COVER BY HANIF |
BAB 8
J
tayang serbuk putih pada aku. Aku buat derk sambil teliti buku lah tahzan. Buku
jangan bersedih yang aku pinjam dari perpustakaan. Rancangan Televisyen pada
malam itu tak menarik perhatian aku. Sungguh, aku rindukan rumah ni. Teratak
yang aku tinggalkan untuk hidup bersama dia dan ibunya.
“Aku rasa kau ni memang dah sewellah
J. Kau ni memang tak boleh dianggap kawan. Kita orang tak nak benda tu, so...
jangan bagi. Boleh tak? Ikutkan hati nak je aku lapor kau dekat polis, baru
padan muka kau.”
“Ala... benda ni benda baiklah. Kau
stress...”
“Ada orang cakap dekat aku kalau
stress ambik wudhuk,” ujarku, spontan.
Sally genggam erat tangan aku.
“Kau ok tak ni?”
Aku senyum.
“Ok je... wei assignment Puan
Raudhah kau dah siap?”
“Bukan kita baru siapkan tadi ke?”
Aku tayang sengih.
“Kau pehal do? Macam tak senang
duduk je aku tengok.”
Aku pandang J.
“Nothing, aku just rindukan arwah
mama aku,” jujur malam-malam macam ni aku rasa rindu dengan arwah mama.
Tiga-tiga ahli keluargaku meninggal
dunia dalam nahas kemalangan jalan raya.
“Kita orang risaulah dengan kau.
Muka pucat macam zombie,” aku ketawa dengan lawak bodoh Sally.
“Gelak pulak.” Aku diam.
Seketika kemudiaan suasana senyap.
Aku pandang Sally dan J yang kembali
menonton TV.
Dah hampir dua minggu aku gaduh
dengan dia.
Hati aku cuba nak lepaskan dia tapi
ternyata... tak semudah yang aku sangkakan.
Buku lah tahzan aku tutup sebelum betulkan
posisi duduk. Segelas air aku teguk.
“Apa perasaan kau orang kalau...
orang yang kau orang cinta tak balas apa yang kau orang rasa dan perasaan cinta
dia untuk orang lain? Bukan untuk kau orang.”
Serentak Sally dan J pandang aku.
“Ermm kalau aku... aku akan rasa
sakit dekat hati...”
J hempuk kepala Sally. Sally kerut
dahi.
“Memanglah akan rasa sakit dekat
hati. Bangang arh kau ni. Bagi akulah kan... aku akan merelakan dia pergi
dengan orang yang dia cinta. Buat apa aku nak paksa kalau dia tak ada rasa
cinta untuk aku? Biarpun aku akan kecewa sampai bila-bila sebab cinta bertepuk
sebelah tangan,” aku angguk dengan jawapan J. Ternyata J seorang yang
merelakan.
“Kalau aku pulak... aku akan
perjuangkan cinta aku. Biarpun aku tahu benda tu buang masa je. Tapi... aku
akan pastikan yang dia jadi milik aku. Aku akan tarik hati dia perlahan-lahan
supaya dia punya cinta beralih ke arah aku. Aku tak akan pasrah macam tu je.”
“Kalau usaha kau sia-sia?”
“Kalau usaha aku sia-sia... aku akan
give up dan move on. Teruskan hidup aku,” aku ukir senyum dengan pendapat
Sally.
Give up dan move on?
Susah.
Aku masih terikat dengan Yusuf.
“Kenapa? Kau dah mula jatuh cinta dekat
mamat tu ke?”
“Ye kot,” ujarku, senada.
Sally jungkit kening kiri.
“Kot?”
Aku jeling Sally, aku kalau bab-bab
hati aku tak suka heboh sangat. Aku lebih suka pendam sorang-sorang.
“Haah kan asal kau balik rumah? Ni
mesti gaduh dengan mamat tu kan? Dia buat apa dekat kau? Ke kau yang tak tahan
kena tarbiah tiap-tiap hari?” J bagi soalan cepumas dekat aku.
