Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 27 Disember 2015

Ketika Hati Harus Memilih MINI NOVEL (BAB1-BAB4)


COVER BY HANIF 


BAB 1
 “MASIH ingat rumah lagi? Kenapa tak tinggal kat sana sekali? Tahu nak habiskan duittt je,” bebel Faiq saat aku masuk ke dalam rumah. Malam ni memang malam yang malang buat aku. Memang malanglah!
            Kantoi dengan Faiq satu hal.
            Kena tipu dengan lelaki tak guna ‘tu’ jugak satu hal.
            “Zahra! Nak ke mana tu? Abang tak habis cakap lagi kan?!” Suara Faiq dah memetir. Aku buat derk macam Faiq tak wujud dekat ruang dapur.
            Tanganku dia tarik kasar seraya aku akhirnya berdiri bertentangan dengan Faiq. Jelas wajahnya dah merah, kerut dahi bila nampak wajah aku yang kusut.
            “Gaduh lagi?”
            Aku diam. Aku cuba lepas tanganku dari genggamannya tapi ternyata kudratku lemah.
            “Kau gaduh dengan sape pulak kali ni? Huh?”
            Diam.
            “Zahra, abang tanya ni jawablah!”
            “Lepaslah! Kau nak sibuk hal aku pehal?”
            Faiq lepas kasar tangan aku.
            Aku kerut dahi sambil usap pergelangan tangan yang lenguh.
            “Eh... ikutkan hati abang kan, nak je abang hantar kau pergi sekolah pondok tau! Kalau tak pun nak je abang carikan kau laki yang dapat buat kau punya dajal tu hilang.”
            Aku ketawa, sinis. Bagi aku ayat Faiq tu macam aku ni baru belasan tahun.
            “Sekolah pondok? Hantarlah! Ada aku kesah? Nak carikan aku laki yang dapat hilangkan kedajalan aku? Silakan! Aku tak kesah pun, mungkin lelaki tu ceraikan aku sebab tak ada sape boleh hilangkan dajal aku!” Sarkastik dari aku.
            “Sampai bila kau nak jadi macam ni Zahra? Kau dah besar... bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat yang kau ada. Abang sayangkan kau, kau je satu-satunya ahli keluarga yang abang punya. Abang dah tak ada siapa-siapa dah. Abang risaukan kau. Kau tak kesian ke dekat arwah abah dengan mama? Tengok pakaian kau ni, abang masih mampu belikan kau pakaian. Tapi kau still pakai macam ni. Cukuplah Zahra...”
            “Menyemaklah kau ni. Suka hati akulah. Dah arh aku penat, nak tido,” aku atur langkah naik anak-anak tangga. Ada rasa sentap sikit bila Faiq cakap macam tu. Tombol pintu aku pulas seraya hidupkan lampu. Aku hempas punggung duduk di birai katil, bertentangan dengan cermin meja solek.
            Wajahku aku telek. Ada kesan cakaran di pipi kanan, kesan pergaduhan tadi. Jaket kulit berwarna hitam aku tanggalkan sebelum aku baling ke dalam bakul pakaian yang dah bertimbun. Mak Minah dah berhenti, tak ada sape nak cucikan pakaian aku. Dia berhenti pun sebab dia tak tahan dengan kedajalan aku. Rambut yang aku ikat tocang satu aku lepaskan, masih tersisa bau air setan yang disimbah di atas kepala aku oleh si lelaki tak guna tadi.
            Tak guna!
            Dia gunakan aku sebab nak duit je.
            Tup tup aku gaduh dengan awek minah salleh dia.
            Rasa sakit jugaklah dekat hati sebab kena tipu hidup-hidup.
            Aku ni teruk sangat ke? Tapi ni semua sebab aku rasa... Allah tu tak adil untuk aku. Sampai sekarang aku tak tahu, sape ibu bapa kandung aku. Aku dibuang. Keluarga Faiq yang kutip aku. Keluarga Faiq ajar aku tentang agama tapi aku... tetap jahil. Apa ini semua sebab ibu bapa kandung aku ke?
Aku tongkat dagu sambil ketuk meja. Pembelajaran yang membosankan. Rasa nak quit pun ada. Aku dah hilang minat nak belajarlah tapi aku tak suka kalau Faiq berleter macam mak lampir lagi. Penat kot nak tadah telinga dengar dia bebel.
            “Sis... kau nak barang tak, barang baik punya.”
            Aku toleh belakang, pandang J yang tengah tayang plastik kecil berisi serbuk ke arahku.
            “Kau gila eh?”
            “Tak... aku tak gila pun.”
            Buku aku hempuk di kepalanya, berkerut dahi J kena hempuk dengan aku.
            “Sakit...”
            “Kau tahu kan... biar aku macam ni, aku tak nak benda yang akan buat aku jadi gila 100 peratus.”
            J buat muka.
            “Malam ni lepak zouk jom,” ajak Sally atau nama betulnya Safiyah. Jauh sangat nama glamour minah ni.
            “Aku tak nak.”
            “Sejak bila kau pandai tolak pergi zouk do?”
            Pen aku tekan-tekan, aku tahu perbuatan aku ni buat Encik Ganesh rasa menyampah.
            “Sejak si tak guna tu tipu aku.”
            “Lahh... chillah. Kita lepak zouk kat area lain pulak, ye?”
            Aku diam.
            “Sape main pen tu? Tak nampak ke saya tengah buat apa sekarang ni?” Dan aku hanya tayang sengih depan Encik Ganesh.
Aku duduk mencangkung di tepi tangga, sorok di belakang tiang sambil dengar perbualan Faiq dengan dua orang tetamu. Nampak kekampungan. Wanita bertudung bawal baya Mak Minah nampak macam tengah gusar semacam. Mungkin dia tengah minta duit dengan Faiq... kot.
            Kesian.
            Aku pandang pulak si anak muda yang duduk di sebelahnya. Aku anggarkan dia sebaya dengan Faiq atau mungkin dia muda setahun dari Faiq. Aku senyum nipis bila dia ukir senyum.
