Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 28 Disember 2015

Ketika Hati Harus Memilih MINI NOVEL (BAB 5-BAB 7)




BAB 5
Aku duduk di birai katil sambil peluk kedua lutut. Kepala aku sembam atas lutut.
            Kosong.
            Makanan di atas meja aku biarkan.
            Aku nak ikut dia orang.
            Aku nak ikut orang-orang yang dah pergi tinggalkan aku buat selama-lamanya.
            “Assalamualaikum...”
            Diam.
            Terasa ada satu tangan lembut tarik tangan aku. Wajah yang dah sembab aku bagi kat dia. Kenapa mesti perempuan berniqab ni yang duduk di depan aku? Aku rasa diri aku dengan perempuan ni jauh sangat. Sepatutnya dia... dia yang berdamping dengan Yusuf, bukan aku.
            Aku tak guna.
            Sebab aku Yusuf terlantar sakit.
            “Humairah... saya minta maaf sebab... saya rampas dia dari awak.”
            Humairah geleng. Aku tahu dia sedang tersenyum di sebalik niqab hitamnya. Tanganku dia genggam, erat. “Saya tak rasa awak rampas Yusuf dari saya. Saya cuma anggap dia macam abang saya je tak lebih dari tu. Awak tak boleh berkurung macam ni je Zahra... awak kena makan. Saya tahu awak sedih dengan apa yang dah jadi, tapi dia buat macam tu sebab dia nak lindung awak... kan? Apa salahnya kalau awak doakan dia je? Doakan dia supaya dia cepat sembuh, doakan dia cepat sedar. Awak tak boleh jadi macam ni.”
            Diam.
            “Awak solat?”
            Diam.
            Humairah senyum lagi.
            “Awak pandai solat?”
            Aku angguk. “Tapi... saya dah lupa.”
            “Tak pe... saya ajar. Awak tak payah nak malulah dengan saya. Saya pun pernah ada dalam zaman jahil dulu. Mungkin... lebih teruk dari awak. Saya...” Humairah jeda. Aku nampak dia macam keberatan nak sambung ayat seterusnya.
            “Saya pernah gugurkan janin saya sebab saya terlanjur. Mak ayah saya buang saya dekat kampung ni. Dia orang malu dapat anak macam saya. Tapi... Yusuf datang kat saya, dia cakap yang tak ada sorang pun manusia yang dapat lari dari melakukan dosa. Ayat yang dia bagi kat saya memang ringkas tapi... saya sentap dengan kata-kata dia. Start dari situ, saya mula berhijrah. Dulu Yusuf banyak bantu saya kenapa sekarang saya tak boleh nak bantu isteri dia pulak... kan?”
            Aku tercengang.
            Ternyata... ada yang lebih teruk dari aku.
            Selama ni... aku tak pernah terfikir yang bukan aku je yang jahil.
“Ibu... Zahra... Zahra mana?”
            “Zahra ada nak... dalam bilik.”
            “Dia... dia tak apa-apa... kan ibu?”
            Ibu ukir senyum pada Yusuf. Aku pandang dulang yang berisi makanan. Aku masih tak sanggup nak berhadapan dengan Yusuf, lepas apa yang dah jadi. Sungguh rasa bersalah tu kuat sangat. Aku hanya mampu berdiri di depan pintu yang sedikit terbuka.
            “Alhamdulillah,” ucap Yusuf.
            Aku senyum nipis.
            “Allah makbulkan... doa Yusuf ibu. Allah lindung Zahra... untuk anak ibu,” tambahnya. Aku angguk.
            “Zahra...”
            Aku tersentak saat ibu dah berdiri di depan aku.
            Dulang aku hulur pada ibu. “Err... ibu ni Zahra dah sediakan makanan, ibu tolong bagi dekat Yusuf eh.”
            Ibu sambut dulang sebelum geleng kepala. “Kenapa kamu tak bagi dia je?”
            “Zahra banyak assignment kena buat. Maaf...” alasan dari aku. Aku tahu perbuatan aku ni buat aku seolah-olah nak jauhkan diri dari Yusuf. Bukan aku tak nak bertanggungjawab tapi hati aku... aku was-was dengan hati aku.
            Kenapa hati aku rasa takut?
            Ya takut.