Yusuf pernah pesan dekat aku, hal
rumah tangga jangan ceritakan dekat orang lain. Maksudnya masalah ni aku kena
pendam dan akhirnya hati aku yang sakit, hancur. Sungguh, aku tak sangka Yusuf
tak pernah ada perasaan dekat aku. Sedangkan aku? Jiwa dan ragaku aku berikan
dekat Yusuf.
Ya, dia dah banyak bantu aku
keluarkan aku dari dunia jahil.
Tapi, aku perlukan cinta dari dia.
Aku redha yang dia tak mampu nak beri aku kemewahan. Tapi semuanya angan-angan
kosong, apa selama ni aku syok sendiri ke?
Apa selama ni Yusuf memang tak pernah
ada rasa untuk aku?
“Wei, aku tanya ni. Mengelamun
pulak,” aku pandang J sebelum sengih.
“Saje, aku rindu rumah ni. Ni kau
orang tak nak balik ke?” Aku ubah topik.
Sally hempuk badan aku dengan
kusyen. “Kau jugak yang suruh kita orang temankan kau, aduh kau ni dah kenapa?”
J ketawa sebelum hulur sekotak
dunhill pada aku.
“Rokok?”
“Tak nak merokok!”
“Sejak bila do? Bukan kau dengan
rokok ni bagai isi dengan kuku ke?”
Sally bagi ayat sentap.
J hembus kepul-kepul asap.
“Sejak dia kahwin dengan pak
lebailah gila.” J menjawab untuk aku.
Aku cuma ukir senyum.
Aku
angkat dulang yang berisi makanan dan minuman yang aku pesan seraya cari tempat
duduk yang kosong di dalam Cafe. Sungguh, hari ni kelasku padat sangat sampai
tak ada masa untuk makan.
Lapar.
Bila-bila masa aku boleh jadi
monster sebab terlampau lapar.
“Zahra...”
aku pandang empunya diri yang seru nama aku dan ternyata Yusuf dah berdiri
statik di depanku. Dia tampak segak dengan baju kemeja biru laut dan tali leher
berwarna hitam. Mungkin dia baru selesai mengajar.
“Zahra, jom balik.”
Aku buat Yusuf tak wujud biarpun dia
dah berjalan laju beriringan denganku. Aku letak dulang di atas meja sebelum
tarik kerusi plastik.
“Zahra... saya rindukan awak. Baliklah...”
Diam.
Tanganku dia tarik sebelum mata kami
saling bertaut.
“Apa lagi yang kau nak?”
“Saya nak awak.”
Aku ketap bibir.
Geram.
“Kenapa
tak jemput Humairah je? Aku dah izinkan kau kahwin satu lagi... kan? Aku redha
kalau kau nak ceraikan aku,” ujarku spontan sebelum duduk.
Teh o ais aku teguk. Aku perasan ada
mata-mata yang perhatikan drama aku dan Yusuf. Mungkin tertanya sejak bila aku
berhijab atau mungkin dia orang tertanya kenapa riak muka aku dan Yusuf ketat.
“Zahra... awak tu masih dibawah
tanggungjawab saya. Saya risau kalau ada apa-apa jadi dekat awak.”
Diam.
“Zahra... balik ye?”
“Aku kata tak nak... tak nak. Boleh
tak jangan kacau hidup aku?”
“Fatimah...” aku bangkit dari duduk
seraya simbah teh o ais pada wajah Yusuf.
Spontan.
“Kau
ni... memang cabar kesabaran aku kan? Aku kata tak nak... tak naklah! Aku tak
perlukan simpati kau lagi! Pergi berambus dengan simpati kau tu,” aku mengeluh
sebelum tinggalkan Yusuf yang terpinga-pinga.
Hilang terus selera makan aku.
Sally dan J dah terkebil-kebil
pandang aku yang tiba-tiba naik angin.
...................................................................................................................................................................
BAB 9
Aku
pandang bulan yang menerangi malam yang gelap gelita. Fikiran ligat berputar
memikirkan masalah aku dengan Yusuf. Malam-malam macam ni mesti Yusuf paksa aku
duduk depan dia untuk ditarbiah. Biar hati aku kuat melawan tapi aku tak
sanggup untuk menolaknya menjadi pembimbingku.
