AKU
LAHIR HASIL CINTA MAMA DAN ABAH
CINTA
ITU MEREKA BERI PADA AKU
TAPI,
KEBAHAGIAAN TAK SEMESTINYA KITA MILIKI
KEBAHAGIAAN
ITU HARUS DICARI
DAN
INI... INI CERITA AKU
“Ye! Memang... memang saya dah penat
dengan sikap abang yang entah apa pe ni. Penting sangat ke kerja tu dari keluarga
abang ni? Ha?! Tak payah fikir pasal sayalah, tu fikirkan pasal Citra tu. Ada
bapa tapi macam tak ada bapa! Dia dahagakan kasih sayang seorang ayah, abang
tahu tak?”
“Jangan rungsingkan keadaan Cempaka.
Abang tengah rungsing sekarang ni. Boleh tak...”
Aku nampak, mama cengkam erat kolar
kemeja abah. Aku nampak, mama mengalirkan air matanya buat entah ke berapa
kali. Aku hanya mampu melihat pergaduhan mama dan abah dari tingkat atas.
Patung beruang yang abah hadiahkan padaku jadi peneman.
“Jangan rungsingkan keadaan? Huh?
Abang tu yang rungsingkan keadaan ni! Abang yang jadikan benda ni complicated.
Atau... memang benar yang abang memang ada affair dengan anak ketua kampung tu?
Huh?”
Ternyata abah diam.
“Jawablah! Betul kan yang dia tu
perempuan simpanan...”
PANG!
Tamparan mengena tepat wajah mama.
Aku tercengang. Mama sentuh pipinya yang ditampar oleh abah. Pertama kali aku
lihat pergaduhan antara mama dan abah sebegini teruk. Aku lihat, mama tertawa.
Aku lihat, abah cuba menyentuh pipi mama tapi tangkas, mama mengelak.
“Sayang... abang, abang minta
maaf... abang tak sengaja.”
“Maaf? Hati cempaka dah sakit. Hati
cempaka hancur dengan sikap abang ni tahu tak?! Sanggup abang tampar Cempaka
sampai macam ni sekali? Cempaka dah penat abang! Dah penat! Cempaka dah penat
makan hati berulamkan jantung dengan sikap acuh tak acuh abang dekat kita
orang. Telinga Cempaka dah nak koyak dengar suara-suara mengata tentang abang
dengan anak ketua kampung tu.”
“Cempaka...”
“Jawab soalan Cempaka ni, betul atau
tidak yang abang dengan Fatihah tu dah bernikah?”
Abah kaku.
Diam seribu bahasa.
“Jawablah!”
“Abang minta maaf Cempaka.”
“Jadi betullah?”
Abah diam.
“Abang!”
“Abang boleh jadi pelindung untuk
Negara kita, untuk Cempaka dan untuk Citra tapi... alangkah bodohnya abang
sebab tak mampu nak lindung diri abang sendiri. Abang tak mampu nak lindung
hati abang, Cempaka. Abang minta maaf, duakan hubungan kita. Ragut kepercayaan
Cempaka terhadap abang.”
Dan saat itu, aku lihat mama
terdiam. Mama terduduk sebelum esak tangis mama kedengaran. Aku masih tak jelas
dengan keadaan itu tapi, aku tak tahu kenapa aku rasa sakit bila lihat mama
terseksa sampai macam tu sekali.
Abah duduk melutut di depan mama,
tubuh mama dia peluk, erat. “Cempaka... abang boleh berlaku adil dalam...”
“Ceraikan Cempaka!” Suara mama
bagaikan halilintar yang menyambar metafora alam. Wajah mama merah.
“Tak... abang tak akan ceraikan
Cempaka.”
“Buat apa abang nak simpan Cempaka
kalau Cempaka ni tak ubah macam anak patung hidup dalam rumah ni?! Cempaka
perlukan abang dan Citra perlukan ayahnya tapi... sanggup abang buat macam ni
dekat kita orang yang masih terkapai-kapai dekat rumah ni... kan? Siang malam
saya asyik fikirkan keselamatan abang tapi... apa yang abang buat dekat
belakang Cempaka? Abang ragut kepercayaan Cempaka!”
“Abang boleh jelaskan sayang. Abang
tak berniat nak duakan Cempaka tapi...”
“Tapi apa?!”
“Abang tak boleh kawal hati abang.
Abang takut abang cemarkan maruah keluarga kita. Abang terpaksa jadikan Fatihah
isteri kedua abang. Bukan niat abang nak duakan Cempaka. Tak, dan hati abang...
hati abang masih utamakan Cem...”
Mama bangkit dari duduk.
“Persetankan semua tu! Kalau Cempaka masih utama di hati abang... abang tak
akan buat macam ni dekat Cempaka. Kalau abang... kalau memang betul abang
cintakan Cempaka, lepaskan Cempaka. Bebaskan Cempaka, Cempaka tak nak hidup
dalam sangkar dunia ni lagi!”
Dan malam itu, malam terakhir aku
lihat wajah abah. Selama tujuh tahun aku hidup dengan limpahan kasih sayang
abah, akhirnya aku dan abah terpisah. Ya, sebab cinta abah ceraikan mama.
Selepas kejadiaan itu, mama bawa aku pergi dari rumah yang pernah menjadi bukti
cinta antara mama dan abah. Sungguh, aku cemburu dengan kanak-kanak seusiaku
yang punya kasih sayang seorang ayah, sedangkan aku? Semuanya hancur.
Aku mangsa.
Ya, mangsa keadaan. Dunia ni tak
kejam tapi, manusia yang berlindung di muka bumi ini yang membuatkan
persekitaran jadi kejam. Keadaan yang membuatkan manusia berfikiran bahawa
dunia ni kejam, padahal dunia tak bersalah apa pun.
PAP!
Aku
panggung kepala dari buku saat lantunan bola keranjang mengena tepat kepala
aku. Sakit tu aku tak kesah, yang aku kesah sekarang ni idea aku mati serta
merta! Dia berlari anak ke arahku seraya tangkas aku menyambar bola yang buat
aku mati idea. Credit thanks to budak yang tak pernah terputus fius.
“Bagi balik.”
“Nak?”
“Naklah mangkuk. Kau tak nampak apa
budak-budak lain tu tengah tunggu bola ni?”
Aku pandang sekumpulan budak lelaki
yang sedang memerhatikan aku. “Pompuan, cepatlah. Bagi balik bola tu dekat
aku.”
“Senang je kau kan? Kau dah buat
idea aku mati dan sekarang kau nak bola ni balik? Apa kau ingat senang ke nak
cari idea untuk tulis puisi aku ni?”
Ternyata dia tersengih. “Nanti aku
bagi baliklah idea kau, sekarang ni bagi balik bola tu, ye?”
“Kau ingat kepala aku ni keras ke
macam batu? Sakitlah, giler! Kalau aku kena gegaran otak macam mana? Kau nak
tanggungjawab?”
“Bro! Cepat sikit boleh tak? Aduh
nak feeling pulak petang-petang macam ni.”
“See... cepat bagi. Nanti lepas ni
aku belanja ice cream. Nanti tak adalah bergegar otak kau tu. Nanti gegaran tu
jatuh kat hati kau pulak.”
Akhirnya, bola terlepas dari tangan
aku. Pickup line... aku tak suka. Aku tak nak berharap dengan sesuatu yang tak
pasti. Aku tak nak persahabatan ni hancur kerana satu perasaan yang mulai hadir
dalam hati aku.
Aku tak nak, pisang berbuah dua
kali.
“NI
gaji untuk bulan ni, jangan nak pergi berjimba pulak. Faham tak, mama cakap
apa?” Aku angguk sambil pandang sampul surat yang mama hulur pada aku. Kerja
dengan mama taklah seteruk mana sementara aku nak tunggu tawaran sambung
belajar peringkat ijazah sarjana muda.
“Mama, Citra nak keluar petang nanti
boleh? Nak cari ilham.”
“Akak ni macam budak darjah satu je,
nak keluar pun minta izin dengan mak. Anak mak betullah,” aku pandang Mila yang
baru habis SPM. Kerja di kedai bunga sebagai pembantu aku.