            Manis.
            Rasa macam ada rama-rama dalam perut sedang berterbangan.
            Rasa ada bunga baru tumbuh dalam hati.
            Tentang masalah aku kena tipu dengan si tak guna tu hilang serta merta.
            Duhai hati... jangan nakal boleh tak?
            Tapi muka dia... buat aku rasa tenang. Macam ada cahaya dekat muka budak tu.
            “Kita orang minta diri dulu...”
            Cepat-cepat aku turun anak-anak tangga bila dia minta diri.
            Tiga pasang mata pandang tepat wajah aku.
            Aku peduli apa, yang penting aku nak tengok budak yang buat hati aku berbunga-bunga malam ni.
            “Hai!”
            Dia senyum nipis ke arahku.
            “Assalamualaikum,” lah... spesis alim-alim rupanya.
Cancel!

...................................................................................................................................................................

BAB 2
Gebar aku tarik bungkus satu badan.
Dingin.
Tidur dalam hujan-hujan macam ni memang best. Tak ada kelas, memang heaven betullah hari ni. Dahlah semalam baru jumpa prince charming tak jadi.
Tok! Tok! Tok!
Pintu bilik diketuk bertalu-talu, aku biarkan.
“Zahra... abang nak gerak dah ni. Bangunlah, tak elok anak dara bangun lewat.”
Diam.
“Zahra?”
“Fatimah Az Zahra!” Nama penuhku dah dilaung dari luar bilik oleh Faiq.
Lambat-lambat aku turun dari katil sebelum pulas tombol pintu.
Mata aku tenyeh sambil pandang abangku yang segak bergaya berbaju kemeja kelabu lengan panjang.
“Abang dah nak pergi ni.”
“Pergilah... macam tak biasa.”
Faiq letak tangan atas kepala aku. Dah kenapa manusia yang satu ni?
“Dah besar dah adik abang ni.”
“Memanglah aku dah besar, takkan selamanya aku nak jadi kecik?”
Sarkastik.
Faiq senyum depan aku sebelum ubun-ubunku dia kucup, lembut.
Aku kaku.
Rasa macam tak kenal abang sendiri.
“Abang outstation seminggu, kau jaga diri tau. Nanti kalau ada apa-apa kau cari je Yusuf dengan makcik ni.”
            “Ah ni ibu Yusuf,” aku pandang wanita yang berdiri bersebelahan Faiq. Senyum dia ukir.
            Aku tarik kasar tangan Faiq, menghampiriku.
            “Kau ingat aku ni budak kecik ke? Aku tak perlukan dia oranglah... dan satu lagi apa nama? Yusuf? Aku tak perlukan dialah. Aduh kau ni,” aku bisik ke telinga Faiq, masih ada sikap berperikemanusiaan aku dekat makcik tu.
            “Kau akan perlukan dia... tunggu je. Ada satu masa nanti.”
            “Yusuf tu sape? Aku tak kenal...”
            Faiq kerut dahi. “Sure kau tak kenal?”
            Aku angguk.
            “Dia pernah jadi suami kau kot.”
            “Apa kau mengarut, gila!” Faiq ketawa.
            Rambutku yang kusut dia usap kasar.
            “Abang pergi dulu, jaga diri tau,” aku angguk. Tapi entah kenapa pagi ni aku rasa Faiq pelik semacam tak macam selalunya.
            “Makcik... tolong jagakan adik saya eh? Dia memang nakal sikit tapi dia baik.”
            “Jangan risaulah Faiq, macam kamu tak biasa. Makcik dengan Yusuf akan jaga Zahra ni elok-elok. Hati-hati tau.”
            Faiq angguk.
            “Terima kasih makcik.”
            “Sama-sama,” dan Faiq turun anak-anak tangga tinggalkan aku berduaan dengan makcik yang aku tak tahu apa nama dia.
            “Makcik ni sape?”
            Makcik tak dikenali pandang aku. “Makcik Leha, ibunya Yusuf. Kamu tak kenal kita orang?”
            Aku geleng. Aku mana bercampur dengan golongan macam dia orang.
            “Tak pelah, masa tu kamu kecik lagi, kamu dah lupa kot dengan kita orang,” pulak dah nak sentap dengan aku.
Dia pandang aku, cepat-cepat aku pandang luar tingkap bila si empunya diri pandang aku. Aku suka pandang muka budak ni, aku tak tahu kenapa tapi rasa ada satu magnet buat aku tertarik dengan dia.
            Akward kot.
            Tak tahu sejak bila aku pandai jadi akward ni.
            “Awak dah lupa ke?”
            Diam.
            Bibir aku ketap. Kuku aku main-main.
            “Fatimah Az Zahra, awak dah lupa ke saya sape?”
            “Aku dah lupa.”
            Dia senyum.
            “Boleh tak jangan senyum depan aku.”
            “Kenapa? Senyum tukan satu sedekah.”
            “Ala... sedekah kan banyak, dari segi duit pun sedekah jugak kan?” Dia ketawa.
            Bila nak sampai rumah ni? Menyesal aku turutkan kehendak dia nak jemput aku dari kuliah, kan dah kena.
            “Kenapa awak tak bagi saya senyum depan awak?”
            “Sebab aku tak suka.”
            “Kenapa awak tak suka?”
            Aku pandang Yusuf.
            Yusuf fokus dengan pemanduaan.
            Yang ni memang soalan tricky, aku rasa soalan ni lagi susah dari soalan biologi SPM masa aku form 5 dulu.
            “Kenapa diam?”
            “Suka hati akulah kalau nak diam ke tak, kau sibuk pehal do?”
            “Fatimah Az Zahra.”
            “Apa?”
            “Saya suka nama awak. Fatimah Az Zahra tukan nama anak Rasulullah S.A.W isteri kepada Ali bin Abi Talib. Orangnya pun lemah lembut, sabar, sopan santun, hukum agama pun dia tak pernah langgar. Memang dia selayaknya dapat gelaran Zahra yang bermaksud bunga.”