            Aku sedar yang aku mulai takut kehilangan dia.
            “Terima kasih Zahra... saya bersyukur... yang awak tak apa-apa,” ujar Yusuf, senada.
            Aku diam.
            Apa aku dah mula cintakan Yusuf ke?
“Pompuan... bila kita nak lepak zouk lagi?”
            “Tak tahu.”
            “Ala, ni mesti laki kau tak bagi... kan?”
            Aku diam, buku belajar solat aku teliti.
            “Macam kau tak biasa nak lawan cakap. Dulu kau biasa je kan lawan cakap abang kau tu.”
            “Aku stop. Aku tak nak lepak sana dah. Ok? Kalau kau orang sayang aku... tolong jangan bawa aku pergi tempat macam tu. Cukuplah apa yang dah jadi dekat aku Sally.”
            “Takkan sebab dia kena tikam kau terus berubah kot?”
            “Dia korbankan nyawa sebab aku. Dia orang tertarik dengan aku sebab penampilan aku sampai dia orang sanggup nak bunuh suami aku sendiri. Cukuplah Sally.”
            Sally diam.
            Keluhan berat aku dengar.
            “Ok... aku just rindu kau je. Dah lama aku tak jumpa kau,” aku panggung muka dari buku sebelum perhati Yusuf dengan tiga orang anak muridnya duduk di atas pangkin berhadapan pokok rambutan.
            Boleh tahan banyak jugak peminat mamat tu.
            Tiap-tiap hari budak bertiga tu lawat dia.
            “Kau rindu aku? Aku lagiii rindu kau orang. Kau orang baik-baik je kan sepanjang aku tak de?”
            “Ermm... aku ada jugak gaduh dengan J. Tak habis-habis nak cari nahas jual barang tu dekat kampus.”
            “Dia tu memang dah tak boleh ditegur dah Sally, aku pun dah penat nak tegur minah sewel tu.” Sally ketawa dalam talian.
            Cepat-cepat aku pandang tempat lain saat Yusuf pandang aku. Kuku aku main-main sambil buat-buat gelak. Cuba sorokkan perasaan malu sebab kantoi stalker mamat ramai peminat tu. “Kau kenapa? Ok tak ni?”
            “Kau ni lawaklah Sally, ada pulak kena kantoi macam tu sekali. Dahlah, aku ada kerja kena buat,” aku tamatkan panggilan sebelum bangkit dari anak-anak tangga rumah. Yang aku tahu aku nak masuk bilik aku tak nak hadap muka dia lagi.
            “Zahra... ibu nak keluar sekejap. Kamu tak ada nak pergi mana-mana kan?”
            Aku pandang ibu yang macam kelam kabut nak keluar rumah.
            “Tak ada nak pergi mana-mana pun ibu,” ibu ukir senyum untuk aku.
            “Tolong jagakan Yusuf eh? Dia tak berapa sihat lagi tu,” ujar ibu senada dan aku tercengang.
            Tu maknanya aku akan berduaan dengan dia dekat rumah ni?
            Tak lawak!
            Aku cuma mampu pandang gerak langkah ibu yang keluar dari perkarangan rumah. Aku kalih pandang Yusuf. Ternyata dia sedang pandang aku sambil tersenyum macam biasa. Bala untuk aku!
BAB 6
“Assalamualaikum ustaz, kita orang minta diri dulu lah ye.”
            “Waalaikumusalam. Hati-hati,” ujar Yusuf sambil ukir senyum pada tiga orang anak muridnya. Anak muridnya pandang aku dari bawah sampai atas. Nak kritik penampilan akulah tu. Apa tak cukup ke aku pakai baju kurung 24 jam termasuk tidur? Ye aku akui rambut aku buat dia orang pandang semacam.
            Dah aku suka rambut perang, nak buat apa lagi kan?
            “Zahra...”
            Aku pandang Yusuf. Plastik berisi buah-buahan dia hulur pada aku.
            “Bawa masuk dapur,” aku menurut sebelum atur langkah masuk ke dalam rumah.
            “Zahra...” aku buat derk.
            “Fatimah Az Zahra,” aku mati langkah bila nama penuhku disebut.
            “Kau nak apa?”
            “Tolong saya tukar balutan boleh?”
            “Tukarlah sendiri.”
