Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 26 Disember 2015

Semua Tentang Kita

Sambungan dari Gangster Love Story...


“Dengan ini, mahkamah memutuskan bahawa suspek, Aurel Irdina didapati tidak bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah di bawah akta dadah berbahaya 1952,” ketua hakim ketuk meja tanda sesi perbicaraan pada petang itu dah bersurai. Aurel pandang Sufian sambil senyum lega. Sufian angguk.
            Saksi kedua belah pihak masing-masing keluar dari ruang perbicaraan. Ada tanda lega pada riak wajah ayahnya Aurel. Ada juga tanda tak puas hati pada sebelah pihak yang kalah dalam perbicaraan. Aurel memang naif sampai terperangkap untuk jadi keldai dadah. Kena perangkap oleh sahabat sendiri pulak tu. Memang nasib dia tak baik.
            “Thank you sangat-sangat Encik Sufian, kalau bukan sebab encik mesti anak saya merana sampai ke tali gantung,” ujar Encik Ibrahim, ayahnya Aurel.
            Sufian senyum. “Dah tanggungjawab saya Encik sebagai peguam bela Aurel.”
            “Saya tak tahu macam mana nak ucap terima kasih dekat awak. Malam ni awak free tak?” Sufian pandang Aurel di sebelahnya. “Malam ni? Saya...” telefon pintar Sufian berbunyi, segera Sufian jawab panggilan.
            “Pian! Weh malam ni kau jangan lupa.”
            “Perempuan, kau tak reti eh nak bagi salam?” Sarkastik dari Sufian.
            “Ye. Assalamualaikum Encik Sufian.”
            “Ermm... Waalaikumusalam. Malam ni? Kenapa?”
            Orang di dalam talian tampar dahi. Baru umur 27 dah jadi pelupa. “Kau lupa eh TTM kau dah balik Malaysia malam ni. Pukul 10 malam.” Sufian garu kening.
            “Aku lupalah. Aku busy sangat minggu ni, banyak kes yang aku kena selesaikan.”
            “Alasan!”
            “Banyak arh kau punya alasan! Tengok arh aku nak jemput dia ke tak.”
            “Kejam nak mampus do! Aku yang busy dengan patient pun curi masa tau nak jemput dia dekat airport. Kau memang kan!”
            “Memang apa?” Sengaja Sufian tarik tali sambil sengih.
            “Memang tak guna!” Panggilan ditamatkan. Sufian nak ketawa tapi Aurel dah pandang dia lain macam sebab asyik sengih macam kerang busuk. “So... malam ni? Awak datang makan malam dekat rumah saya boleh kan?” Sufian senyum pada Aurel.
            Kenapa senyuman awak boleh buat saya diabetes Sufian?
Si gadis dengan pashmina ungu dililit di lehernya lekap iPhone di telinga sambil tolak  trolley yang penuh dengan dua buah bagasi besarnya keluar dari balai pelepasan. “Ye... ye aku nak keluar dah ni. Kejap je lagi. Sabarlah,” dia tamatkan panggilan. Langkah dia atur laju sambil masukkan iPhone dalam tas tangan. Si gadis tak pandang depan dah, asyik nak masukkan iPhone dalam tas aje sampai dia terlanggar sesuatu yang keras di depannya.
            Dia kerut dahi sambil gigit bawah bibir. Keras kot trolley ni, entah-entah boleh duk hospital seminggu sebab patah kaki. “Sorry... sorry. Saya tak sengaja. Sakit...”
            Dia mati kata. Lelaki berpakaian seragam pilot di depannya dah senyum nipis. Topi di atas kepala, si kapten betulkan sambil pandang wajah si gadis yang dah terbuntang matanya. “Kau nak keluarkan biji mata kau ke?” Sarkastik dari Raqib.
            “Puberty hit you well Raqib!” Raqib ketawa.
            “Banyaklah kau punya puberty.” Marwah sengih.
            “Aku rindu kau,” luah Raqib. Marwah senyum. Kawan disebelahnya Raqib dah berdeham. Macam je dunia ni dia orang dua yang punya.
            Alfiq tepuk bahu Raqib. “Aku pergi dulu dude. Bye!”
            “Bye!” Raqib angkat tangan pada Alfiq sebelum pandang Marwah.
            “Kau dah jadi Kapten eh sekarang. Kapten Raqib. Congrats... kau dah capai apa yang kau impikan.”
            “Kau pun...”
            Fisha gigit bawah bibir bila dia tak sengaja nampak Raqib dengan Marwah dah tersenyum-senyum. Dia mengeluh sebelum ukir senyum sambil berjalan ke arah Marwah. “Marwah!” Marwah kalih belakang pandang Fisha.
            “Fisha!” Marwah peluk Fisha sambil ketawa. Raqib dah kebil-kebil. Perempuan memang, baru sepuluh tahun tak jumpa dah macam seribu tahun tak jumpa.
Marwah tongkat dagu sambil sisip cawan. “Tak guna punya Pian! Dia dah janji kot dengan aku... dia nak jadi orang pertama jemput aku. Tapi apa? Janji melayu punya kawan.” Fisha ketawa.
            “Dia tak sengaja tu. Maklumlah, peguam bela.”
            “Habis tu kau? Kau doktor kot, susah nak curi masa,” rungut Marwah.
            “Tak sangka kau kena repeat housemanship kau.” Marwah pandang Raqib yang tengah betulkan rambut cacak dia. Tak habis-habis.
            “Kau nak bersarkastik dengan aku ni kenapa? Yang kau tu, dari tadi aku perhati je, ada je pompuan lalu mulalah nak bajet hot. Kau ingat kau kacak? Aku tahulah kau tu pilot dekat KLIA ni!”
            “Wooo.... yang kau nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Marah Pian tu ha sebab lambat. Haish... baru jumpa hari ni dah nak marah-marah. Apa ni sis.” Marwah jeling Raqib.
            “Hai guys. Sorry aku lewat.” Sufian tarik kerusi di sebelah Raqib.
            Marwah buat-buat tak nampak. “Dia kenapa?” Bisik Sufian pada Raqib sambil pandang Marwah.
            “Macam kau tak biasa... merajuklah dengan kau. Dia kata kau dah janji dengan dia, kau orang pertama yang nak jemput dia.” Sufian senyum.
            Kedai bunga di sebelah dia pandang sebelum bangkit dari duduk. Marwah pandang Sufian. “Kau tak payah datang lagi baguslah Pian!” Sufian sengih. “Kejap je... ok. Tunggu kejap je.” Fisha pandang Raqib, Raqib jungkit bahu. Complicated betul cinta ni.
            Marwah ketuk-ketuk meja dengan kuku, dah dekat lima minit Sufian tak muncul-muncul. Marwah bangkit dari duduk. “Kau orang... aku penat. Aku balik dulu eh, lagipun mesti parents aku dah tunggu aku kat rumah. Kirim salam maut dekat peguam tu eh.”
            “Alaaa Marwah, tunggulah kejap je. Dia pergi toilet...” Fisha mati kata bila Sufian dah kembali muncul di depan Marwah. Bunga mawar merah dia hulur pada Marwah sambil angkat tangan tanda sumpah. “Aku minta maaf. Aku janji, aku tak akan janji melayu lagi. Marwah tercengang. Sehari aku kat sini dia orang dah berubah drastik! Sejak bila dia jadi mamat romantik?
Encik Rahim pandang Marwah yang tengah kelam kabut turun tangga sambil hirup teh panas. “Marwah... sarapan dulu.” Marwah menurut sebelum sisip cawan. “Kenapa ni Marwah? Dah lambat eh?” Marwah geleng.
            “Tak... Marwah nak datang awal sebab ni kan first day Marwah.” Puan Marina ketawa. “Abang tengok tu, tak sempat nak sarapan. Semangat sangat nak kerja.” Marwah sengih.
            “Mestilah mummy, ni kan first day Marwah. Kenalah ada semangat. Have to go! Bye!” Puan Marina geleng kepala. Marwah sambar kunci Honda CRV di atas meja kopi sebelum keluar.
            “Besar dah budak tu. Abang tak nak bagi tahu tentang dia dan Raqib ke?” Encik Rahim bungkam. Nak ke Marwah terima kebenaran yang ada pahitnya ni.
“Scalpel.” Scalpel dihulur pada Marwah.
            Fisha pandang Marwah. Jangan overconfident Marwah.
            “Scissors, luka dia masih tak nampak,” darah terpancut keluar dengan banyak. Marwah telan liur.
            “Marwah... buat dengan lembut.” Marwah panggung muka pandang Fisha seraya angguk. Dia gagal housemanship sebab pembedahan jugak kot, ada rasa takut nak bedah orang sampai sekarang.
            “sPo2 menurun doktor.”
            “Hentikan darah dia Marwah,” ujar Fisha sambil bantu Marwah buat pembedahan jantung. “Hulur clamp,” arah Fisha dan pendarahan semakin berkurang.
            Dua jam berlalu pembedahan belum berakhir. Tiba-tiba, bunyi monitor jantung kedengaran. Marwah gigit bawah bibir. Fisha pandang Marwah. Marwah...
            Sementara itu di luar bilik pembedahan, seorang wanita berdiri di depan pintu bilik pembedahan sambil gigit bawah bibir. Pintu terbuka, tersembul wajah Marwah. Marwah cuba jelaskan apa yang dah berlaku tapi dia rasa hatinya tak kuat lagi untuk jelaskan.
            “Doktor... suami saya. Dia...”
            Marwah pandang wajah si isteri. “Puan... maafkan saya. Suami puan tak dapat diselamatkan. Maafkan kami... kami dah berusaha untuk selamatkan...”
            PANG!
            Fisha yang baru keluar tercengang. Marwah lekap tangan pada pipi. Si isteri pandang Marwah sambil ketap bibir. “Pembunuh...” Kandungan yang dah membesar dia usap. Bahu Marwah dicengkam, erat. “Doktor bunuh suami saya. Doktor pembunuh! Doktor bunuh ayah kepada anak kami. Doktor musnahkan impian kami! Doktor dah janji kan... doktor akan selamatkan suami saya. Tapi...” Marwah rasa dadanya dah berombak. Si isteri rasa kakinya dah lemah untuk berdiri sebelum dia rebah di depan Marwah. Sempat Marwah sambut tubuh yang sedang kehilangan itu.
            Aku... pembunuh?
Fisha hulur segelas air kepada Marwah. Marwah sambut. “Marwah... dahlah tu. Takkan kau nak fikir pasal benda tu je? Semua dah berakhir Marwah. Pesakit lain tengah tunggu kau.”
            Marwah senyum senget sambil pandang si isteri yang masih tak sedarkan diri. “Aku bunuh suami dia. Aku bunuh ayah kepada anak dia. Apa dia nak cakap dekat anak dia nanti?”
            “Kita dah usaha... kan? Marwah... ni baru first day kau. Takkan kau nak down sampai macam ni sekali? Kita bukan tuhan, nyawa pesakit bukan kita yang tentukan, kita cuma penyelamat, tu je.” Marwah pandang Fisha.
            “Tapi aku dah janji dengan isteri dia. First day aku... aku dah bunuh orang. Aku tak berguna... aku tak guna... aku...” Fisha usap belakang Marwah. “Hey... kau kuat kot. Kau duk sesorang je dekat Rusia dulu. Sekarang kau ada aku... kau ada Raqib dan kau ada Sufian. Kita semua akan jadi macam dulu, saling memerlukan antara satu sama lain.” Marwah senyum kelat.
            “Kau kawan terbaik untuk aku.” Fisha ketawa sebelum pandang si isteri. “Aku yakin... isteri dia akan kuat. Akan kuat untuk anak dia.”
Marwah berdiri di sisi si isteri yang masih tak sedarkan diri. Rekod pesakit dia teliti sebelum senyum kelat. “Abang...” Marwah panggung muka.
            “Puan...” Si isteri pandang Marwah, tapi bukan pandangan benci. Pandangan... merelakan.
            “Maafkan saya doktor.” Marwah geleng.
            “Tak pe... saya faham,” si isteri senyum tawar sebelum air matanya jatuh.
            “Suami saya... dia je satu-satunya manusia yang terima diri saya apa seadanya. Saya bukanlah orang yang baik. Saya pernah buat jenayah, tapi suami saya... dia tak pernah ungkit pasal masa silam saya. Kami hidup bahagia hinggalah... masa silam saya kembali. Suami saya...” si isteri mati kata sebelum genggam erat tangan Marwah.
            “Suami saya korbankan nyawa dia untuk saya. Dia... kena tembak sebab saya. Semuanya... sebab saya.” Marwah ketap bibir. Sungguh cinta itu perlukan pengorbanan.
            “Puan... puan kena kuat. Untuk anak puan. Anak puan yang tuhan berikan untuk hilangkan kesunyiaan puan.” Si isteri tersenyum sambil usap kandungannya.
“Pian...” Sufian pandang Marwah sambil lipat lengan kemejanya hingga ke siku.
            “Cinta tu... kadang-kadang perlukan pengorbanan, kan?”
            “Yup, cinta tu memang perlukan pengorbanan. Seseorang itu akan buat apa je untuk lihat orang yang dia cinta tu hidup bahagia biarpun dia kena berkorban. Macam kes aku... aku pernah handle satu kes ni. Mamat ni sanggup bunuh ayah kepada kekasih dia sebab ayah dia asyik dera kekasih dia. Akhirnya... kekasih dia hidup bahagia bebas dari ayah dia yang kejam tapi...” Marwah panggung muka.
            “Tapi... pengakhirannya mamat tu dipenjara seumur hidup sebab membunuh.”
            Marwah bungkam.
            Orang yang keluar masuk dari cafe hospital dia pandang. Seorang lelaki tua tersenyum ke arahnya sambil tolak kerusi roda isterinya yang lumpuh. Dia balas senyuman sebelum pandang Sufian yang duduk di depannya. Sufian... dah lama dia tunggu jawapan dari Marwah sampai berkarat.
            “Pian... kau sanggup berkorban untuk orang yang kau cinta tak?”
            Sufian ukir senyum. “Kau tahu kan... sape aku cinta?”
            Marwah telan liur, pahit. “Kau masih tunggu ke?”
            “Aku tunggu. Tapi... nampaknya dia lebih pilih orang lain. Sebab tu aku korbankan perasaan aku untuk dia. Aku nak dia bahagia.”
            “Kau tahu kan... kalau aku diam tu maksudnya apa.”
            Sufian ketawa, paksa. “Maksudnya kau sendiri tak tahu kau terima atau tak. Aku terima, cuma... kau memang tak boleh buka hati kau untuk aku ke? Tak boleh ke aku ganti Raqib dalam hati kau?”
            “Pian...”