“Sebab, sebagai seorang anak, apa
yang harus diutamakan ialah ibu bapanya. Awak tu datang dari mak awak. Kalau mak awak tak ada,
tak ada maknanya awak comel sampai macam ni, tahu tak?” Aku cubit pipi gebu
Mila. Menyeringai budak ni aku buat.
“Akak ni deep sangatlah, tak
payahlah nak deep sangat,” satu suara muncul dari belakang. Entah dari mana
datangnya mamat terputus fius ni, macam guna teleportasi pun ada jugak.
“Kamu nak keluar nanti take care.
Mama balik lewat sikit tau,” pesan mama padaku sambil betulkan selendangnya.
“Ok, mama.”
“Dan kamu, jangan nak bawa anak
makcik pergi berjimba,” tegas arahan dari mama pada si mamat terputus fius.
“Baiklah Puan!” Mama ketawa saat
Fikri buat tanda hormat pada mama.
Fikri alih pandangan pada aku.
Senyum nipis dia ukir sebelum hulur sekuntum bunga ros merah pada aku. “Suka
hati mak bapak kau je kan nak kacau bunga-bunga aku.”
“Eh, bunga ni aku ambil dari pasu
bunga mak aku eh. Sorry sikit nak kacau bunga terlarang kat kedai ni.”
Aku terdiam. Tanganku kembali ligat
menyusun gubahan bunga melur di dalam pasu, dibantu dengan Mila. Semakin kuat
perasaan tu, semakin susah bagi aku untuk bereaksi seperti biasa dengan Fikri.
Ya, perasaan yang aku hadirkan untuk dia.
“Siap!”
“Tak siap lagi, kejap,” dan sekuntum
bunga mawar merah, Fikri letak di tengah-tengah berpuluh bunga melur yang aku
dan Mila gubah. Aku tercengang. Sungguh, gubahan tu tampak indah pabila dihiasi
dengan mawar merah.
“Awak ni sweet sangatlah. Mesti ada
maknakan kenapa awak letak bunga mawar merah tu kat tengah?”
“Nak tahu tak apa maksud dia?”
“Mestilah Mila nak tahu,” dan saat
itu mata aku dan Fikri saling bertatapan antara satu sama lain.
“Cinta tu, kita tak boleh nampak.
Tapi... kita boleh rasakan kehadiran cinta yang kita tak nampak tu. Bila dua
hati bersatu, akan hadir satu perasaan yang mereka cipta dan bina bersama. Bila
cinta mekar di antara dua insan tu, keindahan akan tercipta. Sama macam bunga
ni. Mawar merah yang melambangkan keteguhan cinta di antara dua insan,”
ujarnya, senada.
Seketika kemudiaan, masa bagaikan
berhenti buat seketika waktu. Kata-kata yang terbit dari bibirnya tampak
ikhlas.
“Pompuan, kau boleh tak jangan
renung aku macam tu sekali. Aku tahulah aku ni gula, kau tu semut...”
“Oh pleaselah Fikri. Nak termuntah
tahu tak?”
“Tak tahu.”
“Dahlah, pergilah balik. Menyemak je
dekat sini, aku nak buat kerja pun tak senang.”
Fikri ketawa, sinis. “Menyemak ni
jugak yang kau akan rindu, kan?”
Aku mengeluh, kasar. Dua orang
pelanggan mulai datang dan kerja aku mulai berjalan seperti biasa. Ayat Fikri
tentang gubahan bunga melur putih tadi masih terngiang-ngiang di gegendang
telingaku. Sungguh, ayat-ayat yang aku dapat tafsirkan dia boleh guna untuk
confess dekat orang yang dia cinta.
RINTIK-RINTIK HUJAN membasahi
metafora alam lagi pada petang itu. Kaki lima kedai jadi tempat aku berteduh
sambil menunggu hujan reda. Tanganku ralit menulis di atas buku puisi. Mujur,
Encik Ganesh tutup kedai dia hari ni. Boleh jugak jadi port aku duduk dengan
gelagat dan ragam manusia yang cuba berlindung dari hujan.
RINDU
RINDU AKU PADA KAMU TAKKAN PUDAR
WALAU KAMU DI TIMUR AKU DI SELATAN
AKU TAK AKAN PERNAH LUPA KENANGAN
KITA
KERNA
“Kerna hati aku hanya untuk kamu,”
tanganku mati dari menulis di dalam buku. Aku pandang Fikri yang duduk
bersebelahan denganku. Ternyata dia sedang ralit membaca setiap bait perkataan
yang terbit dari hati aku.
Aduh, kenapa kena mata? Kenapa tak
hidung ke bibir ke rambut ke? Kenapa kena mata juga yang buat aku kaku? Sudah,
Fikri tersenyum manis ke arahku sebelum buku puisiku dia tarik.
“Kau jangan tengok apa yang aku
tulis. Aku rasa kau dah lupa dengan perjanjian kita tentang buku ni... kan?”
Aku tersentak. Dia pandang aku
semula.
“Kan Citra?”
“Err... apa?”
“See... kau tak fokus. Kau asyik nak
renung aku je. Aku syak yang kau...”
Dia kecilkan mata pada aku. “Apa?”
“Kau suka aku... kan?”
“Ish, apa kau merepek ni. Bak buku
tu balik.”
“Tak. Buku ni milik aku jugak.”
“Fikri!”
“Kalau kau suka dekat aku kau kena
terus terang, takut ada orang lain kebas aku, aku tak tahu.”
Aku terkaku, terdiam seribu bahasa.
“Aku nampak dalam mata kau, Citra.
Cuba pandang langit tu, kelam... kan?”
Aku menurut. Pandang langit yang
mendung dengan rintik-rintik hujan. Ya, aku tahu apa yang dia cuba maksudkan.
Mendung yang mama pernah hadapi 14 tahun yang lalu, saat mama dan abah
bercerai.
“Kau nak hati kau mendung macam tu
ke Citra? Kita tak boleh menidakkan perasaan yang tuhan bagi dekat kita,” dan
seketika, mata kami bersatu.
Aku speechless.
SEJAK hari
itu, aku dah jarang berhubung dengan Fikri. Tipulah kalau aku tak
tertanya-tanya ke mana dia menghilang. Tak ada lagi manusia yang suka buat
pickup line depan aku. Tak ada lagi manusia yang suka buat kerja mengarut depan
aku. Nak diluah dalam buku puisi, buku tu Fikri dah ambil.
Entah macam mana aku boleh lupa
tentang buku tu. Buku kepunyaan aku dan Fikri dan perjanjiannya, saat aku
menulis di helaian tengah bermakna yang buku itu harus berpindah milik. Tapi,
aku dah langgar perjanjiaan tu. Takkan sebab buku tu kot?
“Fikri tak datang ke Citra?”
“Tak, mama. Dia busy... kot,” ujarku
sambil menyusun beberapa jambak bunga.
“Sejak dua menjak ni mama dah jarang
nampak dia datang kedai. Kau...”
“Mama, dah pukul 4 petang dah ni.
Bukan mama nak jumpa pemborong ke? Takut mama lewat pulak,” cepat-cepat aku
ubah topik. Tak nak fikir tentang Fikri, dia mana fikir tentang perasaan aku.
Nak fikir pasal orang lain buat apa?
Aku pandang mama, mama pandang aku.
Nampak yang mama nak penjelasan dari aku. Macam mana aku nak jelaskan kalau aku
pun tak tahu situasi sebenar. “Yelah, mama pergi dulu. Jaga diri tau.”
Aku sekadar tersenyum sambil
mengangguk pada mama.
Seketika kemudiaan, suasana kedai
jadi begitu sepi bagi aku. Aku keluarkan iPhone 5s dari poket seluar. Hampa.
Tak ada mesej mahupun panggilan dari Fikri. Tanganku mulai ligat mencari nama
Fikri di dalam senarai contact list, dan saat nama itu tertera di depan mata.
Jari telunjukku teragak-agak menyentuh butang panggilan.
