permintaan. Tu bererti... dia kena berhenti jadi pramugari.
Adara teliti kalender yang dah dibulat-bulat dengan marker pen. Fathir pesan kat dia sebulan lebih yang lalu dia orang tak boleh berjumpa sebab Fathir nak fokus dengan SPM. Adara terima. Tapi ni dah sebulan berlalu. Fathir dah habis SPM tapi kenapa Fathir macam jauhkan diri dari dia? Adara bosan. Nak ajak nenek borak hari ni nenek tak sihat lagi. Nenek tinggal dengan Mak Su. Adara tak nak ikut sebab dia tak nak menyusahkan. Zulaikha balik kampung, Akma pula bercuti dekat Jepun. Akma kan kaya.
            Adara sambar kunci rumah seraya kunci pintu rumah sebelum keluar. Kaki dia atur menuju ke lif. Punat anak panah dia tekan seraya menunggu pintu lif terbuka dan ting! Saat pintu lif terbuka Adara senyum nipis sambil lambai tangan ke arah figura yang kaget melihat Adara. “Fathir... teman orang...” Fathir keluar dari lif tak peduli permintaan Adara. Adara cebik.
            Adara membuntuti Fathir dari belakang sebelum mereka mati langkah di depan rumah Fathir. “Fathir...”
            “Apa Fathir-Fathir. Awak tu muda lima tahun dari orang tahu tak. Dekat sekolah tak belajar sivik? Kena panggil orang yang lebih tua dari awak dengan panggilan terhormat. Tu pun nak orang ajar ke? Sia-sia je dapat result gempak kalau tak beradab.”
            “Janganlah marah-marah. Orang tak ada kawanlah nak ajak borak. Orang bosan,” Fathir masuk dalam rumah sebelum jeling Adara. Adara masih senyum tenang. “Bosan? Blahlah... jangan ganggu orang nak rehat.”
            PANG! Pintu rumah dihempas kuat buat Adara kaget. Adara buat muka sebelum hentak kaki menuju ke lif. Tak guna! Entah apa yang aku buat sampai dia nak marah-marah.
“Kenapa layan Ad macam tu?” Fathir masih statik baring di atas sofa sambil baca komik. Dah berlambak komik di atas meja yang dia baca. Soalan ibu dia biarkan tak berjawab.
            Ibu tarik komik dari Fathir. “Ibu tanya ni... kenapa buat Ad macam tu?”
            Fathir bangkit dari baring. “Dia kena belajar... hidup tanpa Fathir. Kalau Fathir dah dapat sambung belajar nanti, dah tak ada orang nak layan kerenah dia 24 jam bu. Misha sendiri pun tak merengek macam dia.”
            “Sebab Misha ada ibu Fathir. Ad tu... dia sorang-sorang je dekat rumah. Kamu tahu kan dia dengan Misha tak sehaluan. Mahu tunggang terbalik rumah ni kalau Ad  masuk. Gaduh dengan Misha.”
            Fathir terdiam. Sentap. Kasar sangat ke dia layan Adara?
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumsalam,” serentak Fathir dan ibu menjawab salam. Ibu atur langkah menuju ke pintu rumah.
            “Eh Maria. Ada apa?”
            “Fathir ada tak?” Fathir bangkit dari duduk saat namanya dah naik. Apa pulak kali ni. Jarang sangat mamanya Adara cari Fathir melainkan...
            “Fathir... kamu tahu tak Ad pergi mana?”
            “Tak.” Wajah Puan Maria berubah keruh.
            “Kenapa?”
            “Kak... anak saya tak balik-balik lagi. Dah dekat pukul sepuluh dah ni. Saya ingatkan Fathir tahu. Apa saya nak buat ni akak? Dia tu budak lagi. Saya risau...” Puan Maria kalut. Fathir sambar sweater lalu keluar dari rumah.
            “Ibu... Fathir keluar kejap. Cari Ad. Aunty tunggu sini kejap,” ibu angguk.
            “Maria... awak masuklah dulu.”
Adara pandang bintang yang bertaburan di atas langit yang kelam. Dia sunyi. Sungguh dia sunyi. Nak balik rumah mesti mama dia tak balik lagi. “Bintang... bintang nak jadi kawan Ad tak? Semua orang tinggalkan Ad. Ad... sunyi bintang. Bintang tahu tak kenapa Fathir marah-marah macam tu? Ad nakal sangat ye bintang?”
            “Oi budak kecik!” Adara toleh belakang pandang Fathir yang tercungap-cungap ke arahnya.
            “Orang dah besarlah. Next year dah masuk form 1 dah pun.” Fathir duduk di atas buaian bersebelahan Adara.
            “Oh dah besar. Ingatkan kecik lagi. Pendek sangat tak sesuai jadi budak form 1.”
            “Perli ek. Mentang-mentang dia dah habis sekolah.”
            “Kenyataan.”Adara buat muka.
            “Ingat comellah buat muka macam tu.”
            “Orang comel apa?” Adara senyum nampak gusi.
            Fathir senyum nipis. Seketika kemudiaan, suasana mulai sunyi. Adara tolak buaian ke belakang dan ke depan sambil pandang sekelilingnya yang gelap gelita di dalam taman permainan. Fathir ralit perhatikan wajah polos Adara sebelum Adara pandang Fathir semula. Cepat-cepat Fathir pandang tempat lain.
            “Lepas ni... awak sambung belajar dekat mana?”
            “Luar Negara.”
            Adara tercengang. “Jauhnya!”
            “Abang nak jadi doctor.”
            “Awak bukan abang oranglah.” Adara terjerit kecil. Bengang. Fathir ketawa.
            “Orang pun... nak jadi doktorlah. Boleh main-main dengan awak lagi... kan?” Adara sengih kelat. Dapat dia rasakan perpisahan tak lama lagi bertandang.
            “Mana boleh main-main Ad. Tu masa depan.”
            “Alaaaa.”
            “Tak payah nak ala-ala sangat. Jom balik.”
            “Baiklah.” Adara menurut seraya membuntuti Fathir.
            “Ad...” Fathir mati langkah seraya toleh ke belakang. Bingkai kaca mata dia betulkan.
            “Ye.”
            “Ad jaga diri tau kalau abang tak ada nanti. Jangan nakal-nakal tau. Jangan buat mama awak tu risau. Ad kena pandai jaga diri. Jangan harapkan orang lain. Kena pandai berdikari. Ad jatuh, Ad kena bangkit sendiri. Ad kena ada semangat. Kena tabah. Ad jangan cengeng sangat. Ad sedih, Ad kena hiburkan hati sendiri.” Adara telan liur. Pahit. Rasa pipinya dah bahang dengan mata yang dah berkaca. Dia senyum kelat. Fathir balas senyuman Adara sambil usap air mata Adara.
            “Ni terakhir kali abang lap.” Adara tak tahu. Tapi... dia rasa kalau boleh dia dah tak nak jumpa Fathir. Dia tak tahu tapi dia rasa dia nak hidup selamanya dengan Fathir. Dia rasa... dia nak ikut ke mana aje Fathir pergi.
Dua Belas tahun kemudiaan
“Kau ni perempuan ke lelaki do?”
            “Kau memang tak serik ek keluar masuk balai polis? Sebab kes kau tumbuk insan yang bernama lelaki? Kalau dia orang tu ahli kongsi gelap macam mana? Kau ni memang fobia eh dengan yang namanya L.E.L.A.K.I?
            Volume MP3 dia kuatkan. Malas nak dengar bebelan dua perempuan di depannya. “Kau ni memang tak boleh eh dengar orang bagi kau nasihat? Bapak arh ego sia budak ni!” Akma bengang. Zulaikha hirup cappuccino yang dipesannya tadi.
            Adara anggukkan kepalanya. Menghayati lirik lagu yang dia dengar.“Oh lelaki tak guuuuuna.” Zulaikha matikan MP3 dan Adara kembali semula ke alam yang nyata. Adara pandang kiri dan kanan. Semua pelanggan dah pandang dia dengan pandangan sinis. Dia bukan sengaja pun nak kuatkan suara. Menghayati je lagu Yuna tu.
            “Adik.” Adara panggung kepala pandang manusia yang suka suki nak panggil dia adik.
            “Sape adik kau mangkuk!”
            Mak ai garang. Gumam si lelaki bermata sepet. “ Tolong jangan buat kekacauan dalam cafe ni. Thank you,” si lelaki senyum nipis sebelum meminta maaf dengan pelanggan yang lain.