Hati kuat merintih untuk mengalah.
Sebelah hati pula rasa sakit yang
tak tertanggung.
Kepulan asap buat lamunanku mati.
Aku kalih sebelah, tak tahu sejak
bila J duduk di sebelah aku.
“Asal pandang aku macam tu? Nak?”
“Tak.”
Aku pandang J.
Semakin cekung wajahnya kerana ‘benda
tu.’
Apa aku gagal menjadi seorang
sahabat yang baik? Di saat aku sedang berhijrah aku langsung tak tarik
kawan-kawan aku untuk berhijrah bersama denganku.
“Aku dah kena buru oleh polis.
Bila-bila masa je kawan kau yang sewel ni boleh mati katak kena tembak,”
ujarnya, senada.
Aku tercengang.
“Kau... kena buru? Dan kau masih
cool macam ni? Kau dah gila ke apa?”
J ketawa.
“Aku hantar kau pergi pusat pemulihan
eh? Aku tak nak kau lari macam ni. Masa kita masih panjang J.”
J pandang aku sebelum buang puntung rokok.
“Kau nak suruh aku taubat arh ni?”
Ternyata aku tak punya kekuatan
untuk menjawab.
“Kau nak suruh aku tunggang tonggeng
sujud rukuk? Nak suruh aku dekatkan diri dengan pencipta? Nak suruh aku pakai
tudung macam kau? Macam tu?” Tambahnya.
Ternyata aku tak boleh menjawab.
Ternyata aku tak boleh jadi macam Humairah, mengajak seseorang kearah kebaikan.
J ketawa lagi.
“Aku dari kecik tak pernah dididik
dengan agama sis, parents aku tak pernah didik aku macam parents kau didik kau.
Aku tak tahu apa tu islam, nama je dalam IC islam. Zahirah Jalaludin tapi apa?
Hidup aku tak ada nilai islamik. Macam mana aku nak berubah? Berhijrah? Dari
kecik parents aku balik rumah je mabuk. Aku pernah belajar untuk jadi seorang
islam yang sejati masa aku umur lapan tahun dulu. Tapi apa?”
J jeda.
Aku tersentak.
Kenapa aku tak pernah terfikir ada
orang yang punya nasib lebih teruk dari aku?
“Daddy aku humban aku dekat dinding.
Al-Quran yang aku baca dia bakar! Dia bakar depan mata aku yang dah tak berdaya
nak bangun waktu tu Zahra. Hati aku, hati aku jadi benci dengan hidup aku.
Sampai sekarang, mummy dengan daddy aku masih dengan kejahilan dia orang. Aku
tak pernah...”
J tekup muka. Suaranya mulai kendur.
“J...”
“Aku tak pernah dapat didikan agama.
Aku takut, sebab tu aku jual dadah. Aku nak hidup orang lain merana. Termasuk
kau orang berdua. Aku cemburu dengan kau, kau punya segalanya tapi kau tak
pernah hargai apa yang kau ada. Sampai sekarang kau dapat seorang penyelamat
yang selamatkan kau dari terus jahil. Sally... aku cemburu dengan dia sebab dia
punya ibu bapa yang manjakan dia. Seteruk mana pun Sally, parents dia tak
pernah pukul dia. Sedangkan aku?”
J pandang muka aku.
Air matanya jatuh di pipi.
Wajahnya merah.
“Aku tak punya apa yang kau orang
punya! Aku benci hidup. Aku nak orang lain rasa apa yang aku rasa! Dengan dadah...
aku dapat dunia aku. Dunia yang aku idamkan selama ni.”
“Layak ke aku bertaubat?”
“J...” aku peluk erat tubuh J
sebelum dia mengogoi dalam pelukanku.
Sungguh... aku hanya tahu berseronok
tanpa fikirkan perasaan orang lain.
Ya Allah, jahilnya aku.
“Aku akan mati Zahra. Aku takut...”
tambahnya.