            Aku kerut dahi.
            Mendalam je ayat mamat ni.
            “Awak dah lupa ke saya sape?”
            “Suami aku. Tu pun Faiq yang cakap, aku mana tahu. Sejak bila kau jadi suami aku?”
            “Ermm betullah tu. Suami olok-olok pernahlah, suami betul-betul belum lagi,” ujarnya sebelum matikan enjin. Topi baseball di atas kepala dia betulkan.
            Aku bungkam.
            Kenapa ayat dia lain macam?
“Wei apa nama mamat tu?”
            “Yusuf.”
            J dan Sally dah terjerit-jerit macam monyet.
            “Bapak arh nama dia sesuai giler dengan empunya diri. Bukan Yusuf tu nabi yang digilai para gadis ke? Sebab paras rupa dia?”
            “Arh betullah tu. Yusuf yang ni pun lebih kurang jugak.”
            J angguk, mengiakan.
            “Sejak bila kau orang pandai islam ni?”
            “Eh mulut kau, jaga sikit eh. Jahil aku pun aku still ingat lagi kisah-kisah nabi tau,” aku senyum senget sambil jari jemari ligat mencari buku di rak buku.
            “Anak ikan baru eh Zahra?”
            Aku pandang Sally.
            “Kepala otak kau anak ikan! Abang aku suruh budak tu dengan mak dia jaga aku  memandangkan abang aku outstation.”
            Sally dan J angguk.
            “Dia dah ada awek belum?”
            Aku jungkit kaki nak capai buku. Tinggi sangat buku tu aku nak capai.
            Tiba-tiba ada satu tangan tarik buku yang aku nak sebelum dia hulur pada aku.
            Aku pandang si empunya diri.
            Dia pandang aku sambil ukir senyum.
            Sally dan J dah berdeham.
            Boleh tak jangan tayang senyuman kau depan aku, mangkuk!
            “Kau buat apa kat sini?”
            “Saya pun nak study jugak... saya buat dua kerja dalam satu masa. Jaga awak dengan study apa yang saya patut tambahkan,” ujarnya.
            Aku kerut dahi. Apakah?
            “Ah... tentang soalan cik...”
            “J.”
            “Arh cik J... saya tak ada...”
            J dan Sally tarik aku ke belakang. Aku cebik. Sungguh mangkuk berdua ni memang pantang nampak mamat handsome. Ya, aku akui memang Yusuf punya rupa, tapi bukan sebab tu aku tertarik.
            “Serius?!”
            “Seriuslah saya tak ada tapi... saya dah ada calon isteri,” polos dari Yusuf. Aku panggung muka pandang dia dan ternyata mata dia hala tepat ke wajah aku.
            “Sape orangnya?”
            Diam.
            Aku gigit bawah bibir, entah kenapa pengakuan dia tadi buat aku rasa sakit dekat hati. Tak tahu kenapa.
            Pelik.
            Aku suka dekat Yusuf ke?
            “Yusuf...” seorang gadis seru nama Yusuf.
            Cantik.
            Bertudung labuh dengan rona hijau daun.
            Senyuman dia beri untuk kami.
            “Yang lain dah tunggu tu.”
            Yusuf angguk faham.
            “Saya minta diri dulu... Assalamualaikum,” dan aku hantar pemergiaan Yusuf dan si gadis bertudung labuh. Nampak sepadan.
            “Minah tu ke bakal dia wei?”
            Aku tak jawab.
            “Zahra, minah...”
            “Aku tak tahu!” Suaraku naik satu oktaf, langkah aku atur ke kaunter pinjam buku.
            “Kau kenapa? Tiba-tiba je emo,” aku diam dengan soalan Sally, nanti ada yang kena maki dengan aku sudah!
            Menyesal aku pergi perpustakaan awam ni!
Bunyi lagu rancak dalam zouk jadi background muzik bila aku sambut panggilan tak dikenali. Fresh orange aku teguk seraya bangkit dari duduk. Aku dah bosan nak minum air yang satu tu. Muak.
            “Ni waris kepada Encik Faiqrul ke?”
            “Ye saya sendiri, ada apa ye?”
            Tiba-tiba rasa jantung aku nak tercabut. Ada pehal tetiba ada orang call aku malam-malam ni.
            “Ada berita buruk untuk cik Zahra.”
            “Be... berita buruk?”
            Bawah bibir aku gigit. Nafasku dah turun naik.
            “Abang cik... terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya. Dia... dia meninggal di tempat kejadiaan.”
            BAM!
            Rasa aku baru je kena langgar dengan lori.
            Aku terduduk.
            Telefon pintar terlepas dari tangan.
            Sungguh... aku tak rasa nafas sendiri.
            Faiq...
...................................................................................................................................................................

BAB 3
Usai Talqin, kenalan dan ahli keluarga berpusu-pusu pulang. Ucapan takziah macam tak ada function untuk aku. Kenapa banyak benda buruk jadi kat aku? Aku baru je 23 tahun. Kenapa nasib aku macam ni?
            Kenapa Allah tarik orang yang selalu lindung aku?
            Tanah yang masih merah aku pandang dengan pandangan kabur.
            Hujan pada pagi itu hantar pemergiaan Faiq.
            Aku tak peduli dengan diri aku yang dah basah kuyup.
            Hati aku sakit.
            Sungguh... apa aku nak buat lepas ni?
            Hidup sebatang kara.
            “Kesian budak tu... muda lagi dah hilang keluarga.”
            “Kafarah kot... budak tu mana betul pun. Aku dengar dia tu liar.”
            “Mak bapak dia tak ajar dia, manjakan sangat. Tulah jadinya.”
            Aku bangkit dari duduk.
            Suara-suara sumbang tu menyakitkan hati aku.
            Tudung yang bungkus kepala dia orang aku tarik-tarik. Rasa marah aku tak terkawal langsung.
Sakit.