Keluhan berat aku lepas, iPhone 5s
kembali aku letak ke dalam poket. Aduhlah Citra, baru seminggu kot. Hampeh
betullah.
“AKAK!”
Aku panggung kepala dari laptop saat Mila tercunggap-cunggap ke arahku. Macam
kena kejar hantu pun ada jugak, muka bukan main merah.
“Kenapa Mila? Cuba calm down dulu.”
Mila menurut sebelum tarik tangan aku menuruni anak-anak tangga kedai dua
tingkat ni.
“Kenapa ni? Aduh.”
“Orang yang akak tunggu dah datang,”
aku kerut dahi.
“Apa...”
Aku mati kata saat melihat tiga
figura di hadapanku. Kaku. Syukur mama tak ada dekat kedai. Orang yang aku
rindu, abah. Aku alih pandangan pada Fikri dan... seorang gadis yang aku
anggarkan sebaya aku.
“Citra...”
“Abah?”
“Ya Allah, Citra anak abah,” abah
peluk erat tubuh aku. Aku kaku.
Tercengang.
Aku nampak Fikri sedang tersenyum ke
arahku. “Abah...”
Abah lepaskan aku dari pelukannya.
“Sayang, kamu dah besar. Maafkan abah buat hidup kamu terseksa. Maafkan abah.”
Abah kucup dahi aku bertalu-talu, aku masih kaku saat air mata mulai turun dari
tubir mataku.
Terasa sesak di jiwa aku.
Sungguh, aku rindu abah.
“Abah minta maaf...”
“Citra... dah lama maafkan abah dan
Citra tak pernah berdendam dengan abah,” tuturku sebelum senyuman abah mulai
mekar di bibir tuanya.
“THANKS,” ujarku
pada Fikri yang sedang duduk menulis sesuatu di dalam buku yang aku rindu. Tin
minuman Pepsi aku hulur pada dia seraya dia sambut. Bunyi gas kedengaran saat
dia membuka penutup tin.
“No beggie sis. So, macam mana hidup
seminggu tanpa aku? Tak rindu?”
“Macam mana kau boleh jumpa abah
aku?”
“Abah kau kan tentera...”
“Macam mana kau tahu?”
Fikri jentik kuat dahi aku sebelum
tersenyum sinis. “Boleh tak bagi aku chance jelaskan?”
Aku buat muka. “Seminggu tu aku
pergi interview dekat Jabatan Tentera Udara, lepastu after interview, Kapten
yang interview aku tu ajak aku pergi minum memandangkan aku calon yang
terakhir. Masa minum dekat office dia tu, aku ternampak gambar kau masa jadi
budak hingusan. Abah kau sebiji macam kau, sporting sangat.”
“Tapi kakak tiri kau cantik kan?”
Aku tongkat dagu sambil bagi
jelingan dekat Fikri. Dalam masa yang sama, berterima kasih yang tak terhingga
dekat budak terputus fius ni sebab jadi penawar untuk aku. Biarpun masa yang
singkat untuk aku hilangkan rasa rindu tu.“So... kau memang nak jadi tenteralah
ye? Tak nak sambung study lagi ke?”
“Nampaknya macam tulah, hati aku
lebih ke arah ni. Lepas ni dah tak adalah orang nak jaga kau lagi... kan?”
“Aku boleh jaga diri aku sendirilah.”
“Oh ya?”
“Ye!”
Fikri ketawa. Aku dah mulai rasa
seriau tengok dia tiba-tiba ketawa. Tak tahulah apa yang lawak sangat. “Hey...
sebelum aku jadi airforce... would you be mine? Sehidup semati dengan aku,
selamanya?”
Aku kaku.
Bagaikan masa terhenti buat seketika
waktu.
Confession ke?
Fikri confess aku ke?
“Citra...”
Diam.
“Diam tanda setuju kan?”
“Err...”
Aku buang pandangan pandang ke
tempat lain. Kaku. Sungguh, confession yang Fikri buat untuk aku diluar dugaan.
Hati aku bercampur baur sebab aku tahu, sungguh pun aku terima akan ada satu
penghalang yang terjadi antara kami. Ya, penghalang.
“Kalau aku dah pass interview tu, aku
akan hantar rombongan meminang untuk kau. Aku tak akan biarkan diri aku
terlepas dengan bunga yang aku dah pilih.
Walau kita akan terpisah jauh, sekurang-kurangnya hati aku tak akan
merintih sebab kau dah jadi milik aku walau hanya diikat dengan tali pertunangan,”
ujarnya, senada.
Aku pandang dia dan ternyata dia dah
tersenyum manis pada aku. Senyuman yang aku suka. Senyuman yang tak pernah
lekang dari bibirnya. Tanpa aku sedar, tergaris satu senyuman di bibirku.
“AIRFORCE?!” Aku
gigit bawah bibir saat suara mama dah naik satu oktaf. Mama memang pantang
dengan perkataan tu. Trauma atau tak mahu kenangan lama berulang dua kali,
mungkin.
“Ye, Cempaka. Sebab tu, sebelum dia
pergi. Dia nak menyunting bunga yang belum dipetik orang ni,” ujar ibunya
Fikri.
“Anak kami boleh jaga anak kamu ni
Cempaka, saya sebagai ayahnya yakin. Yakin sangat. Lagipun, bukan kamu tak
kenal dengan Fikri tu. Kamu kenal dia dari kecik, dah masak sangat dengan
perangai dia... kan? Citra ni pun, kami dah anggap macam anak sendiri dah,” tambah
ayahnya Fikri, tambahkan keyakinan mama.
Mama diam. Anak matanya menikam
tepat anak mata aku yang sedang memandangnya. Tiada senyuman di wajah mama
seperti biasa. Ya, aku tahu jawapan mama. Dah lama aku tahu jawapan mama cuma
aku masih berdegil.
“Macam mana dengan keputusan awak
Cempaka? Budak berdua ni dah suka sama suka, elok sangatlah kita satukan dia
orang ni. Takut orang mengata pasal dia orang pulak,” ibu Fikri cuba meyakinkan
mama lagi.
Aku nampak mama mengeluh. Aku
genggam kedua belah tangan, bayangan Fikri mulai terlintas di mindaku. Bayangan
saat dia ingin menyunting aku sebagai yang halal buat dia.
“Maafkan saya Raziq, Maria. Saya
terpaksa tolak pinangan ni. Saya tak nak anak saya terabai saat Fikri pergi.
Keputusan saya ni berdasarkan kebaikan mereka berdua. Fikri boleh teruskan
impian dia dan Citra, Citra tak akan hidup kesunyiaan tanpa suami di sisinya.
Maafkan saya.”
Saat mama menuturkan keputusannya,
tanpa aku pinta air mataku jatuh. Sungguh, hati aku rasa sakit. Sakit sangat.
Memang dunia tak kejam tapi, keadaan yang menjadikan semuanya kejam.
“MAKCIK! Saya
boleh jadi pelindung dan pembimbing untuk anak makcik. Saya janji dengan makcik
saya tak akan sakitkan hati dia. Saya tak akan duakan dia. Saya tak akan buat
dia rasa kesunyiaan dengan ketiadaan saya. Saya tak akan biarkan semua tu
terjadi dekat Citra, makcik. Tolong, izinkan saya jadi pelindung untuk Citra?”
“Kamu tak faham ke makcik kata apa?
Ha?! Pinangan kamu makcik tolak. Makcik tak nak bermenantukan kamu. Masa kamu
nanti akan habis dengan kerja je, macam mana dengan hidup Citra dan anak-anak
kamu nanti? Kalau betul... kamu cintakan Citra, tinggalkan dia. Dahlah, pergi
balik.”
“Tak. Saya tak akan balik selagi
makcik tak terima saya untuk jadi pelindung Citra.”
“Suka hati kamulah! Keputusan makcik
tetap tak berubah.”
PANG!
Bahuku terhinggut saat mama
menghempaskan pintu. Jelas wajahnya merah dengan bibir yang dia ketap. Matanya
menikam tepat anak mata aku. Luluh hati ini saat melihat figura Fikri yang
masih berada di luar dalam keadaan hujan lebat. Fikri punya antibody yang
lemah.