            “Pergi mampuslah dengan terima kasih kau tu. Lelaki semua memang tak guna! Tahu nak sakitkan hati perempuan je,” bentak Adara dalam hati.
            “Putus cintalah tu.”
            “Perangai serupa jantan memanglah kena tinggal.”
            Adara bangkit dari duduk sebelum atur langkah keluar dari cafe. Dahinya berkerut bila si lelaki sepet berdiri statik bersebelahan pintu. “Oi gila. Kau tak nampak ke aku nak keluar ni?” Si lelaki sepet masih statik berdiri menghalang Adara nak keluar.
            “Aku cakap dengan kau ni.”
            “Cik... nama cik apa?” Adara jongket kening kiri.
            “Kau nak sibuk pehal do?” Si lelaki pandang beg jahitan Adara sendiri. Tertera nama Adara di situ.
            Adara. “Cantik nama cik. Tapi...
            Adara genggam penumbuk sebelum dihayun ke arah si lelaki namun tangkas si lelaki genggam tangan Adara. Zulaikha dan Akma gelang kepala.“Wooo.... jangan emo-emo. Hari ni cuaca tenang je cik, tak baik emo lebih-lebih. Nenek...” Adara mendengus seraya keluar dari cafe. Stress! Tak habis-habis orang nak pandang serong tentang dia.
“Mamat kat cafe tu memang nak kena dengan aku do!” Adara tarik kasar tudung yang membungkus kepalanya seraya hempas tubuh di atas sofa. Zulaikha hulur segelas air kepada Adara seraya Adara kembali duduk lalu teguk air dengan gelojoh.
            “Kau ni... dahlah tu. Dia tak salah apa pun dekat kau Ad. Kau yang emo tak tentu pasal. Kenapa ni? Jangan sebab benda tu... kau nak tempiaskan kemarahan kau dekat lelaki lain. Semua lelaki tak berani nak mengurat kau tau kalau perangai kau macam ni,” panjang lebar Akma berhujah.
            “Pi mampuslah dengan mengurat tu. Aku tak nak kawan dengan dia orang... aku tak nak bagi number phone aku dekat dia orang dan aku tak boleh terima cinta dia orang. Tapi.. dia orang paksa aku macam aku ni apa je. Memang kenalah dengan aku.”
            “Ad... dia dah tak ada nak jaga kau macam dulu. Entah-entah dia dah ada keluarga sendiri dah pun. Sedarlah. Fathir dah lama tinggalkan kau tanpa berita. Dah dua belas tahun Ad... come on. Move on!”
            “Argh! Stress!” Adara atur langkah naik anak-anak tangga sebelum kedengaran pintu bilik dihempas. Akma pandang Zulaikha.
            “Bangkai arh kau Zu. Kau dah tau dia sensitif pasal Fathir. Kau nak sebut lagi.”
            “Aku just nak dia hidup dalam reality Akma,” ujar Zulaikha senada.
Adara ketuk stereng kereta sambil fokus pandang deretan kenderaan. Jam di dashboard tertera pukul 7.45 pagi. Keadaan lalu lintas di lebuh raya sesak, sesekali bunyi hon kedengaran. Dia lambat lagi hari ni. Nada dering Marvin Gaye berbunyi lantas telefon pintar dia sambar. Tertera nama ‘Afina’ di situ. Skrin hijau dia sentuh.
            “Adara... dah sampai belum? Hari ni ada mesyuarat tergempar,” bila mesyuarat tergempar dia dengar. Terasa detak jantungnya dah tak berdetak seperti biasa. Dahlah Tuan Fuad tu garang nak mampus!
            “Err... aku tak sampai lagi. Traffic Jam.” Afina tercengang. Staff dah berpusu-pusu masuk ke dalam ruang mesyuarat. Kelihatan Tuan Fuad dan seorang lelaki berjalan memasuki ruang mesyuarat buat Afina kalut.
            “Masak kau kali ni Ad... memang masak! Tuan Fuad dah sampai, kau guna jelah inisiatif lain.” Adara tamatkan panggilan. Lagi dia nak dengar Afina bercakap masa tu jugalah dia punya detak jantung rasa macam nak berhenti. Tangannya dah mulai basah.
Bangkai arh Tuan... kenapa mesti sekarang mesyuarat tergempar dia nak buat? Kenapa?!
“Bagaimana dengan keuntungan syarikat kita?” Staff saling pandang memandang antara satu sama lain. Diam. Mana dia orang nak jawab kalau Cik Akautan tak ada.
            “Baik Tuan.” Afina menjawab.
            “Kenapa kamu pula yang menjawab Afina? Kamu dah tukar jawatan ke apa?” Sarkastik dari Tuan Fuad.
            “Err... tak...”
            “Tak apanya? Adara mana?!” Suara Tuan Fuad dah naik satu oktaf.
            “Dia...” Afina mati kata saat pintu dihempas kuat. Adara tercungap-cungap sambil tunduk sedikit ke arah Tuan Fuad. “Maaf Tuan. Traffic... jam tadi.” Afina tepuk dahi. Adara dah selekeh. Lagi tambah kemarahan Tuan Fuad yang pentingkan kesempurnaan. Mata-mata staff tertumpu ke arah Adara di muka pintu.
            “Kita tangguhkan mesyuarat hari ni.” Tuan Fuad sekadar menggeleng kepala.
            Di satu sudut, seorang lelaki yang baru masuk ke company Tuan Fuad tersenyum nipis lihat gelagat Adara.
“Ad... kenapa kau lewat?”
            “Aku lewat bangunlah. Aku tak sengaja. Mana aku tahu orang tua tu nak buat mesyuarat tergempar. Apa yang gempar sangat do?” Afina tarik kerusi seraya duduk di kubikelnya.
            “Ada budak baru, sekali dia buat mesyuarat.”
            “Budak baru? Mana?”
            “Hai.” Adara toleh ke belakang. Dia benci spesies manusia ni.
            “Nilah budak baru tu Ad.”
            “Oh... welcome.” Adara atur langkah ke kubikelnya. Si budak baru perhatikan gerak langkah Adara. Tu je? Tak nak tahu nama?
            “Dia memang, kalau dengan lelaki macam tu. Tapi... percayalah dia baik orangnya. Cuma dengan lelaki dia kejam sikit,” si budak baru gelak halus.
            “Interesting.”
            Afina pandang lelaki yang masih berdiri di depan kubikelnya. “Interesting awak kata? Tunggu dan lihat dia keluarkan tanduk.”
            “I’m waiting.”
“Kau tak nampak ke apa yang aku tengah buat ni, gila? Dah berapa kali dah aku kata aku tak lapar. Kau pergilah makan, tak payah ajak aku. Aku banyak kerja kena buat.”
            Lelaki berkemeja turquoise tarik kerusi seraya duduk bersebelahan Adara. Bungkusan makanan dia letak di atas meja dan Adara hanya pandang sekilas sebelum kembali pandang komputer riba. Adara sabar je dari tadi. Ikutkan hati nak je dia bagi penumbuk dekat budak baru yang dia tak tahu selok belok asal usul. Adara malas nak ambil tahu.
            “Kita makan sama-sama, nak?” Adara kerut dahi seraya pandang wajah lelaki di sebelahnya.
            “Janganlah buat muka garang sangat. Cuba senyum,” tambahnya sebelum teguk sebotol mineral. Bekas polisterin dia buka sebelum suap makanan ke dalam mulut. Adara masih dengan riak wajah nak tumbuk manusia di sebelahnya.
            “Nak?”
            “Mangkuk! Kau tak boleh makan dekat tempat lain ke ha? Dekat meja aku juga kau nak makan. Aku tak ada masa nak layan kau, tahu tak.”
            “Parent’s abang bagi nama cantik-cantik tau, bukan mangkuk.”
            “What the... shitlah kau! Sejak bila kau jadi abang aku ha? Gila!”
            “Awak tu muda lima tahun dari abang, tahu tak. Tak baik tau mencarut, berdosa.”
            Adara mengeluh. Rimas!
            “Kau pehal do nak arah-arah aku. Pergilah! Jangan ganggu...”
            Adara mati kata saat bekas polisterin di depannya dibuka. “Abang buka untuk adik eh. Nanti kalau gastrik sape nak jadi akauntan syarikat ni? Kan?”  Adara kerut dahi. Sudu dia sambar seraya suap makanan ke dalam mulut. Sungguh dia tak suka ada lelaki prihatin macam ni dekat dia. Cukuplah Fathir orang terakhir jadi abang tak di iktiraf untuk dia. Dia dah serik.