            “Abaikan. Aku merepek kejap, banyak keslah. Kadang-kadang rasa nak pecah kepala otak aku fikirkan kes-kes aku ni,” sengaja Sufian alih topik. Dia dengan Marwah jarang sangat nak touching-touching macam ni. Dia orang gila-gila je.
            Marwah pulak memang tak boleh nak rebut Raqib dari Fisha. Dahlah dia orang makin rapat. Macam sepasang suami isteri pun ada. Bila dia orang semua berkumpul mesti nak jalan sama-sama. Stress!
“Kau kenapa? Sengih sorang-sorang. Jatuh cinta dengan patient eh?” Fisha pandang Marwah yang tengah periksa rekod pesakit di sebelahnya. “Hati aku still dekat Kapten Raqib eh. Dia je yang tak bagi aku jawapan,” ujar Fisha.”
            “Seriously? Dia tak jawab apa-apa pasal confession kau?”  Fisha angguk sebelum kembali ke mejanya.
            “Aku dah 27 kot, tak kahwin-kahwin lagi. Hati aku ni pun susah sangat nak tertarik dengan lelaki lain. Nak suka dekat Pian... tak boleh. Nak suka dekat doktor dekat hospital ni pun tak boleh,” rungut Fisha. Marwah senyum.
            “Jadi kau ingat aku ni?” Fisha sengih.
            “Tapi kan... aku tengok kau dengan Pian pun serasi apa? Ha eloklah tu kita berempat boleh naik pelamin sama-sama.” Marwah ketuk kepala Fisha dengan pen.
            “Mengarutttt!”
            “Eleh macam aku tak tahu Pian confess dekat kau. Arhhh kita orang berdua sama je... buat confession tapi tak ada jawapan. Entah-entah kau dengan Raqib...” Fisha kecilkan mata pada Marwah. Marwah jeling Fisha. Lagi nak dilayan lagi teruk adalah. Malas dah nak layan hal cinta-cinta ni.
Marwah kerut dahi bila dia rasa ada seseorang dalam bilik tetamu, bilik yang bersebelahan dengan bilik dia je. Dah sebulan dia kat rumah tapi dia tak perasan pun ada penghuni dekat bilik tetamu tu. Sebab busy sangat, tu je jawapannya.
            “Haah... abang aku fly. Dia suruh aku bagi souvenir tu dekat kau orang,” bunyi ketawa seorang perempuan buat Marwah jadi nak tahu. Kaki dia langkah ke bilik sebelah, tangan diangkat nak pulas tombol pintu.
            Tiba-tiba iPhone berbunyi, segera Marwah keluarkan iPhone dari tas tangan. Satu keluhan panjang dia lepas bila nampak nama yang tertera pada iPhone. Raqib!
“Kau sekarang dah lain kan?” Raqib ukir senyum sebelum jentik dahi Marwah.
            “Apa yang lain? Aku makin kacak eh?” Marwah jeling Raqib. Tapi kenyataan jugaklah, Raqib dulu dengan yang sekarang jauh beza. Mungkin sebab pekerjaan Raqib di atas awan kot.
            “Kau nak apa?”
            “Aku nak kau,” ujar Raqib, selamba.
            “Kau... nak aku? Untuk?”
            Raqib diam. Wajah Marwah dia pandang tanpa bekedip.
            “Kau nak apa, mangkuk? Kau nak aku belasah kau lagi?” Raqib hambur ketawa.
            “Ah... gangster pula cik doktor ni.”
            “Raqib! Kau nak apa? Pagi ni jelah masa aku untuk rehat sepuas-puasnya. Cakaplah, jangan seksa aku. Please.” Marwah rasa nak menangis dah bila Raqib main-main macam ni. Rasa Raqib yang dulu dengan yang sekarang dah lain.
            “Aku cuba nak jadi kau. Dulu masa sekolah kau suka je layan aku. Bila aku kena gantung sekolah kau suka je datang jumpa aku. Bila aku sesorang kau suka je tegur aku. Sekarang aku cuba nak jadi kau pula.” Raqib sengih sambil belek-belek gelang yang tergantung di pasar minggu.
            Apalah nasib aku! Ni masa rehat aku, gila!
            “Kau ni memang tak gunalah! Kau ajak aku keluar tadi sebab ada emergency, tapi sekarang kau...” Raqib kalih pandang Marwah, wajah serius nak mampus!
            Marwah tak mampu nak bebel dah bila Raqib pandang dia. Erk... mata tak boleh... nanti tambah suka. “Kau tahu...”
            Raqib jeda.
            “Aku nak jadikan kau isteri aku tapi... aku rasa kita tak boleh.” Marwah tercengang. Rasa bahang dekat pipi dah terasa.
            “Apa kau merepek ni?”
            “Aku tak merepek. Lagipun Sofia nak kau jadi kakak dia, cuma... ada penghalang.”
            Marwah ketap bibir. Raqib... confess aku ke?
“Kita tak boleh kahwin. Sebab kita tak boleh bersatu. Bila aku tahu aku dan kau tak dapat bersatu, aku rasa tu kejutan besar untuk aku. Aku suka dekat kau, suka lebih dari seorang sahabat. Tapi... keadaan tak mengizinkan aku untuk luahkan. Kau nak kan... terima aku jadi abang kau biarpun kita... seayah tapi lain ibu?”
            Marwah pandang siling bila kata-kata Raqib terngiang-ngiang. Aku dengan Raqib... saudara tiri? Wah... apa patut aku response bila aku suka abang sendiri? Rambut yang dia biar lepas dia usap ke belakang sebelum ketukan pintu kedengaran. Marwah bangkit dari duduk seraya pulas tombol pintu. Gadis yang dia anggarkan belasan tahun peluk erat tubuhnya buat Marwah tercengang.
            “Akak.... Sofia rindu akak. Rindu sangat-sangat. Arh... akak dah sebulan kat rumah baru Sofia jumpa. Ha akak tahu tak Sofia sekarang study kat MRSM. Sofia nak jadi macam akak. Nak jadi doktor.” Marwah ukir senyum.
“Besar dah Sofia... bagus adik akak ni.” Sofia senyum lebar bila Marwah usap rambutnya.
            “Nenek dengan abang Syukur mana?” Muka Sofia berubah.
            “Sofia...” Sofia kalih belakang bila namanya diseru oleh seseorang. Marwah keluh kasar. Damn it! Aku tak boleh tengok dia sebagai seorang abang!
Raqib pandang Marwah yang duduk di depannya. Sepuluh tahun dia tahu benda yang sebenarnya, dan sepuluh tahun tu jugalah dia cuba bangkit buang perasaan untuk Marwah. “Maafkan papa. Sebab tu... papa tak nak kau orang berdua rapat dulu. Papa takut kalau kamu berdua punya satu perasaan yang tak ada pengakhirannya. Apa pun kau orang tak boleh menikah. Mak Raqib dengan papa dulu pernah terlanjur, papa dah buat dosa besar. Mula-mula... papa tak nak bertanggungjawab dengan apa yang papa dah buat, tapi satu hari papa rasa bersalah. Papa nak bertanggungjawab, tapi semuanya dah tamat. Mak Raqib dah menikah.”
            Encik Rahim mengeluh, kesal. “Macam mana... papa tahu yang...” Marwah pandang Raqib.
            “Yang Raqib tu anak papa?”
            “Bila papa nampak Raqib, papa nampak muka mak dia. Papa asyik dapat petunjuk dari mimpi je. Tapi... tu tak kuatkan lagi perasaan papa. Masa Raqib koma dulu, papa ada buat test DNA dengan Raqib. Dari situ, papa dapat kebenarannya. Memang Raqib anak papa, abang tiri kamu Marwah,” jelas Encik Rahim.
            “Maafkan papa, rahsiakan benda ni.”
            Marwah lekap tangan pada dada. Rasa detak jantungnya berdetik laju. Pelan-pelan Marwah bangkit dari duduk. “Marwah akan... cuba terima apa yang dah jadi.” Marwah senyum kelat. “Aku akan cuba terima kau... sebagai abang tiri aku.” Raqib balas senyuman Marwah sebelum Marwah naik anak-anak tangga.
            Pintu bilik dia tutup sebelum dia kunci. Lantas laci meja dia buka, sesak nafas dah terasa. Air mata yang dah turun basahkan pipi dia biarkan. Sungguh rasa sakit dekat jantungnya tak tertahan. Fikiran Marwah tak dapat mencerna ubat yang dia nak cari sebelum dia terduduk. Macam mana aku nak buang apa yang aku rasa untuk kau... Raqib?
“Doktor...” Marwah panggung muka dari rekod pesakit seraya pandang pesakit yang dah seminggu sedar lepas pembedahan jantung.
            “Ya saya. Adik ada rasa sakit dekat mana-mana tak?” Budak lelaki sebaya Sofia geleng.
            “Doktor pernah terfikir tak... kenapa seseorang itu lahir kat dunia ni?” Marwah ukir senyum.
            “Ermm... pernah.”
            “Apa pendapat doktor tentang tu?”
            “Seseorang itu lahir kat dunia ni untuk tegakkan kebenaran, untuk hiburkan hati sesama mereka. Untuk hidup berkeluarga, hidup bahagia dengan orang yang dia orang cintai. Untuk ceriakan dunia, beri warna warni kat dunia yang tak kekal ni,” polos Marwah menjawab sebelum masukkan tangan dalam kot putihnya.
            “Tapi saya... saya tak nak hidup. Saya tak rasa saya mampu tegakkan kebenaran, hiburkan hati orang dan saya... tak pernah berfikir yang saya punya keluarga yang saling mencintai antara satu sama lain. Kenapa doktor selamatkan saya?”
            Marwah genggam erat tangan si budak lelaki yang dah berkaca matanya. “Hey... awak kena bersyukur tau awak masih hidup. Kenapa awak cakap yang awak tak punya keluarga yang mencintai antara satu sama lain. Cuba tengok mama awak,” si budak lelaki pandang wajah si ibu yang tengah tidur di sisinya.
            “Dia lahirkan awak dalam dunia ni. Awak hiburkan hati dia bila awak lahir, mama awak sayang awak sangat-sangat. Kalau dia tak sayang awak, dia takkan tunggu awak sedar tau. Masa awak koma, dia tak boleh tidur. Dia takut dia hilang anak dia ni.”
            “Tapi ayah saya... dia tak pernah anggap saya ni anak dia. Hanya sebab mak saya pernah terlanjur dengan kekasih dia dulu. Ayah saya asyik maki hamun saya. Asyik hina saya, ayah saya kata... saya anak yang tak guna untuk dia.” Marwah gigit bawah bibir. Tiba-tiba fikirannya teringat dekat Raqib. Apa Raqib punya nasib yang sama dengan budak lelaki ni e?
Raqib masukkan bagasi ke dalam bonet sebelum masuk ke dalam kereta. Pemandu di sebelahnya dia pandang. Sejak Marwah tahu kebenarannya, keadaan jadi kekok. Lebih-lebih lagi bila Raqib memang tak tinggal dengan dia orang, Marwah pula bila hari cuti je dia balik. Masing-masing bawa haluan sendiri.
            “Kau sihat?”
            Marwah tukar gear. “Sihat je.”
            Seketika kemudiaan suasana kembali senyap. Raqib kalih belakang, pandang Sofia yang tidur nyenyak. “Flight aku delay tadi. Aku minta...”
            “Susah ke bila kau tahu yang kau bukan anak kepada ayah Sofia?” Raqib pandang Marwah.
            “Aku... tak pernah tahu yang aku ni bukan anak kepada ayah Sofia hinggalah papa bagi tahu aku tentang semuanya.”
            “Ayah Sofia... dia layan kau macam mana?” Raqib senyum.
            “Dia ayah yang baik sebenarnya. Cuma sebab ujian yang dia hadap dia jadi macam tu. Dia tak pernah anggap aku ni bukan anak dia. Dia layan aku dengan Syukur sama rata. Lagipun... mak aku tak pernah cakap pasal papa,” ujar Raqib, senada.
            “Kau terima ke... yang aku ni sebenarnya adik tiri kau? Kau terima ke kita ni seayah?” Marwah pandang Raqib.
            Raqib gigit bawah bibir. “Nak terima bukan semudah yang disangkakan, aku faham apa yang kau alami sekarang. Kau tahu kan... perasaan aku dekat kau macam mana? Tiba-tiba... papa kata kita tak boleh bersatu. Kita adik beradik. Kita seayah Marwah. Susah... susah sangat aku nak terima. Sejak tu... aku cuba buka hati aku untuk terima Fisha.”
            Marwah ketap bibir sebelum berhenti di bahu jalan. Tak mampu dia nak memandu bila pipinya dah terasa basah. Tangan dia lekap ke muka sebelum tangisannya kedengaran. “Kenapa Marwah? Kau pun punya perasaan yang sama...”
            Marwah pandang Raqib dengan air mata yang masih tersisa. “Marwah...” Raqib hulur sapu tangan pada Marwah. “Kau tahu kan... aku tak suka tengok kau menangis? Apa kau dah lupa?” Marwah ketawa.
            “Kau memang abang yang baik untuk kita orang.” Raqib ketawa sebelum jentik dahi Marwah. “Kita dah sampai ke?” Sofia aju soalan sambil menguap.
            “Sofia! Tutup mulut!  Behave perangai tu,” tegas Raqib. Sofia buat muka.
            “Dan kau... abang yang garang untuk kita orang.”
            “Kan akak! Ish garang dia tu sampai abang syukur pun suka merajuk tau.” Marwah ukir senyum, Sofia gelakkan Raqib. Apa ni maksudnya aku... kena buka hati aku untuk Sufian?
“Perempuan! Kau ok tak?” Marwah pandang Sufian yang tengah berjalan ke arahnya. Bekas berisi ubat-ubatnya dia letak dalam tas tangan.
            “Kau ni tak reti eh nak bagi salam.” Sufian sengih.
            “Assalamualaikum Doktor Marwah.”
            “Waalaikumusalam. Ha yang kau nak jumpa aku ni kenapa? Tetiba je?”
            “Semalam aku dapat mimpi buruk. Aku mimpi kau punya jantung dibedah buat aku nak derma jantung aku dekat kau.” Marwah sentap. Tapi kenapa mesti Sufian yang dapat petunjuk?
            “Kau layan sangatlah mimpi kau tu. So... kau nak apa dari aku?”
            “Aku rindu kau, gila! Aku nak curi masa kau sekejap. Kau sudi tak...” Sufian duduk melutut di depan Marwah. Orang yang lalu lalang dalam mall dah pandang dia orang lain macam. Damn it! Dia buat benda tak senonoh lagi.