“Mama...”
“Keputusan mama muktamad Citra,”
ujar mama, senada sebelum langkah dia atur naik anak-anak tangga.
Tangan aku genggam, erat. Bibir aku
ketap dengan dada yang menyesak jiwa aku. Berombak bagaikan badai yang
mengganas. Aku bangkit dari duduk seraya buka pintu rumah. Ternyata dia masih
berdiri kaku dengan keadaan basah kuyup, lantas langkah aku atur ke arahnya.
“Citra...”
“Maafkan aku, Fikri. Maafkan aku.”
Senyum dia ukir pada aku sambil
genggam erat geriji rumah. “Tak, kau tak salah apa-apa pun. Keadaan yang buat
kita macam ni. Kau tunggu ye, aku tak akan lepaskan kau. Aku akan usahakan yang
terbaik supaya mama terima aku sebagai pelindung dalam hidup kau.”
Aku terkedu dan air mata mulai turun
membasahi pipi aku. Ternyata dia masih mampu tersenyum walau aku tahu, peluang
untuk mama terima tak akan ada melainkan keajaiban. “Fikri...”
“Hey... janganlah nangis. Aku akan
selalu ada untuk kau. Selamanya...”
“Aku sayangkan kau. Aku tak nak
tengok kau sakit, please... baliklah.”
“Kau kena janji dengan aku... baru
aku balik.”
“Ye, aku akan.”
“Janji?”
Jari kelingking dia hulur pada aku,
aku hulurkan jari kelingkingku padanya. Tanda janji di antara kami berdua. “Kau
hanya milik aku, seorang.”
Aku pandang dia, dia pandang aku.
“Citra, janji?”
Ternyata bibirku tak boleh nak
berkata-kata lagi.
“MAMA... tolong
pertimbangkan keputusan mama. Ni untuk masa depan Citra mama, please?” Mama tak
endahkan rayuan aku. Tangannya ligat menekan kalkulator. Sungguh, mama memang
betul-betul tak nak aku dan Fikri bersatu hanya disebabkan Fikri nak jadi
tentera udara, persis seperti abah dulu.
“Mama tak sayangkan Citra...”
“Sebab mama sayanglah, mama tolak
Citra! Mama tak nak kamu rasa apa yang mama pernah rasa dulu. Ditinggalkan
suami, diduakan oleh orang yang kita cinta. Kepercayaan yang kita bagi dia
orang buang macam sampah! Sakit Citra. Sakit rasanya. Mama sayangkan kamu, mama
tak nak kamu lalui apa yang pernah mama lalui dulu. Kalau kamu nak sangat Fikri
menikah dengan kamu, suruh dia lupakan cita-cita dia.”
Aku kaku.
Bungkam.
“Bagi dia pilihan...”
Aku duduk, melutut di depan mama.
Mama mati kata. “Tu impian dia dari dulu mama, dah banyak kali dia pergi
interview tapi tak dapat. Kali ni dia dah lulus. Citra tak sekejam tu.
Pleaselah mama, dia masih berharap dengan keputusan mama. Dia tak sama macam
abah. Citra yakin dia boleh jadi pelindung untuk Citra. Tolonglah, mama,”
pandangan aku kabur dengan air mata yang semakin lebat turun ke pipi. Mama tercengang
melihat aku sanggup duduk melutut di depannya.
“Mama... Citra merayu dekat mama.”
Mama terduduk di depanku seraya
tarik aku ke dalam dakapannya. Rambutku dia elus, lembut. Aku terus mengogoi
dalam pelukan mama.
“Sayang... cinta tu tak boleh dibeli
dengan masa. Cinta tu bila-bila masa boleh berubah. Bila-bila masa cinta yang
kamu beri dekat orang yang kamu cinta tu boleh dibuang macam sampah. Akan tiba,
satu saat nanti kamu faham kenapa mama buat macam ni. Mama mengaku mama memang
kejam dengan kamu berdua. Tapi mama buat sebab mama sayangkan Citra.”
Aku pejam mata. Kata-kata mama
bagaikan belati yang menikam tepat hati aku yang luluh. Kenapa dalam hidup ni
tak ada keadilan? Kenapa susah sangat nak berikan keadilan kepada yang tak
bersalah? Aku buntu.
FIGURA berwajah
pucat itu berjalan menghampiriku. Lelaki dengan t-shirt putih didalam
dipadankan dengan kemeja kotak-kotak berwarna hitam itu tersenyum ke arahku.
Aku balas senyumannya. Seolah-olah tak ada yang berlaku di antara kami berdua.
“Hey, kenapa tiba-tiba je ajak aku
naik bukit ni?”
Aku hembus udara yang segar di atas
bukit yang jadi titik permulaan pertemuaan aku dan Fikri. Entah dia masih ingat
ke tidak?
“Saje, nak imbas memori silam.”
Dia ketawa sebelum duduk di
sebelahku. Seketika kemudiaan, suasana senyap. Fatamorgana alam menghiasi bukit
yang lenggang ini. Bunyi kicauan burung bagaikan irama berlagu.
“Aku ingat tempat ni. Tempat bila
budak perempuan yang aku tak kenal sesat dekat bukit ni. Aku jumpa budak tu
dekat atas bukit ni, sedang menangis, eh bukan menangis tapi meraung. Rupanya,
budak tu jatuh dan dia tak boleh turun bukit ni sebab kaki dia luka. Aku tolong
budak tu, piggyback bawa dia balik rumah aku. Nasib baik ringan. Sejak
haritu... budak tu suka ikut ke mana je aku pergi. Rimas jugaklah tapi
lama-lama aku faham kenapa dia suka ikut aku. Sebab antara kita memang ada
connection antara satu sama lain... kan? Citra?”
Aku angguk. “Budak lelaki dengan
budak perempuan tu jadi sahabat baik hingga mereka dah meningkat remaja, budak
perempuan tu dah mulai suka dan rasa sayang dekat budak lelaki yang selamatkan
dia.”
Seketika mata aku dan Fikri saling
bersatu. “Budak lelaki tu nak jadi pelindung untuk budak perempuan tu. Bila dia
orang dah meningkat dewasa, budak lelaki tu mulai ada keberanian untuk sunting
budak perempuan tu tapi... hubungan mereka tak direstui.”
Suasana jadi senyap buat seketika.
Aku kembali pandang keindahan alam di atas bukit. Angin sepoi-sepoi menampar
hebat pipi aku.
“Citra,” aku pandang Fikri.
Lama.
Raut
wajahnya tampak serius, tak seperti kebiasaannya.
“Jom, kahwin lari?”
Aku kaku.
“Aku nak kau, aku tak nak orang lain
rampas kau dari aku. Aku...”
“Jangan jadi bodoh boleh tak? Sampai
bila-bila pun kita tak akan pernah bersatu. Kau kena terima takdir hidup kita,
Fikri! Mengalahlah, restu ibu bapa tu lebih penting. Kalau ya pun kita kahwin
lari, hidup kita tak akan berkat Fikri. Aku dah penat dengan semua ni dan...
aku minta maaf sebab langgar perjanjian kita. Persetankan perjanjian tu! Aku
bukan milik kau, aku akan jadi milik orang lain. Kau kena...”
Fikri bangkit dari duduk. “Tak!”
Aku turut bangkit dari duduk. “Aku
cintakan kau. Aku tak akan biarkan orang lain rampas kau dari aku. Kau milik
aku, selamanya. Sampai mati. Aku dah fikir yang terbaik Citra, aku akan buang
impian aku sebab impian utama aku cuma nak kau. Nak jadi pelindung dan
pebimbing untuk kau.”
Sungguh, wajahku mulai terasa
bahang. “Kenapa kau ni bodoh sangat ha?! Impian kau nak jadi tentera udara tu
dari dulu Fikri. Apa kau lupa setiap usaha yang kau buat untuk capai cita-cita
kau? Kau sanggup bertungkus lumus masuk science stream, masuk bidang
kejuruteraan semata-mata nak jadi seorang airforce. Tolonglah fikir
betul-betul. Takkan sebab perempuan macam aku ni kau sanggup korbankan
semuanya?!”