            “Nama kau apa?”
            “Uwais. Abdul Uwais. Cantik...” Adara ketawa. Klasik gila nama.
            “Abdul Uwais? Kau adik beradik dengan Ali baba eh?” U senyum nipis.
            “Haah saya adik kepada Ali Baba. Tapi kami terpisah sebab pintu doraemon bawa abang saya ke dunia lain.”
            “Kau mencarut apa ni?”
            “Saya tak mencarut pun, Cuma nak tengok Ad senyum je. Senyumlah sikit. Sikit je.” U senyum lebar dan Adara balas dengan jelingan.
            “Gila.”
“Perempuan... kau nak pesan apa?”
            “Apa-apa jelah Akma.”
            “Bang... cappuccino dua, apa-apa je sa...” Adara panggung muka dari telefon pintarnya seraya tampar tangan Akma.
Adara pandang si pelayan tanpa berkedip. Oh shit! Apa ni? Tapi sejak bila?
“Eh... Ad.” U berlagak biasa. Wajah U tu nampak macam baby face, tenang je dengan mata sepet. Kaya dengan senyuman.
“Kau buat apa do? Kau part time eh?”
“Wooo sejak bila Ad ada perasaan nak ambil tahu tentang abang ni?”
“Cappuccino tiga. Dah berambus. Buat cepat sikit tau.” Adara ubah topik.
“Ok.”
Zulaikha pandang Akma, Akma pandang Zulaikha sebelum pandang Adara yang tengah perhatikan U. Dia selalu lepak dalam cafe ni kot. Tapi dia langsung tak perasan pasal kewujudan U. Sungguh Adara hidup dalam dunia sendiri. “Siapa tu minah?”
“Budak baru dalam office aku. U.”
“Dia gelar diri dia abang? Dia tua dari kita eh?”
“Haah. Tua lima tahun. Itupun dia yang bagi tahu aku.”
Seriously? Muka dia tak nampak macam nak masuk 30 pun.”
“Kau nak sibuk pehal do? Apa Zack tak cukup untuk jadi tunang kau ke Akma?” Adara dah mulai rimas. Asyik tanya pasal U je. Bosan kot.
Akma cebik.
Zulaikha tongkat dagu sambil pandang U yang sedang menghantar pesanan minuman. “Awak memang handsome dari kecik ke?” U gelak halus sebelum kembali ke dapur.
“Tak kelakar do. Tak payah nak usya sangat mangkuk. Nanti kau yang sakit. Tak serik kena main dengan lelaki?” Serentak tiga mata pandang Adara yang sedang hirup cappuccino .
What?”
“Kau sedar tak kau cakap apa tadi?”
“Aku cakap benda betul apa? Kenapa ? Sentap?”
Zulaikha keluh kasar. Susah nak cakap dengan Adara. Complicated. Benci sangat dengan insan yang bernama lelaki sampai dia pula yang kena.
U pandang raut wajah Adara dari jauh. Adara memang dah berubah. Dia dah tak kenal Adara yang pernah jadi kanak-kanak ribena dulu.
“Kalau dia jumpa abang dia yang dah lama tak muncul-muncul... kau rasa dia berubah jadi ceria semula tak?”
Hariz tepuk bahu U. “Kalau pun abang dia tu muncul. Keadaan dah berubah U. Budak Adara tu yang sakit nanti.”
“Hai! Adik buat apa?”
            “Tengah bunuh orang.” Senada Adara menjawab sambil kacau teh.
            U senyum nipis. “Kau boleh tak jangan ganggu aku sehari? Aku rimas tahu tak? Kau memang tak makan penumbuk aku lagi kan? Kau macam nak kena je dengan aku.” Adara bersandar di belakang meja sambil teguk segelas teh.
            “Wowoo janganlah garang sangat. Penampilan cun dah dari bawah sampai atas yang tertutup itu indah tapi ada yang kurang... kasar sangat. Cuba jadi macam...” Afina masuk ke dalam pantry.
            “Cuba jadi macam Afina. Lembut...” Adara hempas gelas di atas meja seraya pandang Afina dan U silih berganti.
            “Puas hati? Puas hati nak judge aku? Pergi mampus!”
            “Semua nak judge aku. Pergi mampuslah dengan judgement kau orang tu!” Staff saling pandang memandang antara satu sama lain. Kaget bila Adara tiba-tiba naik angin. Adara kembali ke kubikelnya menghadap komputer riba.
            Afina pandang U yang masih tersenyum nipis. “Kalaulah dia tahu yang awak tu anak bos kita orang. Mesti dia malu.”
            “Sebab tu saya tak nak dia tahu.”
            “Tapi... kenapa awak nak sangat cuba ambil hati dia? Tak penat ke?” U sambut segelas teh yang Afina buat.
            “Sebab dia macam seorang adik.” Afina angguk.
            “Dan... sebab nak tengok Adara Cempaka yang dulu.”
“Mama...”
            Puan Maria belai lembut rambut Adara yang panjang mengurai. “Ye sayang.”
            “Orang minta maaf.”
            “Minta maaf sebab apa pulak ni Ad?”
            Adara toleh ke belakang pandang wajah mamanya. “Orang tinggalkan mama sorang-sorang dekat rumah ni. Orang tak dapat nak temankan mama, orang... sometimes orang rasa orang ni pentingkan diri sendiri. Kesian mama. Mesti mama sunyi kan? Kalau dulu... arwah nenek ada, jaga Ad untuk mama. Sekarang? Mama tinggal sorang je dekat rumah.”
            “Ish... mama oklah Ad. Mama ok je tinggal sorang-sorang. Mama bosan, mama selalu borak dengan ibu Fathir. Shopping sama-sama, mama sakit dia jaga mama. See mama ok je.. kan? Kejarlah impian Ad, jangan fikir apa-apa.”
            “Sayang mama.” Adara sembam kepala atas riba Puan Maria.
            Puan Maria usap kepala anaknya.
            “Kamu masih tak ada kawan lelaki?” Adara geleng.
            “Nanti... mesti dia orang tinggalkan Ad macam yang lain. Macam... Fathir. Dia pergi dia tak say goodbye pun. Pergi macam tu je.”
            Puan Maria gelak. “Anti lelakilah ni?” Adara panggung muka sambil senyum nampak gusi.
            “Tak pe... mama tunggu.”
            “Eh... tunggu apa pulak ni mama?”
            “Tunggu someone lah.”
            “Amboi mama. Dah pandai eh sekarang. Mama nak bagi abah baru eh untuk Ad?”
            Puan Maria jentik dahi Adara. Adara gelak jahat. “Nak ke?”
            Adara geleng. “Tak nak. Nak mama je.”
Dua pinggan chicken pie terhidang di atas meja. U pandang dua beranak silih berganti. “Kakak manis ni sape Ad?” Adara pandang mamanya sebelum pandang wajah U. Kakak manis kau panggil mama aku, gila!
            “Mama aku. Pehal?” Puan Maria balas senyuman U.
            “Cantik mama Ad. Kontra sangat dengan Ad.”
            “Thank you.” U sedikit tunduk tanda balasan terima kasih.
            “U...” U pandang Adara.
            “Shitlah kau! Mama aku pun kau nak usya? Gila!”
            Puan Maria tampar tangan Adara. “Ad... percakapan tu. Jaga sikit.”
            U sorok senyum.
            “Nama kamu? U?”
            “Uwais tapi orang panggil saya U.” Puan Maria angguk faham.
            “Bos kamu tak marah ke kamu temankan kita orang makan?”
            “Tak ada sape nak marah saya. Saya pemilik cafe ni.”
            “Dah lama ke buka cafe ni?”
            “Baru jugaklah dalam setahun dua macam tu. Rekaan cafe ni saya yang reka sendiri. Saya suka-suka je tolong pekerja saya kalau saya cuti.”
            Adara kunyah chicken pie sambil dengar perbualan U dan Puan Maria. Dia mana nak tahu pasal U, yang dia tahu dia suka lepak tempat ni sebab rekaan dia vintage sangat.
            “Kamu kerja apa?”
            “Mama... makanlah. Chicken pie dah sejuk tak sedap nanti.”
            “Haahlah, banyak sangat mama tanya dekat Uwais ni. Dah Uwais ni kawan anak mama. Mama pun kenalah tau pasal Uwais jugak.” Kawan? Sejak bila do?