            Yusuf senyum ke arahku sambil melangkah menghampiriku. Aku pandang dia dari bawah sampai atas dan ternyata dia jauh lebih tinggi dari aku. Aku rasa bahang dekat pipi, tak betah nak pandang dia lama-lama.
            “Awak tak kesian ke dekat saya? Badan saya masih rasa sengal lepas kena sepak haritu tau. Tangan kanan saya ni dah berbalut, luka kena tikam haritu pun masih terasa. Awak tak kesian ke?” Sudah... dia buat aku rasa bersalah.
            “Fine!” Yusuf tepuk-tepuk kepala aku dengan tangan kiri.
            “Syukran, sayang,” ujarnya sebelum masuk ke dalam rumah tinggalkan aku terpinga-pinga.
            Sayang?
            Kenapa perkataan tu buat aku rasa ada rama-rama dalam perut?
“Siap!”
            “Ambilkan...” aku pandang t-shirt hitam yang Yusuf tunjuk.
            “Kau ni mengada kan?”
            “Mengada tu apa?”
            “Mengada tu makanan!” Aku mengeluh sebelum turutkan kemahuannya.
            “Tak baik mengeluh dengan permintaan orang sakit,” aku pandang dia.
            Dia pandang aku sambil ukir senyum.
            “Pakailah baju ni ha, aku dah ambil.”
            “Pakaikan.”
            “Kau ni memang...”
            “Memang apa?”
            Aku turutkan kemahuannya sebelum keluar dari bilik, tak betah aku nak menghadap muka dia. Macam terputus fius pun ada lagak mamat ni. Asyik nak buat aku bengang je.
            “Fatimah Az Zahra!” Dia tarik tangan aku, aku kalih belakang.
            “Kau ni kan lagak macam bukan orang sakit tahu tak, banyak gerak sana sini.”
            “Saya nak tanya something ni.”
            Aku lepas tangan aku yang dia genggam.
            “Tanya apa?”
            “Kenapa awak menangis malam tu?”
            Sudah, dia bagi soalan tricky.
            “Mana ada aku menangis, kau salah tengok kot, kau kan separuh sedar...” tapak tangannya dah ligat belai lembut pipi aku. Aku mati kata.
            Suasana mulai senyap.
            Aku tunduk, tak mampu nak pandang senyuman Yusuf.
            Kaku.
            Rasa ada magnet dalam badan aku yang buat aku tak boleh bergerak.
            Rasa ada bunga tumbuh dalam hati.
            Daguku dia cuit sebelum wajahnya hanya seinci dari wajahku.
            Bibir aku ketap.
            Perlahan-lahan bibirnya mendarat ke bibirku.
            Statik.
            Lama.
            Aku rasa satu kehangatan yang aku tak pernah rasa.
            Rasa bahang di pipi, mungkin kalau bahang tu gunung berapi dah boleh meletus lavanya.
            “Saya... saya akan sentiasa jadi pelindung untuk awak, biar nyawa saya jadi taruhannya. Saya tak akan biar sesiapa ambil awak dari saya, saya tak akan biarkan awak tinggalkan saya. Sampai bila-bila, saya akan lindung awak. Saya tak akan maafkan diri saya kalau sesuatu terjadi kat awak Fatimah Az Zahra.”
            Aku tercengang.
            Sukar aku tafsirkan kata-katanya.
            Sungguh... aku rasa hati aku macam dah cair.
Suara azan subuh kedengaran dari surau. Aku tenyeh mata sebelum sambar getah rambut di atas meja. Aku bangkit dari baring. Rambut yang panjang mengurai aku ikat sanggul seraya bangkit dari katil. Jujurlah... aku rasa tulang temulang aku kadang-kadang rasa sakit tidur di atas katil yang tak empuk bagi aku.
            Tapi aku akan cuba untuk selesakan diri aku kat sini.
            Pili air aku pusing sebelum ambil wudhuk. Seketika kemudiaan, telekung aku sarung di kepala sebelum langkah aku atur ke surau. Suara azan masih kedengaran. Entah kenapa dalam banyak-banyak azan yang aku dengar, azan subuh ni buat aku rasa tertanya-tanya siapakah gerangan muazinnya.