 “Memang aku liar... tapi ni semua bukan salah abah dengan mama aku! Kau orang tak tahu apa-apa! Tak payah nak masuk campur hal peribadi aku. Kau orang tak ada hak nak tuduh abah dengan mama aku yang bukan-bukan. Pergi!”
Semua mata-mata pandang ke arah aku.
Pandangan negatif.
“Pergilah!”
Makcik Leha lantas peluk erat tubuh aku sebelum aku terduduk. Sungguh... harus berapa banyak lagi benda malang yang aku akan hadap.
“Zahra...” aku panggung muka. Yusuf hulur segelas teh panas padaku, aku sambut sebelum dia duduk bersebelahanku.
            “Kau orang baliklah. Aku dah ok.”
            “Kita orang tak akan balik. Tanggungjawab kita orang tak selesai lagi.”
            Aku pandang Yusuf.
            “Tanggungjawab kau orang dah habis. Faiq dah balik biarpun...”
            Aku jeda.
            Tak sanggup nak sambung ayat seterusnya.
            Cukuplah dah tiga hari aku menangis depan mamat ni.
            Malu.
            “Saya nak jaga awak. Saya nak jaga awak sampai bila-bila.”
            Diam.
            Teh panas aku hirup.
            “Boleh kan? Saya jaga...”
            “Aku boleh jaga diri aku sendiri. Tak payah susahkan diri kau.”
            “Saya dah janji dengan Faiq, saya nak jaga adik dia. Saya nak... sentiasa ada dekat sisi awak, saya nak jadi pelindung untuk awak, saya nak awak jadi isteri saya. Izinkan saya jadi imam dalam hidup awak... Fatimah Az Zahra.”
            Aku bungkam.
            “Zahra... awak terima tak?”
            “Kau dengan aku jauh beza... aku tak dapat nak hidup dengan kau.”
            “Macam mana saya nak jaga awak kalau awak tak dapat nak hidup dengan saya?”
            “Aku jahil.”
            “Semua manusia tak lepas dari lakukan kesilapan, Zahra. Tak ada manusia yang sempurna kat dunia ni. Saya nak lindung awak dari kejahilan. Saya nak keluarkan awak dari dunia jahil awak tu. Awak perlukan pebimbing, lagipun saya masih rasa bertanggungjawab. Rasa keberatan nak tinggalkan awak sendirian sedangkan abang awak dah amanat awak kat saya,” ujar Yusuf.
            Aku tak dapat nak menjawab.
            Kaget.
Aku pandang diri sendiri dari bawah sampai atas. Ini aku ke? Kenapa feminine nak mampus sangat eh? Mana jeans aku dengan jaket kulit hitam aku? Semua ni sebab si tak guna tu. Guna kuasa vetonya. Jadinya buat pertama kali aku pakai blouse labuh warna biru cair dengan skirt labuh yang pernah arwah Faiq beli untuk aku dulu.
            Kalau J dengan Sally nampak mesti dia orang gelak puas-puas. Rambut aku ikat sanggul. Rimas!
            Hati ni pun satu, kenapa gatal sangat nak terima Yusuf tu. Kan dah kena.
            “Cantik Zahra pakai macam ni.”
            “Diamlah!”
            Yusuf senyum.           
            “Boleh tak jangan senyum depan aku? Aku tak suka kau senyumlah, gila!”
            “Tapi saya suka senyum depan awak,” ujarnya sebelum sisip cawan.
            Aku diam. Malas nak bertekak depan rezeki.
            “Hari ni awak ikut saya eh? Balik rumah...”
            “Aku tak nak. Kan aku dah banyak kali kata aku tak selesa tinggal dalam rumah kayu. Kau tak faham ke?”
            “Rumah kayu yang awak cakap tu tempat berteduh saya tau.”
            “Oh ya? Kesah pulak aku. Duduk jelah sini.”
            “Saya suami awak, Zahra. Awak kena ikut ke mana je suami awak pergi.”
            Dia guna lagi kuasa veto.
            “Habistu sape nak jaga rumah ni?”
            “Kitalah.”
            “Kau ni bangang ke apa? Kau suruh...”
            “Fatimah Az Zahra.”
            Sudah dia sebut nama penuh aku.
            “Hujung minggu kita baliklah rumah ni,” dia senyum lagi dan aku rasa otak aku nak terputus fius.
Aku pandang pondok usang beratapkan zink dan berdindingkan kayu. Sebenarnya bukan pondok pun cuma sebuah rumah kecil berwarna biru cair. Ergh! Hidup aku akan sengsara dalam ni! Merana!
            Langkah aku atur masuk ke dalam rumah. Kerusi kayu dengan meja kayu di ruang tamu buat rumah ni semakin kolot buat aku. Televisyen kotak aku jeling sekilas. Saat aku langkahkan kaki setapak ke depan, bunyi nyet...nyet...nyet kedengaran.
            Bunyi kayu yang nak runtuh!
            “Zahra... bilik kamu kat sini ye,” aku masuk ke dalam bilik yang ibu arahkan.
            “Damn it!”
            “Ye?”
            Aku pandang ibu. “Err... tak... tak ada apa-apa,” aku sengih.
            “Ibu minta maaf ye... rumah kita orang macam ni je. Tak mewah macam rumah kamu, ah ni baju-baju lama ibu. Kamu pakai ye.”
            Aku sambut bungkusan yang ibu hulur pada aku.
            “Ibu ke belakang kejap ye, kamu rehatlah dulu.”
            Aku angguk.
            Bungkusan aku buka.
            “Oh! Shit betullah... takkan kat rumah pun kena pakai baju kurung?”
            “Kenalah. Baju awak tu semua saya tak bawa tau. Takkan nak pakai baju saya?”
            Aku kalih saat satu suara menyapa di gegendang telinga aku.
            “Bangang arh kau! Kau memang saje kan?”
            Yusuf hampiri aku, setapak demi setapak ke depan sebelum aku tersandar di belakang dinding.
            Anak matanya yang redup aku renung.
            Kenapa aku rasa... ada rama-rama dalam perut?
            Oh shit! Takkanlah... aku dah jatuh dekat mamat ni?