Sufian hulur Ais Krim pada Marwah. “Nah untuk sejukkan hati kau tengah panas tadi. Masih rasa sakit pipi aku ni. Kau memang suka tumbuk aku... kan?” Marwah jeling Sufian sambil berjalan tanpa arah tuju.
            “Kau tu yang suka buat benda bodoh dekat aku. Siap melutut bagai, kan dah kena.” Sufian ketawa. “Aku nak kau bantu aku je...”
            “Cepatlah cakap apa dia?”
            “Aku rasa... aku dah tertarik dengan sorang minah ni. Klien aku. Aku ingat aku nak terus propose dia sebab tu aku nak kau bantu aku.” Marwah mati langkah. Macam nak tercabut jantung bila Sufian cakap dia nak propose.
            “Kenapa aku? Kenapa tak Fisha?”
            “Nanti Raqib marah,” ujar Sufian, senada.
            “Kau tak sudi eh nak bantu aku?” Sufian cuba pancing Marwah. Jam tangan Marwah kerling.
            “Jom... kau nak cincin eh? Aku rasa cincin emas putih ok kot.” Sufian senyum lebar.
            “Thanks sis.” Marwah jeling Sufian.
Fisha menyisip cawan sebelum pandang Marwah dan Raqib silih berganti. “Pian dah jarang lepak dengan kita... kan?”
            “Dia busy kot...” Jawab Raqib.
            “Busy apanya Raqib... kau tengok tu ha. Entah anak sape dia bawa ke hulu ke hilir. Kau tahu tak tu sape Marwah?”
            “Kekasih dia kot,” ujar Marwah, senada. Fisha tercengang.
            “Seriously?”
            “Hai guys! Kau orang pun ada kat sini?”
            “Taklah... kita orang ada kat bintang!” Sarkastik dari Marwah sambil lekap tangan pada dada. Sesak nafasnya dah terasa. Ah masa-masa macam ni jugaklah benda tak guna ni nak serang aku.
            Sufian buat derk dengan sarkastiknya Marwah. “Ni kenalkan. Kawan aku, Aurel Irdina.” Tiga-tiga mata pandang Aurel. Ayu sangat, bertudung manis dengan senyumannya.
            “Raqib.”
            “Fisha.” Fisha senyum pada Aurel.
            “Marwah... TTMnya kekasih awak tu.” Sufian ketawa. Aurel dah tersipu-sipu.
            Raqib pandang Fisha. Fisha senyum pada Raqib. Kenapa dengan Marwah?
“Arhh... confession kau terbalas jugak eh Fisha dank au Raqib... tak sangka kau dengan Marwah tu abang adik,” rungut Sufian sambil kunyah kuih di majlis Fisha dan Raqib. Raqib tak nak tunggu lama-lama. Kesian dengan Fisha sebab tunggu jawapan dari dia lama sangat. Kata Raqib, soal cinta tu nanti dia boleh bagi.
            “Bukan kau dah fed up dengan Marwah ke?” Kalau Marwah dengar ni entah apa yang Marwah response. Sufian pandang Marwah yang tengah layan tetamu di majlis bersandingnya Fisha dengan Raqib. Ayu nak mampus dengan kebaya modennya.
            “Sape kata aku fed up?”
            “Habistu kau dengan Aurel?” Sufian ketawa.
            “Habistu kau orang percaya cakap perempuan tu? Macam kau orang tak kenal Marwah. Suka hati dia je nak cakap aku dengan Aurel sepasang kekasih.”
            “Aku saje je. Dah dia lambat sangat nak bagi jawapan,” tambah Sufian.
            “Kau jangan buat adik aku tertanya-tanya, mangkuk!” Sufian sengih.
            “Habistu nak buat macam mana lagi? Aku pun nak juga rasa kasih sayang seorang isteri. Tak nak aku jadi bujang terlajak.”
            “Aku tengok Aurel macam tertarik dengan kau je Pian.” Sufian terbatuk-batuk bila Marwah tiba-tiba muncul di sebelahnya. Raqib ketawa.
            “Eh kau datang dari mana perempuan?” Marwah tarik kerusi seraya duduk di sebelah Sufian.
            “Kau nak propose Aurel bila? Cincin yang haritu kita pilih kau dah beli belum?” Sufian nak ketawa. Tapi Raqib dah bagi eye connection. Dahlah Marwah asyik naik angin kebelakangan ni.
            “Raqib... jom kita layan tetamu lain pulak.” Raqib menurut, tinggalkan Marwah berduaan dengan Sufian. Marwah senyum kelat tengok Fisha dengan Raqib. Cemburu! Tapi apa boleh buat.
            “Aku tak beli lagi.” Marwah toleh kanan pandang Sufian. Sufian tongkat dagu sambil renung wajah Marwah. “Kenapa kau tak beli lagi, gila?”
            “Kenapa eh? Mungkin sebab hati aku kot...” Marwah kerut dahi.
            “Kenapa dengan hati kau?”
            “Hati aku masih ada untuk kau. Hati aku tak nak tengok kau hidup sesorang dan kalau boleh... aku nak kau kahwin dulu dari aku,” ujar Sufian, dengan wajah yang serius. Memang dia jujur dari hati.
            “Aku suka kau dari darjah satu,” tambahnya.
            Suasana tiba-tiba jadi awkward bagi Marwah. Air diteguknya sebelum ketawa, paksa.
            “Kau merepek apa, gila?”
            “Aku tak pernah merepek kalau bab-bab hati. Aku serius. Aku teringin... nak lindung kau sampai akhir hayat aku.” Marwah pandang depan, tak betah nak pandang Sufian. Tangan dia lekap pada dada, sungguh tiba-tiba dia rasa sakit.
Sufian mengeluh bila kuman-kuman bersandar di belakang keretanya. Tak faham bahasa punya kuman. “Kau peguam kot... aku akan bagi berapa je yang kau nak. Kau cuma perlu berpihak dengan kita orang je.” Sufian buat derk sebelum buka pintu kereta.
            Bahu Sufian ditepuk. “Kau dengar tak...”
            Sufian ukir senyum. “Aku tak dengar... ke tepilah, aku nak balik.”
            BUK!
            Sufian sentuh bibir sambil mengeluh. Darah yang mengalir dia kesat. “Kau orang ni tak ada kerja ke nak pukul orang sesuka hati...” kolar kemejanya dicengkam kemas buat pecah gelak.
            “Kau jangan nak main-main dengan kita orang!”
            “Tapi aku nak main-main jugak.”
            Si lelaki yang cengkam kemas kolar kemeja Sufian genggam penumbuk sebelum Sufian tangkas halang penumbuk dengan tangan kanannya. “Tak guna!”
            “Aku memang tak guna untuk kau orang. Sebab tu aku tak dapat bantu kau orang,” tambah Sufian sebelum lepas kasar tangan si penyerang.
“Kau tunggu. Itu baru sikit, tunggu aku buat kau jadi cacat!” Ugut si penyerang sebelum tinggalkan Sufian yang ukir senyum senget. Ingat aku bodoh? Apa yang penting kebenaran!
Raqib pandang Sufian dari bawah sampai atas. “Kau gila ke apa? Yang kau api-apikan dia orang tu kenapa? Kau nak mati cepat eh?” Sufian ketawa. Raqib ketap bibir sebelum tuam kasar pipi Sufian.
            “Sakitlah gila!”
            “Dia orang nak apa sebenarnya?”
            “Dia orang nak aku berpihak dengan dia orang. Sanggup bagi aku berapa je yang aku nak. Gila ke apa aku nak berpihak dengan dia orang? Member dia orang buat salah kot sebab membunuh. Apa dia ingat nyawa tu mainan ke?”
            “Kau tak takut? Dia orang ugut kau kot.”
 Sufian kembali ketawa. “Buat apa aku nak takut? Aku peguam kot, apa pun yang terjadi dekat aku, aku akan tegakkan kebenaran.”
            “Aku rasa kau kena jumpa Fisha atau Marwah.”
            “Buat apa?”
            “Buat periksa otak kau yang dah terputus fius tu!” Sufian gosok mata sambil ketawa.
            “Kau dah kenapa? Takkan frust sebab Marwah tak bagi kau jawapan lagi, kot?” Sufian masih dengan sisa gelaknya pandang Raqib.
            Sufian pegang tuala seraya tuam ke pipinya. Masih rasa bengkak. Kuat kot kena tumbuk. “Dah sepuluh tahun... sejak aku confess dekat dia. Aku tahu masa tu dia ada perasaan dekat kau tapi... sekarang biarpun dia dah tahu kau tu abang tiri dia. Dia masih tak bagi jawapan apa-apa pun lagi.”
            “Kau pinang jelah dia terus. Jumpa papa aku, habis cerita. Tak payah complicated kan sangat cerita ni.”
            “Jumpa papa kau?”
            Raqib angguk. “Kenapa? Kau tak berani?” Sufian ukir senyum. Bukan tak berani tapi nak ke dia terima aku jadi pelindung dia?
Tiba-tiba Marwah rasa kekok bila orang-orang pandang dia lain macam. Apa pelik sangat ke kalau dia nak berhijab? Ya dia tahu, dia jahil dulu. Tapi dia cuba nak berubah. Dia pun nak bantu papa masuk syurga jugak.
            “Kau orang ada doktor baru eh?” Fisha kerut dahi sambil pandang Sufian.
            “Kenapa? Tiba-tiba je tanya pasal doktor baru. Ni kau datang ni nak buat apa? Ni bukan taman permainan eh.” Sufian cebik.
            “Aku lawat kawan aku, dia accident.”
            “Dah lawat belum?” Sufian sengih.
            “Belum.” Fisha mengeluh, nak layan Sufian macam layan budak-budak umur lima tahun! Banyak ragam.
            “Yang kau duk kacau kerja aku kat sini buat apa? Aku banyak kerja nak buat.” Fisha sambar fail pesakit dari kaunter jururawat.
            Tiba-tiba Sufian rasa ada benda keras terhantuk di belakangnya. “Adui! Sakitlah” Sufian kerut dahi seraya kalih belakang. “Sorry Pian! Aku tak sengaja!”
            Sufian ukir senyum. “Cantik...”
            Fisha pandang Marwah, Marwah jungkit bahu. “Woi! Kau kenapa gila? Macam jumpa hantu je.” Marwah ketuk kepala Sufian dengan fail pesakit.
            “Kenapa kau cantik sangat, gila? Macam bidadari jatuh dari langit.” Fisha hambur gelak. Marwah tercengang.
            “Kau merepek apa? Dahlah aku nak sambung kerja.” Marwah atur langkah tinggalkan Sufian. “Marwah!” Sufian halang perjalanan Marwah dari depan.
            “Kau nak aku...”
            “Aku suka kau. Aku nak kahwin dengan kau... boleh tak? Sudi tak kau jadi isteri aku?” Marwah mengeluh. Mata-mata jururawat dah pandang dia orang sambil sengih-sengih.
“Pian... kau ok tak?” Soal Fisha.
“Kau rasa aku ok tak? Bila dia tak bagi aku jawapan?” PAP! Marwah rasa dahi dia macam dah kena tampar dengan Sufian bila Sufian bagi ayat sentap. Bibir dia ketap sebelum tinggalkan Sufian, Fisha buntuti Marwah dari belakang.
“Aku rasa dia memang dah putus fius!” Keluh Marwah.
“Dia seriuslah Marwah.” Marwah mati langkah, Fisha senyum. Tapi masalahnya aku tak yakin kalau aku boleh berikan dia cinta!
Sofia lari-lari anak ke arah Fisha yang baru je duduk sebelah Raqib. “Sofia! Behave!” Arah Raqib..
“Kau memang abang yang garang.” Raqib pandang Marwah.
            “Kau-kau, awak tu adik saya. Tahu tak.” Fisha tampar bahu Raqib.
            “Janganlah garang-garang, nanti awak nak layan anak kita macam ni jugak ke?” Marwah tahan gelak. Padan muka!
            “Taklah sayang.” Raqib usap lembut kandungan Fisha yang dah sebulan.
            “Tolonglah jangan tunjuk kemesraan anda berdua di depan kami,” rungut Sofia sambil pandang TV.
            “Tapi... kan best kalau nenek masih ada. Mesti dia dah bagi kak Fisha minum jamu.”
            “Ermm... Allah lebih sayangkan nenek, Sofia,” ujar Raqib sambil hirup teh yang Fisha hidang untuk dia.
            Fisha pandang Raqib sebelum genggam erat tangan Raqib yang masih melekap di kandugannya. “Esok awak tak boleh temankan saya ke? Esok pagi, duty awakkan malam,” rengek Fisha.
            “Sape cakap saya tak boleh temankan awak?”
            “Baby cakap...”
            “Tolong jangan buat orang kencing manis!” Raqib ketawa jahat. Sungguh Sofia lawak. “Ala... nak manja dengan abang jugak eh? Meh sini.” Sofia angguk sebelum peluk erat tubuh Raqib. Marwah senyum kelat. Patut ke aku terima Sufian?
Marwah mengeluh bila nampak manusia tak diundang dah berdiri di depan rumahnya sambil senyum. “Assalamualaikum, doktor Marwah.”
            “Waalaikumusalam.”
            “Kenapa kau asyik mengelak je dari aku? Aku rindu kau gila.”
            Marwah pandang Sufian yang tahan dia nak buka pintu kereta. “Aku tak rindu kau. Aku busy.”
            “Serius kau tak rindu aku?”
            “Buat apa aku nak rindu kau? Ke tepi, aku nak pergi kerja.”
            “Aku hantar kau?” Sufian sengih.
            “Tak payah, dah lewat dah ni. Kau tidur je, baiki otak kau yang dah terputus fius tu.”
            “Kau betulkan eh?”
            “Sufian!”
            “Ye saya.” Sufian sorok gelak, suka sangat dia nak menyakat Marwah.
            “Fine! Kau hantar aku.”
“Pian. Kau tak penat ke?”
            Sufian diam. Fokus dengan pemanduan.
            “Sekarang dah lewat kot. Ni pun aku on call, kau baru balik kerja kan?”
            Marwah mengeluh bila Sufian tak jawab soalannya.
            “Sebab tu kau kena kahwin Marwah. Ada jugak orang tolong hantarkan kau kerja kalau kau on call macam ni. Kalau kau kahwin dengan aku, mesti aku hantar kau macam ni punya. Tolak ke tepilah hal penat tu, yang penting kau selamat.” Marwah ukir senyum sambil pandang kegelapan malam.
            Sufian pandang Marwah. “Marwah...”
            “Ermm?”
            “Kau nampak cantik bila berhijab. Aku rasa macam bidadari turun dari langit tengah duduk dekat sebelah aku.” Marwah ketawa.
            “Mengarutt je kerja kau... kan?”