            “Saya kerja interior designer. Satu pejabat dengan Ad.”
            “Ermm... dah lama kenal dengan Ad lah ni?”
            “Adalah dalam dua tiga bulan macam tu.”
“Mama awak cantiklah Ad. Manis macam awak jugak.”
            “Kau suka mama aku?”
            “Suka.”
            “Bangang! Aku tak nak kau jadi abah aku.” U tergelak sambil genggam t-shirtnya. Sungguh kelakar!
            Adara tarik kolar kemeja U yang masih dengan sisa gelaknya. “Tak kelakar, gila!”
            “Relekslah, chill! Take a deep breath and sit down.”
            U kesat matanya yang berair. Adara kembali duduk di depan U. Senyum lebar U ukir sambil pandang raut wajah Adara. Melahap sangat budak ni. “Lapar sangat eh?”
            “Laparlah gila. Hari ni aku overwork kot and by the way thank’s tau belanja aku hari ni.”
            “Your welcome.”
            U kerling jam tangannya. Pukul 10 malam. Adara masih melahap dan suasana cafe dah mulai lengang. U berkira-kira nak hantar Adara balik tapi tak payah tanya memang jawapan Adara ‘tak nak’. Adara, pandai sangat jaga diri.
            Vanilla Latte Adara hirup sebelum lap bibir dengan napkin. “U...”
            “Ye.”
            “Kau tahu tak...”
            “Tak tahu.”
            “U! Bangang...” Adara keluh kasar. Dia dah janji dengan mama tak nak mencarut atau cakap kasar.
            U sorok senyum.
            “Chill lah. Dalam hidup ni, kita tak boleh terlalu serius. Kita kena campur dengan jokes. Biar hidup kita warna warni. Tiru macam saya. Cool je.” U angkat-angkat kening. Adara mengeluh. Niat nak berbaik dengan U nampaknya dia batalkan. U memang tak pernah serius kalau orang nak cakap dengan dia. Menyampah!
            Adara tolak kerusi ke belakang. “Aku nak baliklah.”
            “Saya hantar.”
            “Terima kasih daun keladi, tapi aku tak ambil peduli. Aku tak naklah.”
            “Ok.”
            Tiba-tiba... pandangan Adara mulai gelap. Tingkap besar cafe Adara pandang. Gelap! Masa-masa macam ni jugaklah nak blackout. Gila aku macam ni!
            “Nak balik jugak ke Ad?” Adara pandang U yang atur langkah ke arah almari.
Lilin Adara pandang tanpa perasaan. Kenapa nasib aku malang hari ni? Kenapa?! Stress!
            “Kau cuba nak jadi dia ke U?”
            U pandang Hariz yang fokus dengan telefon pintarnya.
            “Tak. Aku cuma teringat dekat dia bila aku nampak budak tu.”
            “Yeke?”
            U ketawa. “Kau tak percaya ke mangkuk?”
            “Haah. Sebab... aku perasan yang kau suka usya budak perempuan tu.”
            U tumbuk bahu Hariz. “Stalker!”
            “Tak... aku tak stalk just ya aku perasan yang kau suka perhatikan dia dari jauh.”
            “Commonlah Riz. Aku dah kata, budak tu buat aku teringat dekat dia.”
            “Alasan. Kalau kau tak nak bagi kat aku.” Hariz tinggalkan U yang dah terpinga-pinga di sebalik meja. Kerusi di depan Adara dia tarik seraya duduk.
            “Abang tu kirim salam dekat adik.” Adara jeling U. Tak guna punya Hariz!
            “Sejak bila aku jadi adik kau?”
            “Bapak arh. Garang sia!” U tepuk dahi. Memang Hariz nak cari pasal dengan Adara.
            “Muka kau macam muka pecah rumah do! Kusut!” Adara ketawa. Tak tahu tapi dia rasa nak gelak kuat-kuat.
            “Yeke?” Adara angguk sambil peluk tubuh. U menghampiri.
            “Haah. Sumpah tak tipu. Penat sangat eh?”
            “Kan... Ad. Aku dah kata baik kau cuci muka. Kau tak nak,” tambah U.
            “Entah. Muka macam belacan dah,” sambung Adara masih dengan sisa gelak. U pandang Adara. Aku nak Adara yang ni!

Meja kerja Adara gendang sambil perhatikan sekelilingnya. Masa-masa rehat macam ni mesti ada langau kacau dia tapi dah seminggu langau tu tak masuk office. Buat Adara rasa ternanti-nanti. Langau tu tabah sangat kena maki hamun dengan dia.
            “Ad... kau tak nak kirim apa-apa?”
            Adara geleng.
            “Kau ok?”
            “Ok je. Asal?”
            “Are you sure?”
            “Ye Afina. Aku ok. Dahlah, pergilah beli makanan tengahari kau tu. Nanti habis pulak masa rehat.” Adara kembali fokus dengan kerjanya.
            “Aku tak rasa kau ok. Muka kau pucat kot. Kau overwork sangatlah Ad. Aku pulak yang risau.” Adara senyum nampak gusi. “Ok fine. Aku rehat. Jom.”
“Eh Zulaikha, Ad pun ada?”
            “Dah nampak lagi nak tanya,” sarkastik dari Adara sambil pandang sekeliling cafe.
            Zulaikha cebik. “Tak payah ambil peduli sangat dengan Ad ni Riz, dia memang hari-hari emotional.” Hariz ketawa.
            “Akma mana?”
            “Akma? Dia busy. Biasalah orang tu dah nak jadi isteri orang kan.”
            “Zulaikha macam mana pulak?”
            “Zulaikha?” Zulaikha tunding jari pada wajahnya.
            “Haah Zulaikha. Bila nak jadi isteri orang.”
            Zulaikha hirup Vanilla Latte sebelum pandang wajah Hariz. “Tak ada orang nak saya. Zulaikha ni orang lelaki buat mainan je. Tak sengaja bercinta dengan suami oranglah, dengan anak maklah. Orang curang dengan Zulaikha. Complicated!”
            Hariz ketawa lagi. Adara angkat kening kiri. Gila ke apa? Asyik ketawa tak tentu pasal.
            “Tak pe. Nanti kita taaruf dulu.”
            “Taaruf? Maksud awak?” Hariz garu kening yang tak gatal.
            “Taaruf tu maksud dia nak kenal kaulah mangkuk! Aduhai,” keluh Adara. Nasib badan dapat kawan blur. Zulaikha sengih.
            Hariz alih pandangan ke arah Adara yang masih mencari sesuatu. “Cari sape?”
            “Tak... Tak cari sesiapa pun. Why?” Hariz senyum senget. Ingat aku tak tahu ke?
Tuan Fuad terangguk-angguk faham dengan penjelasan Adara mengenai keuntungan syarikat yang semakin meningkat.
            “Kita tamatkan sampai kat sini je,” ujar Tuan Fuad senada. Adara angguk.
            “Wei... dah lama U tak datang kan.”
            “Ah, dah hampir dua minggu dah.”
            Adara curi dengar sambil duduk semula di kubikelnya. Dasar curi tulang, gossip tak habis-habis.
            “Dia kan anak Tuan Fuad. Untunglah boleh cuti suka hati dia je, ni kan syarikat bapak dia,” tambah Afiq. Tangan Adara yang fokus dengan papan kekunci mati. Afina panggung kepala. Gila! Rahsia dah terbongkar.
            “Kau orang bertiga tu tak ada kerja lain ke? Duk mengata orang.” Afina bersuara.
            “Kenyataan apa? Syarikat ni bapak U yang punya. Suka hati dialah nak buat apa pun.”
            Adara berdeham. Afina dia pandang.
            “Betul ke Afina?”
            Afina keluh panjang. Maafkan aku U.
            “Betul.”
            “Apa yang betul Afina?” U tiba-tiba menyampuk di muka pintu pejabat. Semua mata tepat menikam diri U.
            U ketawa. “Woo... kenapa semua serius ni? What happen?”
            “U...” Adara tertunduk. Malu. Apa aku buat selama ni?
Adara kuis-kuis makanan yang dipesannya. Sungguh dia tak ada selera nak makan tengahari lepas apa yang jadi tadi. U anak Tuan Fuad. Apakah? “Ad, kau tak kesian ke dengan rezeki depan mata kau tu.”
            “Kesian...”
            “Kalau kesian, janganlah dikuis makanan tu. Kenapa? Masih shock?” Adara panggung muka.
            “Aku sorang je ke yang tak tahu?”