            “Saje apa?”
            Aku pandang tempat lain sebelum tolak kasar tubuhnya ke belakang.         
            “Saje nak naikkan darah aku! Asal kau tak bawa baju-baju aku ha? Aku dah dengar cakap kau kan tinggal kat pondok ni!”
            Yusuf senyum, tenang.
            Tangannya hinggap di ubun-ubunku.
            “Pondok?”
            “Ye pondok!”
            Yusuf ketawa.
            “Kau gelak pehal? Ada yang lawak ke?”
            “Ada... awak yang lawak.”
            “Huh?”
            “Saya akan pastikan yang awak akan jatuh cinta dekat pondok ni, Zahra,” ujarnya, polos.
            “Awak faham? Saya akan buat awak jatuh cinta dekat tempat ni,” ulangnya.
            Aku bungkam.
            Dia masih senyum tenang sebelum wajahnya didekatkan ke wajahku.
            Aku pejam mata.
            Tolong... aku tak sedia lagi.
            “Kenapa nak main tutup mata? Saya suka tengok anak mata awak tu je, awak jangan risau saya tak akan sentuh awak buat masa ni. Bilik ni bilik saya... awak gunalah dulu saya tidur kat bilik kosong tu je,” ujarnya seraya sambar topi yang tergantung di dinding di belakangku.
            Kata-katanya...
            “Saya pergi dulu... awak jaga diri ye?”
            Aku ketap bibir sambil pandang langkahnya keluar dari bilik.
            Tangannya tangkas aku tarik, kasar.
            “Tak akan sentuh aku? Huh? Kau ingat aku berkenan sangat ke dengan kau ni? Hah! Muka kau ni asyik menyemak je dalam otak aku!” Suaraku naik satu oktaf.      
            Sakit hati bila dia cakap dia tak akan sentuh aku.
            Siap pisah bilik bagai.
            Jijik sangat ke aku ni?
            “Zahra marah eh?”
            “Taklah. Gembira!” Aku keluar dari bilik. Tak betah nak hadap muka mamat kurang vitamin tu.
Malam pertama dalam pondok usang ni adalah malam nightmare buat diri aku. Aku bangkit dari baring sebelum turun dari katil kayu. Belakang badan aku rasa macam kena cucuk dengan berjuta jarum, keras betul tilam ni. Diperbuat dari batu kot. Bantal pun sama jugak, diperbuat dari batu. Sakit kepala aku macam ni.
            Aku sambar telefon pintar di atas meja.
            Nak pergi zouk.
            Tapi masalahnya aku kat dalam hutan, bukan kat Bandar!
            Stress!
            Aku cari nama Sally dalam contact list sebelum buat panggilan.
            Oh shit! Tak ada line kat sini.
            Aku mengeluh.
            Aku perlukan seorang teman untuk buat aku tidur malam ni.
            Ada suami tapi tak nak tidur sebilik, apa jijik sangat ke aku ni? Aku pun tak harap sangatlah!
            Tombol pintu aku pulas sebelum langkah keluar dari bilik.
            Gelap!
            Bunyi cawan dari dapur buat aku kaku.
            Hantu apa pulak yang ada kat rumah ni?
            Ting! Ting! Ting!
            Bunyi cawan semakin kuat kedengaran, menyirap!
            Perlahan-lahan aku atur langkah masuk ke dalam dapur. Mana tau aku boleh jadi pemburu hantu lepas ni.
            “Asstaghfirullahalazim!”
            BUK!
            Aku jatuh dari tangga saat suara orang beristighfar kedengaran. Kaget!
            Aduh! Sakit gila kaki aku.
            Lampu dihidupkan. Aku panggung muka pandang wajah yang tengah tercengang di depanku.
            “Shitlah kau! Sakitlah, apa kau buat dalam gelap-gelap ni? Aku yang kena!”
            Yusuf duduk mencangkung di depanku.
            “Saya minta maaf. Awak ok tak ni?”
            “Ok apanya, sakitlah jatuh dari tangga.”
            Dia pandang aku.
            Cepat-cepat aku pandang tempat lain, tak betah nak pandang muka dia.
            “Mana yang sakit?”
            “Kaki,” dia telek kaki aku.
            “Sakitlah!” Aku tekankan ayat sakit tu, sungguh kaki aku rasa sakit.
            “Kaki awak terseliuh ni. Macam mana awak nak naik tangga kalau kaki awak sakit?”
            Aku diam.
            “Izinkan saya...”
            Tubuhku dia cempung.
            Sungguh aku tak rasa nafas sendiri.
            Sungguh aku rasa tak akan hadap muka dia selama 7 hari 7 malam.
            Malu!
            Bahang di wajah buat aku rasa macam nak rendam muka dalam ais biar jadi sejuk.
            “Saya ambik minyak kejap.”
            Aku hanya perhatikan gerak gerinya sebelum dia kembali duduk di birai katil.
            Minyak dia sapu pada kakiku yang terseliuh.
            Dahiku dah berkerut tahan sakit.
            “Saya minta maaf, saya memang suka buat kerja dalam gelap-gelap macam tu,” ujarnya.
            Aku diam.
            Rasa macam dah jadi bisu lepas apa yang baru dia buat kat aku tadi.
            “Awak tak selesa ye dekat sini?”
            Aku angguk.
            “Tak boleh tidur?”
            Angguk lagi.
            Kain kasa dia balut pada kakiku. Aduh, aku harap esok aku boleh gerak.
            Yusuf bangkit dari duduk.
            “Kau nak pergi mana?”
            “Kejap.”
            Dua minit kemudiaan dia masuk semula ke dalam bilik sambil bawa sebiji bantal dan selimut. “Saya temankan awak malam ni, mungkin tempat ni baru lagi untuk awak. Nanti lama-lama awak selesalah tinggal kat rumah ni,” ujarnya.
            “Kenapa tidur bawah? Tak sudi nak sekatil dengan perempuan jahil macam aku?”
            Dia terdiam.
            Aku rasa hati aku tersentak sikit.