            “Aku mengarut tapi aku serius. Kau nampak cantik.”
            “Jadi sebelum ni, aku tak cantiklah? Huh?” Sufian ketawa.
            “Dulu aku tak nampak muka kau yang sebenar. Kau buat aku tertarik cuma sebab perangai kau yang tegas ni ha. Tapi sekarang... aku rasa akulah orang yang paling bertuah kalau aku dapat isteri macam kau,” ujar Sufian. Marwah rasa panas dekat pipi sebab kena puji.
            “Aku minta maaf...”
            Marwah pandang Sufian. “Aku minta maaf sebab buat kau tunggu lama. Aku... aku tak nak kalau aku terima kau dalam hidup aku, aku tak dapat berikan cinta aku untuk kau. Aku minta maaf kalau aku tak dapat balas rasa yang kau punya untuk aku, Sufian. Aku suka kau... tapi cuma sebagai seorang sahabat. Tak lebih.” Sufian ukir senyum sebelum pandang Marwah.
            “Cinta tu... kita boleh wujudkan selepas kita kahwin Marwah.”
            “Ya aku tahu tapi... aku takut kalau cinta tu tak akan pernah wujud sampai bila-bila.”
            “Aku tak pernah lafaz kata cinta dekat kau... kan? Apa kau rasa aku cintakan kau?” PAP! Marwah sentap!
            “Aku cuma lafaz kata suka je untuk kau. Sebab aku tahu... bila kita bersatu perasaan cinta tu akan wujud,” tambah Sufian. Marwah ukir senyum.
            “Aku hantar kau... sampai ke pintu?”
            “Baliklah... aku ok je.” Marwah keluar dari kereta, Sufian matikan enjin seraya membuntuti Marwah dari belakang.
            Marwah mati langkah seraya kalih ke belakang. “Cukup. Ke kau nak masuk? Betulkan fius otak kau yang tak berapa betul tu?”
            “Sarkastik eh? Sape ajar?” Marwah sorok gelak.
            “Kau arh yang ajar aku. Hujan dah ni, baik kau balik cepat.”
            Rintik-rintik hujan dah turun dan semakin lebat. Marwah berundur setapak, dua tapak ke belakang. “Aku lagi suka kalau aku sakit, mesti kau yang rawat aku... kan?”
            “Dahlah Encik peguam! Bye!” Marwah angkat tangan sambil ukir senyum sebelum masuk ke dalam hospital. Sufian perhatikan gerak langkah Marwah. Kau takut... kau tak dapat bagi cinta untuk aku? Maksudnya...
Hujan semakin lebat, lama Sufian berdiri di perkarangan hospital sebelum dia kalih ke belakang. Langkah dia atur ke parking lot yang terletak di seberang hospital. Kalaulah Marwah tak buat dia tertunggu-tunggu lagi. Sufian mati langkah bila sebuah van putih hampir nak langgar dia. “Gila ke apa?” Van putih berhenti sebelum tiga orang lelaki tarik Sufian masuk ke dalam van.
            “Woi! Apa ni! Kau orang nak bawa aku pergi mana ha?!” Tengking Sufian bila dia dah kena sumbat dalam van.
            “Lepas...”
            BUK!
            Satu tumbukan menghenyak ulu hati Sufian buat dia mati kata.
            “Pandai pun diam!”
Puan Karina pandang jam dinding. Dah pukul dua pagi, anaknya tak balik-balik lagi. Lewat sejam. Bila nak buat panggilan untuk Sufian, anaknya tak reti nak jawab panggilan. “Ina... tak tidur lagi?” Puan Karina bangkit dari duduk.
            “Sufi ni tak balik-balik lagi. Katanya malam ni dia nak tidur rumah kita.”
            “Dia lupa kot. Macam awak tak tahu anak kita tu pelupa,” ujar Encik Ibrahim sambil buntuti isterinya masuk ke dapur.
            Puan Karina kacau teh sebelum hulur pada Encik Ibrahim. Tiba-tiba cawan terlepas dari tangan Puan Karina. “Ya Allah, Ina. Hati-hatilah.”
            “Abang... hati Ina... Ina rasa tak sedap hatilah bang.” Encik Ibrahim letak tangan atas bahu isterinya. “Sufi penat kot... dahlah jangan risau. Nanti naik pulak darah awak tu.” Puan Karina gigit bawah bibir.
Turun naik nafas Sufian bila dia dah rasa penat untuk terus berlawan dengan empat orang lelaki yang nak bunuh dia. Motif? Sufian sendiri tak tahu apa salah dia. Tup tup lepas dia kena sumbat dalam van, tiba-tiba dia orang berhenti di belakang sebuah disco pub yang dipenuhi dengan sampah dan botol-botol kaca.
Tiba-tiba kayu baseball yang datang dari arah belakang dihayun tepat ke kepala Sufian buat Sufian terduduk. Darah pekat mengalir dari dahinya. Sungguh dia dah tak boleh melawan bila tiga orang lelaki tiba-tiba muncul bantu lelaki yang Sufian dah tumbangkan.
            “Kau jangan nak main-main! Bangun sial!” Dua orang lelaki tarik tangan Sufian seraya Sufian bangkit dari duduknya. Tumbukan menghenyak ulu hati Sufian bertubi-tubi sebelum satu tumbukan menghenyak wajahnya. Sufian tahan senak. Sungguh sakit.
            Rambut Sufian yang mulai basah dengan peluh ditarik kasar seraya wajah lelaki yang pernah ugut dia terpampang di depan mata. “Sekali lagi... kau nak atau tak kerjasama dengan kita orang?” Sufian senyum senget.
            “Jawablah!”
            Sufian diam. Kemeja putihnya dah dipenuhi dengan darah.
            “Tak guna!”
            BUK!
            Satu tumbukan menghenyak lagi ulu hati Sufian sebelum dua lelaki tolak tubuh Sufian kasar ke arah ketua mereka. Sufian terbatuk-batuk bila darah keluar dari mulutnya. Wajah Sufian pula jadi sasaran tumbukan bila si ketua tak puas hati sebelum Sufian terbaring di atas jalan. Belakangnya dipijak sebelum rambutnya ditarik kasar sekali lagi. “Kau... kau nak... bunuh aku? Huh?” Sufian ketawa. Cuba nak api-apikan si ketua.
            “Aku tak ada masa nak main-main dengan kau! Sekali lagi aku bagi kau pilihan. Nak kerjasama atau kau mati?!”
            “Aku... aku sanggup mati... dari kerjasama dengan... dengan kau!” Si ketua bangkit dari duduk mencangkung sebelum sepak rusuk Sufian bertubi-tubi. Kaki Sufian mengerekot tahan senak sambil lekap tangan pada perut.
            “Kau nak mati? Ha? Baik! Aku buat apa yang kau nak. Kau orang! Tunggu apa lagi? Ni makanan kau orang untuk malam ni,” sekelip mata tubuh Sufian dah jadi macam bola bila si ketua dan enam anak buahnya yang lain sepak tubuh Sufian yang dah terbaring kaku bertubi-tubi. Satu... dua... tiga tumbukan menghenyak wajah Sufian sebelum kayu baseball di hayun ke tubuhnya. Nafas Sufian mulai tercungap-cungap. Sungguh dia tak punya kekuatan nak melawan. Terasa ada benda panas yang mengalir dari dahinya, sungguh dia rasa mukanya dah bengkak sebelum penglihatannya mulai kabur.
            “Dah! Jom balik!” Arah si ketua bila Sufian dah tak bergerak.
            “Bos pasti ke dia dah mati?” Si ketua pandang muka si anak buah sebelum pijak belakang Sufian. Rasa tak puas hati bila Sufian pilih untuk mati dari kerjasama dengan dia orang. Kepala Sufian dia pijak. “Arh dia nyawa-nyawa ikan dah. Tapi kesian... kau tak dapat ucap selamat tinggal dengan kekasih kau tadi tu... kan? Mampus!” Tubuh Sufian dia sepak sepuas hatinya dengan nafas dah turun naik.
            “Bos! Dah... karang polis datang kita susah.”
            “Si tak guna tu... kita biar je?”
            “Habistu kau orang nak hantar dia pergi hospital?” Sarkastik dari si ketua.
            “Tak payah buang dia? Dia kan tak guna.” Si ketua ketawa lagi sebelum tubuh Sufian diheret seraya dibuang ke tong sampah yang berhampiran. Anak-anak buah si ketua ketawa jahat. Suka tengok Sufian yang dah lunyai.
Tiga biji ubat Marwah telan bila tiba-tiba dadanya rasa ngilu. Sungguh penyakitnya dah semakin kritikal. Penyakit jantung yang Marwah punya, yang dia rahsiakan dari semua orang. Segelas air dia teguk sebelum bangkit dari duduk.
            “Emergency!” Marwah pandang seorang lelaki tua yang baru masuk ke dalam ruang hospital tengah kalut. Fisha yang berada berdekatan menghampiri.
            “Doktor... emergency. Budak tu dah teruk... tolong dia doktor.” Fisha cuba tenangkan si lelaki tua. Pengusung ditolak masuk ke dalam hospital menuju ke bilik kecemasan. Marwah tercengang, Fisha rasa tak mampu nak bergerak dari tempatnya bila nampak si pesakit yang berlumuran darah dengan wajah yang bengkak diusung masuk ke bilik kecemasan.
            Marwah ketap bibir sebelum membuntuti Fisha masuk ke bilik kecemasan. Wajah Sufian Marwah pandang tanpa berkedip. Kapas dicepit sebelum di sapu pada dahi Sufian yang berlumuran darah. Oksigen dipasang pada wajah Sufian yang bengkak sebelum Marwah periksa nadi Sufian. Kosong. “Emma... sediakan Defibrillator,” Emma angguk seraya hulur pada Marwah yang tengah gunting kemeja putih Sufian. Kau tak boleh mati... tak boleh Sufian. Siapa nak hiburkan hati aku?
            “Marwah... jangan ikutkan perasaan.” Fisha ambil Defibrillator dari Marwah bila tak ada response dari monitor jantung. Marwah berundur setapak ke belakang sebelum dia bersandar di belakang dinding. “Kadar ECG kembali normal doktor,” jelas Emma. Fisha ukir senyum. “Apa dah jadi dengan dia?” Fisha pandang Marwah. “Cuma pakcik tu je yang tahu Marwah...” jawab Fisha.
Marwah pandang Fisha. Fisha tercengang. “Kenapa dunia ni kejam sangat, anak muda macam dia yang baik, orang buat macam tu? Masa pakcik jumpa dia dekat tong sampah pagi tadi, keadaan dia teruk sangat. Pakcik ingat dia kena rompak, kena samun tapi pakcik jumpa dompet dengan telefon bimbit dia ni. Mungkin ni... kes dendam atau ada orang yang tak puas hati dekat dia,” tambah pakcik berkopiah putih.
            “Marwah! Sufi... macam mana dengan Sufi?” Marwah bangkit dari duduk bila Puan Karina dan Encik Ibrahim muncul di depannya. Marwah rasa berat sangat hatinya nak jelaskan keadaan Sufian.
            “Marwah... jawablah. Macam mana dengan Sufi? Dia...” Marwah peluk erat tubuh Puan Karina. “Maafkan saya aunty...” Puan Karina lepaskan dirinya dari pelukan Marwah.
            “Keadaan dia kritikal, dia cedera parah. Sebab kecederaan dia yang parah dia akan... lumpuh. Saraf tunjangnya rosak, tulang... tulang rusuk dia patah kesan dari pukulan keras dan izinkan saya untuk selamatkan dia. Dia mengalami pendarahan dalaman otak. Kesan dari hentakan kuat. Izinkan...” Puan Karina terduduk.
            “Tapi dia masih muda untuk lumpuh Marwah!”
            Marwah gigit bawah bibir. Tangan dia lekap ke dada, dah terasa sakit dekat jantung. “Maaf...”
            Marwah tinggalkan Puan Karina dan Encik Ibrahim di ruang lobi. Tas tangan dia capai sebelum keluarkan sebekas ubat. Dua biji ubat ditelan sebelum teguk segelas air. Raqib tercengang bila nampak Marwah terduduk di kerusi sambil tepuk-tepuk dada. “Marwah...”
            Marwah panggung muka. Raqib rampas ubat yang Marwah pegang. “Apa semua ni? Kau rahsiakan sakit kau dari kita orang? Apa ni Marwah?!”
            Marwah telan liur.
            “Aku...”
            “Kenapa aku tak pernah tahu yang kau sakit? Jawab Marwah!”
            “Aku tak nak susahkan...” Marwah mati kata seraya lekap tangan pada wajah. Marwah menangis lagi.
            “Marwah... aku minta maaf aku tak bermaksud... nak buat kau nangis. Tapi aku kecewa... kenapa kau buat macam ni? Sepuluh tahun kau hidup dekat luar, jauh dari kita orang dan sepanjang tahun tu... dah berapa tahun kau hidup dalam kesakitan?”
            Marwah bungkam. Raqib kesat air matanya kasar. Kenapa Marwah selalu berkorban?
            “Marwah... kau tu adik aku. Please... izinkan aku bantu kau.” Marwah panggung muka. “Aku... minta maaf.” Raqib mengeluh, kasar.
            “Aku tak nak bedah. Aku takut... sebab tu aku ambil masa yang lama untuk balik sini. Aku tak nak kau orang tengok aku... sakit. Aku nak kau orang cuma fikir tentang impian kau orang. Itu je.” Raqib ukir senyum, paksa. Marwah...
Puan Karina dan Encik Ibrahim pandang borang kebenaran untuk melakukan pembedahan sebelum pandang wajah Sufian. “Kamu janji dengan kita orang... kamu akan selamatkan dia?”
            “Ya. Saya akan. Saya akan berusaha untuk selamatkan dia,” jawab Marwah, senada.
            “Kalau kamu mungkir macam mana?”
            “Saya akan lakukan sebaik yang mungkin. Tolong... demi dia. Izinkan saya selamatkan Sufian.” Puan Karina pandang Marwah sebelum ukir senyum. “Kita orang serahkan semuanya... pada kamu Marwah. Kami akan redha dengan apa je yang akan berlaku dekat Sufi.” Marwah ukir senyum. Satu nafas panjang dia hembus, lega.
Marwah pandang raut wajah Sufian. Bengkak. Masih jelas kesan benjolan pada dahi kirinya Sufian. Aku akan sembuhkan kau... aku akan korbankan apa je untuk tengok kau sembuh. Izinkan aku selamatkan kau...
            “Scalpel.” Scalpel dihulur pada Marwah dan bermulalah sesi pembedahan.