            Di bahagian solat wanita hanya ada aku dengan Humairah je. Sempat Humairah ukir senyum pada aku sebelum kami tunaikan solat subuh berjemaah. Takbir aku angkat sebelum baca doa iftitah.
Usai solat subuh, aku berjalan keluar dari surau beriringan dengan Humairah. Sungguh, Humairah punya penampilan buat aku rasa cemburu dengan dia. Aku pun nak nampak sempurna untuk Yusuf jugak tapi aku punya prinsip, aku tak nak jadi hipokrit.
            “Tahu tak sape yang jadi muazin tadi?”
            “Tahu. Awak pun kenal orangnya,” ujar Humairah, lembut.
            Aku kerut dahi, siapa pulak?
            “Tu orangnya,” aku kalih pandang si empunya diri yang Humairah tunjuk.
            Rasa tak percaya.
            Tapi kena percaya sebab memang logik.
            Si empunya diri yang aku pandang panggung muka, senyum dia ukir.
            Sungguh... aku tak suka tengok senyuman mautnya.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumusalam, awak dah sihat?”
            Yusuf angguk. “Alhamdulillah, Allah masih beri saya peluang kedua untuk hidup.”
            “Syukurlah. Awak sorang je?”
            “Tadi saya berdua dengan Pak Jalil tapi tiba-tiba dia lelah, anak dia datang ambil. Saya ganti dia jadi imam tadi.”
            Aku pandang Yusuf dan Humairah silih berganti.
            Perbualan dia orang seolah-olah aku ni tak wujud dekat sini.
            Humairah pandang aku.
            “Saya minta diri dululah ye, Assalamualaikum.”
            Yusuf membuntuti Humairah dari belakang. Aku rasa dia macam tak sedar kewujudan aku kat sini.
            “Waalaikumusalam, hati-hati.” Humairah angguk.
            Aku keluh kasar.
            Sungguh... antara aku dengan Humairah hanya Humairah yang sepadan dengan Yusuf.
            Aku?
            Aku tak punya pakej muslimah macam Humairah.
            Tapi... sungguh hati aku jadi sakit.
            Cemburu!
            “Bukan main suka lagi kan?”
            Yusuf kalih pandang aku.
            “Sejak bila awak ada kat sini?”
            “Sejak tadi!” Suaraku naik satu oktaf.
            “Kenapa nak marah pagi-pagi macam ni?”
            Aku diam.
            “Fatimah Az...”
            “Tak payah sebut nama penuh akulah! Aku tak suka.”
            “Awak cemburu ke?”
            “Diamlah! Pergilah kejar dia, jadikan isteri sekali.”
            Yusuf ketawa.
            “Betul ke?”
            Aku diam.
            “Awak nampak cantik bila cemburu macam ni,” ujarnya, polos.
            Aku ketap bibir.
            “Mana ada cemburu.”
            “Ada.”
            “Tak...”
            “Assalamualaikum,” aku mati kata bila anak murid Yusuf datang menghampiri. Ni lagi satu, asyik nak berkepit dengan Yusuf. Pehal do!
            “Waalaikumusalam, masuklah dulu Alia.”
            Alia pandang aku, pandangan yang menjengkelkan.
            “Ni isteri ustaz ke?”
            Yusuf pandang aku.   
            “Ya dia isteri saya.”
            “Ustaz punya pakej yang rambut karat ke?”
            Ah sudah, sarkastik awal pagi.
            “Rambut dia tu memang semulajadi dah karat sebab kuat marah,” sinis dari Yusuf. Aku nampak dia sedang senyum ke arahku. Aku jeling mata ke atas.
            Menyampah!
“Kau pehal? Sengih-sengih tengok muka aku? Aku tahulah aku tak secantik Humairah yang pakai niqab tu.”
            “Saya tak minta pun awak pakai niqab,” ujarnya polos.
            Aku gigit bawah bibir sebelum pandang sawah padi yang terbentang di depan. Angin petang buat rambutku yang ku biar lepas beralun. “Tak boleh ke kau biar aku duk sesorang kat sini? Huh? Asyik menyemak je kat sebelah aku, rimas tahu tak.”
            “Yang menyemak ni jugak yang awak suka.”
            “Suka?”
            Aku pandang Yusuf.
            Yusuf pandang aku.
            “Bukan yang menyemak ni ke yang awak suka? Bukan awak suka saya dari kita kecik ke? Masa kita main kahwin-kahwin kat sini?”
            Aku kerut dahi.
            Dia senyum sebelum letak tangan atas kepala aku.
            “Dulu... masa saya kecik ada sorang budak pompuan tu suka ajak saya main masak-masak. Kalau saya tak turutkan mesti dia meraung kalau boleh satu kampung ni dengar. Tapi tak sangka... budak perempuan tu dah jadi isteri saya betul-betul. Dia berubah sebab dia duduk kat Bandar je.”
            Aku diam.
            Aku tahu yang dia maksudkan tu aku.
            Pashmina merah dia letak atas kepala aku sebelum dia lilit.
            “Saya tak dapat nak bagi awak hadiah hantaran dengan barang-barang yang mewah. Saya tak dapat nak bagi awak mahar yang beribu-ribu, saya tak dapat nak bagi awak hidup dalam keadaan yang mewah macam yang awak punya selama ni. Tapi... saya boleh bagi cinta saya dekat awak, saya boleh bimbing hidup awak, jadi pelindung untuk awak, saya tak minta awak pakai macam Humairah. Cukuplah... awak cuma pakai sehelai pashmina merah ni je. Tutuplah aurat awak ni, saya risau kalau benda macam tu jadi lagi.”
            Aku tersentak.
            Sentap.
            Sungguh kata-kata Yusuf meresap ke jiwa aku.
            “Awak sayangkan saya tak?”
            Aku diam.
            Tanganku Yusuf genggam, erat.
            “Saya sayangkan awak, saya tak nak ada orang sentuh awak macam haritu. Dia orang jadi macam tu sebab dia orang tertarik dengan awak. Simpanlah rambut awak ni untuk saya je, bukan untuk orang lain. Ini je yang saya minta, tak lebih,” tambahnya.
            Aku kaku.
            Bungkam.
            Aku cintakan dia, tapi tak terluah rasanya. Aku sukakan dia, sayangkan dia dan aku takut... aku hilang dia buat selama-lamanya.
...................................................................................................................................................................
BAB 7
Duit note RM 10 aku hulur pada Pak Aji sebelum keluar dari kedai runcitnya. Plastik berisi tepung gandum dan gula aku jinjit. Ibu kata Yusuf suka makan kuih tepung pelita, aku pun suka makan kuih tu. Petang-petang dengan cuaca redup macam ni aku ambil keputusan beli bahan-bahan yang tak ada dekat rumah.
            “Eh... tu bukan bini ustaz ke?”
            “Haah... eh tengoklah tu rambut dia. Nama je isteri ustaz tapi aurat masyallah tak terjaga. Kesian betul ustaz tu dapat isteri macam dia.”
            Alia angguk mengiakan. Aku pura-pura tak dengar.
            “Beli apa tu cik kakak?”
            Dia orang mati langkah di depan aku buat aku turut mati langkah.
            “Kau orang nak sibuk pehal?”
            Alia senyum, kawan disebelahnya rampas plastik yang aku jinjit.
            “Beli tepung ke?”
            Tepung dikeluarkan dari plastik.
            “Bagi balik tepung tu,” aku cuba berlagak tenang.
            Aku tahu ni bukan diri aku. Kalau dulu mesti aku dah tarik tudung dua orang minah ni.
            Cukuplah dengan penampilan aku memalukan Yusuf, aku tak akan tambah dengan perangai aku yang dulu.
            “Kau orang ni tak ada kerja ke ha?”
            “Kerja?”
            Alia koyakkan plastik tepung sebelum tumpahkan di atas kepala aku.
            What the?
            “Ni kerja kita orang, wei tutuplah rambut karat kau tu. Suami kau tak ajar eh cara-cara tutup aurat? Huh?”
            Aku rentap kasar tudung Alia, sabar aku pun ada limitnya jugak.
            “Sakit...”
            “Sakit? Ha? Yang ni lagi sakit... kan?!” Aku tarik kasar tudung ekspress Alia. Terlopong orang yang lalu-lalang di depan kedai.
            Aku senyum, sinis.
            “Rambut kau lebih teruk dari aku rupanya. Rambut kuning, hijau. Macam rambut Alien pun ada jugak,” aku ketawa, jahat.
            “Kau ni memang tak guna!” Alia hayun tapak tangannya ke wajahku, tangkas aku genggam erat tangannya.
            “Get lost!” Aku tolak tubuhya kasar sebelum rampas plastik berisi gula dari tangan kawannya yang dah terpinga-pinga.
            Tak kenal aku lagi bebudak ni.
Lepas pulang dari kedai Pak Aji, aku terus masuk ke dalam bilik mandi bersihkan sisa tepung yang masih melekat di rambutku. Kalau Yusuf dengan ibu nampak mesti dia orang banyak tanya lagi. Aku dah hilang mood.
            Hina sangat ke aku ni?
            Aku cuba berubah tapi kenapa masih ada yang tak dapat nak terima aku?
            Buruk sangat ke perangai aku ni?
            “Ibu nak tanya kamu ni, dah dekat setahun kamu dengan Zahra tu menikah tapi ibu tengok kau orang masih bilik asing-asing. Kenapa? Cuba bagi tahu ibu apa masalahnya.”
            Yusuf hirup teh panas.
            Aku berselindung di sebalik langsir. Mati terus langkahku nak masuk dapur bila namaku tiba-tiba naik.
            “Ibu tanya ni Yusuf, jawablah.”
            “Yusuf tak sedia lagi nak bagi dia nafkah batin,” polos Yusuf menjawab.
            Aku tercengang.
            Itu ke alasannya kenapa dia tak nak sentuh aku?
            “Hati Yusuf was-was ibu, hati Yusuf masih memilih,” tambah Yusuf.
            “Apa maksud kamu?”
            “Antara Humairah dengan Zahra... jujur hati Yusuf berat sebelah. Hati Yusuf lebih memilih Humairah ibu, bukan Zahra. Ibu tahu kan... dari dulu Yusuf memang berkenan sangat dengan Humairah? Tapi dalam masa yang sama... Yusuf terpaksa buang semua tu sebab rasa simpati dengan Zahra. Yusuf tak sanggup nak tengok dia hidup sebatang kara. Sedangkan Humairah... dia masih punya keluarga angkat.”
            Aku tersentak.
            “Asstaghfirullahalazim Yusuf, apa kamu cakap ni? Zahra tu isteri kamu... yang sah. Tanggungjawab kamu bagi dia nafkah zahir dan batin... apa fikir...”
            “Jadi perkahwinan kita ni cuma sebab simpati je? Huh? Sedangkan aku dah mula cintakan kau, kau pula masih rasa was-was? Kenapa Yusuf? Kenapa saat aku mula cintakan kau... baru kau nak bagi tahu semua ni? Apa kau ingat aku ni tak ada perasaan ke? Aku tak nak simpati dari kaulah!” Suaraku naik satu oktaf.
            Sakit.
            Sebak.
            Rasa tertipu.
            Yusuf bangkit dari duduk. Ternyata dia kaget. “Zahra...”
            Aku tepuk-tepuk dada. Sungguh rasa sakit yang tak tertanggung. “Apa aku nak buat dengan rasa cinta yang aku punya untuk kau? Sedangkan hati kau... hati kau lebih memilih orang lain? Sakit rasanya... sakit Yusuf!”
            Aku pandang ibu yang ternyata ada riak kecewa di wajah tua itu.
            “Maafkan Zahra, ibu. Zahra tak dapat nak jadi isteri yang sempurna untuk anak ibu. Izinkan Zahra keluar dari rumah ni,” langkah aku atur masuk ke dalam bilik.
            “Zahra...”
            Diam.
            Tangkas Yusuf tarik tangan aku. “Zahra... saya...”
            Aku lepas kasar tanganku yang Yusuf genggam. “Lepaskan aku!”
            PANG!
            Pintu aku hempas, kuat.         
            Tombol pintu aku kunci sebelum kakiku mula melorot jatuh.
            Kedua lutut aku peluk sebelum mengogoi.
            Sungguh... aku tak sangka ikatan ni sebenarnya atas dasar simpati semata.
            “Zahra... bukalah pintu. Saya jelaskan.”
            “Zahra...”
            “Diam!” Jeritku sambil tutup kedua belah telinga.