            “By the way... thankslah untuk kaki, temankan aku malam ni,” ujarku, senada.
            “Sama-sama.”
“Zahra cari sape tu?”
            Aku pandang ibu yang tengah siram pokok bunga di halaman rumah. Aku hampiri ibu dengan kaki yang masih berbalut.
            “Cari Yusuf eh?”
            Ibu punya tekaan tepat sekali.
            Tapi aku tak nak mengaku.
            “Zahra minta maaf sebab bangun lewat sangat.”
            Ibu ukir senyum.
            “Cantik Zahra pakai baju kurung. Sesuai sangat.”
            Aku sengih.
            Panas!
            “Kamu pergilah makan... ibu dah masak tadi. Ada lauk ikan dengan sayur je. Yusuf belum gaji lagi,” ujar ibu.
            Makanan tu mana aku makan!
            Aku makan western je kot
            Aduh.
            “Nanti Zahra makan,” tipuku. Saje nak sedapkan hati ibu.
            Aku duduk di atas pangkin. Pandang sawah padi yang terbentang di seberang jalan.
            “Yusuf kerja apa ibu?”
            Ibu duduk di sebelah aku.
            “Pagi dalam jam enam macam tu dia kerja kat bengkel, tolong pakcik dia. Tengahari macam ni dia mengajar kat sekolah agama. Malam dalam jam lapan macam tu baru dia balik. Dia ambil upah ajar orang mengaji juga. Dia pernah dapat biasiswa belajar kat Al Azhar tapi dia tolak... dia kata dia nak temankan ibu. Dia belajar kat pondok je jadilah asal dia nak dekat dengan ibu,” ujar ibu, polos.
            Aku kahwin dengan ustaz rupanya.
            Aduh.
            Masak! Masak aku macam ni.
            Ditarbiah otak aku hari-hari.
            “Zahra pernah jumpa dia kat perpustakaan haritu. Zahra ingat dia masih study...”
            “Tak, dia cuma tolong kawan-kawan dia je tu,” jelas ibu.
            Aku angguk.
            “Kenapa dia balik lewat sangat? Bukan sekolah habis pukul lima ke?”
            Ibu pandang aku.
            Aku pandang ibu.
            “Kadang-kadang dia ambil upah kat kebun Pak Ayub. Jadi tukang kebun. Kesian anak ibu tu... dia punya keputusan SPM cemerlang tapi tak nak pergi sambung belajar. Hujung minggu je dia cuti.”
            Aku angguk lagi.
            Sesusah ini ke dia?
            Dia tak penat ke kejar masa?
            Nak jaga budak jahil macam aku lagi.
...................................................................................................................................................................
BAB 4
Aku perhati dari jauh bila seorang gadis bertudung ungu tengah bincang sesuatu dengan Yusuf. Nampak perbincangan dia orang macam penting je. Riak muka serius nak mampus. Tak sangka mamat tu talam dua muka, berlagak alim tup tup duduk bertiga dengan dua orang gadis. Tak guna punya Yusuf.
            “Cik ni... orang baru ye dekat kampung ni?”
            Lamunanku mati bila seorang lelaki yang aku anggarkan 30 an tegur aku.
            Duit kertas RM 5 aku hulur pada si makcik jual nasi lemak sebelum langkah aku atur pulang ke pondok Yusuf. Yusuf mana perasan aku keluar rumah, tup tup terserempak dekat sini.
            “Cik adik... tunggulah dulu. Abang tanya ni kan.”
            Aku buat derk.
            Tanganku dia tarik buat aku mati langkah.
            “Lepaslah!”
            “Uish! Garang. Tapi ayu je pakai baju kurung.”
            “Kau nak apa? Nak duit? Nak beli dadah?” Dia ketawa.
            “Abang nak cik adik boleh?”
            Pipiku pula jadi sasaran belaiannya.
            Aku tepis kasar tangannya sebelum sambung langkah. Dia ekori aku dari belakang.
            “Tunggulah dulu cik adik, kenapa...”
            Si lelaki gila mati kata bila Yusuf tiba-tiba datang menghampiriku. Entah dari mana datangnya dia.
            “Maaflah, Mail. Cik adik yang kau nak ni isteri aku.”
            Wajah lelaki bernama Mail tu berubah.
            “Tolong jangan sentuh isteri aku eh, terima kasih,” tambah Yusuf sebelum tarik tangan aku.
“Ni bukan Bandar, tempat ni sunyi. Awak tak faham lagi ke?!” Bahuku terhinggut, kaget bila Yusuf tengking aku.
            “Aku cuma nak be...”
            Meja dia tepuk. Aku cuma mampu pandang nasi lemak yang masih dalam plastik merah tu je. Aku lapar gila-gila sekarang ni. Tak sangka Yusuf jenis yang suka marah-marah. Lebih teruk dari abang aku sendiri!
            “Saya kan ada, kenapa tak minta saya beli je?! Awak nak cari pasal dekat kampung ni ke? Kalau dia apa-apakan awak, saya yang susah tau tak! Boleh tak jangan buat benda sesuka hati awak je?”
            Aku bangkit dari duduk. Sakit... rasa sakit dekat dada. Aku tak tahu kenapa, tapi bila dia jadi macam ni aku rasa sebak.
“Tak payah jerit dekat akulah! Yang kau tu... kau ingat aku tak nampak ke kau duduk satu meja dengan dua orang pompuan tu. Ye... memang aku tak sempurna, aku jahil, aku liar. Tapi... perlu ke kau tengking aku macam ni? Kau ingat aku ni apa? Tunggul? Kau ingat aku ni patung ke? Kau tak pernah sentuh aku. Aku ni isteri kau yang sah Yusuf! Apa perkahwinan kita ni just syarat supaya kau boleh jaga aku ke? Aku tahu... aku tak macam perempuan dalam hidup kau. Jaga aurat, sopan santun. Tapi aku tak boleh jadi hipokrit.”
Rasa bahang di pipi aku biarkan.
Tapi sungguh... hati aku macam hancur.