Ternyata dia tercengang, tak mampu
nak berkata apa-apa.
“Fikir tentang masa depan kau Fikri.
Masa depan yang kau dah berjaya cipta atas usaha kau selama ni. Aku yakin yang
kau akan jumpa seseorang yang jauh lebih baik dari aku. Kau orang yang baik
Fikri, aku yakin itu,” tambahku.
Buat pertama kalinya, aku nampak air
matanya jatuh. Sungguh, luluh hati ini saat melihat air matanya yang jatuh. “Impian
dan cita-cita aku... nak jadi pelindung untuk kau juga Citra. Aku tak akan
bahagia... kau kebahagiaan aku. Kita usaha lagi, boleh kan?”
Aku diam. Tak betah nak pandang muka
dia lagi.
“Jawab Citra, kita usaha lagi...”
“Tak!”
“Kenapa?”
Diam.
“Kenapa Citra?! Ja...”
“Sebab aku sedar yang aku tak
cintakan kau! Hati aku? Hati aku menipu. Sebab aku tak nak kau rasa kecewa kena
tolak dengan aku. Aku tak pernah ada hati untuk kau Fikri. Kau yang perasan
selama ni! Kau tanya kenapa? Sebab aku tak akan nikahi orang yang aku tak cinta
sebab aku tak akan bahagia! Kau faham tak?! Jelas!”
“Citra, kau cakap macam ni sebab kau
nak sedapkan hati kita berdua kan? Tapi hakikatnya kau yang sakit... kan?”
“Aku cakap benda serius Fikri!”
Fikri kesat kasar air matanya
sebelum tertawa sinis. “Habistu apa yang kau tulis dalam puisi ni? Ha?!” Fikri
buka helaian tulisan-tulisanku sebelum dia berhenti menyelak di helaian tengah.
PLATONIK DI ANTARA AKU DAN ENGKAU
AKAN AKU SIMPAN ENTAH SEBERAPA LAMA
YANG MUNGKIN
AKU TAKUT PERSAHABATAN KITA AKAN MUSNAH
ANDAI AKU BERKATA PADAMU YANG ADA
CINTA UNTUK KAMU
“Bukan kau je sahabat...”
“Masih nak berdolak-dalih ke Citra
Humairah?” Helaian tersebut dia tunjukkan pada aku. Ya, aku tak boleh nak
menipu saat ada foto aku dan Fikri terlekat di helaian yang sama. Apa aku nak
buat?
“Bait perkataan yang tertulis ni,
aku yakin ni untuk aku. Kan Citra?”
Diam.
“Kenapa kau diam?! Dah bisu ke ha?”
“Mama dah tolak pinangan kau Fikri,
kau kena terima. Keputusan mama dah muktamad. Aku tak nak kau korbankan
cita-cita kau sebab aku. Aku tak nak kau buta kerana cinta, Fikri.”
“Dan tak boleh ke aku jadi pelindung
untuk kau? Kenapa susah sangat mama kau nak terima aku? Kenapa kau sanggup
makan hati berulamkan jantung sedangkan hati kau... hati kau tu menyesak hebat
apa yang dah berlaku. Hati kau luluh Citra! Hancur! Aku kenal kau bukan sehari
dua. Lebih dari 10 tahun aku kenal kau! Aku dah tahu setiap perasaan yang kau
hadapi. Kenapa... kenapa kau sanggup korbankan perasaan yang kau hadirkan untuk
aku? Kenapa!”
“Sebab mama aku lebih penting dari
kau! Sudahlah, aku menyerah. Kau carilah orang yang kau nak lindung, yang lebih
baik dari perempuan depan kau ni. Selamat tinggal. Aku doakan kejayaan kau
walau di mana pun kau pergi,” ujarku sebelum langkah aku atur tinggalkan dia.
Air mata akhirnya turun dari tubir mata aku.
“So, macam ni pengakhiran kita? Huh?
Fine! Anggap antara kita tak ada apa-apa. Aku pun akan doakan setiap
kebahagiaan kau dan aku... aku akan lenyapkan memori antara kita berdua.”
Sungguh... kata-katanya lumatkan
hati aku. Jantung aku bagaikan berhenti berdetik buat seketika waktu. Memori
antara kami berdua... aku tak akan lenyapkan. Sampai bila-bila.
LAPAN
TAHUN KEMUDIAAN...
TANGANKU laju
menari-nari di atas papan kekunci. Staff mulai berpusu-pusu keluar dari pejabat
memandangkan jam menunjukkan angka 5.30 petang. Masa untuk pulang sementelah
aku masih duduk di depan komputer untuk menyambung pekerjaan yang sepatutnya
dihantar dua minggu lagi.
Sengaja, nak sibukkan diri dengan
pekerjaan sementelah ada suara-suara sumbang yang mulai mengata pasal status
aku. Aku peduli apa? Aku tak pernah kacau rumah tangga orang pun, buat apa nak
peduli dengan dia orang. Biasalah, manusia. Memang tak akan terlepas dari
perasaan tak puas hati.
iPhone 5s bergetar di atas meja, aku
pandang sekilas. Panggilan dari mama. Lantas punat hijau aku sentuh sebelum aku
jawab panggilan mama. Salam mama aku jawab.
“Malam ni mama tak masak tau, kita
makan kat luar jelah, ye?”
“Apa je untuk mama yang ku cinta,”
aku dengar mama tergelak dalam talian. Nampak, mama dah bahagia sementelah aku?
Kebahagiaan aku hanya bila mana mama nampak bahagia di depan aku. Mama...
segala-galanya biar hati aku masih tertanya-tanya tentang dia yang dah pergi.
AKU sedar,
pandangan mama pada aku lain macam dan aku yakin ada sesuatu yang dia nak cakap
dekat aku. “Citra...”
Aku panggung kepala, pandang mama
yang duduk bertentangan denganku. “Ye, mama?”
“Mama tengok, Citra ni dah jadi
pendiam. Suka menyendiri, bercakap pun benda yang penting je. Sampai bila anak
mama nak jadi macam ni?”
Aku ukir senyum, paksa. “Yeke? Citra
macam biasa jelah, mama ni.”
“Lapan tahun dah berlalu sayang,
kamu masih ada perasaan untuk dia ke?”
Aku diam, minuman aku teguk sebelum
aku pandang wajah mama. Tangan aku mama capai sebelum digenggam, erat. Aku
dapat rasakan kehangatan mama yang tak seberapa. “Dia dah pergi jauh mama.
Citra pun tak tahu keadaan dia sekarang. Kenapa mama tiba-tiba nak cakap pasal
Fikri ni?”
“Tak tahulah, tiba-tiba teringat
dekat budak tu.”
“Eh, tarikh nikah Mila bila eh? Dah
nak kahwin dah budak bertuah tu... kan?” Aku ubah topik sambil buat-buat gelak.
Aku kalau boleh tak nak ada orang cakap pasal Fikri lagi. Masih tersentak saat
dia kata dia akan lenyapkan setiap memori antara kami berdua.
“Ermm... mama sebenarnya nak
kenalkan kamu dengan seseorang. Tu tujuan mama yang sejujurnya.”
Senyuman aku mati. “Assalamualaikum,”
aku panggung kepala, pandang tiga figura yang mengambil tempat di tempat kami.
Seorang lelaki berkemeja coklat duduk bersebelahanku sementara seorang figura
sebaya mama duduk bertentangan denganku. Figura lelaki berkemeja belang hitam
putih duduk di sebelah isterinya, mungkin?
Aku kembali memandang mama, cuba
untuk minta penjelasan pada mama. Tak ada angin tak ada hujan apa kes orang
asing ni tiba-tiba approach kita orang?
Mama mulai kenalkan mereka padaku. Aku
hanya buat dengar tak dengar aje sebelum lelaki yang duduk bersebelahanku
memberi salam pada aku. Aku menjawab salamnya, senada.
“Halfie Adam dan awak... Citra kan?
Citra Humairah?” Aku tercengang, dan aku tak tahu mama bagi tahu apa lagi dekat
keluarga ni. Aduh mama!