            “Yup. Kita orang semua dah lama tahu. Dah kau tak nak ambil kisah tentang U. So, aku diam jelah. U pula dia tak sampai hati nak bagi tahu kau. Seems that kau dah mula selesa dengan dia.”
            Adara senyum nipis.
            “Kau tahu... seems that aku pun dah selesa dengan dia. Dia buat aku teringat dekat seseorang yang hilang dari hidup aku dua belas tahun lepas. Cara dia, tingkah dia cuma... U lebih cool dari orang tu. U selamba, aku tak pernah tengok dia emo lagi.”
            “Seems that... orang tu special untuk kau je?” Tebak Afina, Adara ketawa.
            “Hai girls! Boleh join?” Adara pandang Afina. Afina pandang U yang sedang angkat sedulang makanan.
            “Boleh je. Duduklah,” jemput Afina. U duduk bersebelahan Adara buat Adara rasa tak selesa.
            “Aku dah kenyang. Sorry.” Adara bangkit dari duduk. U pandang gerak langkah Adara yang dah keluar dari kedai mamak. Afina gigit bawah bibir. Bersalah!
            “Afina... kenapa dengan Ad?”
            “Sorry... dia dah tahu kebenarannya yang awak tu... anak Tuan Fuad.” U toleh ke belakang pandang Afina. Tamat! Macam mana nak ambil hati Adara lagi?
Adara peluk lutut sambil pandang bintang yang berkerdipan di dada langit. “Bintang... I think, I  fall again but...” Adara mengeluh.
            “What should I do bintang?” Adara sembam kepala di atas lutut. Aku akan kena pecat ke sebab asyik maki hamun anak Tuan Fuad? Stress! Apa aku buat ni?
            Nada dering Marvin Gaye kedengaran. Adara panggung muka, masih nombor yang sama. Dah berpuluh kali dia tak jawab, tak nak putus asa ke apa? Lambat-lambat Adara sentuh skrin sebelum jawab salam si pemanggil.
            “Nak apa?”
            U bangkit dari duduk seraya berdiri di balkoni.
            “Cantik.”
            “Huh?”
            “Bintang malam ni cantik.” Adara senyum mengiakan. Dia memang suka bintang dari kecik kot.
            “Ad... saya nak minta maaf.” U tukar posisi, bersandar di belakang balkoni menghadap biliknya.
            “Lupakan,” ujar Adara senada.
            “Really?”
            Seketika kemudiaan, suasana sepi. Rantai berhuruf A, Adara pusing-pusing. “Kau... dua minggu ni kau pergi mana?”
            “Kenapa? Wooo Ad awak baru je nak ambil tahu pasal saya. Impressive!”
            “Aku tanya jelah. Lama kot kau tak masuk kerja, dekat cafe pun kau tak ada. Kau pergi mana sebenarnya?”
            “Nak cari apa yang awak tunggu selama dua belas tahun ni.”
            “Aku tunggu?  Dua belas tahun? Aku tak tunggu...”
            U ketawa. “Nahh... just kidding. Saya dengar dari mama awak tentang perkara dua belas tahun. Apa yang dah jadi.” Adara mengeluh.
            “U...”
            “Yup.”
            Adara gigit bawah bibir. “Thank you. Sudi hiburkan hati aku selama ni, tahan dengan maki hamun aku.”
            “It’s ok. Awak macam seorang adik.”
            “Oh ya?”
            “Yup.” Adara ketawa. U senyum. Aku suka Adara yang ni!
            “Kau tahu... kau buat aku teringat dekat seseorang yang dah hilang dari hidup aku selama dua belas tahun. Aku menyampah juga dengan dia sebab tak habis-habis nak bebel aku. Emo tak tentu pasal. Tapi... aku suka bila dia ambil berat pasal aku. Dia macam abang buat aku. Aku... tak pernah rasa kasih sayang seorang lelaki. Abah aku meninggal masa aku baru dua hari hidup dalam dunia ni. Mama aku kata abah aku air crash. Abah aku pilot. Tapi... bila dia ada dekat sisi aku, aku rasa kasih sayang seorang lelaki. Macam kau... bagi aku kau tenang macam sebatang sungai. Bila aku dengan kau, aku rasa kehangatan yang pernah dia bagi dekat aku. Aku rindu... rindu sangat dengan dia.” Adara pejam mata. Pipi yang mulai basah dia kesat.
            U bungkam. “Siapa nama dia?”
            “Fathir.”
            U mengeluh. “Saya akan cari dia untuk awak. Saya akan... cari ketenangan yang tinggalkan awak tu. Biar ada kehangatan dalam diri awak. Saya janji.”
            “U...”
            “Ad... awak baru je confess dekat saya. Saya macam sebatang sungai eh? Saya hangat ke?”
            “Eh?” U ketawa jahat. Adara senyum lebar.

Apa aku buat semalam? Kenapa aku rasa aku tak nak jumpa dia? Tapi kenapa hati aku nak sangat jumpa dia hari ni? Yeke aku confess dekat dia semalam. Tapi... aku tak ada rasa pun untuk dia.
            Adara membebel dalam hati sebelum masuk ke dalam cafe. Dahi dah berkerut bila cafe gelap semacam. Dah kenapa?
            Bunyi trumpet kedengaran. “Happy Birthday!” Jerit sesi cafe sebelum U hidupkan lampu. Adara senyum lebar. Terharu kot. “Kek mana kek?”
            Nyanyian happy birthday mulai kedengaran sambil U petik gitar. Senyum Adara mati saat pandang si figura yang sedang mengangkat kek coklat di depannya. Wajah U dia pandang. U senyum tenang. Apakah?
            “Happy birthday... Adara Cempaka.”
            “Fathir... awak...” Fathir angguk. Kek dia hulur kepada Hariz.
            “I’m back for you.” Adara tertunduk sekejap sebelum pandang wajah Fathir. Pipi yang mulai basah dia biarkan.
            “Orang rindu awak. Awak pergi mana? Kenapa lama sangat buat orang tunggu.”
            Fathir ketawa sebelum jentik dahi Adara. “Janganlah nangis. Abang dah balik... kan?”
“U! Masakan kau hangit!” Jerit Hariz di telinga U. U tersentak sebelum matikan gas.
            “Aku rasa kau dah gila. Kali ni dah masuk sepuluh kali masakan kau hangit.”
            “Ala... biasalah manusia memang mudah lakukan kesilapan.” U sengih sebelum hulur sudip kepada Hariz. Hariz geleng kepala. Apa, ingat aku tak tahu kau ada problem?
            “Kau ok ke tak ni U?” U tanggalkan apron.
            “Ok je.”
            “Serius?” Hariz jongket kening kiri.
            “Muka aku ni macam penipu ke Riz?”
            “Aku kenal kau bukan sehari dua U. Aku tinggal kat sebelah rumah kau, dirikan cafe ni dengan kau. Kau nak tipu aku pehal mangkuk.” Hariz tolak bahu U. U ketawa.
            “Aku bahagia untuk dia. Aku suka sikap dia yang ni.”
            U keluar dari dapur lalu gelas di dalam almari dia capai. Hariz membuntuti dari belakang. U pandang Fathir yang tengah ralit berborak dengan Adara. “Kenapa kau lepas dia macam tu je? Fathir hilang kau hiburkan dia kot. Kau hiburkan hati dia bila dia sedih tapi... sejak dia jumpa Fathir semula kenapa kau jauhkan diri dari dia?”
            U teguk segelas air sambil peluk tubuh. “Sebab... aku nak tengok dia ceria macam tu. Aku tak nak ganggu hidup dia,” ujar U senada sebelum hulur gelas kepada Hariz.
“Aku nak kahwin,” ujar Fathir senada.
            “Kahwin? Tak terlalu awal ke untuk Ad?” Fathir ketawa bila reaksi U tiba-tiba kalut.
            “Aku tengok kau ni macam ada rasa je untuk budak kecik tu.” U betulkan posisi duduknya.
            Fathir betulkan bingkai kaca mata. “U... kau kena cepat atau orang lain kebas.”
            U ketawa. “Apa kau mencarut ni...”
            “Bukan dengan Ad tapi dengan Airis.” U terdiam. Apakah?
            “So, kau nak Ad ambik je aku tak kisah pun,” tambah Fathir. U senyum senget sebelum bangkit dari duduk di sofa.
            “Apa kau merepek ni Fathir? Kau bagi harapan dekat Adara wei. Kau tahu tak dia dah lama tunggu kau.”