Dan Yusuf ternyata tak dapat nak bersuara.
Malam tu, aku ambil keputusan tak masuk akal. Aku tak tahu selok belok kampung ni tapi dalam otak aku apa yang penting aku nak keluar dari rumah. Aku dah tak tahan. Aku cuba selesakan diri tapi Yusuf tak nampak semua tu. Yusuf tak pernah ambik kesah tentang hati aku. Perasaan aku.
            Aku buntu.
            Gelap.
            Bunyi cengkerik temankan aku.
            Sunyi.
            Aku rindu keluarga aku.
            Aku rindu abah yang suka buat lawak.
            Aku rindu mama yang suka pujuk aku bila aku sedih.
            Aku rindu leteran Faiq.
            Aku nak ikut dia orang.
            Kenapa aku tak boleh ikut dia orang?
            “Zahra...”       
            Aku keluh kasar bila Yusuf dengan motornya menghampiri aku.
            Motor dia perlahankan, seiiringan denganku. Aku buat-buat tak nampak.
            Masih terasa dengan tengkingannya pagi tadi.
            “Zahra... awak nak pergi mana?”
            Diam.
            “Zahra, saya minta maaf. Saya tak berniat nak tengking awak. Saya cuma tak boleh kawal rasa marah saya bila orang lain sentuh awak macam tu.”
            Aku cepatkan langkah.
            “Fatimah Az Zahra. Awak tak takut ke? Sekarang dah gelap. Awak nak pergi mana?” Aku buat-buat tak dengar. Derapan tapak kaki Yusuf di belakang aku dengar.
            Langkahku mati bila dia dah terpacak berdiri di depanku, halang perjalananku. “Zahra... saya minta maaf.”
            “Aku maafkan, tepilah aku nak balik. Kau bukan boleh bagi aku kemewahan pun. Aku nak hidup mewah je, aku tak nak hidup dalam pondok tu.”
            “Memang saya tak mampu nak bagi awak kemewahan, tapi saya boleh bagi cinta saya dekat awak Zahra.”
            Sentap!
            Kata-kata yang buat aku jadi cair.
            “Sape pompuan pagi tadi?” Aku ubah topik.
            “Anak murid saya,” polos Yusuf menjawab.
            “Anak murid?”
            Yusuf angguk.
            “Saya ajar dia orang mengaji tiap-tiap minggu.”
            “Habistu yang kau jumpa...”
            Aku mati kata.
            “Lah... Yusuf dengan isteri dia rupanya. Tak sangka jumpa kau orang malam-malam buta kat sini,” sarkastik dari Mail.
            “Zahra... jom balik.”
            Aku masih statik berdiri bertentangan dengan Yusuf.
            “Ni bini kau eh Yusuf? Cun jugak eh. Model mana kau ambik ni Yusuf?”
            Aku dapat rasa aura tak baik sedang menghampiri.  
            Rasa macam aku kena mengalah dengan ego aku.
            “Yusuf bukan layan yang pakai tudung je ke?” Sarkastik dari si lelaki yang aku anggarkan sebaya dengan Mail. Tiga lelaki hampiri kami sebelum rambut yang aku ikat satu Mail sentuh.
            “Wangi rambut dia.” Yusuf tepis kasar tangan Mail sebelum genggam erat tangan aku.
            “Jangan sentuh dia.”
            “Kita orang pun nak rasa jugaklah Yusuf. Janganlah kedekut sangat,” tambah si lelaki yang berbaju hitam.
            “Zahra... kali ni je, dengar cakap saya. Balik,” ujar Yusuf sambil membelakangi aku.
            Aku tak mampu nak menjawab.
“Kau orang boleh tak jangan ganggu isteri aku? Aku tak ganggu hidup kau orang... kan?” Ujarnya, tenang.
            “Tapi isteri kau tu gugat iman kita orang... kan?”
            Yusuf buat tak tahu. Tanganku dia tarik lembut, aku sendiri tak tahu ke mana dia nak bawa aku. Ke rumah mungkin?
            “Aduh. Kita orang tak habis lagilah berbual.”
            Diam.
            Bahu Yusuf ditepuk dari belakang buat kami mati langkah. Yusuf toleh ke belakang sebelum buku lima dihayun ke wajahnya. Yusuf tangkas mengelak. “Mail... janganlah kasar sangat. Nanti dia tak bagi bini dia kat kita,” dia orang berjalan mengelilingi kami buat gerak langkah jadi kaku.
            “Sampai mati pun aku tak akan bagi!”
            “Sampai mati eh? Maknanya kalau kau mati kita orang bolehlah ambil isteri kau ni... kan?”
            “Aku tak nak gaduh dengan kau orang.”
            “Tapi kita orang kena bunuh kau dulu baru kita orang dapat isteri kau.”
            Tangan Yusuf aku genggam, erat. Semuanya salah aku, aku degil.
            Ego.
            Rasa takut kuasai aku.
            “Aku tak akan biarkan kau orang bunuh aku.”
            Tiga lelaki di depan kami dah ketawa.
            “Ye eh? Kau ni macam tak faham pulak, kita orang ni kau tak tahu ke kita orang ni sape? Kerja kita orang suka tibai orang. Kau tak faham lagi? Kau tak takut ke?”
            “Aku takut dengan Allah je. Aku tak takut dengan kau orang, kau orang tu manusia macam aku jugak.”
            “Ala cakap besar pulak budak ni. Kau masih muda tau tak, kita orang tak nak bunuh kau sebenarnya. Jadi, bagi jelah bini kau tu dekat kita orang.”
            Yusuf kemaskan pegangan tangan kami. Aku buntu. Aku tak dapat nak berfikir cara waras dan ini bukan aku.
            “Bagilah... kau kan dah ada Humairah. Lagi warak berniqab dari bini kau ni ha. Free hair. Rambut karat.”
            Sentap!
            Mungkin ni... memang kafarah buat aku.
            Atas dosa-dosa aku selama ni.
            “Dia tak nak bagilah wei. Terpaksalah jugak!” Mail cengkam erat kolar t-shirt Yusuf.