Rekod pesakit Marwah teliti, dah dua minggu berlalu. Sufian tak bangun-bangun. Marwah panggung muka pandang wajah Sufian sebelum tuala kecil dia basahkan. Wajah Sufian dia lap perlahan-lahan. “Gila... bila kau nak bangun?”
            Tak ada jawapan. Cuma dengar nafas Sufian.
            “Bila kau nak bangun? Jawablah...”
            Diam.
            “Sufian... kalau aku tak buat kau tertunggu mesti kau tak jadi macam ni... kan? Semua ni salah aku... kan?”
            Diam.
            “Sufian...” Marwah ketap bibir sebelum terduduk di kerusi. Tangan dia genggam, erat sebelum air matanya jatuh.
            “Aku sedih... bangunlah. Aku rindu kau, gila! Bangunlah... hilangkan rasa sedih aku ni. Cakaplah... cakaplah benda mengarut dekat aku Pian!” Marwah sembam kepala di sisi Sufian. Sungguh, dia penat.
Cahaya yang menerbos masuk dari tingkap buat matanya jadi silau. Pelan-pelan dia cuba celik mata yang sedikit sepet. Rasa bengkak masih tersisa di wajahnya kesan dari tumbukan tempoh hari. Jari jemari cuba digerakkan sebelum kaki yang berbalut dia gerakkan. Keras. Sufian kerut dahi bila rasa sengal dekat sendi-sendi dan temulang.
            Sufian pandang sekelilingnya. Sunyi. Rasa payah sangat dia nak gerakkan tubuhnya. “Sufian...” Sufian cuba kalih kanan bila namanya diseru, sungguh rasa sengal!
            Marwah celik mata seraya gosok mata sebelum matanya tertancap ke laman wajah Sufian. Lantas Marwah bangkit dari duduk sebelum ukir senyum. “Pian! Welcome back!” Ujar Marwah, ceria.
            Sufian telan liur, pahit. Dia cuba nak bercakap tapi... rasa sengal buat kudratnya lemah. Marwah dekatkan kepalanya ke arah Sufian. “Apa... apa dah jadi... dekat... a... ku? Ke... napa... badan... ak...u...” Sufian kerut dahi, tak mampu nak bercakap.
            Marwah tegakkan kepala. “Pian... kau kena pukul teruk dua minggu lepas. Tulang rusuk kau patah, kaki kau patah dan saraf tunjang kau rosak sebab kesan pukulan. Kau...” Marwah berjeda sebelum cuba tenangkan diri nak jelaskan pada Sufian.
            “Kau lumpuh... tapi aku akan pastikan kau sembuh,” jelas Marwah. Macam rasa tak percaya bila dia lumpuh. Macam mana dia nak lindung Marwah kalau dia lumpuh?
            Air mata Sufian mengalir ke pipi. Mata dia pejam. Tak betah nak pandang Marwah dengan keadannya dah teruk.
Balutan pada kepala Sufian, Marwah ganti dengan balutan yang baru sebelum Marwah basahkan tuala. Wajah Sufian yang masih bengkak Marwah tuam. Mata mereka bersatu lantas Sufian tepis tangan Marwah. Sufian dah berubah... Marwah tak rasa dia kenal Sufian lagi sejak Sufian sedar beberapa hari yang lalu.
            “Jangan sentuh aku,” ujar Sufian, senada.
            “Kau tu pesakit aku, aku...”
            “Aku tak nak tengok muka kau,” tambah Sufian.
            Marwah ukir senyum. “Keluarlah! Aku tak nak tengok muka kau. Kau tak faham?!” Tengking Sufian buat Marwah kaget. “Aku dah cacat. Aku tak mampu nak hiburkan kau lagi. So... berhambus! Pergi cari orang lain yang dapat ganti aku dekat sisi kau,” sungguh kata-kata Sufian buat Marwah nak meraung. Sakit... sakit sangat apa yang Sufian ucap.
            Pintu terbuka, tersembul wajah Aurel dengan sebakul buah masuk ke dalam ruang Sufian. Sufian ukir senyum pada Aurel. “Aurel... kenapa datang lambat?”
            “Maaf... saya ada kerja tadi, awak dah makan?”
            “Belum...” Aurel buka bekas makanan. “Saya suap eh? Tangan awak masih sakit kan?” Sufian angguk. Marwah rasa diri dia tak wujud bila Aurel ada. Lantas Marwah keluar dari bilik. Satu keluhan dia lepas.
            Apa salah aku sampai dia jadi macam tu? Dingin?
Fisha pandang Raqib, Raqib jungkit bahu. “Kau tak masuk?” Marwah geleng. Aku on duty, nanti aku rehat aku masuk.”
            “Ok... bye!”
            “Bye!” Aku masuk pun kena halau dengan si gila tu.
            Raqib pandang Sufian yang tengah renung siling. “Kenapa kau nak ngelak dari Marwah? Kau tahu tak tiap-tiap hari dia tunggu kau bangun, tapi kau macam benci sangat dekat dia. Kenapa? Lepas kau kena belasah teruk haritu otak kau makin teruk eh  fiusnya?”
            Sufian alih pandang Raqib yang membebel. “Kau tak fly ke hari ni?”
            “Tak...” Sufian angguk.
            “Jawablah Pian... kenapa? Apa salah Marwah dekat kau?” Tanya Fisha pula sebelum duduk di kerusi.
            “Marwah... tunggu aku?”
            “Yelah.”
            “Tapi dia tak balas pun apa yang aku rasa untuk dia.”
            “Takkan sebab tu kau nak dingin dengan dia?”
            Sufian pandang luar tingkap. “Aku dah lumpuh. Aku dah tak ada function untuk dia melainkan aku akan susahkan dia,” ujar Sufian, senada.
            Fisha mengeluh. Raqib rasa nak betulkan fius otaknya Sufian yang tiba-tiba jadi down.
“Doktor.”
            Marwah yang tengah teliti fail pesakit pandang Emma. “Ye.”
            “Pesakit dalam bilik Kenanga tak nak makan. Saya dah puas pujuk tapi dia masih degil,” adu Emma sambil berjalan beriringan dengan Marwah. Fail pesakit Marwah hulur pada Emma.
            “Pagi dan tengahari tadi dia tak makan jugak?”
            “Pagi tadi dia makan doktor, mak dia datang. Tengahari tadi dengan malam ni dia tak jamah apa-apa langsung,” jelas Emma.
            Marwah keluh kasar. Bilik kenanga di depannya dia pandang. Nasib baik kau tu sakit, kalau tak dah lama aku tumbuk muka kau Sufian Rizqi!
Sufian mengeluh bila cubaannya nak berdiri semula gagal. Tangan dia genggam, erat sambil ketap bibir. Rasa macam nak meraung pun ada bila cubaanya gagal berkali-kali.
            “Takkan makanan tu kau biar macam tu je? Tengahari kau tak makan, malam pun kau tak nak makan. Apa kau ingat tukang masak dalam hospital ni tak penat apa masakkan untuk pesakit tiap-tiap masa,” bebel Marwah bila dia masuk dalam bilik kenanga. Bilik yang menempatkan Sufian seorang.
            Sufian jeling Marwah sebelum betulkan posisi duduknya bersandar di belakang katil. Tingkah Marwah dia perhatikan sebelum lekap tangan pada abdomen yang berbalut dengan kain kasa. Sungguh rusuknya masih rasa sengal.
            “Pian, makan,” arah Marwah.
            Sufian diam.
            “Kau bisu eh? Susah sangat ke nak makan? Kunyah dan telan...”
            “Aku nak kaki aku.” Sufian pintas kata-kata Marwah.
            Marwah pandang Sufian.
            “Aku nak jadi macam orang lain. Aku nak jadi normal macam dulu,” tambah Sufian.
            “Izinkan aku tukar balutan kau.” Sufian menurut sebelum selak bajunya.
            Kain kasa yang terbalut pada abdomen Sufian, Marwah tanggalkan sebelum sentuh abdomenya yang masih biru. “Sakit ke?”
            Sufian pandang Marwah dan mata mereka saling bertentangan. “Lebih sakit bila kau bagi tahu aku yang aku lumpuh.”
            Marwah ketap bibir sambil sapu antiseptik pada abdomen Sufian sebelum kain kasa dibalut pada abdomennya. “Marwah aku nak jadi...”
            “Mana... Sufian Rizqi yang pernah aku kenal dulu? Mana sahabat aku yang happy go lucky? Yang gila-gila? Mana Sufian yang selalu hiburkan aku dulu? Mana Sufian yang tak mudah patah semangat?” Wajah Sufian rasa panas bila suara Marwah dah jadi kendur. Tunggu masa Marwah nak menangis aje lagi.
            Tangan Marwah dia tepis.
            “Dia dah mati. Sufian yang dulu dah mati. Aku dah tak ada gunanya untuk kau Marwah. Aku cacat. Aku cuma akan jadi beban untuk kau je. Aku tak mampu nak jadi aku yang dulu.”
            Marwah kalih belakang sebelum usap kasar air matanya yang dah jatuh. “Aku rasa... aku dah tak kenal kau sape. Tapi aku rindu... aku rindu Sufian yang dulu. Maafkan aku... buat kau tertunggu. Buat kau sakit hati sebab aku tak pernah bagi kau jawapan.” Sufian telan liur, pahit.
            “Makanlah Pian. Kau nak sihat... kan? Aku janji... aku akan sembuhkan kau. Aku akan pulihkan kaki kau. Biar... biarpun ambil masa yang lama. Aku akan jaga kau sampai kau pulih. Sebab aku nak Sufian yang dulu.”
            Sufian toleh kiri. Tak mampu nak pandang wajah Marwah. Pipi yang terasa basah dia biarkan sebelum bunyi pintu ditutup kedengaran.
Fisha rasa dia nak keluarkan biji mata dia, Raqib ukir senyum. “Seriously Marwah?”
            Raqib genggam erat tangan Fisha. “Sayang... biarlah dah tu pilihan dia. Parents kita orang pun dah setuju dengan pilihan Marwah tu.” Raqib cuba tenangkan keadaan.
            “But why? Aku tak nak kau sakit. Kesihatan kau tak berapa baik kot Marwah, aku takut kau banyak memendam. Dahlah dia tu sejak sedar dari koma makin terputus fius. Asyik emo tak tentu pasal je. Lagi-lagi dengan kau, asyik nak tengking kau je. Aku pula yang sakit bila tengok.” Marwah ukir senyum.
            “Dulu... sebelum benda ni berlaku dekat dia, dialah yang selalu hiburkan hati aku dengan benda-benda mengarut dia. Sekarang bila dia dah jadi macam tu... takkan aku nak biar je dia murung. Aku rindu Sufian yang dulu. Aku nak balas apa yang dia dah buat dekat aku. Aku akan... terima apa je yang dia buat dekat aku sebab... aku sedar yang hati aku mula terima dia. Aku sedar yang soalan dia selama ni dah terjawab,” jelas Marwah.
            “Aku akan jaga dia... aku akan pulihkan dia sampai akhir nafas aku,” tambah Marwah.
            Fisha genggam erat tangan Marwah. “Janganlah cakap benda mati-mati ni Marwah. Kau akan sihat.” Marwah ketawa.
            “Yalah... aku nak sehidup semati dengan dia memanglah aku akan jaga dia sampai akhir nafas aku.” Raqib ketawa. Mengarut je.
“Cuba gerakkan jari-jari kaki.” Sufian menurut, sejak haritu asyik benda tu je yang dia kena buat. Bosan!
            “Cuba bangun... perlahan-lahan. Lepastu... letak kaki atas lantai,” arah si fisioterapi. Sufian bangkit dari kerusi rodanya sambil pegang erat pemegang kerusi roda, perlahan-lahan kaki diletak di atas simen, tangan Sufian terketar-ketar bila kakinya dah capai simen sebelum dia kembali terduduk. Sungguh rasa sengal.
            Cubaan kedua gagal.
            Ketiga.
            Keempat.
            Kelima.
            Keenam.
            Nafas Sufian turun naik sebelum dia mengalah. “Saya... saya memang akan lumpuh sampai bila-bila. Saya tak nampak yang saya akan sembuh doktor,” luah Sufian.
            “Jangan mengalah. Benda ni memang ambil masa yang lama Sufian. Awak akan pulih, saya yakin. Awak kena ada semangat untuk pulih.” Masuk kanan keluar kiri je nasihat si fisioterapi. Sufian tolak kerusi rodanya keluar dari ruang fisioterapi.
“Kau nak apa lagi? Tak boleh ke kau tenangkan fikiran aku biar sekali je? Asyik menyemak je,” rungut Sufian sambil pandang kanak-kanak bermain bola.
            Marwah duduk di sebelah Sufian. “Kau ingat tak masa kita darjah satu... masa tu aku baru masuk. Semua orang tak nak kawan dengan aku sebab aku asyik gaduh dengan dia orang je buat dia orang takut dengan aku. Tapi... kau je satu-satunya budak yang berani layan aku. Ke mana je aku pergi dekat situ jugalah kau menyemak. Kau kata... kau tak nak biar aku rasa terasing dekat tempat yang baru bagi aku. Berkali-kali aku marah, herdik kau untuk tinggalkan aku tapi kau degil. Perlahan-lahan... hati aku mula terbuka untuk jadikan kau kawan aku.”
            “Bila aku sedih... kau akan selalu ada untuk aku. Kau hiburkan aku bila aku rasa sedih. Sampailah saat ni, tapi...”
            Sufian pandang Marwah.
            “Dan aku buat semua tu sebab aku sukakan kau. Aku suka kau dari darjah satu. Tapi... kenapa sampai sekarang kau tak bagi aku jawapan? Kau buat aku tertanya. Tak boleh ke kau bukakan hati kau untuk terima aku dalam hidup kau? Macam yang pernah kau bagi untuk Raqib? Susah sangat ke Marwah?”
            Marwah diam.
            Pandangan dihala ke arah sekumpulan kanak-kanak.
            Sufian senyum senget sebelum dia ketawa sinis.
            “See... mungkin sampai mati kau tak akan bagi...”
            “Aku nak kahwin dengan kau,” pintas Marwah buat Sufian mati kata.
            Sufian tercengang.
            “Aku nak jaga kau sampai kau pulih. Aku nak sentiasa ada untuk kau, izinkan...”
            Sufian ketap bibir.
            “Aku dah cacat. Aku tak mampu nak lindung kau macam dulu. Aku cuma akan jadi beban untuk kau je.”
            “Sebab tu aku nak kahwin...”
            “Kau nak kahwin dengan aku sebab kau simpati je... kan? Macam mana dengan perasaan aku untuk kau? Dahlah... aku tak nak. Buang je simpati kau tu, apa gunanya sebuah perkahwinan kalau tak ada cinta, Marwah?”