“J... kau masih ada peluang untuk
bertaubat.Yusuf pernah cakap dekat aku, setiap manusia tak pernah lari dari
dosa. Selagi belum kiamat, selagi tulah pintu taubat akan sentiasa terbuka, J.
Aku tak akan biarkan kau mati macam tu. Aku akan sentiasa ada dekat sisi kau.
Kau sahabat aku J. Susah senang kita bersama. Kita sama-sama hijrah ye, J?”
Aku cuba tahan sebak di dada.
Aku tahu air mata tu akan turun.
“Layak ke aku? Aku dah rosakkan
hidup orang.”
“Layak ke kita untuk bertaubat
Zahra?” Sally menghampiri.
Aku panggung muka, pandang wajah
Sally.
Aku ukir senyum. Tangan Sally aku
genggam, erat.
“Hey... Allah akan ampunkan dosa
kita. Kita layak... biar kita jahil, kita masih ada kesempatan untuk berhijrah.
Kalau aku boleh, kenapa kau orang tak?”
J pandang wajah aku.
Wajahnya sembap.
“Kita ni sampah Zahra. Sampah
masyarakat, orang tak akan terima kita.”
“Ye Zahra, kau tahu kan kita macam
mana? Kita selalu fly malam-malam, zouk heaven bagi kita, dekat kampus kita
asyik permainkan hati golongan yang lemah. Macam mana dia orang nak terima kita
wei?” Tanya Sally.
Aku ukir senyum lebar.
J dan Sally aku pandang silih
berganti.
“Sebab tu kita kena terapkan sifat
tabah dalam diri. Kita kena kuat. Ye J?”
J ukir senyum.
“Nak hantar J pergi pusat pemulihan
ke?” Sally bertanya, polos.
“Kau nak tak?” Aku tanya pu lak si empunya diri.
J diam.
“Apa pun yang terjadi, kau akan
tetap jadi sahabat aku J,” ujar Sally.
Semakin lebar senyuman J.
Apa ini aku ke?
Tak pernah terlintas dalam fikiran
untuk mengajak sahabatku berhijrah.
Yusuf... dah banyak yang aku
pelajari dari dia.
Tapi hati aku, hati aku masih rasa sakit.
Lepas
hantar J ke pusat pemulihan, Sally kembali ke rumahnya. Aku pulak ke taman
permainan sambil memerhatikan telatah kanak-kanak. Tipulah kalau aku tak nangis
masa kami hantar J ke pusat pemulihan. Tapi yang pasti hati aku berasa tenang
setelah J membuat keputusan untuk ke pusat pemulihan. Aku pulak?
Masalah aku dan Yusuf masih tak
selesai.
Sungguh, hati ini merintih untuk
kembali kepadanya.
Jeritan dan gelak tawa kanak-kanak
cuit hati aku.
Senyuman aku ukir.
Tipulah kalau aku tak nak zuriat,
tapi... mampu ke aku?
Sedangkan Yusuf tak pernah pandang
aku. Perkahwinan atas dasar simpati semata.
Aku tak layak ke untuk jadi ibu
kepada anak-anak Yusuf nanti?
Sungguh, ianya amat berat untuk aku
terima.
“Kakak... adik tu jatuh longkang,”
aku bangkit dari duduk saat seorang kanak-kanak bertocang satu tarik tangan
aku.
“Mana?”
“Ni... sini kakak,” seorang
kanak-kanak lelaki hala jari telunjuknya ke arah longkang.
Aku tercengang saat seorang budak
lelaki sudah menangis teresak-esak di dalam longkang. Aku panik. Mataku sudah
mencari-cari sesiapa yang dapat membantu, hambar.
“Ya Allah, anak mama.” Seorang
wanita hampiri aku.
Aku kaku.
“Adik... tolong kakak, anak kakak...”
“Y..Ye...” belum sempat aku turun ke
dalam longkang, seorang wanita bertudung labuh dan seorang lelaki muncul di
depanku. Aku panggung muka.
Aku tak rasa nafas sendiri.
“Maafkan saya Puan. Saya...”
“Tak pe, salah saya. Tolong anak
saya.” Yusuf menurut.