            “Aku tahu. Tapi perasaan cinta tu tak boleh dipaksa,” jawab Fathir.
            U tarik kolar kemeja Fathir buat suasana tiba-tiba jadi tegang. “Kau... Ad berubah, benci dengan lelaki sebab kau! Orang pandang rendah dengan dia sebab kau. Kau memang tak ada sifat berperikemanusiaan ke ha?! Kau memang tak gunalah Fathir. Mana Fathir yang dulu? Yang selalu lindung Adara?”
            Fathir bangkit dari duduk. “Dia bukan Adara yang dulu dan aku... bukan abang dia yang dulu. Aku ada life aku. Dia tu tak ada kena mengena dalam hidup aku dah. Tu dia punya hal!”
            BUK!
            Fathir terduduk sebelum sentuh pipi yang terasa kebas. “Kau memang tak guna!”
            “Kau tumbuk sahabat kau sendiri sebab perempuan tu? Tapi... kau tak berani nak luah apa yang kau rasa untuk dia?! Pengecut!” Fathir kembali bangkit dari duduk sebelum tolak kasar bahu U. Kunci kereta dia sambar.
Hariz perhatikan dari tingkat atas. Apa dah jadi do?
“Kau nak sibuk pehal do? Bukan kau pernah cakap dengan aku yang kau akan cari dia untuk aku ke? Tapi sekarang yang kau nak sibuk ni pehal?” Bebel Adara sambil tunggu pintu lif terbuka.
            Ting! Pintu lif terbuka. Adara atur langkah keluar dari lif dengan muka dah masam mencuka. Tak guna punya U, aku tahulah company ni bapak dia yang punya. Dah kenapa nak arah aku tak tentu pasal.
            “Ad... tunggulah dulu.” U pegang lengan Adara.
            “Apa? Fathir dah tunggu aku dah dekat luar. Kita borak lain harilah, ok?” Adara senyum nampak gusi sebelum lepas lengannya lembut. Langkah dia cepatkan keluar dari lobby.
            “Dia bukan Fathir yang dulu Ad, dia dah berubah.”
            Adara toleh ke belakang. “Kau ke dia yang berubah? Sejak dua menjak ni kau yang asyik nak jauhkan aku dari dia.”        
            Fathir pandang U, U alih pandangan dari wajah Adara ke wajah Fathir. Damn it! “Dahlah, aku balik dulu,” ujar Adara senada sebelum masuk ke dalam Range Rover milik Fathir.
            Fathir tepuk bahu U. “Don’t worry. Aku akan slow talk dengan Ad. Jelaskan semuanya, ok?” U mendengus seraya tolak tangan Fathir yang melekat di atas bahunya. Fathir ketawa.
            Damn it!         
“U. Ada orang nak jumpa.”
            “Sape?”
            “U...” U panggung muka dari laptop.
Oh man! Tak lawak do! Tapi macam mana?
Betty duduk di atas meja pejabat U buat semua mata-mata staff fokus ke arah mereka. Betty pintal-pintal rambut perangnya sambil renung wajah U yang bersandar di belakang kerusi.
            “Look at me. I’m changed and this is for you. You tak suka?”
            “Jangan nak buat aku gelak Betty. Ni? Aku suka? Memang taklah.” U pandang kaki Betty yang terdedah.
            “Kau ingat kaki kau cantik ke?”
            Betty cebik. “You lari dari I kenapa? I dah berubah, I dah tak compang-camping macam dulu. Ni semua untuk You tapi you just nak kutuk I je!”
            “Ni kenyataan Batrisya! Terima jelah yang aku tak boleh balas perasaan kau. Keluarlah jangan ganggu staff lain nak buat kerja.” U bangkit dari duduk. Rasa panas semacam bila orang macam salah anggap dengan dia.
            Tali leher U, Betty pintal sebelum letak tangan atas dada U. Nafas U turun naik bila staff dah mulai berbisik-bisik antara satu sama lain. “U... I tak boleh move on. Terimalah cinta I,” pujuk Betty.
            Tangan Betty U tarik seraya heret tangan Betty keluar dari pejabat. Muka Betty dah berubah merah. Adara yang baru nak buka pintu pejabat tercengang bila dia  terserempak dengan U dengan wajah yang merah.
U marah? Indeed pecah rekod.
“U... sakitlah.”
“Pi mampus dengan sakit kau tu!” U merengus sebelum tolak Betty keluar dari pejabat. Pintu pejabat dia kunci dan Adara rasa dia tak boleh bergerak sebab faktor kejutan.
“U... kau ok?”
            U diam.
            “U?”
            U kerut dahi sambil pandang wajah Adara. “Kau rasa aku ok ke?!” Jerit U pada Adara sebelum kembali ke kubikelnya. Adara tercengang.
            “Masalah cinta?”
            “Ye kot. Tak sangka U punya test pompuan macam tu. Entah-entah U tu buaya tak?”
            “Kan... aku asyik perhati dia cuba ambil hati Ad.” Afina pandang tiga tukang gossip.
            “Kau orang bertiga tu tak habis-habis nak mengumpat ke? Ha?” Tegas Afina bersuara. Tuan Fuad yang perhati dari biliknya mengeluh panjang sebelum bersandar di belakang kerusi. Masalah!
Fathir berdeham sebelum pandang Adara yang ralit dengan telefon pintar di tangannya. Adara nak tahu jugak kenapa dengan U? Tak pernah kot U tengking dia sampai macam tu sekali.
            “Ad...” Adara panggung muka.
            “Kenapa? Ada prob?”
            Adara geleng sebelum menyisip cappuccino. Fathir ukir senyum.
            “Abang dengar Ad dah ganas eh sekarang? Keluar masuk balai sebab kes bergaduh?” Adara ketawa. Lawak kot.
            “Dia orang buat orang menyampah. Kenalah dengan Ad.”
            “Yeke?”
            “Ye.”
            Suasana kembali sepi. Adara pandang sekeliling cafe dan pencariannya hampa. “Ad, abang minta maaf sebab buat Ad tunggu dua belas tahun. Pergi tak bagi tahu Ad tak bagi khabar dengan Ad. I’m sorry.”
            Adara ukir senyum. “Orang dah lupa tentang tulah.”
            “Sebab tu abang suka dekat Ad. Terima je apa yang dah jadi,” ujar Fathir senada. Adara ketawa.
            “Eh... orang bukan adik awaklah. Tak payahlah nak abang-abang dengan orang.” Fathir gabung ketawa dengan Adara.
            U pandang Fathir dan Adara dari jauh sebelum keluhan panjang dia lepaskan. Botol yang dia pegang dia genggam buat botol jadi kemek. Hariz senyum senget. Complicated sungguh!
“Kau gaduh dengan U ke?”
            “Tak tahu.”
            Afina garu kening yang tak gatal. Dah dua minggu U dingin dengan Adara.
            “Kau orang tak ada kerja ke? Nak lepak dekat sini?” U tiba-tiba menyampuk. Gelas dia sambar sebelum tuang air panas ke dalam gelas.
            “Ni masa rehat kot. Kau nak marah kita orang tak tentu pasal ni kenapa?” U toleh ke belakang pandang Adara. Afina bangkit dari duduk sebelum keluar dari pantry. Aku tak tahu. Tak nak masuk campur.
            U diam. Adara jeling U. Jeling maut ok.
            “Saya tanya je kan? Nak marah saya ni pehal? PMS?”  U hirup Nescafe sebelum duduk di depan Adara. Adara mengeluh.
            “U...” Adara pandang U. U pandang Adara.
            “Apa?”
            “Nak tanya ni.”
            “Tanya apa? Tentang perempuan haritu?” Adara angguk.
            “Perempuan tu... pernah menaruh harapan dekat saya dulu. Masa zaman U dulu dia perasan yang saya ada hati dekat dia tapi kenyataannya tak.” U ketawa. Adara senyum. Aku rindu kau U. Aku rindu bila kau manis macam ni.
            “Sebab sikap kau tu... buat orang perasan. Kau peramah sangat suka ambil berat tentang orang dekat sekeliling kau. Sebab tu dia suka dekat kau. Tapi hot juga ya minah tu.” Adara ketawa.
            “Hot and spicy do. Paha dia gebu siot! Kau tak tertarik ke? Rambut dia perghh karat habis, muka dia macam badut je,” tambah Adara. Matanya dah berair sebab ketawa kuat sangat. U senyum nipis. Adara...