            “Kau lupa? Kau pernah cakap dekat aku yang cinta tu... akan wujud bila dua hati bersatu. Izinkan aku jadi isteri kau. Isteri yang selalu berada di samping kau?” Suara Marwah mulai kendur. Jangan menangis hati...
            “Kau akan menyesal. Aku akan bebankan hidup kau. Aku bukan Sufian yang dulu, aku rasa aku cuma mayat hidup yang asyik susahkan orang. Kau pilihlah orang lain jadi suami kau, yang boleh lindung kau bila sesuatu yang buruk terjadi dekat kau. Aku tak boleh.”
            Marwah pandang Sufian.
            “Aku tak akan jadikan kau beban aku. Aku nak tengok kau pulih, aku akan buktikan yang kau akan pulih.”
            Sufian pandang Marwah sebelum senyum sinis. Nak jadi isteri untuk seorang yang cacat huh? “Kau cuma nak tengok, nak buktikan yang aku pulih je kan?” Marwah angguk.
            “Aku akan bebaskan kau bila aku dah pulih atau kalau kau bantah aku takkan kahwin dengan kau,” tegas Sufian.
            “Aku nak sehidup....”
            “Pergi mampus dengan sehidup semati tu,” pintas Sufian.
            Marwah telan liur, kelat.
            “Kalau tiba-tiba cinta hadir dalam hidup kau untuk aku silakan buang. Kau berani kan tanggung risiko?” Tambah Sufian sebelum tinggalkan Marwah yang tercengang.
            Marwah pejam sebelum celik mata. Dia senyum nipis bila pipi terasa basah. Apa aku nak buat kalau aku cintakan kau Sufian?
Cincin belah rotan yang dah rasmi di jari manisnya di pusing-pusing sebelum kacau bubur ayam. Mangkuk dicapai. Tiba-tiba... dadanya terasa perih. Marwah telan liur, pahit. Sungguh rasa jantungnya macam nak tercabut pun ada bila sakit macam tu sekali. “Marwah! Makanan aku mana, gila?!” Laung Sufian di ruang tamu.
            Marwah tahan perih sambil terkocoh-kocoh matikan api sebelum letak bubur ayam dalam mangkuk. “Cepatlah, aku lapar kot. Aku cacat, aku tak dapat nak cari makanan dekat dapur tu. Lainlah kau, normal. Tapi kau ni spesis terhegeh-hegeh macam lipas kudung!” PAP! Macam kena tampar bila Sufian bagi Marwah kata-kata kesat. Memang kesat... sakit kot hati aku bila dia tengking macam tu.
            Sufian pandang mangkuk sebelum mengeluh. “Bubur? Kau ingat aku ni apa? Bayi ke apa? Asyik bubur je aku dah muak kau tahu tak?”
            “Makan jelah. Kau tu tak berapa sihat lagi, kau tak boleh makan...”
            “Kau lupa aku ni sape?” Sufian pintas kata-kata Marwah.
            Marwah diam.
            “Aku ni suami kau. Kau lupa? Suami kau yang sah. Kau nak melawan cakap aku? Huh?”
            Gila! Nak guna kuasa dia sebagai suami pulak! Gila punya Pian.
            “Apa pandang-pandang? Nak bantah?”
            “Habistu kau nak makan apa?”
            “Aku nak makan makanan yang kau suap kat aku. Aku tak nak makan makanan yang kau suruh aku makan sendiri.” Marwah kerut dahi. Apa kejadah?
            “Kau nak bantah...”
            Marwah suap bubur pada Sufian. Sufian nak gelak bila tengok Marwah kelam kabut. Nak sangat kahwin dengan orang cacat. Kan dah kena.
Sufian kerut dahi sambil ketap bibir bila belakangnya dah basah dengan air. Sungguh perih. Biar pun dah sebulan lebih berlalu sejak peristiwa hitam tu, masih jelas berbirat tubuh belakang dan depannya kesan dari sepakan dan pukulan baseball. Marwah perah tuala sebelum lap belakang Sufian perlahan-lahan.
            “Aku rasa... ada baiknya aku mati je masa kena belasah macam tu.”
            Tangan Marwah mati. Tuala dia letak dalam besen.
            “Aku rasa semua tubuh badan aku dah tak ada function. Kaki aku cacat, tubuh aku hancur. Muka aku... sampai sekarang muka aku masih ada kesan bengkak. Kau rasa? Perlu ke aku hidup?” Tambah Sufian.
            “Jawablah Marwah.”
            Marwah diam. Kain kasa dia sambar seraya balut tubuh Sufian yang terdedah. T-shirt Sufian sarung di tubuhnya sebelum kalih pandang Marwah.
            “Baik aku mati...”
            Marwah peluk erat tubuh Sufian. Sufian mati kata.
            Tercengang.
            Pertama kali Marwah peluk dia.
            “Janganlah cakap macam tu. Aku tak nak hilang kau. Kau tahu tak macam mana perasaan aku... bila aku nampak keadaan kau lepas kau kena pukul teruk masa tu? Kau tahu tak macam mana perihnya hati aku bila aku tahu kau lumpuh dan... kau tahu tak... bila kau tak sedarkan diri. Betapa sunyinya aku. Sejak hari tu... aku dah mulai terima... terima perasaan kau untuk aku.”
            Marwah lepas tubuh Sufian. Tangan Sufian dia genggam, erat. Mata mereka bertentangan.
            “Sejak haritu aku sedar... yang aku tak nak kehilangan kau. Aku takut. Takut sangat-sangat. Sebab aku sedar yang hati aku... hati aku dah mula cintakan kau. Aku cintakan kau Sufian. Aku nak kahwin dengan kau, bukan sebab aku simpati tapi aku nak lindung kau. Aku tak kuat nak tengok kau lemah sampai macam ni. Aku... aku cintakan kau.”
            Tangan Sufian merayap di pipi Marwah. Air mata Marwah yang jatuh dia usap, lembut. “Berapa banyak liter air mata lagi yang kau kena keluarkan untuk aku Marwah?”
            Marwah diam. Dia tertunduk.
            “Betul ke? Kau takut aku hilang dari kau? Betul ke? Kau mula cintakan aku?”
            Marwah bungkam.
            “Pandang aku Marwah.”
            Dagu Marwah Sufian ciut seraya mata mereka saling bertentangan.
            “Aku tak nak buang cinta yang mula hadir untuk kau. Aku...”
            Marwah mati kata saat Sufian kucup bibir Marwah.
            Marwah kaku.
            Kaget.
            Spontan dari Sufian.
            Marwah sentuh bibir bila Sufian lepas bibirnya dari terus melekat di bibir Marwah.
            “Hanya ini yang aku mampu. Aku tak akan sentuh kau. Ingat... bila aku dah pulih, kita akan cerai. Aku akan bebaskan kau, pergi. Pergi dari hidup aku. Anggap je kita tak pernah kenal antara satu sama lain.”
            Marwah geleng.
            “Aku cintakan kau. Kau...”
            Sufian senyum.
            “Aku kan dah kata... kau cinta dekat aku? Kau buang je perasaan tu. Macam aku... aku dah buang perasaan aku untuk kau sebab aku dah penat menunggu. Sepuluh tahun bukan masa yang lama, Marwah.” Marwah telan liur, sungguh perih.
“Kau tak faham ke... kan aku dah kata kau lumpuh sementara. Cuma semangat kau je boleh bantu kau. Aku nak guna bahasa apa lagi?” Pagi tu, awal-awal pagi lagi Marwah dah bertekak dengan Sufian.
Sufian mendengus sambil usaha nak berjalan semula. Fisioterapi cuma pandang dua makhluk tu dari jauh. Tak betah dia nak hadap dia orang yang asyik gaduh memanjang.
“Usahalah Pian! Kau boleh...” tangan Sufian terlepas dari pemegang sebelum dia terduduk. Lantas Marwah cuba bantu Sufian bangkit dari duduk. Sufian tepis tangan Marwah.
            “Jangan sentuh aku, gila! Kau nak sangat kan...” Marwah ukir senyum bila Sufian cuba nak berdiri semula. “Nanti aku belanja...”
            “Tak payah! Ingat je benda yang kita pernah bincang dulu. Aku pulih je,  kita tak ada apa-apa hubungan lagi,” tegas dari Sufian. Marwah mengeluh.
            Kau dah banyak perkembangan Pian. Tapi... hati aku. Aku tak sedia kita berpisah. Kau nak balas ke... apa yang aku pernah buat dekat kau dulu?
Fisha pandang Marwah yang tengah duduk di lobby sambil genggam erat botol mineral. Matanya dipejam, rapat. “Marwah... kau ok?”
            Marwah celik mata. “Eh Fisha. Mak boyot dah datang.” Fisha duduk di depan Marwah.
            “Ermm kau ok tak?”
            “Ok je takkan tak ok,” ujar Marwah sebelum bangkit dari duduk. Fisha membuntuti dari belakang.
            “Aku dengar Pian dah banyak progress. Dah pakai tongkat dah tak payah pakai kerusi roda lagi. Betul ke?” Marwah pandang Fisha.
            “Betullah. Tengoklah sape doktor dia.”
            “Riak eh.” Marwah sengih.
            “Jantung kau? Macam mana?”
            “Ok je.”
            “Apa yang ok? Ok kena tengking dengan Pian?” Sarkastik dari Fisha.
            Marwah diam.
            “Betullah kan? Dia nak ceraikan kau lepas dia pulih?”
            “Macam mana kau tahu?”
            “Pian bagi tahu.”
            Marwah ketap bibir.
            “Aku cintakan dia, berat sangat rasanya bila aku tahu dia nak bebaskan aku,” luah Marwah, senada.
            Fisha senyum. “Tapi kenapa dia nak ceraikan kau?”
            “Fisha... ni hal rumah tangga aku dengan Pian. Please... jangan sibuk privacy kita orang,” tegas dari Marwah. Fisha mengeluh.
PRANG!        
Bunyi gelas pecah buat Marwah terjaga dari tidur lantas Marwah terkocoh-kocoh masuk ke dalam dapur. Matanya ditenyeh sebelum pandang Sufian yang tengah berkerut dahi. Tangan Sufian mengelupur.
“Pian?” Sufian pandang Marwah.
“Aku boleh buat,” belum sempat Sufian kutip kaca-kaca yang bertaburan di atas lantai, Marwah tepis tangannya.
“Marwah... kau nak tengok aku pulihkan?”
Diam.
“Marwah aku tanya kau ni, jawab...”
“Ya, aku nak tengok kau pulih tapi aku tak nak kau luka lagi. Kaki kau tak elok lagi tu.” Sufian mengeluh, kasar. Perlahan-lahan dia keluar dari dapur sebelum duduk di ruang tamu.
Memang patut aku ceraikan kau.
Aku tak berguna.
Tak dapat nak lindung kau bila sesuatu jadi dekat kau.
Aku susahkan kau.
Aku sayangkan kau, perempuan!
“Pian...” Sufian panggung muka.
Marwah senyum kelat sebelum sapu antiseptic pada tangan Sufian yang dah merah. Kain kasa disambar seraya dililit pada tangannya.
Sufian pandang Marwah.
“Thanks.” Marwah balas dengan senyuman.
“Aku kan doktor kau.”
“Kalau kau jadi doktor cinta untuk aku, boleh?”
Marwah cuba tafsirkan apa yang Sufian maksudkan.
“Aku dah fikir yang aku nak risik Aurel kalau aku dah pulih. Kau boleh kan jadi pakar cinta untuk aku?” Tambah Sufian.
Marwah ukir senyum, paksa. Sungguh hatinya dah sakit.
“Kenapa kau tak ambil dia sekarang je?”
“Arhh... sebab aku tak nak dia terseksa sebab berkongsi,” jawapan polos dari Sufian.
“Habistu aku? Kau rasa aku tak terseksa ke bila kau nak ceraikan aku? Macam mana aku nak hidup tanpa kau Sufian?”
Rambut Marwah yang dibiar lepas Sufian selit ke belakang telinga.
“Kau? Aku yakin yang kau akan jumpa yang lebih hebat dari aku. Kau terseksa kejap je kot sebab jadi janda.” Sufian bangkit dari duduk sebelum masuk ke dalam bilik.
Marwah genggam erat tangannya. Sungguh sakit! Sakit rasanya.
“Perempuan, kau buat apa?”
            Sunyi.
            Sepi.
            Sufian cari Marwah di seluruh tempat.
            Ruang tamu, kosong.
            Dapur.
            Balkoni.
            Pintu bilik kayu yang bertentangan dengan biliknya dipandang sebelum diketuk.
            “Marwah. Kau buat apa gila?”
            Tiada sahutan.
            Sufian mengeluh seraya pulas tombol pintu.
            Kosong.
Tak tahu mana Marwah menghilang. Rumah ni kecik je kot. Kondominium kepunyaan Sufian.
Mata Sufian tertancap ke arah bingkai gambar yang terletak elok di atas meja. Senyum nipis dia ukir. Gambar masa zaman sekolah. Marwah dengan wajah yang serupa samseng, Sufian yang skema.  “Kau still simpan?” Bingkai gambar diletak semula di atas meja.
Satu bekas tertutup dia sambar. Tertulis perkataan ‘nyawaku’ di situ. Sufian buka penutup sebelum beberapa jenis ubat disambarnya dari bekas. “Pian. Kau buat apa dalam bilik aku?” Sufian letak semula ubat di dalam bekas.
“Kau pergi mana? Kau kata nak bantu aku... kan? Nak jadi pakar...” Marwah letak fail atas meja seraya tutup bekas ubat. “Ye aku tahu. Tapi perlu ke kau selongkar hak peribadi aku?”
Sufian senyum, senget.
“Barang peribadi? Huh? Rahsia sangat ke hidup kau tu?”
“Cepatlah cakap apa kau nak?”
“Aku nak tahu tentang ubat tu. Tu ubat apa?”
“Kau nak sibuk hal aku...”
Sufian mendekati Marwah.
Setapak Sufian mendekati setapak tu jugalah Marwah ke belakang.
Dua tapak.
Tiga tapak hingga Marwah tersandar di belakang dinding.
“Kau nak apa?”
“Aku nak kau.”
Marwah pejam mata bila wajah Sufian semakin mendekat ke wajahnya.
“Aku nak kau tahu... biarpun kau cuma isteri di atas kertas aku tapi... aku ni still suami kau. Hormatlah sikit, takkan itu pun aku nak ajar doktor?” Bisik Sufian sebelum keluar dari bilik Marwah.
Marwah pandang gerak geri Sufian. Sentap! Isteri di atas kertas? Huh!
“Pakar cinta... cepatlah kita bincang pasal aku dan Aurel.” Sempat Sufian ingatkan. Marwah kaku.
            Sungguh, sakit.
“Marwah...”
            Marwah panggung muka pandang Aurel.
            “Awak dengan Sufian kahwin atas dasar apa ye? Bukan atas dasar awak simpati dekat dia... kan?”
            Ingatan Marwah terus terimbas bila Sufian tak bagi Marwah cakap dekat sesiapa yang dia kahwin dengan Sufian atas dasar cinta.
            “Kenapa awak tanya macam ni Aurel? Saya ni still ist...”
            “Tak boleh ke kita berkongsi?” Aurel pintas kata-kata Marwah. Marwah kaget.
            Aurel genggam erat tangan Marwah.
            “Tapi sanggup ke awak?”
            Aurel angguk. “Saya cintakan dia. Saya nak jadi pendamping Sufian. Saya akan buat apa je biarpun sanggup berkongsi,” luah Aurel.
Pintu bilik Marwah hempas, kasar.  “Kau ingat ni rumah kau ke? Sedarlah diri tu sikit kau tu cuma menumpang je dalam rumah ni. Lepas aku bebaskan kau, kau akan keluar dari rumah ni. So, jaga sikit tatasusila dekat rumah orang!” Tengking Sufian.
            Marwah dah lali dengan tengking, kata-kata kasar Sufian. Perlahan-lahan kakinya menyorot jatuh sebelum Marwah duduk bersandar di belakang pintu. Tombol pintu lantas dikunci bila Sufian nak buka pintu bilik. Sungguh... perbincangan dengan Aurel buat dia sakit. Sakit hati. Lebih-lebih lagi dengan perangai Sufian.
            Berapa litre air mata lagi yang aku kena bazirkan, Sufian?
            Pintu bilik Sufian pandang. “Perempuan, bukalah pintu ni. Kau dah kenapa hempas-hempas pintu? Kau ok tak?”
            Tiada jawapan.
            “Marwah, aku minta maaf, aku...”
            “Tinggalkan aku. Aku nak bersendirian, Pian. Please.”
            “Kau menangis ke Marwah?”
            Marwah hempas tubuh atas katil sebelum peluk erat bantal yang dia peluk. Bibir dia ketap dengan mata dah berair. Sufian... aku cintakan kau. Jangan tinggalkan aku. Tolonglah.
Sufian duduk di birai katil sambil tangannya ligat elus lembut pipi Marwah. Basah. “Kenapa kau menangis lagi Marwah?”
            “Aku kejam sangat ke dengan kau?”
            “Aku minta maaf. Aku cuma tak nak kau hidup dengan aku. Pekerjaan aku berbahaya Marwah. Aku takut aku tak dapat nak lindung kau. Aku...”
            Sufian mati kata bila Marwah genggam erat tangan Sufian. “Jangan tinggalkan aku. Jangan ceraikan aku. Aku nak kau. Cuma kau.”
            Sufian lepas tangannya lembut. Sungguh Sufian bungkam. Tangan Marwah dingin. Sufian lekap tangan pada dahi Marwah. Panas. Lantas Sufian tarik gebar sebelum basahkan tuala kecil seraya di letak di dahi Marwah.
            “Pian...”
            “Ye Marwah. Aku ada.”
Marwah bangkit dari baring sebelum matanya liar memandang sekeliling bilik. PAP! Marwah panggung muka bila dahinya dah kena tampar dengan Sufian. Sufian senyum sambil hulur semangkuk bubur pada Marwah. “Hari ni aku jadi doktor. Ada sorang doktor tu pernah cakap dekat aku yang bubur ni makanan untuk orang sakit. Tapi hari ni kau yang sakit, aku... look at me. Aku dah sembuh. Aku dah boleh berjalan tanpa benda bodoh tu. Berjalan lancar pulak tu.” Marwah ketawa.
“Dah lama aku tak tengok kau jadi macam ni. Happy go lucky, welcome back.” Sufian angguk sebelum duduk di birai katil. Sudu dia hala ke mulut Marwah. “Makanlah... kau kan sakit, hari ni biar aku jaga kau macam yang kau buat dekat aku.”
            “Pian...”
            “Ye Marwah? Kau nak apa? Cakap...”
            “Aku nak kau. Aku tak...”
            “Makanlah, nanti sejuk tak sedap,” pintas Sufian. Marwah mengeluh sebelum menurut. Dada Marwah dah terasa sebak. Sungguh dia rasa sedih. Sufian dah sembuh bermakna yang antara dia orang tak ada apa-apa.
            Dua suap.
            Tiga suap.
            Empat suap.
            Marwah lantas peluk erat tubuh Sufian. Suasana mulai dingin.
            Sufian bungkam.
            Tercengang.
            Angin yang datang dari luar tingkap buat langsir menghayun ke arah mereka.
            “Jangan tinggalkan... aku. Tolonglah... aku... aku takut. Aku nak kau... selalu ada dekat samping aku. Sampai aku mati.” Marwah panggung muka pandang Sufian. Sufian letak bubur atas meja sisi sebelum tarik lembut kepala Marwah seraya bibirnya hinggap di ubun-ubun Marwah. Apa aku dah buat?
            “Syhhh... janganlah nangis. Janganlah cengeng, aku tak suka tengok kau sedih-sedih macam ni. Aku kan ada,” pujuk Sufian lembut dan Marwah terus menangis teresak-esak. Sungguh hatinya rasa pedih.
Sufian pandang Marwah yang tak habis-habis nak pandang dia macam nak terkam pun ada juga. “Kau pehal? Nak masuk dalam trolley ni ke apa?”
            Marwah senyum sambil pandang barang-barang dapur di dalam trolley.
            “Kau senyum...” Marwah paut tangan Sufian. Sufian mati kata.
            “Ni first time kita shopping sama-sama as husband and wife... kan?”
            Sufian senyum.
            “Sekarang kan aku dah pulih. Aku tak payah lagi jadi beban kau.”
            “Kau tak pernah jadi beban akulah. Sekarang... kau dah boleh lindung aku... kan?”
            Sufian lepas tangannya sebelum sambar bahan basah.
            “Pompuan, harini aku masak kau tolong eh?”
            Marwah menghampiri sebelum angguk. Wajah Sufian dia pandang sekali lagi.
            Dahi Marwah Sufian jentik. “Sakit...”
            “Sorry!” Marwah mati kata bila sebuah trolley terlanggar trolley yang Sufian tolak.
            Sufian panggung muka pandang si figura.
            Marwah rasa nak bawa Sufian jauh pergi dari situ.
            “Aurel?”
            Aurel senyum nipis pada Sufian.
            “Awak dah sihat?”
            “Alhamdulillah, saya dah pulih. Berkat doa awak jugak.” Marwah buat muka di belakang Sufian. Berkat doalah sangat!
            “Kau orang nampak... bahagia.”
            “Kita orang memang bahagia pun,” pintas Marwah.
            “Baguslah...” suara Aurel kendur.
            “Awak ok tak?” Tanya Sufian.
            Aurel senyap.
            “Aurel?”
            “Awak free tak? Marwah... saya nak pinjam suami awak sekejap boleh?”
            Marwah pandang Sufian. Sufian pandang Marwah.
            “Lain harilah kita masak, eh? Dia perlukan aku sekarang.” Sufian atur langkah tinggalkan Marwah yang tercengang. Sufian bantu Aurel tolak trolley dan Marwah hanya jadi pemerhati dari belakang.
            Tapi aku... pun perlukan kau.
Tom Yam Marwah gaul biar jadi sebati. Fikiran masih berfikir tentang kejadiaan petang tadi. Keluhan berat Marwah lepas sebelum matikan api. Mangkuk disambar seraya lauk tom yam dia masukkan ke dalam mangkuk. Langkah diatur ke meja makan. Jam dinding di pandang, dah pukul 8 malam.
            PANG!
            Marwah kalih pandang pintu yang dihempas. Senyum Marwah ukir seraya sambut kepulangan Sufian. “Dah settle dah?” Sufian pandang Marwah. Pandangan yang buat senyuman Marwah mati.
            “Kau buat apa dengan Aurel?”
            Marwah diam.
            Sufian mengeluh, kasar. “Jawablah!” Terhinggut bahu Marwah bila Sufian naik suara.
            “Buat apa? Aku tak faham.”
            “Kau jangan buat-buat tak tahulah, gila! Kau cakap yang dia tu tak ubah macam gundik buat aku... kan?” Marwah kerut dahi.
            “Bila masa...”
            “Bila masa? Kau tanya aku bila masa? Eh... bukan kau patut risik dia untuk aku ke? Huh? Kan aku dah kata... buang perasaan cinta tu dari hidup kau. Kau teng...”
            “Tapi aku tak pernah cakap macam tu dekat dia, Sufian!” Marwah balas tinggikan suara dekat Sufian.
            Suasana mulai senyap.
            Marwah rasa pipi dia dah panas, kena tuduh bukan-bukan.
            “Tapi... aku... aku memang tak sanggup nak bagi hak aku dekat perempuan tu. Kau tak faham ke?”
            “Tapi hati aku dah mati untuk kau dan kau tu memang tak guna dah dalam hidup aku! Kau tak faham lagi, ke?”
            “Hati kau dah mati untuk aku? Aku ni isteri kau, yang sah! Bukan betina...”
            PANG!
            Sufian pandang tangannya yang terasa kebas. Spontan tangannya melekap di pipi Marwah. Sufian kaget. Marwah ketap bibir sebelum ketawa. Darah di birai bibir dia kesat, kasar. Sungguh rasa sakit.
            Kolar t-shirt Sufian dia cengkam, erat. Matanya dah berkaca sebelum pipinya mulai terasa basah. “Kau tampar aku sebab dia? Sebab perempuan tu? Perempuan yang kau sanjung sangat tu? Aku ni isteri kau Sufian. Aku bukan patung yang tak ada perasaan!”
            Sufian tercengang.
            “Aku sedar aku ni sape, aku sedar yang aku ni... tak layak nak berdamping dengan kau. Aku tahu... dan aku rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku dekat kau. Aku... buat kau tertunggu, aku tak bagi kau jawapan tentang apa yang kau rasa untuk aku. Memang... aku memang tak berguna untuk kau. Tapi... selama ni, pernah ke Aurel tanya pasal kau? Pernah ke Aurel tunggu kau sampai kau sedar? Aku bukan nak mengungkit tapi tak boleh ke kau fikir?” Marwah tertunduk.
            Tak betah nak pandang wajah Sufian.
            Dada Sufian dia tolak, kasar.
            “Aku tak pernah minta kau layan aku macam Raqib layan Fisha. Aku tak pernah minta layanan istimewa aku sebagai seorang isteri tapi... aku harap sangat kau layan aku sebagai seorang manusia. Aku ada perasaan, aku bukan patung. Kau tahu tak... sakit... sakit rasanya apa yang kau buat dekat aku selama ni. Tapi aku tahan. Aku faham keadaan kau.”
            Sufian mati kata.
            Marwah tahan perih di dada. Sungguh rasa sakit dekat dada dah muncul.
            “Kau nak sangat kan dengan dia?”
            Sufian diam.
            “Kenapa diam? Kau nak kan? Kau sanggup tampar aku sebab dia, aku redha... aku terima yang hati kau dah berubah, dah mati untuk aku. Aku terima kalau kau nak ceraikan aku, tapi... rasa cinta aku untuk kau aku tak boleh buang. Aku minta maaf... tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk kau. Aku tak dapat jadi yang terbaik untuk kau.”
            Marwah tanggalkan cincin seraya diletak di dalam genggaman Sufian. Wajah Sufian dia pandang.
            “Pergilah... pergilah dengan cinta kau tu. Kejarlah cinta kau, aku akan pergi. Aku tak akan ganggu hidup kau lagi. Aku akan buat apa yang kau nak, anggap je kita tak pernah kenal... kan? Tapi, sungguh... sungguh aku cintakan kau sampai akhir nafas aku.”
            Sufian kaku.
            Marwah atur langkah masuk ke dalam bilik tinggalkan Sufian yang terpinga-pinga.
            Cincin di genggaman tangan, Sufian pandang. Apa aku dah buat?
Fail-fail di atas meja Sufian tolak ke tepi sebelum bersandar di belakang kerusi. Tak ada mood nak baca fail-fail klien. Mata dipejam, rapat. Fikiran mulai mencerna tentang apa yang dah berlaku semalam. Aurel yang tiba-tiba menangis depan dia sebab Marwah. Dia tiba-tiba jadi tertekan bila Aurel asyik kata Marwah cakap yang buruk-buruk pasal dia.
            Awal pagi tadi, kelibat Marwah dah tak kelihatan. Makanan terhidang di atas meja yang disediakan oleh Marwah seperti biasa. Keluhan berat dia lepas sebelum bangkit dari duduk. Bibir di ketap sebelum pandang kesesakan lalu lintas dari tingkap. Dinding dia tumbuk.
            Geram!
            Marah dengan diri sendiri!
            Sungguh pergaduhan besar dengan Marwah semalam buat dia rasa bersalah.
            Sufian kalih belakang bila telefon pintarnya berbunyi, lantas telefon pintar disambar. Panggilan dari Raqib. Skrin disentuh sebelum dia jawab panggilan.
            “Waalaikumusalam, kau nak apa?”
            “Apa dah jadi semalam?”
            “Jadi apa?”
            “Wei, Marwah dah terlantar dekat bilik pembedahan. Kau buat apa dekat dia semalam huh? Kau hancurkan hati dia lagi ke?” Sufian terduduk.
            “A...apa maksud...”
            “Kalau kau masih ada perasaan untuk Marwah silakan datang, kalau tak... tak pe kita orang akan jaga dia. Kau memang suami yang tak guna untuk Marwah!” Tengking Raqib sebelum talian ditamatkan.
            Sufian tercengang.
Fisha ukir senyum sambil pandang Raqib yang duduk di sebelahnya. Buat pertama kali dia nampak wajah Raqib tampak sugul. Raqib pandang Fisha. “Kesian Marwah, apa dosa budak tu eh? Dia dah banyak berkorban untuk kita kot. Kenapa mesti dia?”
            “Sebab dia tabahlah, Allah bagi dia ujian macam ni. Ada certain time saya cemburu dengan Marwah. Ada masa saya akan tertanya-tanya, mampu ke saya sekuat Marwah? Awak fly pun saya asyik nangis je.” Raqib ketawa.
            “Macam tulah, sian baby tengok ayah dia nak monyokkkk je,” pipi Fisha, Raqib cubit.
            Tangan dia lekap di atas tangan Fisha yang melekap di kandungannya. Mata mereka bersatu. Fisha genggam erat tangan Raqib. “Thanks...”
            “For what?”
            “Selalu ada kat samping saya. Sabar dengan karenah saya. Terima saya apa seadanya. Kalaulah saya kat tempat Marwah... mampu ke saya tabah bila orang yang saya cinta buat saya macam tu. Sakitnya... apa yang Marwah lalui.”
            “Dahlah... kita akan selalu ada untuk Marwah. Ok.” Fisha angguk.
            Seketika kemudiaan, bilik pembedahan dibuka. Seorang doktor keluar dari ruang pembedahan.
            “Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?”
            “Alhamdulillah, pembedahan baypass berjaya. Cuma keadaan dia kritikal. Kita perlu sedia dengan kemungkinan yang akan berlaku.”
            Encik Rahim kerut dahi. “Apa maksud doktor dengan kemungkinan?”
            “Seperti yang saya dah jelaskan pagi tadi, keadaan doktor Marwah dah semakin memburuk. Pembedahan baypass ni sendiri punya beberapa komplikasi.”
            Di satu sudut, Sufian terduduk di kerusi sebelum genggam erat tangannya. Bibir diketap seraya air matanya jatuh ke pipi. Kesal. “Marwah...”
“Mana Sufian? Dia tak nak tengok Marwah ke? Dia tak tahu ke yang Marwah dah terlantar seminggu? Marwah tu sakit dia tak tahu eh yang isteri dia dah tanggung semuanya? Tak guna punya anak.”
            Ibunya Sufian usap lembut belakang suaminya. Wajah Marwah yang koma dia pandang.
Pucat.
“Sabarlah bang.”
            “Sabar? Macam mana saya nak sabar. Awak tengok menantu awak ni, dia sakit kan? Sepatutnya Sufi tu duduk dekat tepi dia bagi dia semangat bukannya menghilang macam ni!”
            Puan Karina bungkam.
            Bukannya Sufian tak tahu, Sufian bagi alasan yang dia busy sebab banyak kes yang dia kena handle.
            Pipi Marwah dia usap, lembut. “Sabar ye Marwah, mama yakin yang dia akan jaga kamu. Macam yang dia selalu buat,” bisik Puan Karina.
Raqib mengeluh kasar sebelum masuk ke dalam ruang ICU. “Kau tahu tak... dia pernah bagi tahu aku yang dia... akan terus bertahan sampai kau pulih.”
            Raqib pandang Marwah sebelum pandang Sufian yang kaku di sisi Marwah.
            “Sebelum dia collapsed, dia ada cakap dengan Fisha yang dia... rasa diri dia tak berguna untuk kau. Dia rasa dia menyesal nak kahwin dengan kau sebab dia tak mampu nak jadi isteri yang sempurna untuk kau.”
            Sepi.
            “Kenapa kau buat dia macam ni? Bukan ke ni yang kau nak? Bukan ke kau nak lindung Marwah sampai akhir hayat kau? Atau perasaan kau untuk dia dah hilang?”
            Diam.
            “Dia dah banyak berkorban. Dia dah banyak memendam sampai jantung dia sakit. Dari dulu sampai ke hari ni, dia selalu berkorban. Bukan kau yang lebih lama kenal Marwah dari aku ke? Kenapa kau tak faham hati dia?”
            Sufian genggam tangan.
            “Apa dosa dia dekat kau, Sufian?”
            “Sejak bila... dia sakit?”
            Raqib ketawa, sinis.
            “Sejak dulu. Masa dia bersendirian di bumi asing dan bila kau orang bersatu dia semakin bertambah sakit dengan perangai kau ni. Kau tahu tak, kau sedar tak apa yang kau dah buat dekat Marwah? Kau tengking dia, kau maki hamun dia, kau sakitkan hati dia. Kau dah berubah Sufian! Aku rasa aku dah tak kenal kau sape. Cukuplah... buanglah sifat ego dalam hidup kau tu. Marwah merana, kau tahu tak?!” Suara Raqib mulai naik satu oktaf.
            “Kau fikirlah, kau masih nak sakitkan hati dia ke? Kau tahu tak... masa kau koma dulu tiap-tiap hari dia ajak kau borak. Tiap-tiap hari dia tunggu kau dekat sisi kau sampai kau sedar. Dia selalu berusaha nak pulihkan kau. Tapi kau? Kenapa lepas dua minggu baru kau nak berdiri dekat sisi dia? Tolonglah... kau lawyer kot. Tak guna kau nak lindung orang lain kalau kau sendiri tak dapat nak jaga Marwah. Dia dah penat. Bila-bila masa je dia boleh tinggalkan kita.”
            Sufian sentap!
            Raqib tepuk bahu Sufian sebelum keluar dari ruang ICU.
            Wajah pucat Marwah, Sufian pandang sebelum dia terduduk di sisi Marwah. Tangan Marwah dia genggam, erat seraya tangan Marwah hinggap di bibirnya. “Maafkan aku... maafkan aku Marwah. Aku yang sebenarnya tak guna, bukan kau.”
“Kau pehal? Aku masuk sekolah ni yang kau nak masuk jugak pehal, gila? Aku dah bosan tahu tak nak tengok muka kau ni. Dahlah skema nak mampos!”
            Sufian sengih.
            Marwah menjeling. Sakit betul hati aku bila mamat gila ni asyik nak berkepit dengan aku.
            “Aku tak nak tengok kau kena buang sekolah lagi, aku pindah untuk kau juga tau.”
            “Oh ya? Bapak arh terharu siot!”
            “Memang kau patut terha...”
            PAP!
            Marwah tampar dahi Sufian, kuat.
            “Kau jangan nak mengada-ngada dekat aku eh. Aku tak nak ada apa-apa connection pun dengan kau selagi kau tak ubah penampilan skema kau ni. Ikat sisi, baju tu tak tercekik ke kau butang sampai ke atas?” Sindir Marwah sebelum bangkit dari duduk. Baru je dia nak mula berjinak dengan buku, malaun sesat datang.
            Sufian sentuh rambutnya sebelum sentuh kemeja t-shirt. “Marwah, tunggulah aku!”
            “Jangan ikut aku!”
            “Pelajar! Tolong senyap!” Tegas dari pustakawan buat nafas Marwah turun naik. Tak guna punya Sufian!
            Sufian sengih sambil pandang Marwah. “Marwah kau cacat eh?”
            Marwah mati langkah. “Kau nak kena pijak dengan aku eh?”
            “Dah kau tak reti senyum.”
            “Bodoh lah kau! Jangan kacau...”
            “Tapi aku nak selalu ada untuk kau. Aku tak nak kau kena buang sekolah lagi, Marwah. Boleh kan? Aku jaga kau sampai bila-bila?”
            Marwah kaku.
            Sufian senyum.
            Marwah rasa dia speechless.
Sufian kesat lembut air mata sambil ketawa. Rasa geli hati bila dia ceritakan tentang cofessionnya dekat Marwah buat pertama kali. Tangan Marwah dia genggam, erat. Pipi Marwah dia belai, lembut. Wajah yang semakin pucat.
            “Maafkan aku... aku lupa apa yang pernah aku ucap dulu hanya sebab kejadiaan bodoh tu. Aku jadikan kau tempat lepaskan geram, marah aku sampai aku... tak sedar yang kau dah terluka.”
            Tangan Marwah, Sufian kucup.
            “Sayang... bangunlah.”
            “Bukalah mata... aku tak sanggup hidup tanpa kau. Aku nak kau, cuma kau bukan Aurel. Aku minta maaf...”
            Sufian jeda.
            Dahi Marwah dia kucup, lembut.
            “Aku dah banyak dosa dekat kau. Aku tak pernah hargai kau sepanjang perkahwinan kita. Aku seksa jiwa kau. Aku ego. Aku bodoh, bodoh sebab aku tak pernah hargai kau. Aku tak pernah sedar yang kau... selalu ada untuk aku. Aku tak pernah hargai pengorbanan yang kau dah lalui. Aku... aku rindu suara kau. Bangunlah... aku akan jaga kau, aku akan lindung kau macam dulu. Aku tak akan biarkan kau sakit lagi. Bangun... sayang,” dan Sufian menangis penuh penyesalan.
“Gagal! Apa semua ni Sufian? Kamu gagal handle kes ni tahu tak? Rugi saya macam ni, musnah hidup saya Sufian dan semua ni sebab kamu! Kamu gagal pertahankan kebenaran, kamu tahu tak?! Tak guna punya peguam bela baik kamu berhenti je jadi peguam.”
            Sufian tadah telinga. Tak masuk pun apa yang kliennya bebel.
            Encik Luqman pandang Sufian sebelum pandang Encik Yusuf, kliennya Sufian. “Maafkan kami...”
            “Maaf? Ingat kata maaf tu semudah abc ke? Eh hidup saya musnah sebab anak buah awak tu tau. Dahlah! Keputusannya syarikat ni memang lahirkan peguam yang tak gunalah!”
            PANG!
            Pintu dihempas kedengaran. Encik Luqman duduk sebelum mengeluh, kasar.
            Wajah sugul Sufian dia pandang.
            “Apa kamu dah buat ni Sufian?”
            Diam.
            “Saya tanya ni Sufian. Jawablah.”
            “Tak semua benda ada kebenarannya Encik,” ujar Sufian, senada.
            Encik Luqman ketawa, sinis.
            “Apa kamu merepek ni Sufian? Dah terang...” Sufian hulur sampul surat kepada Encik Luqman.
            “Apa ni?”
            “Bukti.”
            “Bukti apa...”
            “Kebenarannya dah terakam dalam record ni.”
            Encik Luqman panggung muka, pandang Sufian.
            “Izinkan saya balik awal hari ni, saya ada tugas lain. Isteri saya sedang tunggu saya, izinkan saya...”
            “Banyak kes tak selesai...”
            “Tolonglah... isteri saya sakit.”
            “Tak boleh Su...”
            Sufian duduk, melutut di depan Encik Luqman. Tak fikir panjang dah, apa yang dia nak Marwah je.
            “Tolong saya. Isteri saya sakit, dia tunggu saya Encik. Saya nak jaga dia, saya dah settle kan banyak kes sementara isteri saya tengah terlantar. Tolonglah... kali ni je.”
            Encik Luqman tercengang. Pertama kali maruah Sufian jatuh.
Pintu ICU ditolak sebelum tubuh yang terlantar di atas katil dia pandang. Langkah diatur mendekati Marwah sebelum senyum nipis dia ukir. Tangan Marwah yang dingin dia genggam, erat.
            “Marwah...”
            Marwah pandang Sufian. Senyum dia ukir di sebalik wajah yang lemah.
            Air mata Marwah jatuh ke pipi. “Aku... aku rindu kau, Pian.”
            “Aku pun... sentiasa rindukan kau.”
            “Kau nampak... penat. Kau sihat ke?”
            Sufian angguk.
            “Aurel? Kau dengan Aurel... macam...”
            “Syhhh... jangan fikir pasal orang lain. Kau baru je sedar...”
            “Kau dah sihat... kau boleh lepaskan aku...”
            “Aku tak akan lepaskan kau, Marwah,” pintas Sufian.
            “Aku tak akan lepaskan kau, sampai bila-bila dan aku... akan sentiasa ada untuk kau. Hari ini, esok dan hari-hari seterusnya sampai akhir nafas aku. Aku akan sentiasa jadi pelindung untuk kau. Aku cintakan kau, bukan Aurel. Sampai bila-bila... cinta aku cuma untuk kau, sampai hujung nyawa aku,” tambah Sufian.
            Marwah ketawa.
            “Kau menangis.”
            Sufian sentuh pipi, basah.
            “Aku menangis sebab aku bahagia, aku nampak kebahagiaan aku dah sedar.”
            Sufian senyum nipis.
            Marwah mati kata.
“Macam mana kalau hidup saya tak lama?” Marwah pandang Sufian, Sufian pandang Marwah sebelum dia orang duduk di depan tasik.
            “Macam mana kalau saya pergi dulu... macam mana kalau saya takkan pernah ada untuk awak lagi? Macam mana kalau saya tak akan wujud depan awak lagi... sampai bila-bila?” Tambah Marwah.
            “Macam mana pulak kalau saya yang pergi dulu?”
            “Sape nak lindung saya lagi?”
            Sufian ketawa.
            “Tak lawaklah. Awak tahu tak saya takut... saya takut sangat andai satu hari nanti awak pergi yang tak kembali.”
            Kepala Marwah Sufian usap, lembut.
            “Ingat saya tak takut ke kalau saya hilang awak? Awak segalanya untuk saya, Marwah. Izinkan saya... jadi pelindung untuk awak, izinkan saya jadi payung untuk awak bila hujan. Izinkan saya jadi imam dan ayah untuk anak-anak awak. Izinkan saya... sehidup semati dengan awak.”
            Marwah ukir senyum sebelum lentok kepala di bahu Sufian. Tangan Marwah, Sufian  genggam, erat.
            “Dan izinkan saya jadi ibu untuk anak-anak awak. Saya cintakan awak, hari ini, esok dan sampai bila-bila.”
            “Saya pun... cintakan awak hari ini, esok dan sampai hembusan nafas terakhir saya.”
            Marwah panggung muka pandang wajah Sufian.
            Mata mereka bertentangan.
            Sufian cuit dagu Marwah sebelum bahu Sufian ditepuk.
            Sufian kalih.
            “Potong stim betullah kau ni, Raqib.”
            “Kepala otak kau! Kau tak nampak apa anak kau orang tu hyperactive giler, anak aku pun tak macam tu tau tak. Entah kepala sape dia ikut.”
            “Kepala Marwah kot.”
            Marwah tumbuk kuat bahu Sufian.
            “Sakit...” Marwah bangkit dari duduk sebelum kejar Arina yang baru berusia dua tahun.
“Thanks... jadi pelindung sepenuh masa untuk dia.” Sufian bangkit dari duduk seraya tumbuk kuat bahu Raqib.
“So, aku menang.”
“Dia adik akulah gila!”
“Dia adik kau tapi kau pernah menaruh harapan dekat dia... kan?” Sarkastik dari Sufian.
Raqib ukir senyum sambil pandang Sufian yang berjalan ke arah Marwah. “Gila.”
“Janganlah kejar dia, awak tu tak boleh berlari sangat.” Marwah menurut.
“Dia orang tampak... bahagia.” Raqib pandang Fisha sebelum angguk.
“Memang dia orang dah bahagia,” ujar Raqib.
Di sebalik sebatang pokok, seorang wanita bertudung pashmina ungu tersenyum manis ke arah Sufian dan Marwah. “Kekuatan cinta kau orang... memang saya tak boleh lawan.” Aurel kesat lembut air mata yang jatuh sebelum berlalu pergi.




           


1 ulasan:

Ask Me