SEMENJAK makan
malam dengan keluarga Halfie, merangkap kawan baik mama aku jadi tak senang
duduk. Ya, memang aku tak senang duduk kerana saat itu juga ayah Halfie
menjelaskan keadaan yang sebenarnya pada aku. Ya, Halfie pilihan mama.
Aku? Aku tak ada pilihan lain
melainkan terima apa yang mama rasa terbaik untuk hidup aku kerna pilihan aku
masih dia. Ya, dia. Fikri.
“Mama dah suruh Halfie temankan
Citra tau, hari perkahwinan Mila nanti. Nanti tak adalah Citra terpinga-pinga
tak ada teman... kan?” Aku terbatuk-batuk saat mama menyatakan hal yang tak
sepatutnya aku dengar.
“Citra boleh pergi sendirilah mama.
Tak payahlah susahkan dia,” ujarku, senada. Ada sedikit rasa tak puas hati bila
mama buat keputuan sesuka hati dia, tanpa berbincang dengan aku.
“Takpelah. Lagipun dia tengah cuti
dan kamu pun boleh kenalkan dia dengan Mila,” ujar mama. Aku gigit bawah bibir
sebelum hirup teh panas. Beg sandang aku sambar seraya bangkit dari duduk.
Tangan mama aku kucup, lembut.
“Citra pergi dululah,
Assalamualaikum.”
“Waalaikumusalam.”
SUASANA di
dalam kereta begitu kekok bagi aku. Buat pertama kali, aku keluar berdua dengan
Halfie. Aku perasan yang di antara kami tak ada chemistry. Tak ada! Kosong. Aku
cuma mampu dengar minatnya terhadap photographer dan pekerjaannya sebagai
seorang peguam.
Pandangan aku alih pada deretan
kenderaan dan kedai di kaki lima. Pelbagai ragam manusia yang kelihatan. Aku
tersenyum, entah kenapa memori antara aku dan dia tiba-tiba terlintas di memori
aku. Namun, senyuman itu mati saat lagu di radio berkumandang. Lagu Semua
Tentang Kita dari Peter Pan buat hati aku terdetik pilu.
Sungguh, lagu ni...
“Kau dengar lagu apa wei? Dengar
lagu tak ajak!” Fikri usap belakang kepalanya yang aku hempuk dengan beg
sekolah.
“Kau nak apa pompuan?” Aku duduk
bersebelahan Fikri.
“Nak dengar lagu yang kau dengarlah.
Aduh!” Fikri senyum sebelum sumbat earphone pada aku. Seketika, keadaan jadi
senyap.
Masing-masing menghayati lagu yang
berkumandang di gegendang telinga. “Citra...”
Aku pandang Fikri yang menyeru
namaku. Ada senyuman terbit di bibirnya. “Ada cerita tentang kita. Saat kita
berduka, saat kita bersama. Walau apa pun yang terjadi, aku janji yang aku tak
akan tinggalkan kau. Kau pun... kena janji dengan aku sampai bila-bila pun
persahabatan antara kita akan tetap berkekalan walaupun kita berdua bina
keluarga yang berbeza nanti, ye?”
Aku gigit bawah bibir saat memori
itu terlintas di minda. Automatik, jari telunjukku menukar siaran radio. “Kenapa?
Awak tak suka lagu tu ke?”
Diam.
“Citra... awak memang pendiam ke
dari dulu?”
“Saya memang macam ni. Kenapa? Awak
tak boleh nak terima keadaan bakal isteri awak ni ke?” Sarkastik dari aku. Dia
pandang aku sekilas sebelum kembali fokus dengan pemanduannya. Ada senyum nipis
terbit di bibirnya menampakkan lesung pipitnya yang dalam.
“Masing-masing punya kisah yang
tersendiri Citra. Manusia memang tak pernah lari dari memori silam. Saya yakin,
awak pun mesti punya kenangan yang awak tak boleh lupa, ye kan?” Aku tak tahu
kenapa tapi, aku tahu yang pilihan mama ni memang terbaik.
“Awak tak kesah ke? Kalau hati saya
masih milik orang lain? Awak yang akan sehidup semati dengan saya nanti. Bukan dia.
Awak pilihan mama sedangkan dia... mama tolak pinangan dia,” suara aku mulai
kendur. Aduh, mesti solekan yang tak seberapa ni akan cair.
“Citra...
saya cakap ni sebagai seorang kawan kepada kawannya. Saya hormat dengan apa je
keputusan awak tentang kita. Awak tu tunang saya Citra, apa pun keputusan awak
saya akan terima apa seadanya. Saya akan bantu awak. Walaupun saya tak tahu
situasi sebenarnya, saya akan tetap bantu awak. Saya tak nak awak terlambat,
saya tak nak awak lalui apa yang saya pernah lalui dulu.”
“Halfie...
awak buat saya terharu.” Halfie ketawa halus.
“Awak
jangan nak nangis kat sini eh, cantik dah. Awak nangis nanti, mesti makeup tu
cair,” dan aku turut tertawa biarpun aku rasa lawak dia lawak hambar. Sebab
dia... bukan Fikri, si terputus fius.
“AKAK!” Belum
sempat aku hampiri Mila, dia dah tarik aku dalam dakapannya. Sungguh, Mila
tampak ayu dengan gaun pengantinnya berwarna putih. Halfie bersalaman dengan
suaminya Mila seraya mengucapkan tahniah atas perkahwinan mereka. Aku tumpang
gembira dengan perkahwinan mereka.
“Ish, sekarang ni susah sangatlah
Mila nak jumpa akak. Akak busy memanjang je,” aku cubit pipi gebu Mila. Comel
je.
“Maaflah, akak dah cuba cari masa
untuk jumpa kamu. Tapi, masa cemburu dengan kita,” alasan tak munasabah bagi
dia. Matanya mencerlung ke arah Halfie yang berdiri bersebelahanku.
“Assalamualaikum, saya Halfie.” Halfie
sedikit menunduk pada Mila. Tanda hormat.
“Not bad, akak. Tunang? Ke kekasih?”
“Ye, tun...”
“Kawan. Kita orang cuma kawan... kan
Citra?”
Aku tercengang. Kawan? Dia cuba
menyembunyikan kebenaran ke?
“Just joking. Kita orang dah tunang,
sebulan.”
Mila buat muka. “Tunang tak ajak?
Eh?”
“Kita orang buat kecil-kecilan je. Nanti
kahwin baru buat grand punya... ye kan? Citra?” Aku angguk, mengiakan.
Mila ukir senyum sebelum tarik
tangan aku mendekati dia. “Akak... orang yang akak tunggu dah balik. Dia ada
dekat sini, tapi...” Aku lepaskan diri dari mendekati Mila. Tak suka dengar
sebenarnya. Mila pula dah berkerut dahi, bila aku buat tak peduli dengan berita
yang dia nak sampaikan dekat aku.
“Err... saya ambilkan awak air eh?”
“Tak pe, menyusahkan awak je.”
“Tak menyusahkanlah. Saya pun nak
minum jugak, awak tunggu sini tau.” Halfie angguk, mengiakan.
Langkah aku atur, mendekati meja
yang penuh dengan minuman. Dua gelas minuman aku sambar dan saat aku menoleh
aku terlanggar satu figura yang berdiri bertentangan denganku. Serta merta,
gelas yang aku pegang terlepas dari tangan.
Sudah, apa aku buat dekat majlis
orang ni? Tisu yang aku letak di dalam handbag aku keluarkan seraya aku lap di
baju kemeja birunya. “Err... maafkan saya, encik. Saya tak sengaja. Saya betul-betul
tak sengaja.”
“Tak pe. Saya boleh bersihkan, salah
saya juga. Tak pandang ada orang dekat depan.”
Aku panggung kepala lihat dengan
lebih jelas, figura di hadapanku.
Tercengang.
Bagaikan masa berhenti berputar.
“Citra Humairah,” ada senyum sinis
terukir di bibirnya, riak wajahnya kosong. Hanya sarkastik yang aku nampak.
“Fikri...”