            Adara gosok mata sambil pandang U yang tengah senyum ke arahnya buat dia rasa awkward. “Ad... apa pendapat awak tentang saya?”
            “Bukan aku pernah cakap ke.”
            “Nak dengar lagi.”
            “Sungai. Kau macam sebatang sungai, tenang je tapi... bila aku nampak kau marah haritu buat aku rasa... aku tak kenal kau dah. Aku tak suka tengok kau macam tu. Aku suka dekat kau. Aku suka kau U.” Adara gigit bawah bibir. U tercengang. Adara confess dekat aku buat kali kedua? Aku perasan ke?
            “Err... maksud aku... aku suka kau sebagai kawan,” nada suara Adara mulai kendur. U ketawa.
Adara angguk faham dengan penjelasan Fathir. Tapi... kenapa aku tak rasa apa-apa? Kenapa aku rasa kosong? Perasaan aku untuk Fathir dah hilang ke?
            “Bila tarikh kau orang?” Airis pandang Fathir. Fathir angguk.
            “Hujung bulan depan. Tak rasa kan?”
            “Ermm... tak rasa dan tak sangka!” Adara gabung gelak dengan Airis.
            “Seems that Ad tak boleh langkah bendullah ye,” gurau Adara.
            “Deep nampak.” Adara senyum lebar. Janji kau bahagia abang tak diiktirafku!
“Masih boleh gurau? Are you ok?” U hulur tin soya kepada Adara sebelum duduk di bangku. Adara pandang tasik sebelum pandang wajah U.
            “Apa pulak tak oknya? Dia nak kahwin. Hati orang kita tak boleh paksa... kan? Aku tumpang bahagia untuk dia. Dia dah banyak bantu aku sekarang aku just boleh doakan kebahagiaan dia orang je,” soya Adara teguk.
            “Positive girl. I like it,” ujar U senada. Adara ukir senyum.
            “Kau tak bosan ke asyik lepak dengan aku je? Tuan Fuad tak marah ke anak dia bergaul dengan golongan bawahan?” U ketawa tapi tiba-tiba dia tersedak air soya buat matanya berair. Dadanya dia usap-usap sambil terbatuk-batuk.
            “Padan muka kau asyik gelakkan aku je.”
            “Kelakarlah. Apa awak ingat ni masih zaman antara dua darjat ke? Golongan atasan tak boleh bergaul dengan golongan bawahan lagi pun Tuan Fuad tu mana pandang bawah atas semua dia pandang sama rata je.”
            Adara sengih. “Ye ke?”
            “Ye Adara Cempaka.”
            “U...” U pandang Adara.
            “Thank you.”
            “For what?”
            Adara pandang tasik semula. “Sentiasa hiburkan hati saya.” U ukir senyum sebelum sepasang keluarga berjalan di depan mereka. Si ibu dan si ayah memimpin tangan anak kecilnya yang berada di tengah antara mereka.
            “Jom... jadi macam keluarga tu,” ujar U senada buat Adara tercengang. U confess aku? Seriously?
Hariz ke hulu ke hilir bila pintu bilik istirahat tak buka-buka dari tadi. Al kisahnya tadi Betty tiba-tiba datang menangis cari U masa U tengah masak. Lepas tu tarik tangan U masuk bilik istirahat, U tak dapat cerna apa yang dia nak fikir sebab semuanya tiba-tiba.
Adara peluk tubuh perhatikan gerak geri Hariz. Apa kejadah mangkuk ni duk fikir? “Mana U ni? Suruh orang datang tapi tak keluar-keluar.”
Adara pandang Hariz. “Hariz? Saya tanya ni.”
“Ha?” Adara cebik. Aku cakap dekat dia buat derk. Mangkuk betullah!
Adara atur langkah ke arah bilik istirahat. Hariz gigit bawah bibir. Pintu Adara ketuk-ketuk tapi hampeh orang kat dalam tak buka. Tombol pintu Adara pulas dan tiba-tiba Adara tak rasa nafas sendiri. Adegan yang tak sepatutnya dia lihat dah terpampang di depan mata. Betty tengah duduk di atas badan U yang terbaring di atas sofa sambil usap pipi U.
What the...” Hariz mencarut di belakang Adara.
“Tak sampai seminggu pun kita tunang. Apa semua ni U?!” U tolak tubuh Betty seraya bangkit dari baring.
“Ad... saya... dia...”
Adara ketap bibir. Anak mata U dia renung tajam. “Apa? Saya ni tunang awak U. Apa awak buat? Kenapa awak buat saya macam ni? Tak cukup ke apa yang saya bagi dekat awak selama ni? Saya bagi awak kepercayaan! Saya balas apa yang awak rasa tapi awak?”
“Ad... saya boleh jelaskan.” Adara geleng, cincin dia pusing sebelum campak ke wajah U. “Awak memang tak guna! Jangan cari saya lagi. Saya tak perlukan awak lagi U!” Adara toleh belakang dengan pipi yang mulai basah. Hariz tercengang. Betty senyum.
            U membuntuti Adara dari belakang. Pelanggan mulai berbisik-bisik antara satu sama lain. “Ad...” lengan Adara U pegang.
            “Lepaskan...”
            “Tak. Saya tak akan lepaskan awak Ad. Please saya boleh jelaskan, semuanya salah faham.”
            “Tiga minit!” U ukir senyum. Adara tunduk, tak mampu nak pandang U lepas apa yang dia nampak tadi.
            “Dia tiba-tiba datang lepas tu tarik saya masuk bilik tu. Dia mengadu masalah dia, saya cuba halau dia tapi dia tak nak. Tiba-tiba dia peluk...” Adara tumbuk kuat pipi U buat U mati kata. Pipi yang terasa pijar dia sentuh. Cecair merah yang mengalir dari birai bibir dia biarkan.
            “Please! Jangan jadi terlalu baik sampai orang ambik kesempatan dekat awak.” Adara keluar dari cafe. U tercengang. Pelanggan dia pandang satu persatu. Aku kena tumbuk dengan tunang sendiri ke?

Cinta dengarkanlah ku ingin mendengar suaramu
Nyanyikan lagu-laguku bila kau rindukan aku
Cinta relakanlah akhiri cerita tentang kita
Ku tahu berat bagimu untuk melepaskan aku
Fathir tolak kepala U yang sedang petik gitar sambil nyanyi lagu cinta terlarang. “Tengkorak kau cinta terlarang. Apa kau buat dekat adik aku ha?”
            U senyum nampak gusi. Gitar dia letak di meja kopi sebelum pusing-pusing cincin yang masih terlekat di jari manisnya. “Assalamualaikum abang.”
            Fathir duduk bersebelahan U seraya tuam pipi U yang masih bengkak. “Apa dah jadi?”
            “Adik kau tu manis tapi garang sia. Pipi aku ni dah dua hari tak sembuh-sembuh lagi. Malu do nak keluar dengan muka macam ni. Mana aku nak letak muka?” Rungut U. Fathir tumbuk kuat bahu U buat U menyeringai.
            “Sakitlah gila!”
            “Ha tahu sakit, wei boleh tak kau jadi serius sikit? Dua hari dah berlalu kau biar je Ad merajuk macam tu?”
            “Sejak azali lagi aku tak boleh jadi serius nak buat macam mana. Aku call dia tak angkat. Aku tak pandai nak pujuk dialah.”
            Fathir hulur tuala basah kepada U, U sambut.
            “Kau nak dia lagi tak?” U pandang Fathir. Fathir ukir senyum sambil betulkan bingkai kaca mata.
            “Naklah. Gila tak nak.” Bahu U Fathir tepuk. “Kalau kau nak... be gentle. Pujuklah dia macam apa yang kau buat selama ni. Bawa berbincang elok-elok, jangan main-main. Kau selalu usaha buat dia jadi lembut. Kalau dulu dia guna ‘aku,kau’ je kan... sekarang?” U senyum.
            “Fathir...”
            “Apa?”
            U peluk erat tubuh Fathir. “Aku cintakan kau Fathir.”
            Ad tunjal dahi U. “Memang kau patut kena tumbuk dengan Ad lah mangkuk!” U ketawa.
U pandang sekeliling ruang tamu rumah Puan Maria. Sunyi. Puan Maria muncul dari dapur dengan sedulang minuman dan kuih jemput-jemput.
            “Minum Uwais.” U angguk seraya hirup teh.
            “Ni jelah yang ada Uwais, aunty tak sempat nak masak.”