            Kalau dia orang bunuh Yusuf betul-betul dia orang nak buat apa kat aku?
            Dia orang nak ro..gol ke?
            Ya Allah minta simpanglah.
            “Kau orang nak buat apa kat dia?”
            Mail pandang aku.
            “Kita orang nak bunuh dia sebab kita orang nak awak!”
            Tumbukan menghenyak wajah Yusuf. Yusuf kesat kasar darah yang dah mengalir dari bibirnya sebelum hayun kaki ke wajah Mail.
            Aku tak suka benda macam ni, serius aku tak suka.
            Yusuf bergaduh sebab aku.
            Semuanya sebab aku.
            Akhirnya, Mail dengan tiga orang kawannya yang rebah. Yusuf kalih belakang pandang aku.
            Wajahnya dah memerah di sebalik lampu kalimantang.
            “Balik Zahra. Ibu tengah tunggu awak dekat...”
            “Hoi!” Yusuf kalih saat bahunya ditepuk oleh Mail.
            Mail cengkam erat kolar baju Yusuf dengan tangan kiri. Tangan kanannya yang memegang pisau dia hunus tepat ke ulu hati Yusuf. “Kita orang tak habis lagi.”
            Mail ketawa sebelum pisau dia tarik, kasar. Badan Yusuf rebah, betul-betul di depan aku. Kakinya dah mengerekot tahan senak pada perut. Aku rasa suara aku tak boleh nak keluar untuk jerit. Sungguh aku tak rasa ni diri aku.
            Belum sempat aku hampiri Yusuf, tubuhku dipeluk erat dari belakang. Sungguh, pelukan erat buat gerak geriku terkunci. “Lepaskan akulah jahanam!”
            Lelaki yang peluk erat tubuhku ketawa, jahat. Bau rokok menusuk ke rongga hidung aku. Aku cuba nak lepaskan diri tapi kudratku tak mengizinkan. Apa ini kafarah buat aku ke? Aku dah banyak lakukan dosa kat dunia ni. Aku jahil.
            “Lep... lepas...kan, dia,” suara Yusuf terketar-ketar di pendengaranku.
            Akhirnya buat pertama kali air mataku jatuh sebab Yusuf. Sungguh, rasa bersalah menebal dalam diri aku. Aku tertunduk, tak mampu nak pandang dia yang tengah dalam kesakitan lagi.
            Mail hampiri aku, pipiku dia belai sebelum daguku dia cengkam. Aku dongak.
            “Kau dah cakap kan tadi, tunggu kau mati. Matilah cepat, aku nak bini kau ni ha.”
            Yusuf cuba bangkit dari baring sebelum mengerekot ke arahku. “Ak...u tak... ak...an biar...”
            “Tak akan apa Yusuf? Tak akan biarkan? Huh? Aku dah tikam matilah cepat!”
            Aku tersentak.
            Mail sepak tubuh Yusuf bertubi-tubi betul-betul di depan aku.
“Jangan sepak dia!”
            “Dia kena mati dulu, dah tu yang dia cakap tadi,” ujar Mail sambil ketawa.
            Aku ketap bibir.
            Tangan lelaki yag peluk aku dari belakang aku pegang sebelum aku gigit kuat tangannya, aku terlepas.
            Aku tolak kasar tubuh Mail ke belakang sebelum aku terduduk di sisi Yusuf.
            “Yusuf...” kepala Yusuf aku letak atas riba sambil genggam erat tangannya yang dingin. Darah pekat mengalir dari bajunya.
            “Aku... aku minta maaf.”
            Sungguh, aku tak dapat nak pandang wajah Yusuf yang dah berkerut tahan sakit.
            Tanganku tangkas ditarik kasar oleh Mail. “Bangunlah!” Aku lawan.
            “Kau orang ni memang kejam! Apa salah dia dekat kau orang ha?!”
            “Zaidi... dia tanya apa salah budak tu. Kau bagi tahu sikit.”
            “Salah dia eh? Salah dia... dia tak nak bagi bini dia dekat kita orang! Kau sanggup ke hidup dengan pak lebai macam dia ni ha?!” Zaidi jerkah ke telingaku. Terhinggut bahuku dibuatnya.
            “Cik adik... bangunlah. Tak guna nak meratapi, biarkan dia kat situ,” aku geleng.
            Yusuf masih cuba bertahan sambil genggam erat tangan aku. Takkan aku nak biar dia orang ambil aku dari Yusuf? Tak...
            Aku tak akan biar.
            “Bangunlah!” Tangan kananku ditarik kasar sekali lagi. Yusuf ketatkan pegangan tangan kiriku.
            “Kau tak boleh mati serta merta ke ha?! Aku dah tikam kaw-kaw punya masih tak mati-mati. Nak aku buat macam...” Mail sepak tubuh Yusuf sekali lagi. Yusuf pejam mata.
            Nafasnya dah tercunggap-cunggap. “Lepaslah tangan dia!”
            Yusuf enggan.
            Aku panggung muka pandang wajah Mail. “Dahlah Mail! Tak cukup ke kau dah tikam dia?”
            “Kau memang betul-betul nak mati ke Yusuf?!” Cepat-cepat aku peluk erat tubuh Yusuf. Tak sanggup nak tengok Mail terus-terusan sepak tubuh Yusuf.
            “Ke tepilah!”
            Aku geleng kepala.
            Pipi yang basah aku biarkan sebelum air mata jatuh ke pipinya Yusuf.
            “Maafkan aku...”
            Aku pandang wajah Yusuf.
            Aku dah tak rasa nafasnya.
            Pipi Yusuf aku tepuk-tepuk, hambar.
            “Bangun...”
            “Yusuf bukalah mata. Aku takut...”
            “Dah mati? Huh?”
            Diam.
            “Dah mati kot... maksudnya kita bolehlah ambik bini dia ni... kan?”
            Dan aku pasrah.
            Malam tu aku pasrah andai ini pengakhirannya.
            Kafarah buat aku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me