Aku percaya yang tu anak muridnya
dengan seragam putih dan bersamping berwarna hijau. Tubuh budak tersebut
digendong oleh Yusuf sebelum dihulur pada si ibu.
“Maafkan kami sekali lagi.” Humairah
menunduk.
Aku bungkam.
“Tolong hantar saya pergi
hospital.... saya takut anak saya ada luka dalaman,” si ibu kelihatan cemas.
“Baik...” Yusuf mati kata saat
matanya tertancap ke arahku.
Sepasang mata milik Humairah turut
tertumpu ke arahku.
“Zahra...” Yusuf ukir senyum pada
aku.
“Yusuf... kita kena bantu puan ni
dulu.” Humairah membuntuti si ibu dari belakang.
Yusuf masih kaku di depanku.
“Zahra, awak jangan salah faham
antara saya...”
“Yusuf...”
Yusuf kalih pandang Humairah.
“Saya tak pergi, awak pergi...”
“Saya tak pandai drive, Yusuf. Awak
lupa?”
Yusuf pandang aku semula.
“Zahra, saya minta maaf,” ujarnya
sebelum tinggalkan aku yang kaku.
Ternyata, hatinya lebih memilih
kehendak Humairah.
Aku ketap bibir.
Memang, sampai bila-bila aku tak
dapat tandingi Humairah di hati Yusuf. Hati aku nanar. Sungguh, hati aku bagai
dirobek-robek.
Sakit.
...................................................................................................................................................................BAB 10
“Setiap
manusia... memang tak boleh lari dari kesilapan... kan? Tapi... apa peluang
kedua tu wujud atau tidak?”
Usrah pada malam itu seolah-olah
buat aku tertanya.
Peluang kedua.
Perlu
ke aku beri dia peluang kedua?
“Cuba tanya diri sahabat semua, jika
seseorang itu menyakiti hati sahabat apa sahabat-sahabat sekalian beri kemaafan
untuk orang tersebut? Apa sahabat-sahabat beri peluang kedua untuk orang yang
menyakiti sahabat sekalian? Jika tidak... ternyata sahabat sekalian punya sifat
ego yang kuat. Ya mungkin orang itu buat hati sahabat-sahabat sakit yang tak
tertanggung. Tapi... Allah sendiri beri peluang kedua pada hambanya untuk
bertaubat, ampuni segala dosa-dosa hambanya. Kenapa sahabat-sahabat tidak dapat
berbuat demikian?”
Sentap.
Tapi... benda tu sangat menyakitkan
hati aku.
Tapi hati aku kuat menyatakan yang
rasa cinta aku untuk dia memang dah tak boleh tertanggung. Apa aku kena
mengalah macam pendapat J dulu? Atau aku harus perjuangkan cinta aku macam
pendapat Sally?
Aku buntu.
Antara aku dan Humairah... memang
Humairah lebih terbaik buat Yusuf dari aku.
Apa yang aku punya?
Aku jauh beza dengan Humairah.
Bagai langit dengan bumi.
“Zahra...
izinkan saya masuk?” Aku keluh kasar. Saat aku baru pulang dari usrah di surau
berhampiran rumah, si tetamu tak diundang dah terpacak berdiri di depan pagar
rumahku.
Aku buat tak nampak sebelum kunci
mangga. Wajah Yusuf aku pandang sekilas. Aku rindu wajah itu. Wajah yang tenang
bagi aku. Ternyata hati aku masih terkesan dengan apa yang dia luah tempoh
hari. Nikahi aku kerana simpati?
Sungguh, speechless.
Langkah aku atur masuk ke dalam
rumah. Bunyi guruh kedengaran sebelum rintik-rintik hujan turun.
“Zahra... bagilah saya peluang. Saya
tahu saya dah sakitkan hati awak,” aku mati langkah.
“Zahra, memang... saya nikahi awak
atas dasar simpati dan dalam masa yang sama saya nak jadikan Humairah sebagai
isteri saya. Saya tertarik dengan keperibadiaan dia sampai saya nak jadikan dia
isteri saya. Tapi... semakin lama saya kenal hati awak biar seburuk mana pun
sikap awak, saya dah mulai tertarik dengan peribadi awak yang tak hipokrit.