            “Eh tak pe. Lebih dah ni.” Puan Maria duduk berhadapan U.
            “Macam tulah Uwais, dia tak nak jumpa sesiapa sejak hari tu. Dia kecewa sangat dengan kamu.”
            “Saya minta maaf buat Ad kecewa.” Puan Maria ukir senyum.
            “Aunty faham apa yang dah jadi. Ad memang macam tu, dia punya merajuk tu memang lebih-lebih. Anak tunggal lah katakan.”
            Adara bersandar di belakang pintu biliknya, mengeluh sebelum dia terududuk. Lutut dia peluk sebelum sembam kepala di atas lutut. Masih tak boleh terima dengan apa yang dia nampak haritu. Dah banyak kali U minta maaf, dia masih tak boleh terima. Perbualan Puan Maria dengan U dia curi dengar dari dalam bilik sebelum telefon pintarnya berbunyi.
            Adara panggung muka seraya bangkit dari duduk. Telefon pintar yang terletak di atas meja dia sambar. Ada voice note dari U.
            “Ad... hari-hari saya datang sampai hati awak terbuka untuk terima saya lagi. Saya simpan cincin awak. Sorry.” Adara gigit bawah bibir. U...
“Saya tak nak awak lagi. Awak tak boleh faham ke? Huh? Banyak kali dah saya kata jangan ikut saya jangan cari saya lagi. Awak pergi jelah dengan dia U!” Bebel Adara sambil berjalan ke jalan raya. U membuntuti dari belakang.
            “Nope!” Adara cepatkan langkah melintas jalan raya. Cincin yang U hulur tadi dia lepas dari tangan. U senyum nipis sebelum pungut cincin yang jatuh di atas jalan. Bunyi hon kedengaran seraya U bangkit dari duduk.
            Adara mati langkah seraya pusing ke belakang. “U...” kaki terasa berat menghampiri U yang terbaring berlumuran darah. U senyum paksa sambil genggam erat cincin kepunyaan Adara.
            “U!” Adara terjaga dari tidur dengan nafas tercungap-cungap. Anak rambut dia selit ke belakang sebelum bahunya mulai terinjut-injut dengan esak tangisnya. Gebar dia genggam erat sebelum beristighfar. U...
“Usaha lagi U! Kau boleh punya.” Hariz bagi semangat dekat U yang tengah hirup cappuccino. Dah dua minggu Adara merajuk bukan dia tak pujuk tapi si empunya diri tak nak bagi dia peluang.
            “Aku dengar Betty dah balik New York.” U pandang Fathir yang berani sebut nama Betty si pemusnah.
            “Baguslah, dah rosakkan aku lepas tu lari. Bukan nak tanggungjawab dengan apa yang dia dah buat.” Hariz pandang Fathir. Fathir ketawa jahat.
            “Kau ketawa kenapa? Ada yang lawak?”
            “Cara kau cakap macam kau dah kena noda dengan minah tu je.” U sengih.
            “Aku pun tertanya sebenarnya macam mana...” Hariz mati kata. Pelik dengan apa yang dah jadi.
            “Apa? Kau jangan nak fikir bukan-bukan eh. Tak ada selera aku dengan minah tu. Aku tak sangka dia berani nak buat macam tu. Menangis depan aku lepas tu tiba-tiba peluk aku bila aku tolak dia, dia tarik kuat tangan aku buat aku terduduk. Dah tu bahu aku dia pegang...”
            “Enough! Aku tak nak dengar.” U tunjal dahi Hariz.
            “Kau yang nak dengar sangat pehal, mangkuk!”
            “Yelah macam tak logik. Best tak? Tangan gebu dia merayap dekat pipi kau?” Fathir ketawa lagi. Sengal punya Hariz.
            “Kau nak tolong aku ke nak buat aku marah?”
            “Kau pandai marah ke?” Sarkastik dari Fathir.
            U jeling Fathir. “Ok. Kau ada suara emas, kau nyanyi jelah untuk dia. Buat dia cair sikit. Cari lagu yang kau rasa sesuai dengan situasi kau orang.” U angguk dengan cadangan Hariz.
            “Aku cintakan kau Hariz!” U cium pipi Hariz sebelum bangkit dari duduk. Hariz tercengang sambil usap pipi. Fathir ketawa lagi. “Aku kena noda dengan U!”
Adara kerling jam tangan, tepat pukul 2 petang. Dalam hati dah mengomel bila Fathir tak muncul-muncul lagi. Janji melayu betullah! Cakap pukul 1 tapi sekarang? Batang hidung pun tak nampak. Nasib baik cuaca tak panas sangat. Bangku berhadapan tasik jadi tempat dia berteduh.
            Telefon pintar dia gagau sebelum petikan gitar dari belakang kedengaran. Adara toleh belakang, U seyum ke arahnya.
 Fine! Fathir perangkap aku! Gumam Adara.
Saat aku tertawa diatas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan kukan slalu memujamu
Meski ku tak tahu lagi engkau ada dimana
Dengarkanlah aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah segalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang
            “Ad.... saya rindukan awak,” luah U sambil hulur sejambak bunga mawar merah kepada Adara.
            Adara bangkit dari duduk, bunga mawar dia tak sambut sebelum atur langkah tinggalkan U.  Gitar U letak atas bangku lalu kejar Adara dari belakang. Lengan Adara dia pegang sebelum Adara toleh belakang.
            “Nak apa lagi?”               
            “Nak awak. Nak sehidup semati dengan awak sampai saya tua, sampai malaikat izrail jemput saya. Nak awak jadi ibu kepada anak-anak saya.” U ukir senyum.
            “Saya minta maaf Ad.”
            “Minta maaf untuk apa?”
            “Sebab buat awak sedih,” ujar U senada. Adara gigit bawah bibir.
            “Saya yang patut minta maaf. Emo tak tentu pasal dekat awak. Saya cuma ikut perasaan je. Tak bagi awak peluang jelaskan semuanya.” Adara balas senyum U. U tarik nafas lega.
            U keluarkan cincin kepunyaan Adara. Adara sambut lalu disarungkan di jari manisnya. U senyum bahagia sebelum gabung gelak dengan Adara. “Thank you.” Adara angguk dengan kata terima kasih dari U.
U hidupkan enjin Ducati sebelum baling helmet pada Adara yang tercengang di muka pintu. Dia mana pernah naik benda besar tu. Selalu tengok tepi jalan adalah. U ambil semula helmet sebelum letak di atas kepala Adara yang buat muka blur. Perut Adara yang masih kempis dia usap. Ada benih yang baru berusia sebulan tengah tinggal di kandungan Adara.
            “Jom. Mama dah tunggu untuk berita baik kita ni.” Adara pandang U. Kemeja U dia tarik buat U mati langkah seraya toleh ke belakang.
            “Kenapa?”
            “Orang tak berani. Please tak payah naik benda ni.” U ketawa. Adara buat muka. Orang serius dia nak main-main pulak.
            “Lagi pun orang tengok cuaca tak baik sangat,” tambah Adara. U ketuk helmet Adara. Banyak alasan!
Adara celik mata pelan-pelan. U tambahkan kelajuan buat kepala Adara tersembam di belakang U. “Perlahanlah sikit.” U buat-buat tak dengar.
            “Abang!” U sorok gelak. Adara mengeluh sebelum peluk erat pinggang U. Senyum dia ukir saat tangan U dah merayap di jari jemarinya.
            “Abang...”
            “Ye Adara Cempaka.”
            “Orang nak tanya.” U eratkan genggaman tangan.
            “Kenapa abang tak pernah penat berusaha nak buat orang tertarik dengan abang dulu?” U senyum.
           “Sebab abang yakin yang Adara Cempaka punya sikap yang orang lain tak nampak. Orang just tengok seorang Adara yang tak suka dengan lelaki. Sebab bila Ad samakan abang dengan sebatang sungai, buat abang nak sehidup semati dengan Ad biar hari-hari seorang Adara penuh dengan kehangatan. Abang nak jaga Ad, nak lindung Ad dari kedinginan.” Adara senyum seraya sembam kepala di belakang U.
            “Kehangatan tu... orang rasa. Orang sayang abang.”
            “Abang pun... sayang Adara juga,” dan Adara berharap yang hari-harinya bersama U adalah hari-hari yang membahagiakan tanpa ada perpisahan.
      TAMAT. 

(11:28PM, 19/11/2015)
p/s: maaf sebab panjang sangat, thanks sudi baca ^_^





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me