Tisu yang aku pegang dia sambar
seraya dia lap pada kemejanya. “Pembetulan ye cik Citra Humairah. Maafkan saya,
cik atau puan ye?”
Diam. Mulutku terkunci untuk
berlawan kata dengannya. Dia tampak berbeza dari sebelumnya. Mukanya tampak
lebih matang dengan rambut yang dia sikat sisi, tak seperti dulu. Rambut pacak
yang aku suka.
“Pardon me, are you miss or...”
“Miss, dia tak kahwin lagi,” aku
pandang Halfie yang dah berdiri statik bersebelahanku.
“Oh, cik ye? Cik Citra Humairah.
Panggil saya Kapten Fikri. Ok? And... you? Her fiancé? Or someone special?”
“Halfie Adam. Tunang aku,” polos aku
menjawab dan ternyata tiada riak terkejut yang dia pamerkan untuk aku.
Saat itu juga, mata kami saling
bertaut. Apa dia memang kotakan kata-katanya? Lenyapkan setiap memori antara
kami berdua? Kenapa hati aku meronta-ronta dengan sikap acuh tak acuh Fikri?
Kenapa aku rasa aku tak kenal dia? Sungguh, sakit.
“Awak... dah...”
“Dan ni... Linda, isteri saya,” aku
pandang wanita yang berdiri bersebelahannya. Senyum dia ukir pada aku. Aku
kenal perempuan tu, kakak tiri aku yang pernah Fikri bawa dulu. Dia tampak
matang dengan solekan tebal. Berdiri sama tinggi dengan Fikri... yang masih
jadi pencuri hati aku.
“Just old friend yang memorinya dah tersimpan
dalam stor atau mungkin dah dibuang dalam sampah?” Sarkastik lagi dari Fikri.
“Just joking. Bye,” dia beri aku
senyuman nipis yang aku rindu sebelum menyambar dua gelas air yang terletak di
belakangku. Seketika, mata kami saling bertaut.
“Terima kasih atas doanya, Cik Citra
Humairah.”
SHAWL SATIN aku
tanggalkan sebelum aku campak di atas lantai. Rimas. Aku hempas tubuh atas
katil sebelum sambar sebiji bantal untuk aku peluk, erat. Sungguh, hati aku seolah-olah
disiat-siat, ditikam dengan berjuta bilah pisau dan ditanam dengan duri mawar
merah.
Sakit.
Sungguh, sakit apa yang baru aku
nampak tadi. Tak sangka yang Fikri berubah drastik sampai macam tu. Apa cinta
yang pernah aku bagi dekat dia, dia campak macam tu je ke? Macam mana dengan
aku? Hati aku yang dia tak pulangkan? Lapan tahun berlalu, ternyata hanya aku
yang masih tak boleh nak move on. Sedangkan dia?
Dia
dah berbahagia dengan orang lain. Air mata turun lagi, mengalir ke pipiku.
Wajahku terasa bahangnya. Sungguh, aku tak kuat. Kenapa aku kena lalui semua
ni? Kenapa begitu susah untuk aku cari kebahagiaan untuk diri aku? Tak ada
siapa, yang faham. Aku.
“AWAK nak
tema perkahwinan kita tema apa?”
“Citra?”
“Err... maaf, awak cakap apa tadi?”
Halfie tersenyum nipis pada aku.
“Awak mengelamun lagi ke? Masuk
butik ni entah dah berapa kali awak mengelamun. Awak ok tak ni? Muka awak pucat
sangatlah Citra, kita balik dulu, ye?” Aku geleng.
“Saya minta maaf. Saya cuma penat je,”
ujarku, polos.
“Ok, so... awak nak tema apa?”
“Apa je pilihan awak saya turutkan.”
Halfie bagi aku pandangan kosong,
mungkin dia dah penat nak layan sikap acuh tak acuh aku. Kesian dia, jadi
mangsa. Aku tak tahu apa yang harus aku buat saat aku masih mencintai orang
lain, bukan tunang yang terpacak di depan aku ni.
KEBODOHAN
AKU DI SAAT AKU MENUTURKAN CINTA PADANYA
TAPI
CINTA
YANG DIHULURKAN DIBUANG
SAMPAH
CINTA
AKU UNTUK DIA BAGAIKAN SAMPAH
SAMPAH
“Cik Citra Humairah? Berikan saya
sejambak bunga mawar merah,” aku tersentak saat satu suara memecahkan kesepian
aku. Air mata yang jatuh aku kesat, kasar sebelum tutup buku kepunyaan aku dan
Fikri. Ya, buku yang dia beri pada aku sebelum dia berangkat lapan tahun yang
lepas. Sungguh, tulisannya nampak yang dia sedang marah.
“Fikri?”
“Kapten Fikri,” dia tersenyum nipis
pada aku sebelum tanggalkan kaca mata hitamnya. “Saya nak sejambak bunga mawar
merah,” ulangnya. Aku menurut seraya bangkit dari duduk.
Dia membuntuti aku dari belakang.
Keadaan jadi kekok buat aku. “Kenapa tak buang je pasu bunga atas meja tu?” Aku
diam, tak menjawab. Mata masih ligat mencari bunga mawar merah.
“Kenapa tak buang buku tu je? Hey...
commonlah Cik Citra Humairah, bukan Cik ke yang nak sangat keadaan...”
“Kau masih tak maafkan aku ke?”
Dia tunduk seketika sebelum tergelak
sinis. “Maaf? Kenapa? Kau ingat aku berdendam dengan kau ke selama ni?”
“Kalau kau tak berdendam dengan aku
kenapa kau mesti nak bagi aku ayat sarkastik sampai macam ni sekali? Memori
sampah? Huh? Apa kau lupa ke janji...”
“Janji nak jadi sahabat selamanya? Persetankan
janji tu!” Suaranya naik satu oktaf, terhinggut bahu aku.
“Itu ayat yang pernah kau bagi dekat
aku lapan tahun yang lalu Cik Citra Humairah. Aku pulangkan semula,” bunga
mawar merah dia sambar dari tanganku seraya note berwarna merah dia hulur pada
aku. Aku tercengang sebelum aku mulai membuntutinya dari belakang.
“Fikri... tunggu aku.”
Fikri
tak endahkan rintihan aku, langkah dia atur laju tinggalkan aku yang
terpinga-pinga.
“Fikri!”
Tangannya aku tarik buat dia mati langkah, lantas dia toleh menghadapku.
Wajahnya tampak tegang, aku tak pernah nampak muka garang dia macam ni.
“Aku...
aku minta maaf sebab buat kau sakit Fikri. Aku tak berniat nak sakitkan hati
kau, maafkan aku. Aku menyesal sebab menyerah macam tu je. Aku tak bantu kau
untuk perjuangkan cinta kita... maafkan aku. Aku bersalah,” tangannya dia
lepas, kasar.
“Sekarang
apa? Huh? Nak tagih cinta aku balik? Sedangkan dengan mudahnya kau buang cinta
aku macam buang sampah Citra! Tak ada usaha nak yakinkan dekat mama kau tu yang
aku boleh jadi pelindung untuk kau. Pergi matilah dengan penyesalan kau tu. Aku
dah ada hidup aku sendiri dan kau? Kau kena cari kebahagiaan kau Citra. Ini
yang kau pernah ucap dekat aku dulu.”
Aku
geleng sambil ketap bibir. Sekali lagi, air mataku jatuh ke pipi. “Kebahagiaan
aku adalah kau, cuma kau Fikri. Aku minta maaf. Maafkan aku?”
Dia
tersenyum sinis padaku.
“Aku
dah ada kebahagiaan aku. Dahlah, aku dah maafkan kau dan cinta kau untuk aku
tukan? Kau buang jelah, ok?”
Ducatinya dia pecut, laju.
Tinggalkan aku yang dah terduduk di hadapan kedai. Tangan aku genggam, erat.
Sungguh, aku tak mampu nak berdiri saat ini. Hati aku hancur, luluh.
“CITRA,”
aku panggung kepala, pandang Halfie yang duduk bertentangan denganku. Senyum
dia ukir, aku balas senyumannya.