Bagasi di bawah katil aku sambar seraya aku letak atas katil. Almari kayu yang pintunya dah nak tercabut aku buka seraya sambar pakaian-pakaianku. Ni bukan tempat aku. Di saat aku rasa tempat ni istana untuk aku dan Yusuf, rupanya aku cintakan seseorang yang tak punya rasa untuk aku.
            Pintu dibuka, keluhan berat aku lepas.
            “Zahra... awak nak pergi mana?”
            Diam.
            “Zahra... saya tak berniat nak cakap macam tu. Saya sayangkan awak Zahra, tolonglah jangan pergi.”
            “Zahra... saya minta maaf.”
            “Zahra pandanglah saya. Saya nak jelaskan semuanya dekat awak apa yang saya cakap semalam.”
            “Zahra...” Yusuf tarik pakaian yang aku lipat.
            “Kau nak apa? Ha?”
            “Saya nak awak.”
            Aku senyum, sinis.
            “Nak aku? Nak aku sedangkan hati kau cuma ada Humairah!”
            Dada Yusuf aku tolak-tolak, kasar. “Zahra... saya...”
            Pandangan yang mulai kabur aku biarkan. Menangis lagi, sebab dia. “Aku ada perasaan Yusuf! Aku bukan patung. Aku tahu yang aku memang tak berhak nak berdamping dengan lelaki macam kau. Tapi perlu ke... perlu ke kau kahwin dengan aku atas dasar simpati?! Aku benci tengok muka kau. Hipokrit! Aku cuba berubah untuk kau! Aku tak nak cemarkan nama baik kau tapi apa... kau tak pernah sedar semua tu. Cuma Humairah je yang sempurna untuk kau.”
            “Zahra... dengarlah dulu.”
            “Tak ada benda yang perlu aku dengar!”
            Tanganku dia tarik sebelum tubuhku dia peluk, erat.
            “Lepas!” Aku tolak tubuh Yusuf sekuat hati buat dia terundur setapak ke belakang.
            “Aku redha aku hidup macam ni. Aku cuba terima suasana baru untuk aku. Tapi kau tak pernah sedar semua tu! Sakit... sakit rasanya Yusuf! Kau kahwin dengan aku atas dasar simpati. Sedangkan aku... aku mula serahkan jiwa aku untuk kau. Cuma kau. Hina sangat ke aku ni sampai kau tak nak sentuh aku? Jijik sangat ke aku ni?”
            “Zahra...”
            “Kau kata dekat aku yang kau cuma mampu bagi cinta kau untuk aku, tapi ternyata apa? Semuanya omongan kosong! Kau bagi aku harapan palsu! Hipokrit! Aku menyesal kahwin dengan kau, aku menyesal cintakan kau. Ceraikan aku!”
            “Zahra... tak mungkin saya ceraikan awak.”
            “Buat apa kau nak simpan aku sedangkan kau tak ada rasa untuk aku! Cuma Humairah yang kau cinta, bukan aku! Aku tak perlukan simpati kaulah.” Cincin belah rotan aku tanggalkan sebelum aku baling ke wajah Yusuf. Tak ada gunanya lagi cincin tu di jari manis aku. Bagasi aku zip sebelum aku tarik bagasi keluar dari bilik. Ibu yang baru masuk ke dalam rumah aku hampiri sebelum aku kucup lembut tangan tua itu.
            Ibu peluk erat tubuh aku, dapat aku rasakan kehangatan yang tak seberapa. “Ambillah masa Zahra, ibu terima. Ibu tak nak paksa Zahra, ibu faham kesakitan Zahra tu. Maafkan ibu nak,” tubuhku ibu lepas sebelum aku turun anak-anak tangga.
Mujur ibu faham.
            “Zahra... tunggu.”
            Tanganku ditarik kasar oleh Yusuf. Aku kalih belakang. “Saya sayangkan awak Zahra, saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak.”
            “Aku tak layak untuk kau Yusuf. Terima kasih... sudi korbankan nyawa kau untuk aku, hiburkan hati aku, bagi aku perasaan cinta. Aku hargainya. Aku minta maaf sebab aku tak dapat jadi isteri sempurna untuk kau.”
            “Zah...”
            “Yusuf!” Suara ibu naik satu oktaf, buat Yusuf mati kata.



3 ulasan:

Ask Me