Tapi... saya was-was dengan hati saya sendiri. Apa saya ada rasa untuk awak
ataupun tak, antara awak dan Humairah... jujur saya akui yang hati saya lebih
memilih Humairah... tapi tu dulu.”
Aku ketap bibir.
“Saya
memang bodoh... saya tak pernah nampak kepayahan awak nak berhijrah. Saya tak
nampak setiap cacian yang awak hadap dengan masyarakat dan sekarang... saya
sedar yang saya dah mula cintakan awak. Bagilah saya peluang kedua, Zahra. Saya
nak awak... cuma awak,” aku atur langkah masuk ke dalam rumah.
Sungguh
apa yang Yusuf luah terkesan dalam hati aku.
Tapi
aku takut, aku takut andai hati aku terluka lagi.
Aku
tahu aku ego.
Pintu
aku kunci.
Aku
tanggalkan telekung sebelum hempas tubuh baring di sofa.
Aku
genggam erat tanganku sebelum air mataku mulai jatuh ke pipi.
Sakit.
Sungguh
sakit.
Aku
tenyeh mata, rasa mataku sedikit pedih. Mungkin sebab semalaman aku menangis,
aku dapat rasakan wajah aku dah sembab. Telefon pintar di atas meja aku sambar,
tepat pukul 3.30 pagi. Abah pernah pesan... kalau terjaga pukul 3 pagi tu
maknanya malaikat kejutkan kita untuk solat tahajud.
Aku bangkit dari duduk seraya sambar
telekung. Tiba-tiba fikiranku ligat memikirkan luahan Yusuf semalam. Aku tak
nak menaruh harapan. Takut hati aku hancur. Tiba-tiba terdetik dalam hati aku
nak buka pintu rumah. Tepat tekaanku, ternyata Yusuf masih berada di luar rumah
dalam keadaan hujan lebat.
Payung aku sambar sebelum buka kunci
mangga.
Wajah Yusuf yang dah tertidur aku
pandang sebelum duduk mencangkung.
Tubuhnya basah kuyup.
Setiap raut wajahnya aku teliti. Aku
suka senyuman Yusuf, senyuman yang buat aku rasa ada magnet. Mata bundarnya
yang redup. Kulitnya yang kuning langsat, rambutnya yang pacak.
Bibir aku ketap sebelum jari
jemariku dah mulai belai lembut wajahnya.
Aku nak Yusuf.
Aku nak cinta dari dia.
“Zahra...” aku tersentak.
Tanganku dah digenggam erat oleh
Yusuf.
Ada senyum yang terbit di bibirnya.
“Fatimah Az Zahra, saya minta maaf.”
“Asal kau tak balik lagi? Kalau kau
sakit macam mana? Tak nampak ke sekarang ni hujan lebat?”
Tubuhku dia peluk, erat.
Aku
kaku.
Payung
yang aku pegang terlepas dari tangan.
Tubuhku
mulai basah dengan hujan.
“Saya
minta maaf... saya minta maaf sakitkan hati awak Zahra. Saya tak sanggup nak
lukakan hati awak lagi, berikan saya peluang kedua Zahra. Berikan saya peluang
untuk jadi yang terbaik untuk awak dan anak-anak kita nanti,” aku dapat tangkap
suara Yusuf kendur.
Tanpa
aku sedar aku mulai mengogoi dalam pelukannya.
Aku
tak tahan.
Sungguh...
aku cintakan Yusuf.
Perlahan-lahan
dia lepas aku dari pelukannya. “Saya... minta maaf,” aku senyum.
“Menangis?
Huh?”
Yusuf
ketawa.
“Saya
cintakan awak,” luahnya sebelum bibir kami bersatu.
Aku
rasa kehangatan tu buat kali kedua.
Dah macam tamat tapi ada lagi ke entry? huhu nak agi.. best
BalasPadamada... just tak post lagi hehehe
Padam