“Saya
nampak apa yang jadi dua hari lepas. Ternyata awak masih cintakan dia? Kan?”
Aku diam, senyuman aku mati.
“Maafkan saya sebab baca buku ni,
saya cuma nak tahu isi hati awak je. Saya tak nak awak terseksa, Citra,” aku
kerut dahi seraya rampas buku kepunyaanku dari Halfie, dia masih berlagak
tenang.
“Awak tak ada hak nak baca buku ni
Halfie!” Suaraku naik satu oktaf, dan tiada reaksi terkejut dari dia.
“Awak masih cintakan dia. Sedangkan
saya dah mulai nak terima awak dalam hidup saya, tapi... tak pe. Saya mengalah.”
“Apa maksud awak dengan mengalah?”
Halfie diam. Pintu dibuka, tersembul
wajah mama dan kedua ibu bapa Halfie. Masing-masing dengan wajah yang tegang.
Apa pulak kali ni?
“Apa dah jadi sebenarnya? Citra tak
faham.”
Mama ambil tempat, duduk
bersebelahanku. Aku pandang mama, ada riak kecewa terpancar di wajahnya. “Halfie
nak putus tunang dengan kamu Citra,” aku tersentak saat mendengar kata-kata
mama.
“Halfie? Tapi kenapa? Saya ada salah
dekat awak ke? Cakaplah.”
“Saya bebaskan awak dari ikatan ni
Citra, awak layak dapatkan kebahagiaan yang awak nak. Saya tak akan paksa awak
untuk teruskan hubungan ni kalau awak makan hati berulamkan jantung. Saya tak
nak awak rasa apa yang pernah saya rasa dulu.”
“Tapi... dia, dia dah menikah! Saya
sedar yang saya cuma ada awak untuk jadi pebimbing dan pelindung saya.”
“Dia tak menikah lagi. Fikri tak menikah
dengan Linda lagi, Citra,” aku pandang figura yang baru masuk ke dalam. Abah?
Tapi sejak bila abah dan mama berdamai? Apa semua ni? Aku buntu. Tiba-tiba.
“Antara kita dah tak ada apa-apa,
saya lepaskan awak. Citra Humairah,” ujar Halfie, senada.
“Tapi...” aku pandang mama, mama
diam.
BUKU di
depanku aku pandang tanpa berkedip. Buku yang dah kelihatan lusuh, dipenuhi
dengan tulisan aku dan Fikri. Teh panas aku hirup sebelum kerusi di hadapanku ditarik.
Si figura lantas duduk tegak menghadapku.
“Kenapa diam? Dah bisu?”
Sarkastik dari dia. Aku geleng
sebelum aku hulur buku pada dia. “Apa ni?”
“Buku kita?”
Dia ketawa, sinis. “Kau dah giler ke
apa? Aku dengan kau dah tak ada apa-apa hubungan, kita putus kawan! Tak faham
ke ha?”
“Kita berdamai?”
“Pergi matilah dengan berdamai tu.”
“Kenapa tak boleh? Sedangkan kau
yang bantu abah dengan mama aku berbaik. Kenapa kau tak boleh nak buat kita
berdua berdamai? Huh?”
“Sebab kau masih cintakan aku...
kot?”
Aku diam.
“Ada apa-apa lagi ke? Aku nak balik
dah ni, malam ni shift aku.”
“Aku minta maaf. Aku dah tak
harapkan cinta dari kau lagi, aku tahu aku tak akan dapat apa yang pernah kau
bagi dekat aku. Aku cuma nak minta maaf...”
Aku mati kata saat Fikri bangkit
dari duduk. Aku tunduk, tak sanggup nak pandang wajahnya yang tegang. “Pergi
mati! Apa yang pernah aku ucapkan dulu aku tak akan tarik baliklah Citra. Kau
tak faham lagi ke? Ha? Aku tak akan biarkan kau musnahkan hati aku lagi,
perempuan tak guna! Kenapalah kau wujud lagi depan aku saat hati aku...”
Dia jeda.
“Saat hati aku mulai nak jadi kebal
dari kau? Kau tu penghancur! Penghancur kebahagiaan yang aku nak ciptakan untuk
kita. Aku menyesal... menyesal kenal dan bagi cinta aku dekat kau! Pergi...
mati!” Aku ketap bibir sebelum membuntuti Fikri yang keluar dari cafe. Buku aku
sambar.
Sungguh, kata-kata kesat yang dia
lontar pada aku buat hati aku jadi nanar. Aku dah tak kenal diri Fikri. Ni
bukan Fikri yang aku kenal, Fikri yang ni penuh dengan kemarahan dan dendam.
“Fikri!”
“Fikri tunggu...”
Tangan Fikri aku tarik kasar saat
sebuah MYVI hitam hampir merempuhnya. Fikri terduduk di bahu jalan sementelah
tanganku terlepas dari tangannya. Bunyi hon kedengaran sebelum dentuman keras
kedengaran.
Andai ini nafas terakhir aku, aku
takut. Aku takut, sesiapa... lindunglah aku. Setiap sarafku terasa begitu
pijar. Aku terhidu bau hanyir darah milikku sendiri dan saat itu juga
pandanganku mulai kabur. Wajah terakhir yang aku lihat ialah wajah yang aku
hancurkan dan lumatkan hatinya. Fikri... senyum paksa aku ukir buat dia. Andai
ini nafas terakhir aku, mungkin aku kena redha. Mungkin ini pengakhiran aku
untuk hidup, merasai cinta yang tak abadi.
“Citra... bangun. Citra!”
Perkataan
mati yang Fikri ucap pada aku tersemat di hati aku. Andai aku pergi yang tak
kembali saat itu mungkin itu permintaan Fikri. Mungkin saat itu air mata
terakhir yang aku alirkan untuk Fikri. Mungkin memang antara kami tak ada
jodoh. Kalau dulu, aku selalu harapkan yang Fikri akan jadi pelindung untuk aku
tapi, ternyata tidak.
Perkataan
terakhir yang aku dengar ialah, kalimah syahadah yang dilafazkan oleh seseorang
di gegendang telingaku. Aku dengar bunyi oksigen yang cuba membantu aku untuk
terus bernafas pada waktu itu. Wajah mama dan abah aku nampak tapi pandangan
kabur. Ternyata oksigen yang tak seberapa ni sedarkan aku walau pandangan aku
kabur.
Mungkin
ini keajaiban untuk aku. Keajaiban yang Allah nak tunjukkan pada mereka.
Mungkin masa aku memang tamat sampai di sini. Mungkin perjalanan hidup aku
tamat sampai di sini. “Citra... aku minta maaf. Aku cuma layan kemarahan aku,
dendam aku tanpa hiraukan perasaan kau. Aku akan tuntut janji kita Citra,
tolong, bertahanlah. Izinkan aku jadi pelindung untuk kau. Aku cintakan kau
Citra, sungguh...” aku dengar esak tangis Fikri tapi, kudratku lemah untuk
memujuknya.
Maafkan
aku, Fikri.
Namun
kata-kata itu, aku hanya mampu tersenyum. Kalimah syahadah terbit lagi di hati
aku. Mungkin... ini pengakhiran aku. Ya, pengakhiran aku dan perjalanan
terakhir aku di bumi yang fana ini.
ANDAI
TAK ADA JODOH DI ANTARA KITA BERDUA
AKU
PASRAH
AKU
TERIMA
KERNA
AKU HARAPKAN WALAU KAMU TAK MENJADI SUAMIKU DI DUNIA
AKU
HARAP KAMU MENJADI SUAMIKU DI AKHIRAT NANTI
Fikri peluk erat buku yang tertulis
dengan bait-bait cinta. Air mata yang jatuh dia biarkan. Penyesalan menyesak
hebat jiwa besarnya, tanah yang merah itu dia siram sebelum batu nisan yang
terpacak sebulan lalu dia usap, lembut.
“Dan hati aku... sukar untuk
menerima pemergianmu. Tak ada apa lagi yang tinggal saat kau pergi bersama hati
aku, Citra. Selamanya, aku cintakan kau. Tunggu aku...”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan