Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 21 Mac 2016

Awak, Jangan Pergi!

            



“SIAPA BAGI?” Mia tersengih padaku sambil jungkit bahu. Keluhan berat aku lepaskan, sejambak bunga mawar merah aku pandang dengan berjuta persoalan. Memang dalam hidup, tak semua soalan ada jawapan. Aku tak tahu tapi itulah yang sentiasa berada dalam fikiran aku. Nak jawapan? Tak semudah yang disangkakan. Sebuah jawapan tu harus dicari dengan usaha dan kesabaran. Ya, kesabaran. Kesabaran itu penting dalam mencari sesebuah jawapan.
            “Fuyoo... hang dapat bunga dari sapa pulak ni Hana?” Aku hanya memandang wajah Fatin yang dah terpacak di depanku. “Oklah sis, aku chow dulu. Goodbye!”
            “Wei, aku tak habis...” aku mencebik saat kelibat Mia dah tak kelihatan. Laju sangat dia lari dan aku? Aku ditinggalkan dengan persoalan mengenai secret delivery yang Mia beri pada aku. Jawapannya hanya ada pada Mia, seorang. Cuma dia dan pengirim yang tahu.
            Bahuku ditepuk Fatin. “Hang tak bagi tahu aku lagi sapa bagi hang bunga ni?” Aku tak layan soalan Fatin. Bunga aku letak di atas meja. Ikutkan hati aku nak buang bunga dalam tong sampah yang dah ternganga luas. Tapi, aku jenis yang menghargai. Orang bagi, kena terima.
            “Tak ada jawapan ye Hana?”
            Aku memandang ke luar balkoni. Angin petang menampar kuat pipiku. Dingin. Dah lama tak rasa angin sepoi bahasa macam ni. “Tak akan ada Fatin. Aku pun tak tahu siapa yang bagi, apatah lagi nak bagi kau jawapan, kan?” Aku pandang Fatin yang sudah berdiri di sisiku. Aku tersenyum padanya, dia jungkitkan kening. Tanda menyerah.
            “Eh, housemate hang yang lain mana?”
            Apa yang aku suka dekat Fatin dia pandai ubah topik untuk hilangkan gundah gulana aku. Berfikir tentang si pengirim. “Kelas, lepak library, tidur. Biasalah Fatin. Takkan nak jadi belangkas 24 jam... kan?” Ujarku sambil tepuk bahu Fatin, jiran rumah sebelah AKA BFF aku. Dialah yang selalu ada bila aku susah atau senang. Kenapa tak serumah?
            Sebab aku risau, BFF antara kami berdua terputus di tengah jalan.
KANVAS di hadapanku aku pandang kosong. Atas kanvas tu, aku dah conteng dengan warna-warna semulajadi alam. Hijau yang menandakan ketenangan, putih yang menandakan kesucian, biru yang menandakan ketenangan dan merah yang menandakan semangat. Aku campurkan kesemua warna di atas satu kanvas. Hasil seni yang sentiasa menjadi peneman aku saat aku bersendirian. Duduk di atas padang, di bawah rimbunan pokok. Mungkin kedengaran agak pelik tapi aku memang suka bau rumput terutamanya lepas hujan. Tenang.
            KLIK!
            Aku panggung kepala saat mendengar bunyi kamera. Figura berbaju kotak-kotak coklat dengan baju t-shirt hitam di dalam memandangku tanpa perasaan. Sekali lagi bunyi klik itu kedengaran. Dua, tiga kali. Topi fedora menambahkan kesegakannya. Nikon tergantung di lehernya. Dia tampak professional mengambil gambar pemandangan di sekelilingku.
            Aku dah tiga semester dekat UTM ni tapi, aku tak pernah nampak kelibat dia sepanjang tiga semester atau aku tak pernah perasan kewujudan dia? Entah, aku tiada jawapan untuk itu. Memang hidup aku dihujani banyak persoalan tentang hidup. Aku sambung semula mewarna di atas kanvas. Kali ini aku conteng kanvas dengan warna hijau.
            Bunyi KLIK mulai senyap. Aku perasan dia duduk di sebelah aku sambil perhatikan gerak geriku. Aku buat tak tahu biarpun aku dah mulai rasa tak selesa. Aku memang pantang dengan orang yang akan perhatikan hasil seni aku yang tak siap lagi.
            “Hana Fatihah,” tanganku mati dari terus mewarna di atas kanvas tatkala dia menyeru namaku. Aku pandang dia yang duduk di sebelahku, wajahnya yang terlindung di sebalik fedora jelas kelihatan.
            “Nama awak kan?”
            Aku diam. Buat tak tahu sebab aku tahu tak semua soalan ada jawapan. Nak tanya macam mana kau tahu nama aku? Memang tak akan ada jawapanlah. “Hey, awak nak jadi bunga untuk saya tak?” Bunga pulak dah!
            “Boleh ke tak ni?”
            Aku letak kanvas di tepi sebelum kembali memandang wajahnya. Kali ini wajahnya manis dengan senyuman. Ada dua garisan di tepi pipinya, pemanis muka. “Awak kenal saya tak?”
            “Kenal, Hana Fatihah. Budak engine part 3... kan? Awak rapat dengan sorang budak tapi saya tak tahu nama dia. Awak suka lepak bawah pokok dekat padang dan belakang rak buku kat library. Sometimes saya nampak awak akan bawa gitar dan menyanyi. Awak suka tulis lagu bila hujan. Drawing pun hobi awak. Kan?”
            Semua dia tahu pasal aku, memang stalker betul mamat ni!
            “Awak ni tak nampak macam budak engine pun, lebih kepada art student. Hey, barangkali nasib kita sama, kot? Pilih course yang bukan kita minat?”
            “Macam mana awak tahu pasal saya sedangkan saya tak tahu siapa awak? Boleh ke saya percaya awak? Apa tujuan awak nak stalker hal saya?”
            Dia tanggalkan fedora di atas kepala sebelum bangkit dari duduk. Tangan kanannya dia hulur pada aku, aku tak sambut lantas aku segera bangkit dari duduk. “Would you be my flower, Hana? Be my flower forever?”
            Aku kerut dahi, dia ni nak confese ke apa ni?           
            Dia tersenyum padaku sebelum tangannya dimasukkan ke dalam poket jeans. Seolah-olah nak keluarkan sesuatu. Aku jadi curiga dengan dia, kakiku berganjak ke belakang setapak demi setapak sehingga aku tersandar di belakang pokok. Aku pandang kiri dan kanan, kosong. Ternyata hanya aku dan dia di sini. Dia menghampiriku dan tangannya di sandarkan di belakang pokok. Aku ketap bibir, mata dah terpejam rapat.
            Minyak wanginya menusuk ke hidung aku. Aku dah rasa sesak nafas dengan jantung berdegup kencang. “Apa yang awak takutkan sangat Hana?” Perlahan-lahan aku celik mata, tangan kananya yang dimasukkan ke dalam poket seluar dia hala pada aku. Kotak kecil berwarna merah jadi perhatian aku.
            “Open it,” aku pandang dia sebelum dia mengangguk. Tanganku teragak-agak menyambut kotak merah tersebut. Aku buka kotak tersebut, aku kaku. Tercengang saat melihat isi di dalam kotak tersebut.
            “Apa semua ni?”
            “Saya nak awak jadi milik saya. Selamanya, would you?”
            “Did you propose me?”
            Dia angguk. “Yes, I am. Saya nak awak jadi bunga dalam hidup saya, selamanya.”
            “Tapi saya tak kenal awak siapa. Maafkan saya,” ujarku, senada.
            Matanya menikam tepat anak mataku. Nampak redup. Apakah hatinya sedang sakit dengan jawapanku? Memang tak semua soalan ada jawapan. “Nak tahu kenapa saya bagi awak bunga dalam tiga pilihan secret delivery tu?”
            “Jadi... awak?”
            Dia angguk lagi. Memang dia si pengirim. “Because, I want you to become my only flower. Sampai bila-bila, sama macam nama awak, Hana. In Japanese, Hana means flower. Bunga, melambangkan suatu perasaan cinta yang ditakdirkan untuk semua orang. Sekali lagi... would you?”
            Aku tak sanggup nak pandang wajahnya. Tangan aku genggam, aku bersyukur tak dapat sakit jantung. Saat dan minit dan jam ni, aku dah dapat jawapan yang aku tunggu. “I’m sorry. Awak boleh cari bunga yang lebih baik dari saya. And...”
            Aku kuatkan hati untuk memandang wajahnya. “Boleh saya tolak?”
            Dia diam. Berundur setapak ke belakang. Reaksinya kosong. Tiada jawapan dari dia. Topi fedora kembali diletak di atas kepala. Hanya bunyi kenderaan di belakang padang kedengaran. Bagaikan masa terhenti buat seketika waktu.
            “Dunia ni tak kejam, tapi... manusia yang buat dunia ni jadi kejam. I’m being rejected by a girl who I admired since I don’t know since when I’m became your admired. Saya selalu memerhati awak. Saya lupa sejak bila awak tumbuh sebagai bunga dalam hati saya. Cuma, awak buat saya sedar tentang erti kehidupan. Saat saya jadi bodoh, kata-kata awak buat saya sedar yang hidup ni amat bermakna. Kalau bukan sebab kata-kata awak, dah lama saya tak wujud dalam dunia ni, Hana. I want you to know that...”
            Dia tertunduk sebelum tersenyum semula memandang wajahku.
            “Awak buat saya sedar yang hidup ni amat bermakna. Setiap masalah yang kita hadap tak boleh diselesaikan dengan jalan pintas. Saya tak akan lupa kata-kata awak dulu, Hana. Sampai bila-bila pun  kata-kata tu akan sentiasa ada dalam hati saya bersama awak yang tumbuh sebagai bunga,” ujarnya.
            Aku kaku, otak cuba menafsir kata-katanya. Aku tak faham dan aku tak akan tanya apa maksud dia. “I’m sorry,” ujarku sekali lagi. Hanya itu yang dapat terbit di bibirku.
            “It’s hurt but, never mind. At least, saya dah luah apa yang saya rasa pada awak. Goodbye, saya akan sentiasa doakan awak,” dia sedikit menunduk padaku. Angin membuatkan rambutku yang aku biar lepas menyapa wajahku.
            “Kotak tu, simpan je. Jadikan kenangan awak, atau kalau awak nak buang pun saya tak kisah. Tu dah jadi milik awak, sebagai tanda terima kasih saya pada awak, Hana,” aku bungkam. Saat dan minit itu, kali pertama dan terakhir aku melihat kelibatnya tanpa mengetahui siapa dia. Hanya wajah dengan mata redup dan dua garisan di pipi yang buat dia menjadi potret di minda aku.
            Bersalah?
            Mungkin, aku tak sangka ada seseorang terhutang budi sampai macam ni sekali dekat aku. Memang, dalam hidup tak semua soalan ada jawapan.
EMPAT TAHUN KEMUDIAAN
Bunyi keretapi mencampuradukkan dengan suara-suara manusia di stesen kereta api ini. Suasana nampak sibuk dengan pelbagai ragam manusia yang lalu-lalang. Dunia, memang sunyi tanpa kehidupan yang pelbagai warna. Cuaca pada pagi ini dingin. Rintik-rintik hujan tak henti-henti membasahi bumi. Aku betulkan sedikit shawl yang terlilit kemas di atas kepala sebelum langkah aku atur ke arah mama yang sudah tersenyum padaku.
            Aku salam dan kucup tangan mama sebelum pipi mama berlaga dengan pipiku. Kesian mama, sepanjang pemergiaanku ke bumi asing dia hidup bersendirian. Tapi, dalam hidup memang tak lengkap kalau tak ada pengorbanan. Setahun selepas aku menjadi graduasi UTM, aku mengambil kursus dalam bidang lukisan di Jerman.
            “Mama sihat?” Soalan cliche.
            “Of courselah sihat, anak mama dah balik. Mama sunyi tahu tak kat rumah sesorang. Kitty je kawan mama. Tu pun dah sarat, tinggal tunggu hari je lagi nak keluar,” ujar mama sambil memandu kenderaan. Kami berhenti di hadapan lampu isyarat apabila lampu bertukar merah.
            “Kitty dah gatal eh sekarang, siapa suami dia?”
            “Dia dah besar Hana, memang masa dia dah cukup untuk kahwin dan punya anak. At least ada juga keturunan mama nanti... kan?”
            Aku tergelak dengan punchline mama. Lawak. “Apa mama ni, keturunan? Kucing?”
            Mama turut tergelak sebelum dia memandang aku, sekilas. “Macam mana? Duduk kat tempat orang tu? Seronok?”
            “Seronok! Hana dapat belajar banyak benda, bukan belajar pasal seni je, pasal culture sekali Hana belajar. Tapi... tulah, sunyi sangat jarang dapat dengar suara pot pet mama suruh Hana jangan buat banyak kerja.”
            “Hurmm... tahu rindu.”
            “Mestilah tahu. Ni, tengahari ni mama masak apa?”
            “Cuba teka, mama masak apa?” Aku tersenyum, memang tak semua soalan ada jawapan.
AKU kemaskan lilitan shawl di atas kepala. Pin tudung aku sambar dari kotak yang berada di laci sebelum aku semat di atas kepala. Aku tersenyum di depan cermin sambil kemaskan baju kurung dan tudung. Hari pertamaku memang nampak ringkas. Aku mencapai fail di atas rak buku, dapat setelah aku lompat sekali. Tapi... satu benda terjatuh atas kepala aku, ngilu jugalah.
            Aku tunduk menyambar benda yang terjatuh di atas kepalaku tadi. Kotak merah yang berada di tanganku aku pandang. Lantas memori dan wajah itu terlintas di mindaku. Kata-kata yang dia luahkan dengan jawapan aku menolaknya secara lembut semuanya bermain di minda. Entah kenapa, aku tak boleh lupa memori tu. Tiga tahun berlalu, dan aku? Aku tak boleh lupakan.
            Rasa bersalah masih tersisa.
            “Hana, Ya Allah. Apa lagi yang kamu mengelamun tu, hari pertama tak boleh lewat Hana. Cepat, turun. Sarapan.” Mama buat aku tersedar dari lamunan, kotak kecil aku letak atas meja saat mama tarik tangan aku keluar dari bilik.
            “Dah, ikut tips yang mama dah ajar tiga hari lepas, tau?” Aku sekadar angguk sebelum duduk berhadapan mama. Teh panas aku hirup sambil sambar roti, mama hanya memandangku dengan pandangan tak puas hati.
            “Makan tu je? Nanti lapar macam mana? Ni, mama dah masak nasi goreng kegemaran Hana, makanlah,” macam nilah mama. Aku dah 25 tahun tapi mama layan aku macam aku ni budak tiga tahun. Tapi, aku ok je. Aku faham mama sayang sangat dekat aku.
            “Hana bawa bekal untuk lunch jelah, boleh kan?” Aku tersengih pada mama, mama hanya tersenyum padaku sebelum dia masuk ke dalam dapur mengambil bekas untuk aku. Seminit kemudiaan mama kembali dengan bekas di tangan, aku hanya memerhatikan tingkah mama sambil gemuruh dalam jiwa memang berada dekat tahap kemuncak!
“STAFF BARU?”
            “Ya, saya.”
            “Where are you from? Malaysia or...” dia gantungkan ayat seterusnya. Jari telunjuk diletak di bawah dagu sambil memandang diriku dari bawah sampai atas. Nampak macam berlagak, siap telek pakaian aku?
            “Saya Malaysia, dan saya ditugaskan untuk menjadi pegawai eksekutif pemasaran yang baru. Ada apa-apa yang ganggu cik ke tentang pakaian saya?” Nah! Aku tak suka berlagak tapi manusia macam penyambut tetamu depan aku ni memang patut dibalas dengan keangkuhan.
            “Nothing, ok. Just go dan nantikan babak seterusnya ye. Cik... Mutmainah!” Aku hanya tersenyum padanya sebelum langkah aku atur masuk ke dalam pejabat boss ku yang telah menawarkan pekerjaan besar ni pada aku. Suka hati dialah nak panggil aku apa, janji bunyi macam nama manusia.
            “Assalamualaikum,” ujarku sambil mengetuk pintu yang memang sudah terbuka luas.
            “Waalaikumusalam,” jawab bossku, senada. Seorang lelaki tua yang aku anggarkan sebaya arwah abah sedang duduk di kerusi sambil menelek fail. “Silakan duduk, Cik Hana,” aku menurut dan duduk berhadapannya. Fail aku hulur padanya sebelum dia selak sijil-sijil di dalam fail tersebut. Sebenarnya aku dah diuji sebelum bekerja di sini tapi aku cuma nak pastikan bahawa aku layak ke tak kerja sebagai pegawai eskekutif pemasaran dekat sini. Dia panggung kepala, memandang wajahku dengan wajah yang ketat.
            “Hari pertama awak...” ayatnya tergantung saat satu suara memberikan salam. Aku menjawab salam seraya menoleh ke belakang. Sesaat je, otak aku dah tafsirkan memori tu sebaik aku melihat figura di hadapanku. Dia tampak smart dengan baju kemeja lengan panjang berwarna biru laut. Nampak lebih berkarisma dari tiga tahun yang lepas.
            “Sampai bila nak pandang macam tu? Focus on your work or else,” ujarnya sinis sebelum mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku gigit bawah bibir, hari pertama dah kena ugut. Hari pertama dah ada hadiah untuk aku. Kejutan!
            “Hana, ni boss sebenar kamu, apa-apa rujuk kat dia. Kenalkan diri Luk, jangan dingin sangat dengan Hana ni. Dia baru lagi,” dia boss aku? Memang parah aku kali ni, mahunya dia nak balas dendam memang nasib akulah.
            “Hana Fatihah, macam yang ayah saya katakan tadi, saya ketua awak. Apa-apa yang saya tak puas hati dengan awak, saya ada merit untuk pecat awak macam tu je. Faham?”
            “Luk!”
            “Ok, that’s all. As soon as possible awak kena catch up semua yang saya ajar. Saya tak suka staff yang lembab buat kerja. Just call me Luk, sebab saya tak nak nampak tua bila awak panggil saya encik. Faham tak?” Aku sekadar mengangguk dengan kata-kata Luk. Aku pandang wajahnya, matanya menikam tepat anak mata aku. Aku speechless. Dia nampak dingin dari tiga tahun yang lepas. Apakah semuanya sebab aku?
            “So, move on one step Hana. Jangan tercegat kat sini je. Awak dah kena terima means that, awak dah kena move selangkah. You know what? Kita jangan jadi orang mengantuk disorongkan bantal, kena move on dan bergerak ke langkah seterusnya.”
            PAP!
            Rasa macam baru kena tampar bila dia cakap macam tu. Sentap!
            “Luk! Enough.” Luk berdiri dari duduknya sebelum melangkahkan kaki keluar dari pejabat. Aku cuba kekalkan senyuman di bibir biarpun hatiku dah meronta kena perli dengan Luk. Sakit!
            “Luk mulut dia memang pedas, Hana. Tapi dia seorang ketua yang bertanggungjawab pada anak-anak buahnya,” ujar ayahnya Luk. Aku sekadar mengangguk.
            “Gotcha Hana! Saya nampak kelembapan dalam diri awak!” Sekali lagi aku kena perli kaw-kaw dengan Luk.
JAM TANGAN aku kerling, tepat pukul 1.10 tengahari, aku hanya mampu saksikan staff-staff keluar dari pejabat menandakan masa rehat. Fail-fail di atas meja aku tolak ke tepi sebelum sambar beg kertas berisi bekal yang mama letak untuk aku. Aku keluarkan bekas seraya letak di atas meja. Penutup aku buka sebelum tadah tangan baca doa.
            “Hey, kerja awak tak siap lagi kan Hana?” Aku panggung kepala dari meja pandang si figura yang dah bersandar sambil berpeluk tubuh di belakang pintu pejabatku yang ternganga luas.
            “Haah, yelah tak siap lagi. Tapi saya dah lapar sangat ni, lagipun sekarang masa rehat kan?” Dia garu kening yang tak gatal sambil tersenyum sinis padaku.
            “Siapa ketua sekarang? Awak ke saya?”
            “Awaklah, kenapa tanya...” aku mati kata saat dia menghampiriku. Wajahnya tampak tegang sebelum tangannya diletak di atas mejaku. Matanya menikam tepat anak mataku buat aku rasa tak selesa.
            “Apa awak dah lupa syarat saya dua hari lepas Hana Fatihah?” Dia separuh berbisik padaku. Aku hanya diam.
            “Jawablah!” Terhinggut bahuku saat suaranya naik satu oktaf. Aku kaget. Nasib baik staff dah keluar pergi lunch kalau tak. Eh kejap... kenapa ada kuman kat mata aku ni?
            “Apa yang you jeritkan ni Luk? Dari tadi I tunggu You tak datang-datang. Kata nak makan sama-sama. I lapar tahu tak?” Luk mengeluh, kasar.
            “Cepat sikit makan tu. Kalau awak tak siapkan semuaya harini jangan ingat awak boleh balik. Jom, Marina,” aku hanya melihat kelibat Luk dan Marina yang keluar dari pejabat. Aku tersenyum bahagia, bahagia sangat dapat makan. Aku perlukan makanan sebelum Luk nak buli aku lagi.
HARI-HARI  aku di sini memang selalu balik lambat tak macam yang lain. Semangat Hana! Kena ragging memang biasalah, macam tak biasa masa zaman belajar dulu. Aku masih duduk tercongak sambil jari jemari menari-nari di atas papan kekunci. Kalau manusia tu tak bagi balik memang tak boleh baliklah. Marina tu pulak aku perhati je kegedikan terhadap Luk. Ke dia orang memang ada relationship? Nampak mesra sangat.
            “Kak ti balik dulu ye Hana,” aku sekadar angguk. Staff lain hanya memberi salam padaku sebelum mereka keluar dari pejabat. Aku curi pandang ke dalam pejabat Luk dan ternyata dia juga sibuk. Ya dia sibuk berkemas untuk balik! Sedangkan aku? Aku kena stay lagi dekat sini, kesian mama. Sesorang jaga Kitty yang dah beranak empat kat rumah tu.
            Laci meja aku buka, panadol aku keluarkan. Sungguh, aku dah mulai rasa nak tidur saat ini. Memang aku jenis tak boleh buat terlalu banyak kerja atau aku akan migraine, aku ingat lagi masa SPM dulu aku terlalu kejar apa yang aku inginkan dan akhirnya aku terpaksa jawab soalan SPM dekat hospital.
            Aku bangkit dari duduk seraya langkahkan kaki ke pantry. Gelas aku sambar seraya tuang air suam ke dalam gelas. “Kerja awak dah siap belum Hana?” Aku kalih pandang Luk. Memang dia dah nak balik dengan beg bimbit bersamanya. “Pekerja yang lembab...” aku hanya memekakkan telinga mendengar bebelannya. Tiba-tiba, kepalaku terasa berat dan semuanya... gelap!
BAU minyak menusuk ke rongga hidung aku. Rasa mual ditambahkan dengan kepala yang terasa berat. Aku cuba celik mata namun, lampu kalimantang buat mataku jadi silau. Aku cuba celik mata berkali-kali sambil meletakkan tangan di atas dahi. Ada benda sejuk melekat di dahi aku. Tuala basah.
            “Sedar pun. Ingat dah tak nak bangun dah,” aduh, memang mamat ni nak bunuh aku ke apa? Aku baru sedar dah bagi ayat sentap. Aku pandang sekelilingku, bukan ni? Apabila aku dah cerna fikiran secara normal barulah aku tahu aku dekat mana sekarang ni. Lantas aku bangkit dari baring. Tanganku dah meraba kepalaku, masih terlindung dengan shawl.
            Segelas air dan dua biji panadol Luk hulur pada aku, aku sambut dan terus telan panadol. Luk duduk di sebelahku. “Boleh tak jaga diri tu? Kalaulah saya tak ada tadi tak tahulah apa dah jadi dekat awak... kan?”
            Aku pandang Luk. “Eh, senang je kan awak cakap.” Aku mati kata, aku sedar aku ni cuma anak buah dia je. “Mana saya tahu awak ni lembik. Duduk dalam aircond je pun bukannya berjemur kat matahari tu,” ujar Luk, sedas.
            “Jangan risaulah, saya tak akan apa-apakan awak. Bagi alamat awak. Biar saya hantar awak balik.”
            “Saya boleh balik sendiri, tak payah susahkan diri,” ujarku, senada.
            “Awak nak saya tolak gaji awak ke? Huh?” Aku jeling Luk, dia ni memang manusia kejam kot. Ada je caranya nak ugut aku dan aku? Aku terpaksa ikut arahan dia. Suka hati dialah, aku tak ada kuasa nak melawan selagi dia tak lebih-lebih.
            Suasana dalam kereta Luk tampak tak selesa bagi aku. Banyak soalan yang aku nak tanya sebenarnya tentang kisah tiga tahun lepas. Tapi, tak semua soalan ada jawapan. Ya, prinsip aku. Tak semua yang kita nak akan kita dapat.
            “Hey...”
            “Luk...” kami saling berpandangan. Sudah, nak cakap sesuatu jadi clash pula.
            “Nak cakap apa?”
            “Err... maaf... tak maksud saya. Thanks, tolong saya,” ujarku, senada.
            Luk tersenyum padaku. Dia memang lelaki bertopi fedora dengan Nikon tergantung di leher tiga tahun yang lalu, lelaki yang tiba-tiba melamarku. Stalker!
            “Takkan saya nak biarkan je awak pengsan kat pantry tu. Sekejam-kejam saya sebagai ketua awak, saya masih berperikemanusiaan,” ujarnya.
            Aku tersenyum nipis. Rasa kelakar pun ada. “Sedar diri eh? Ingat tak sedar diri,” ujarku.
            Tiada reaksi dari Luk. Dia cuba berlagak cool barangkali. Traffic jam di depan buat kereta terhenti buat seketika waktu. Masing-masing berdiam diri. Luk berdeham, aku dapat baca ada sesuatu yang dia nak dari aku. Takkan dia masih ada feel dekat aku lepas aku reject dia secara lembut dulu?
            “Hey Hana.” Luk pandang aku, aku pandang Luk.
            “Ya?”
            “Saya nak kenal dengan mama awak boleh?”
            “For what?”
            “Saje, mana tahu satu hari nanti hati awak terbuka untuk terima saya?” Aku bungkam.
            Luk ketawa. “Just jokinglah. Marina saya nak letak kat mana nanti?”
            Aku diam.
            “So, betullah kau orang...”
            “She will be my wife, Hana. Awak pernah cakap yang saya akan jumpa bunga saya kan? Saya dah jumpa, thanks Hana bagi saya keyakinan macam tu,” ujarnya. Entah kenapa hati aku rasa semacam bila tahu kebenaran hubungan Luk dan Marina, tak mungkin yang aku terkena kafarah sebab reject Luk tiga    `tahun lalu kot?
            “Awak pula macam mana? Siapa lelaki beruntung yang dapat hati awak tu?” Rasa macam kena tikam dengan belati bila dia tanya macam tu. Aku suka Luk ke? Kenapa dengan hati ni.
“I’m glad to hear that, Luk. Lepas simpang ni kat depan pagar hijau tu rumah saya,” aku ubah topik. Hal peribadi aku, aku tak nak orang tahu.
“Dah sampai, take care. Awak nak MC tak esok?”
“Awak pun take care,” ujarku seraya keluar dari kereta. Ada senyum yang Luk ukir sebelum aku tutup pintu. Sejurus sahaja keretanya hilang dari mata, pipiku terasa basah. Hujan? Tak. Aku sentuh pipi, kenapa aku rasa sakit dekat hati. Air mata aku turun sebab Luk? Tapi kenapa?
Luk...
“HANA, mama nak ambik kereta dulu tau? Hana tunggu sini jap, parking tu jauh ada kang Hana jatuh jenuh mama nak angkat,” ujar mama. Sempat mama buat lawak hambar malam-malam buta macam ni, ya aku tiba-tiba migraine teruk dan kena tambah air sehari. Jadinya aku betul-betul MC harini. Entah kenapa Luk tiba-tiba baik dengan mama, izinkan aku cuti. Kalau tak memang haram jadah!
            Aku pandang sekelilingku sambil usap lenganku yang terlindung dengan cardigan tebal berwarna cream. Dingin dan sepi. Suasana yang suram lagi menakutkan, memang hospital swasta ni sunyi sangat. Kereta yang lalu-lalang pun sebiji dua je yang aku nampak. Aku dongak pandang bintang, hanya ada dua tiga gugusan bintang yang aku lihat di sebalik langit yang kelam. Rindu nak buat lagu.
            “Woi!” Terhinggut bahu aku saat satu suara bergema di gegendang telinga. Aku pandang depan. Dua figura berhoodie menghampiriku, salah satu dari mereka berwajah cekung, yang seorang lagi berlagak cool sambil memasukkan tangan ke dalam poket hoodie. Tangan kanannya mengheret kayu baseball. Aku kaku, tak dapat berganjak. Otak tak dapat tafsirkan apa yang patut aku buat saat dua penyerang tersebut menghampiriku.
            “Kau orang... sape ha?!” Lelaki memegang baseball ketawa jahat, aku gigit bawah bibir sambil genggam erat kedua belah tangan. “Jangan dekat atau aku jerit!” Tawa mereka semakin kuat.  “Jeritlah, kau ingat ada ke orang dengar, ha?!” Aku semakin takut seraya berundur setapak dan setapak ke belakang hingga aku terduduk saat kayu baseball dihayun ke arahku. Aku pejam mata. Sesiapa, tolonglah aku.
            “Woi shitlah kau! Baru je nak mulakan action yang kau pergi ganggu tu kenapa ha?” Bunyi kayu baseball jatuh buat aku menarik nafas sedikit lega. Aku panggung kepala, tangan kanannya dihulur pada aku. Huluran tu, tiga tahun lepas, aku ingat lagi. “Luk...” Luk sekadar tersenyum padaku sebelum tarik aku dari duduk.
            Dia berdiri membelakangiku, tanganku masih digenggamnnya, erat dan semakin erat. “Aku baru je nak aim pompuan tu, kau pula datang. Kau sape? Superhero?”
            “Aku? Pelindung dia kenapa? Ada apa-apa masalah dengan dia ke sampai kau orang nak bunuh dia? Sape upah kau orang? Ha? Jawablah!” Dari suara mendatar ke suara naik satu oktaf, tanganku semakin erat digenggamnya buat aku rasa lemas.
            Mereka ketawa, ketawa yang dibuat-buat dengan kata-kata Luk. “Pelindung? Jangan nak buat aku gelaklah!” Satu tumbukan dihayun oleh si figura cool ke arah Luk, lantas Luk menepis sebelum kaki kanannya dihayun menendang kuat wajah si figura yang menyerangnya. Si figura terduduk.
            “Aku tak nak kekerasan, baik kau orang blah je dari sini. Blahlah!”
            Diam.
            Tiada response dari mereka.
            Luk kalih menghadap aku. Saat itu kami bertentangan mata. “Saya tak akan biarkan sesiapa sentuh awak. Just go, larikan diri dari sini, cepat.”
            “Luk! Belakang awak!” Luk kembali kalih ke belakang dan saat itu... separuh nyawaku seolah-olah menghilang melihat Luk sedikit tertunduk sambil genggam sebilah pisau yang dah tertanam di tubuhnya. Aku panik.
“Kau yang patut blahlah jantan! Jangan masuk campur hal kami!” Luk terbatuk-batuk saat pisau tajam tembus pada perutnya. Tanganku yang dia genggam basah dengan peluh. Aku cuba melepaskan tanganku ternyata semakin aku lepas semakin kuat genggamannya. Luk ketawa. “Aku dah kata, aku ni pelindung dia. Kau orang... buat apa je dengan aku... aku tak akan... menyerah!” Nafas Luk naik dan turun, tahulah aku yang dia dah tahan sakit dan sekali lagi pisau tersebut ditusuk pada tubuh Luk, sebelum dipusing beberapa kali. Tanganku semakin licin dan basah dengan peluh dari Luk. Rasa takut, bersalah semuanya dah jadi satu dalam diri aku. Luk cedera sebab aku!
            Kolar kemeja Luk dicengkam, erat. “Kau jangan nak cabar kamilah bedebah! Kau nak mati awal ke apa ha?!” Luk tersenyum, sinis.
            “Kenapa dengan senyuman tu? Ha? Aku tak suka!” Satu tumbukan menghenyak ulu hati Luk sebelum satu tumbukan menghenyak wajahnya. Luk terbatuk-batuk, tahan senak barangkali. Aku pula? Hanya mampu jadi patung di belakang Luk.
            “Hana... saya lepaskan... tangan awak.... dan... awak kena lari,” aku geleng sementelah tanganku dah dilepaskan oleh Luk. “Tak! Dia orang tak aim awak, dia orang aim saya. Awak tak boleh mati... tak, saya tak akan biar.”
            Luk kalih pandang wajah aku, dahinya berkerut sambil tangan dilekap pada perutnya yang dah mengalir dengan darah. Ada darah di bibirnya kesan tumbukan tadi. “Just... go!” Sekelip mata Luk rebah di depanku. Kakinya dah mengerekot di atas jalan, jelas Luk semakin parah.
            “Senang kerja aku! Kau jangan lari, urusan kau dengan aku tak selesai lagi betina!” Si lelaki yang menikam tubuh Luk menghampiriku sebelum langkahnya tiba-tiba mati. Aku pandang Luk, tangannya mengenggam erat kaki si lelaki.
            “Hana.... lari!”
            “Tak! Awak jangan masuk campur hal saya boleh tak? Cukuplah awak dah cedera Luk!” Suaraku naik satu oktaf. Aku tak akan biarkan dia orang bunuh Luk, tujuan dia orang aku, bukan Luk!
            “Ala nak berdrama pulak! Diam dan lepaskan aku!” Luk berdegil.
            “Heysh! Sial aku cakap lepaskan kaki aku lepaslah!” Tubuh Luk disepak berkali-kali. Sungguh mereka kejam. Aku ketap bibir sebelum tolak mereka ke tepi.
            “Dahlah! Jangan cederakan dia lagi! Tolonglah!” Aku terduduk, di sisi Luk sebelum kepalanya aku letak di atas riba. Matanya dah terpejam rapat dengan rintik-rintik peluh mengalir. Tangan Luk aku capai seraya aku genggam, erat.
            Bunyi hon kuat kedengaran, dua penyerang larikan diri dan fokusku hanya ke arah Luk yang separuh sedar. Bau hanyir darah buat tekaku mulai loya. Luk pandang aku dengan mata yang sedikit terbuka. Darah di birai bibirnya aku kesat dengan hujung cardigan. Tangannya teragak-agak menyapu air mataku yang mulai jatuh. “Hey... bunga. Jangan... sedih.”
            “Awak kena kuat Luk. Lepas ni awak marahlah saya sepuas hati awak, saya tak akan mengeluh. Tolong, jangan tinggalkan saya.” Luk tersenyum padaku. Aku harap itu bukan senyuman terakhir. Aku sedar yang aku mulai takut kehilangan Luk. Aku sedar yang aku mulai ada perasaan dekat dia. Perasaan yang pernah dia beri dekat aku tiga tahun yang lalu.
AKU terduduk saat doktor menjelaskan keadaan Luk pada kami. Mujur mama cepat datang kalau tak? Aku tak tahu apa akan terjadi pada Luk nanti. Doktor kata Luk kekurangan darah, kesan tikamannya terlalu dalam dan terpaksa berada dalam pantauan. Kesian Luk. Sepatutnya aku yang berada di tempat Luk, bukan dia.
            “Saya nak dermakan darah saya untuk dia boleh? Saya pun darah jenis O,” mama duduk di sebelahku sambil genggam tanganku, erat. Aku tahu mama tak setuju dengan permintaanku.
            “Tolonglah mama. Luk jadi macam tu sebab Hana. Kalau Hana tak wujud dalam hidup dia mesti dia tak akan kritikal macam tu. Semua ni sebab Hana. Hana dah banyak sakitkan hati dia. Hana cuma nak balas budi dia je. Kali ni je mama?” Mama peluk erat tubuh aku seraya aku terus mengogoi dalam pelukan mama. Sakit, aku sakitkan hati Luk. Aku reject Luk macam tu je sedangkan dia? Dia nak jadi pelindung untuk aku.
            “Keadaan Hana tak mengizinkan. Hana tak sihat, Hana perlukan tenaga Hana untuk terus bekerja sayang. Hana baru je admit dari wad, takkan Hana nak tambah lagi. Ada banyak cara lagikan yang Hana boleh buat untuk Luk?”
            Aku pandang mama. “Sedangkan Luk boleh korbakan nyawanya demi Hana, apa sangatlah tenaga yang masih tersisa dalam tubuh Hana ni, mama. Hana tak kisah. Kali ni je. Please,” mama tersenyum nipis padaku sebelum air mataku dia kesat lembut.
FIGURA yang terbaring kaku di atas katil aku pandang tanpa berkedip. Aku menghampirinya perlahan-lahan sebelum tarik kerusi duduk di sisinya. Wajah Luk aku amati satu persatu, ada kesan lebam pada pipi kanannya. Dia nampak tenang pada pandanganku. Kenapa aku reject lelaki ni dulu? Apa di sebalik kedinginannya dia dah penat memendam rasa sakit sebab aku ke?
            Bodoh ke aku tolak cinta ikhlas dari Luk dulu? Tapi aku punya sebab, aku tak nak fikirkan pasal tu dulu. Fokus aku hanya ke arah kejayaan aku. Tak pernah terfikir nak mencari cinta sejati aku. Tapi sekarang? Kenapa di saat Luk dah boleh terima orang lain dalam hidupnya baru perasaan itu muncul di hati aku?
            “Luk... sampai bila Luk? Dah dua minggu. Saya sanggup dengar awak berleter tapi saya tak sanggup tengok awak kaku macam ni. Bangunlah Luk, pandang dunia yang penuh dengan warna ni.”
            “Hana... malam ni biar saya jaga dia. Awak rehat ye? Esok awak ada kerja kan?” Aku panggung kepala, pandang Encik Waqid. Ayah tunggal persis seperti mama cuma bezanya dia besarkan seorang anak lelaki. Aku tak pernah tanya mana ibu Luk, mungkin belum masanya.
            “It’s ok. Hana boleh stay up malam ni. Encik pun perlukan rehat jugak.” Encik Waqid sekadar tersenyum padaku sebelum matanya memandang wajah Luk.
            “Hana nak tahu tak pasal Luk? Mesti Hana tertanya-tanya kan tentang Luk? Uncle tahu dulu, kau orang berdua satu kampus cuma lain fakulti. Luk suka story pasal Hana dekat uncle dulu. Dulu, lepas Luk dapat result SPM dalam kebanggaan uncle dengan arwah aunty dulu, selang seminggu mama dia pergi yang tak kembali. Luk rapat dengan mama dia, semua dia cerita dekat mama dia. Tapi, sejak mama dia kemalangan, Luk jadi pendiam. Dia jadi depress sampai tak nak sambung study. Tapi, uncle terus push dia sampai dia turutkan aje. Satu hari, uncle dapat panggilan yang Luk cuba nak bunuh diri. Masa tu uncle outstation dekat China, uncle risau, takut sangat. Luk satu-satunya ahli keluarga yang uncle punya tapi...” Encik Waqid pandang wajah aku. Aku tersentak dengan cerita Luk. Kesian Luk, dia hilang kasih sayang seorang ibu. Aku? Aku pula tak pernah rasa kasih sayang seorang abah. Tapi, aku tak ada kenangan indah dengan abah.
            “Uncle dapat khabar yang Luk berjaya ditenangkan oleh seorang gadis. Nama dia Hana Fatihah. Sejak dari hari tu, uncle dah nampak sinar baru dalam hidup Luk. Dia dah tak berkurung dalam bilik. Hari-harinya hanya bersama Nikon yang arwah aunty hadiahkan dekat dia sebagai hadiah SPM dulu. Kamulah sinar untuk Luk, Hana. Meski mungkin kamu dah lupa tapi, dia tak akan lupa setiap kata-kata kamu masa dia bertindak bodoh nak terjun dari bangunan. Semuanya sebab kamu. Dalam hidup Luk, antaranya dia nak jadi pelindung untuk kamu. Hanya kamu, Hana,” aku tercengang. Wajah Luk aku pandang dengan pandangan yang kabur. Pipi mulai terasa basah. Aku dah lupa kejadiaan tu, sungguh aku dah lupa sedangkan ada seseroang yang menghargai setiap kata-kata aku.
            Bawah bibir aku ketap sebelum tersenyum nipis. Luk...
            “Saya dah mula sayangkan awak Luk, maafkan saya. Bangunlah agar saya dapat ucap kata maaf untuk awak. Hanya kata maaf, tu je. Saya tak kisah kalau awak akan jadi milik Marina, tapi saya cuma nak cakap yang saya minta maaf,” aku berbisik halus di telinga Luk. Aku harap dia sedar secepatnya.
“HANA...” aku panggung kepala saat namaku diseru halus oleh seseorang. Aku tenyeh mata sebelum mataku tertancap pada figura yang menyeru namaku. Luk memandangku dengan pandangan yang lemah. Aku tersenyum padanya sebelum bangkit dari duduk. Encik Waqid yang tidur di atas sofa aku kejutkan.
            “Uncle, Luk dah sedar.” Encik Waqid bangkit dari tidur, dia turut tersenyum melihat Luk yang mulai sedar. “Abah panggilkan doktor kejap eh,” aku sekadar mengangguk sebelum langkah aku atur semula ke sisi Luk. Aku nak ucap kata maaf, tu je. Tak mungkin aku ucap kata cinta sedangkan dia milik orang lain. Aku kena sedar. Aku tak boleh nak lawan takdir.
            “Luk... awak nak air?” Luk diam. Matanya menikam tepat anak mata aku.
            “Hana... awak... dia orang... tak apa-apakan... awak... ke?” Soalan Luk buat hati aku tersentak. Sesekali dahinya berkerut tahan senak pada abdomen barangkali, tangannya dah melekap pada balutan kasa yang membalut luka tikamannya.
            “Tak... awakkan ada. Awakkan dah jadi pelindung saya. Awak dah lindung saya dari penyerang tu, sampai awak yang cedera. Saya minta maaf Luk. Awak jadi macam ni sebab saya. Saya...” Aku tertunduk, tak mampu nak pandang wajah Luk.
            “Hana, awak sayangkan.... saya ke?” Aku panggung kepala, pandang wajah Luk yang pucat. Kami hanya berbalas pandangan sebelum seorang doktor masuk ke dalam bilik yang ditempatkan oleh Luk. Soalan Luk, tak semua soalan ada jawapannya.
DUA MINGGU BERLALU, mungkin ada hikmahnya selepas kejadiaan tu, Luk, yang selalu jadi stalker jarak jauh aku identitinya dah terbongkar. Sepanjang dua minggu dia kena admit dalam wad jugalah aku kena ada dekat sisi dia. Ikutkan aku, semuanya dah selesai tapi dia kata aku kena jadi jururawat peribadi dia. Aku ikutkan je sebab aku dah malas nak bertekak dengan Luk. Dia mesti akan guna kuasa vetonya sebagai seorang boss.
            Aku pimpin Luk duduk di bangku berhadapan tasik yang terbentang di depan. Udara nyaman dan segar buat aku rasa tenang. Buku sketch di dalam beg aku keluarkan bersama dengan pensil. Dah lama tak buat kerja macam ni. Duduk di tempat yang lapang bersama buku sketch. Cari satu pemandangan dan lukis di atas buku. Tenang.
            KLIK!
            Baru satu garisan halus aku lorek, bunyi kamera dah kedengaran. Aku pandang Luk yang berada di sebelahku. Nikon dia hala pada aku, dua , tiga, empat kali bunyi KLIK itu kedengaran dan aku hanya kaku sebelum satu garisan terbit di bibirku. Tiga tahun yang lalu, aku reject manusia ni. Sekarang... kami ditemukan semula.
            “Would you become my flower?” Aku sambung melorek di atas buku sketch. Soalan Luk aku biarkan tak berjawab.
            “Ternyata reaksi masih sama, kan?” Terus melorek tanpa pandang dia di sisi.
“Kenapa awak sanggup dermakan darah awak dekat saya sedangkan awak tak sihat masa tu? Awak takut saya hilang dari hidup awak ke?”
            Aku ketap bibir sebelum pandang Luk semula. “Saya tak akan biarkan awak mati, Luk. Saya tak akan biarkan awak jadi hantu, ganggu hidup saya,” ujarku, senada.
            Luk ketawa. “Tolonglah jangan buat saya gelak Hana, senak tahu tak luka saya ni,” aku tersenyum pada Luk. Dah tak ada gaduh, aku harap dia akan layan aku macam ni bila dah masuk kerja nanti.
            “Saya nak cakap sesuatu dekat awak. Dah lama saya pendam, Luk. Sejak hari awak propose kat saya lagi.”
            “Awak nak cakap benda childish dan agak bodoh tu ke Hana?” Ayat kejam dari Luk dah muncul.
            “Saya minta maaf sebab reject awak macam tu je, sepatutnya saya kenal awak, bagi awak peluang...”
            “Dahlah, masa lalu tak boleh bawa ke depan. Lagipun saya dah ada Marina jadi bunga yang baru dalam hati saya, Hana. Saya tak berdendam pun dengan awak biarpun ya, rasa sakit kena reject dengan orang yang saya cinta,” dia tersenyum padaku. Dia, si lelaki misteri bertopi fedora yang propose aku di padang bawah rimbunan pokok. Si lelaki misteri bernama Luk yang kini namanya terpahat dalam hati aku.
            Sungguh, hati aku sakit saat hanya Marina bertakhta di hatinya. Bukan aku. Aku pandang tasik di depanku. Suasana sepi. Aku ketap bibir sebelum kembali melorek di atas buku sketch aku. Kenapa hati rasa sakit, kenapa pipi rasa panas, kenapa mata aku kabur? Kenapa...
            “Saya tahu apa perasaan awak pada saya saat ini Hana.”
            “Maksud...”
            “Awak cintakan saya... kan? Kalau tak, air tu tak akan mengalir dari mata awak. Sketch awak tak akan basah, kan?”
            Aku ketawa kecil sambil tenyeh mata. “Mata saya masuk habuk. Apa awak merepek ni, takkan saya nak bagi cinta saya dekat seseorang yang dah dimiliki?”
            Luk hulur sehelai sapu tangan pada aku. “You crying Hana, apa awak lupa saya ni stalker awak ke? Setiap pergerakan awak saya perhatikan, just lepaskan apa yang awak pendam. I will protect you, no matter what happen,” dalam jiwa aku dah membuak. Aku sambut sapu tangan sebelum ukir senyum nipis.
            “Saya rasa tak sedap badanlah, kita balik eh?”
            “Take your time, maafkan saya sebab cipta sebuah memori untuk awak, Hana,” ujarnya, senada.
KETUKAN pintu aku biarkan tak berbuka. Bantal dah basah dengan air mataku yang tak nak berhenti mengalir. Sakit, sungguh sakit. Aku tak tipu, rasa macam baru kena hempap dengan batu. Kenapa aku tak terima Luk saat tu juga?
            “Hana? Hang ok tak?” Fatin sentuh bahu aku. Aku meraung macam ibu meroyan barangkali. Fatin duduk di sisiku sambil membelai lembut rambutku yang mengurai panjang.
            “Hana, janganlah hang nak nangis macam ni. Aku tak faham masalah hang, cuba cerita dekat aku.” Aku bangkit dari baring lantas peluk erat tubuh Fatin. Rasa sedikit bebanku pergi macam tu je.
            “Siapa buat hang macam ni Hana? Meh, aku tonjol kepala dia buat hang sedih macam ni.”
            “Aku cintakan dia Fatin.”
            “Lah, hang patah hatika?”
            “Aku cintakan pengirim bunga masa kita sem tiga dulu. Aku cintakan orang yang pernah aku rejected dulu. Apa semua ni Fatin? Aku tak suka. Benda ni menyakitkan hati aku. Sakit sangat kat sini. Aku tak tahan,” aku tepuk-tepuk dada aku. Sungguh, aku rasa nak keluarkan otak dan hati aku agar aku boleh lupakan Luk.
            “Dia datang balik kat hang ka?” Aku angguk, lemah.
            “Baik hang luah...”
            “Macam mana aku nak luah sedangkan hati dia dah ditumbuhi dengan bunga yang baru Fatin? Aku? Kalaulah aku tak rejected dia dulu, mesti aku tak akan rasa sakit macam ni.”
            “Hana, tu bukan salah hanglah. Keadaan dan masa tak mengizinkan hang untuk terima lamaran dia. Aku tak suka hang sedih macam ni Hana, nanti hang sakit, susah. Hang tak kesian dekat mama ke?”
            “Baik, hang lepas semuanya dekat aku.”
            “Thanks Fatin,” ujarku sambil peluk erat tubuh Fatin.
            “Dah, lepas hang dah tenang hang tidoq. Ok?” Aku sekadar mengangguk lemah.
“HEY, first time you datang lewat kan Hana? You ingat ni office bapak you yang dah mati tu ke?” Aku jeling Marina yang tengah duduk minum di pantry. Ni memang aku pantang, cari gaduh nak naikkan nama ibu ayah.
            “Kau cakap apa tadi?”
            Kukunya yang bercat berwarna hitam dia main sambil pandang aku dari bawah sampai atas. Senyum sinis terbit di bibirnya. “Hey, isn’t it second hand branded or what? Opss! I lupa, mama you kan ibu tunggal mesti hidup susah kan? Belikan anak baju pun second hand!”
PANG!
            Sekaligus, tanganku menampar kuat pipi Marina. Dia tercengang, tak sangka aku dapat buat macam tu mungkin. Bahuku dia tolak-tolak. “Hey! Bitches! Berani you tampar I eh?! Eh, you kena ingat Luk tu my future husband, kalau I suruh dia pecat you memang dia akan buatlah!”
            “Kau boleh nak hina aku tapi bukan mama dan abah aku! Entah-entah kau ni anak haram kot sebab tu semua perkataan yang keluar dari mulut kau tu kotor!” Kali ni, pakaianku pulak yang basah dengan air suam. Aku tarik kasar rambut perang Marina sebelum tanganku ingin menampar kuat pipinya sekali lagi, tangkas ada tangan kasar menghalangku untuk melakukan sedemikian.
            Marina sentuh pipinya yang berbekas. Bahu Luk jadi tempatnya bermandikan air mata, jijik. Sungguh aku rasa jijik tengok perempuan tak guna ni. “Lepaslah!” Luk lepas kasar tangan aku. “You, baik you pecat je Hana ni. Dia tampar pipi I sebab I tak sengaja tumpahkan air pada baju dia. Dia ni panas baranlah. Rambut I...”
            “Hana, masuk pejabat, sekarang,” arah Luk dengan wajah yang tegang, Marina dah tersenyum kemenanangan.
            “Sekarang! Kau tercegat apa lagi!” Tanganku lantas ditarik kasar menuju ke pejabat sebelum pintu pejabat ditutup kuat. Kunci ditekan. Sempat Luk tumbuk pintu kayu sebelum berdiri di hadapanku. Aku tak mampu nak pandang wajah Luk saat itu. Wajahnya tegang dan aku tak pernah nampak Luk beriaksi sedemikian.
            “Apa masalah kau dengan Marina? Cakap,” aku diam. Buat pertama kali Luk berkasar dengan aku. Kali ni aku tahu jawapannya, siapa yang akan menang. Marina. Siapalah aku di hati Luk saat ini.
            “Cakaplah! Susah sangat ke nak jawab ha?! Kau nak cemarkan nama baik syarikat ni? Eh, kau tu cuma stafflah Hana. Kau, tak payah nak lebih-lebih tunjuk belang kat belakang akulah. Setakat pegawai ketua pemasaran aku tak hairanlah dengan gaji kau tu. Kau tak payah nak sombong, angkuh sangat dengan staff lain. Lebih-lebih lagi Marina yang cuma jadi penyambut tetamu tu.”
            Aku sentap tapi aku masih berdiam. Sungguh, kata-kata Luk buat hati aku semakin terhakis.
            “Kenapa kau tampar Marina? Apa masalah dia? Kau tak puas hati sebab dia tu akan jadi bakal isteri aku? Macam tu? Eh, tu salah kaulah! Salah kau reject aku dulu dan sekarang? Kau jangan nak buat apa-apa dekat Marina tu. Eh kau tu tak ubah macam hamba aku jelah dekat sini!”
            PANG!
            Sekali lagi tanganku mencari mangsanya. Kali ni sasaran kepada lelaki yang aku cinta. Lelaki yang pernah aku tolak lamarannya dulu. Dia tercengang, reaksi yang sama Marina lakukan sebentar tadi.
            “Kalau maruah mama dengan abah awak dibuat macam sampah, dipijak, dihina. Apa yang awak akan rasa? Apa awak akan diam je Luk? Saya tak kisah orang buat saya macam patung hidup, macam manusia yang tak ada perasaan. Tapi, saya tak akan biarkan orang hina abah dengan mama saya. Marina yang awak sanjung sangat tu memang dah lebih! Maruah mama dengan abah saya dia buat macam sampah. Sampah Luk!” Aku tunduk, tak sanggup nak pandang wajah Luk.
            “Saya penat, saya dah lama bersabar dengan sikap Marina, dengan sikap awak yang entah apa-apa ni. Saya ni manusia Luk! Saya bukan mainan. Saya ada perasaan, saya penat. Sabar saya pun ada hadnya juga. Semua ni tak ada kena mengena dengan tiga tahun yang lalulah. Jujur, saya akui saya memang sayangkan awak, saya takut kehilangan awak. Tapi saya sedar.” Aku genggam kedua belah tangan dan dengan mata yang kabur aku pandang wajah Luk.
            “Saya sedar yang saya ni... memang tak layak untuk awak. Perempuan yang dah sakitkan hati awak ni memang tak layak untuk awak. Maafkan saya sebab lukakan hati awak dulu, hacurkan harapan awak. Maafkan saya.”
            Suasana sepi buat seketika, sekali lagi aku menangis sebab Luk. “Ada apa-apa lagi?”
            Luk diam. Pandanganya di alih ke tempat lain. “Kenapa diam?”
            “Just go dan jangan muncul depan aku lagi,” ujarnya, senada. Aku angguk. Aku kena pecat oleh orang yang aku cinta. Sakit.
            Keesokannya aku masuk ke pejabat Luk dan dia sedang sibuk berbual dengan Marina. Mereka tampak bahagia, kemenangan untuk dua pasangan yang dah berjaya singkirkan aku. Luk kaget dengan kedatanganku, Marina mengeluh. Luk berbisik pada Marina dan Marina keluar dari pejabat.
            Aku gagau sesuatu di tas tangan. “Kau nak apa lagi? Aku dah pecat kau kan, so?” Kotak kecil berwarna merah aku letak di atas meja seraya aku hulur pada Luk. Wajah Luk berubah. Kami saling berbalas pandangan. “Saya tak akan buang cincin ni, cincin yang awak bagi sebagai tanda awak cintakan saya. Sekarang, saya pulangkan semula pada awak. Saya doakan kebahagiaan awak dengan Marina. Maafkan saya pernah hancurkan hati awak. Saya tak layak untuk simpan cincin ni lagi, awak dah jumpa bunga yang terima awak. Saya senang mendengarnya. Thanks, korbankan nyawa awak untuk saya, jadi pelindung untuk saya. Saya hargainya. Lepas ni, awak tak payah kisah tentang saya lagi. Anggap je antara kita tak pernah ada perasaan cinta. Saya akan pergi jauh dari hidup awak dan tak akan muncul depan awak lagi macam yang awak nak. Thanks, sudi terima saya berkerja dengan awak. Selamat tinggal Luk. I will go away as you wish. Assalamualaikum,” aku tersenyum pada Luk.
            “Waalaikumusalam,” jawabnya. Ternyata reaksinya kosong. Aku langkahkan kaki keluar dari pejabat. Semua mata-mata staff memadang ke arahku.
            Kak Ti menghampiriku sebelum peluk erat tubuh aku. Semua staff mengerumuniku, aku hanya tersenyum nipis. Aku rasa penghargaan dari dia orang. “Kak Ti janganlah sedih, nanti Hana rakamkan radio buruk Hana eh? Yang lain, selamat maju jaya.”
            “Tapi tu bukan salah Hana,” aku geleng sebelum usap air mata Kak Ti. “It’s ok lagipun Hana memang nak berhenti untuk sambung master Hana. Nak study,” ujarku. “Take care of your baby,” ujarku sambil usap kandungan Kak Ti. Dan itu... kali terakhir aku jejak kaki di syarikat yang temukan aku dan Luk.
            Aku redha, aku terima biarpun ianya menyakitkan.
DUA TAHUN KEMUDIAAN
Aku tersenyum sendiri saat UTM tempat aku study dulu tersergam di depan mata. Aku kembali pada UTM untuk menjadi seorang pendidik seperti yang aku impikan masa kecil dulu. Ya, tempat ini jugalah kali pertama aku ditemukan dengan dia. Dah dua tahun berlalu, mungkin dia dah bahagia dengan Marina mungkin dah ada penyeri. Aku? Entah kenapa susah sangat aku nak lupakan Luk.
“I’m Miss Hana Fatihah, this is my room number. Anything to discuss about our subject or want to hangout with me, I’m always open my door to your all. Okay that’s all for today. Assalamualaikum,” pelajar berpusu-pusu mengerumuniku dan mengucup tanganku tanda hormat. Memang ada kepuasan bila jadi pendidik.
Kelibat pelajar tak kelihatan, yang tinggal cuma seorang gadis berkaca mata yang sedang memandangku dengan pandangan yang aku tak tahu. Nampak dia tengah gusar semacam dengan bibir yang dia gigit. “Miss... I think I need your caunseling.”
Aku tarik lembut tangannya seraya dia bangkit dari duduk. “Nasib baik saya free. Ok, jom. Let’s go to my room,” dan dia menurutku.
“SO, sejak awak dapat secret delivery ni awak jadi tak senang duduklah?” Tina mengangguk sebelum mengeluh kasar. “Saya ada tanya dekat kawan saya tu, tapi dia diam je. Menyampah tahu tak. Sape pulak yang minat saya dalam diam ni?”
            Aku pegang botol kaca yang berada di peganganku. Banyak kertas berwarna warni yang ditulis di dalam botol. Buat aku teringat kisah aku dulu, dapat secret delivery sejambak bunga mawar merah dan coklat. Memang secret delivery turun temurun kot.
            “Awak akan tahu satu hari nanti Tina.”
“Bila? Dah sebulan tapi tak dapat jawapan lagi.”
            “Mungkin bila awak dah nak graduate atau tak lama lagi awak akan tahu siapa yang bagi awak benda ni?”
            “Argh! Mereputlah saya macam ni miss,” aku ketawa.
            “Tak semua soalan ada jawapannya Tina, tapi awak tak payahlah fikir pasal secret delivery ni, saya yakin awak akan dapat jawapan awak suatu hari nanti. Cepat atau lambat je,” ujarku pada Tina.
            Tina ambil botol dan ukir senyum nipis. “Baik, saya tak akan fikir tapi saya percaya kata-kata Miss Hana, saya akan dapat jawapan saya suatu hari nanti,” aku angguk setuju dengan kata-kata Tina.
            “Miss... can I ask you something?”
            “Yes, your pleasure,” ujarku sebelum teguk segelas teh panas.
            “Do you have an experience call love with any man?”
            Aku hanya tersenyum dengan soalan Tina. Jauh sangat budak ni fikir. Ada. Cuma dia, pengalaman terindah dan menyakitkan untuk aku. Kena buang kerja oleh orang yang aku cinta dan farewell kami hanya dipandang kosong olehnya.
            “Just a story about a woman who felt guilty because she rejected a man that want to become her defenced,” ujarku senada. Tina hanya tersenyum padaku. Macam yang Luk pernah kata dekat aku, masa lalu jangan bawa ke depan.
DUDUK di bawah rimbunan pokok di padang yang sunyi dengan buku sketch serta pensil di tangan. Bau padang yang aku rindukan. Akhirnya, setelah beberapa tahun berlalu aku dapat duduk di tempat ni lagi. Nostalgik apabila aku didatangi seorang pemuda berbaju kemeja kotak-kotak dengan topi fedora di atas kepala, Nikon tergantung di lehernya.
            Jangan bawa masa lalu ke hadapan. Hanya menyakitkan hati je. Aku mula membuat garisan halus di atas sketch sambil sesekali mataku memandang padang yang sunyi. Angin membuatkan shawlku ditiup angin. Dingin petang menyapaku. Apa angin padang juga rindukan aku ke?
            Tanganku terus menari di atas sketch tanpa ada tanda nak berhenti. Sunyi, sepi. Tiada manusia yang kelihatan. Entah kenapa ada satu perasaan sentap menjengah di hati. Sedih, pilu. Berdetak hebatnya dalam jiwa aku. Bagaikan bunyi muzik remix.
            “Would you become my flower?” Aku lantas panggung kepala saat ayat itu menjengah di gegendang telingaku. Kosong. Kenapa susah sangat aku nak lupakan Luk? Padahal dia yang nak aku go away dan jangan tunjuk muka depan dia lagi. Benda tu menyakitkan. Sagat menyakitkan hati aku.
            Kenapa aku kena fikirkan seseorang yang tak akan fikirkan aku lagi? Yang hanya mampu berkata-kata bahawa dia mahu menjadi pelindung untuk aku sementelah hati aku dirobek dan dikoyaknya. Hati aku bagaikan sampah buat Luk. Sakit.
            Sketch mulai ada titik basah. Aku dongak pandang langit, ternyata langit masih cerah. Aku sentuh pipi, ya sekali lagi pipi aku basah dengan air mata. Air mata sia-sia. Tapi menangis itu akan buat seseorang jadi kuat. Aku pegang kata-kata itu sebab aku akan rasa satu kepuasan lepas menangis.
            Aku senyum hambar saat sketchku selesai. Gambar bunga yang ada di minda aku saat ini. Air mata aku kesat lembut sebelum bangkit dari duduk. Masa untuk balik, mesti mama tengah tunggu dekat rumah. Saat aku ingin keluar dari padang, satu figura berdiri di depanku. Aku kenal figura itu, bertopi fedora dengan baju kemeja kotak-kotak. Nikon tergantung di lehernya. Dia pandang aku dengan pandangan kosong.
            Aku mimpi, ye aku mimpi. Aku kembali meneruskan langkahku keluar dari padang. “Hana Fatihah,” dia menyeru namaku. Aku pandang dia. Dia pandang aku sebelum buka topi fedora.
            “Luk?”
            “Ya, saya Luk. Awak ke mana je dua tahun ni Hana? Jangan pergi lagi boleh tak?” Suara Luk kendur, ada setitis air mata terbit dari birai matanya. Wajahnya masih seperti dulu, tiada perbezaan. Rambut pacak yang masih sama. Cuma wajah Luk wajah yang menyedihkan untuk aku. Aku tak pernah nampak wajah sedih Luk.
            “Kenapa awak diam Hana? Awak pergi mana je dua tahun ni?” Aku tersenyum, sinis.
            “You ask me where I’m going? Penting sangat ke untuk awak Luk?”
            “Penting. Sangat penting untuk saya Hana. Awak amat bermakna untuk saya.”
            “Penting? Awak dah ada Marina. Dia bunga yang awak cari bukan? Kenapa nak cakap saya ni bermakna untuk awak? Apa awak lupa apa yang awak ucapkan dulu? Just go away dan jangan tunjukkan muka depan aku lagi? Awak pecat saya at that time juga. Apa semua ni?” Aku balas. Aku dah penat, aku tak tahu apa yang Luk mahukan sebenarnya.
            “Saya sedar yang saya tipu hati saya sendiri Hana, hati saya terlalu sakit sejak awak reject propose saya lima tahun yang lalu, di tempat ni. Saya nak awak rasa apa yang saya rasa tapi at the same time, saya nak sentiasa jadi pelindung cinta untuk awak. Saya sedar yang saya cintakan awak bukan Marina dan saya minta maaf...”
            Luk duduk, melutut di depanku. Aku bungkam. Dia nampak begitu menyesal. Dia dongak pandang wajah aku. Air matanya mengalir tanpa henti. Aku pandang tempat lain, tak betah nak pandang wajah Luk.
            “Maafkan saya, Hana. Maafkan saya dah sakitkan hati awak.”
            “Senanglah awak nak ucap kata maaf, yang sakitnya hati saya Luk. Hati saya ni yang merana! Setiap kelakuan awak buat saya sakit, awak tahu tak?! Awak tahu apa? Saya ni... hati saya sakit Luk. Saya tak boleh, sorry... I can’t. Saya tak nak sakit lagi, just let me go,” ujarku seraya keluar dari padang. Aku tak dapat nak tahan air mataku dari jatuh ke pipi. Aku dah penat nak menangis untuk Luk, tapi bila aku ingat semula setiap kelakuan dinginnya padaku buat aku sakit. Hati aku sangat sakit.
“PAGI tadi ada seorang anak muda datang rumah kita. Segak budak tu, smart. Sopan pulak tu, bekerjaya. Kalau dia jadi menantu mama mesti mama senang hatikan, at least ada juga orang yang tengokkan kamu, Hana”
            “Hana, dengar tak mama cakap apa?” Aku pandang mama yang duduk bertentangan denganku.
            “Mama cakap apa tadi?” Mama tuangkan air suam pada gelasku.
            “Tadi ada orang datang, merisik kamu. Kamu terima tak? Umur kamu tu dah nak masuk 30 Hana, elok sangatlah tu.
            “Ada orang merisik? Siapa?”
            “Mama tak ada gambar dialah Hana. Tapi mama ada kad dia, katanya dia dah lama berkenan dengan kamu. Ni ha kad dia, nanti bolehlah kenal.”
            Aku telek kad nama yang berada di pegangan tanganku. Keluhan berat aku lepaskan. Luk memang serius, jumpa mama pulak dah. Aku pandang wajah mama, mama nampak bersemangat.
            “Hana kenal?”
            “Kenal gitu-gitulah. Mama ingat tak kes ada dua orang nak serang Hana?”
            “Ingat... jap, eh bukan budak tu ke yang tolong kamu?” Aku angguk lemah.
            “Ha, mama  nak kamu terima. Tak kira, mama pun berkenan sangat dengan budak tu. Mama setuju!”
            “Hana tak nak,” jawabku, senada.
            “Hana, umur kamu tu dah nak masuk 30 tahun dah. Mama pun nak merasa juga ada cucu, mama ni dah tua. Bila-bila masa je mama boleh pergi yang tak kembali. Mama pun boleh pergi dengan aman nanti, anak mama ni ada orang yang jaga,” aku kerut dahi dengan kata-kata mama. Aku tak suka mama cakap macam ni.
            “Mama, jangan cakap macam ni. Boleh tak?”
            “Mama cakap benda serius Hana. Mama nak kamu terima budak Lukman tu. Keputusan mama muktamad.”
            “Hana kena buat istikharah dulu mama, ni masa depan Hana,” ujarku untuk memuaskan hati mama. Mama dah senyum bahagia. Kalaulah mama tahu apa yang berlaku pada aku dan Luk. Kalaulah mama tahu aku kena pecat dengan Luk, mama masih nak terima Luk ke? Ye, aku tak pernah bagitahu mama aku kena pecat, mama cuma tahu aku letak jawatan sebab nak sambung master.
BUTANG LIF aku tekan, kalau bukan sebab mama jangan harap aku datang syarikat ni lagi. Tujuan? Hanya satu nak bincang hal aku dengan Luk. Saat pintu lif terbuka, seorang penyambut tetamu bertudung bawal hijau daun tersenyum padaku. Dua tahun aku keluar dari syarikat ni, Marina dah hilang dari radar ke?
            “Ye cik, cik nak cari sape ye?” Alahai, sopannya, kontra dengan Marina.
            “Saya nak jumpa Encik Lukman Asfar. Dia ada ke?”
            “Cik dah buat appointment dengan Encik Lukman ke?” Soalnya sambil memandang wajah aku.
            “Dah...”
“Hana?” Aku panggung kepala saat namaku diseru oleh seseorang. Luk dah tercegat berdiri di depanku. Dia tampak smart dengan kemeja lengan panjang berwarna hitam. Luk... memang sempurna di mata aku.
AKWARD berlapis dalam diri aku. Satu nafas panjang aku tarik sebelum hembus. Wajah Luk yang duduk bertentangan denganku aku pandang. “Luk. Awak serius ke nak kahwin dengan saya?”
            “Saya nampak tak serius ke Hana?”
            “Saya tak yakin saya mampu lupakan setiap apa yang awak buat dekat saya dulu. Sakit, rasa terseksa. Saya cuma rasa penat je Luk. Hati saya tak ikhlas untuk terima awak seperti mana yang awak rasa sekarang ni. Saya cuma nak sedapkan hati mama saya je. Saya nak awak tahu yang persetujuan saya ni hanya sebab mama.”
            Luk pandang aku, aku pandang Luk. Ya, apa yang aku ucapkan ni memang kejam untuk Luk. Tapi hati aku masih tersisa dengan kata-kata Luk dulu. Aku berdendam? Aku pun tak tahu apa yang aku rasa saat ini.
            “It’s ok Hana. Apa pun yang awak rasa saya akan terima. Saya akan rawat semula hati awak yang saya dah sakitkan dulu. Asal awak jangan pergi dari hidup saya lagi,” Wajah Luk nampak bersungguh-sungguh, wajah yang pernah dia bagi lima tahun yang lalu, di bawah rimbunan pokok.
            “Would you be mine? Forever?” Kotak kecil berwarna merah dia hulur pada aku. Cincin yang sama dia beri pada aku lima tahun yang lalu.
            “Marina?”
            “She’s gone. Lepas saya pecat dia atas penyelewengan wang syarikat dia hilang macam tu je. Tanpa jejak. Memang saya bodoh, tipu hati sendiri dan sakitkan hati awak. Maafkan saya Hana.”
“Berapa banyak pun maaf yang awak bagi, benda dah jadi Luk. Kita tak boleh nak ubah apa yang dah jadi. Macam hati saya, saya cuma mampu terima apa yang dah jadi. Biarpun... benda tu sakit sangat. Awak hancurkan hati saya Luk. Awak robek, tikam hati saya. Sakit...” suaraku mulai kendur.
“Hana...”
“Boleh ke saya terima awak sebagai suami saya sedangkan...” aku buang pandangan ke tempat lain.
“Sedangkan hati saya masih tersisa rasa perit dan seksanya. Just go away dan jangan tunjuk muka depan aku lagi. Ayat awak yang tu, memang buat hati saya hancur. Hancur,” tambahku sebelum tertunduk.
Luk diam. Tiada sebarang reaksi dari dia. Entah apa yang dia fikirkan, nak menyesal? Entah.
“Awak tak boleh nak maafkan saya ke Hana?” Aku panggung kepala dengan pertanyaan Luk. Aku hanya diam. Seperti biasa, tak semua soalan ada jawapan.
BILIK KAYU dihadapanku aku pandang sepi sebelum tombol pintu aku pulas. Selepas aku bersihkan ruang tamu dan dapur, aku rasa bosan dan akhirnya kebosanan aku terhenti saat aku melihat satu bilik yang terletak berhampiran tangga. Seminggu hidup bersama Luk, tiada yang istimewa dengan kedinginan aku. Entah, sampai bila rasa dingin ini akan terhakis. Aku pun tak tahu.
            Suasana bilik tampak suram dan gelap biarpun cuaca cerah di luar sana. Hanya sebuah tingkap yang ditutup dengan langsir. Suis lampu aku buka, semuanya merah dan jelas kelihatan isi di dalam bilik. Tak ada apa yang aku nak kemaskan melihat bilik yang kelihatan kemas dan teratur. Ada satu rak buku yang diletak bersebelahan pintu. Ada satu meja yang terletak di hadapan tingkap, di atas meja kelihatan satu besen besar kosong dan dilapik dengan surat khabar. Mataku terhenti pada dinding dan tali panjang di dalam bilik ini.
            Kaget.
            Gambar aku?
            Setiap gambar aku digantung di tali. Gambar semasa aku masih bergelar pelajar UTM sehingga aku sibuk bekerja di syarikat Luk. Semuanya diambil secara senyap. Luk memang masih jadi stalker aku hingga ke hari ni ke? Aku pandang album tebal di atas meja. Tertulis satu ayat bunga yang tumbuh mekar di hati aku, semakin mekar hari demi hari. Aku ukir senyum nipis sebelum aku belek album tersebut. Muka surat pertama semasa hari jualan di kampus dulu, aku kelihatan sibuk. Muka surat kedua semasa aku duduk di bawah rimbunan pokok bersama gitar.
 Saat di muka surat aku duduk di bawah pokok melukis di atas kanvas menyentap jiwa aku. Hati aku hancur, bunga yang tertanam di jiwaku bagaikan layu. Cinta aku ditolak. Hana, kenapa awak tolak cinta saya? Caption tersebut tertulis di bawah gambar. Muka surat terakhir di saat aku duduk di bawah rimbunan pokok sambil melukis di atas buku sketch. Masih baru. Luk... sampai ke hari ni dia memang stalker buat aku.
Aku tutup album sebelum terduduk. Hati aku tak kuat untuk berdiri saat ini. Entah kenapa rasa sakit tu tak boleh hilang. Kadang-kadang aku tertanya kenapa saat itu aku tolak cinta Luk tanpa kenal dia dengan lebih dekat? Kenapa aku tak terima seorang lelaki yang ikhlas dengan aku? Tak semua soalan ada jawapan. Jawapan aku hanya dua, aku hanya mahukan kejayaan aku dan hati aku rasa tersentak saat seorang lelaki yang aku tak kenal melamar aku. Aku tak faham saat itu.
Mungkin kesakitan yang aku alami dua tahun yang lepas adalah perasaan yang Luk pernah rasa dulu?
“HANA,” aku panggung kepala dari laptop saat Luk menyeru nama aku. Segelas teh panas dia hulur pada aku sebelum duduk bertentangan denganku di atas sofa. Aku sekadar menunduk tanda terima kasih.
            “Your pleasure,” jawabnya, senada.
            Suasana sepi buat seketika. Aku kembali fokus dengan pekerjaanku tanpa melayan Luk, aku tahu tercatat lagi dosaku tak layan Luk sebagai yang halal buat aku. Keegoan aku menebal dalam jiwa biarpun hati aku membuak-buak ingin lepaskan semuanya dalam dakapan Luk. Biar Luk tahu perasaan aku pada dia selama ini.
            “Hana, awak tak nak rehat ke? Saya tengok dari petang tadi sampai pagi buta awak asyik sibuk je dengan kerja awak. Rehatlah dulu.”
            Diam.
            Sesaat kemudiaan, Luk duduk bersebelahanku. Lengan kami saling bersentuhan. Wangian Luk menusuk ke rongga hidung aku, aku jadi tak selesa nak buat kerja. Mamat ni dah kenapa? “What do you want to ask me, Hana?”
            Aku pandang Luk, Luk pandang aku. Juntaian rambutku dia selit ke belakang telinga. “Sekarang, saya boleh renung kesuluruhan wajah bunga saya. Just ask me Hana. Saya akan jawab.” Aku larikan pandangan dari Luk, memandang skrin laptop aku.
            “Since when you become my stalker?” Soalku, senada.
            “Since you enter my heart. Since you save me from suicide. Since I like and it’s turn into love. Padang tu, setiap kali awak hilang dalam hidup saya, saya akan ke padang tu untuk cari bunga saya yang hilang. Maybe, it’s look stupid but... saya sedar yang saya dah sakitkan hati awak, Hana. Sebab hati saya terlalu sakit, saya lepaskan dekat awak. Saya nak buat awak rasa apa yang saya rasa. Tapi... lepas awak pergi, saya sedar yang bodohnya saya sebab terlalu ikutkan kemarahan. Saya tak sedar yang saya dah lukakan hati awak,” jawabnya dengan nada yang mendatar. Aku ketap bibir sebelum pipiku terasa basah.
            “Just go away dan jangan tunjuk muka depan aku lagi. Kata-kata yang awak bagi dekat saya dulu, Luk. I just, can’t. Permainan hati di antara kita buat saya terseksa, I’m sorry,” aku lekap tangan pada muka. Aku tak sanggup nak berdiri dan larikan diri dari Luk. Aku hanya mampu duduk di sebelahnya dan menangis sepuas hati aku.
            Sesaat kemudiaan, aku rasa kehangatan yang aku nak selama ni. Ya, kehangatan dari Luk saat diriku berada di dakapannya. “Maafkan saya Hana. Saya tak... sedar yang saya dah seksa hati awak. Saya memang tak guna, lukakan hati bunga yang saya cinta. I’m stupid. Lepaskan semuanya Hana, saya tak akan biarkan diri saya sakitkan hati awak lagi. I love you, forever. Only you,” dan aku terus menangis dalam pelukan hangat Luk. Mata aku dah terasa sembap dengan air mata yang tak nak berhenti mengalir.
AKU hanya berdiri di balkoni sambil memandang langit kelam dengan gugusan bintang dan bulan. Malam ni, ada beberapa gugusan bintang yang menghiasi langit. Dingin. Indah. Seindah cerita hidup aku. Setiap memori manis dan pahit aku dan dia aku tak akan lupa.
            Tangan kasar yang mulai melingkar di pinggangku ukirkan senyum di bibirku. Aku rasa kehangatan yang dingin sebentar tadi. Tangannya aku genggam, erat sebelum aku kalih menghadap Luk. “Awak nak apa-apa tak? Nak air? Saya buatkan?” Tanganku ditarik lembut menghampirinya. “Saya tak nak apa-apa selain awak, Hana.” Mata kami saling bersatu. Tangannya dah merayap pada wajahku sehingga mati di bibirku. Tangannya aku genggam, erat sebelum dahi kami bersatu. Pipiku terasa basah, ada air mata mengalir lagi tanpa aku sedar. Kali ini air mata bahagia yang aku idamkan bersama Luk dulu.
            “Kali ni, kalau awak nak nangis. Saya akan sentiasa jadi tisu untuk awak,” aku gelak kecil. Tak tahu kenapa kata-kata Luk tercuit hati aku. Luk senyum pada aku sambil usap air mata aku. “I’m glad to hear that tak lama lagi kita akan jadi ibu dan ayah pada anak kita,” ujarnya dan tanganku yang melekap di kandunganku dia genggam, erat.
“Saya akan pastikan air mata awak tak akan mengalir sebab hati awak disakiti lagi. Saya tak akan maafkan diri saya kalau awak sedih. Saya cuma nak bagi kebahagiaan untuk awak je Hana,” dan sesaat kemudiaan, aku kucup lembut bibir Luk. Luk tersenyum.
            “Saya cintakan awak, Hana. Selamanya.”
            “Saya pun... akan sentiasa mencintai awak Luk.” Luk peluk erat tubuh aku. Aku rasa kehangatan Luk.
            “Awak jangan pergi lagi ye, sayang. Mekarlah awak dalam hati saya sebagai bunga, Hana. Saya akan sentiasa jadi pelindung untuk awak, selamanya.”
            Aku ukir senyum, tenang. Aku dapat satu perasaan. Aku dapat lepaskan semua yang terperuk dalam hati aku selama lima tahun. Luk, segalanya untuk aku. Aku sedar yang aku tak patut nak bawa masa lalu ke depan, peluang kedua itu harus diberi pada setiap orang.
LAPAN TAHUN YANG LALU
“Kau tahu apa je ha?! Kau tak tahu apa yang aku rasa dan tak ada siapa yang tahu apa yang aku rasa selama ni. Aku mati? Aku dapat jumpa mama aku. Aku tak boleh hidup tanpa mama akulah!”
            Hana menghampiri Luk yang berdiri di atas bangunan tinggi. Setapak dia ke depan, jatuh. Mati dan hidup bergantung pada Allah. “Kau jangan nak dekat aku!”
            “Stop! Ya, memang tak ada yang faham apa yang awak rasa. Eh, awak nak bunuh diri apa awak ingat awak akan jumpa mama awak ke? Ha? Sedangkan ramai yang nak hidup untuk peluang kedua awak pula nak ambil jalan pintas nak hapuskan diri awak. Saya pun macam awaklah, bahkan saya tak pernah rasa kasih sayang seorang ayah. Tapi saya redha yang Allah lebih sayangkan ayah saya. Apa awak ingat kalau awak terjun awak dapat jumpa mama awak ke? Tak! Bahkan awak akan buat mama awak jadi sedih dengan tindakan bodoh awak ni.”
            Luk pandang wajah Hana. Wajah Hana yang tegang dia teliti dan diproses di dalam minda. Kenapa kata-kata gadis sepertinya dapat menenangkan hatinya yang sedang gusar? Ada aura pada gadis itu. Dia berundur setapak ke belakang sebelum dia terduduk. Hana berlari menghampiri Luk.
            Senyuman nipis Hana beri pada Luk. Ada air mata yang mengalir dari pipi Luk. “Awak menangislah, menangis akan buat kita jadi lega... kan? Setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma ketabahan je yang boleh kuatkan awak.” Beberapa staff kolej menghampiri Luk dan Hana. Luk dipimpin oleh seorang staff kolej keluar dari bangunan. Wajah Hana diamatinya sekali lagi. Gadis tu, baru je selamatkan dia dari bertindak bodoh. Gadis tu pelindung buat dia, penyelamat nyawanya dan gadis tu, buat dia sedar erti kehidupan yang sebenarnya.
           
           

           


           


3 ulasan:

  1. Best..👍👍 dan ada nama mia..haha

    BalasPadam
  2. Best..👍👍 dan ada nama mia..haha

    BalasPadam
  3. Casino Games - Mapyro
    › game › bt › game › bt Best Casino Games. BGT, Wynn & Casino. 시흥 출장안마 1. 목포 출장샵 BGT-BETT. Casino. 2. BGT-BETT. 부산광역 출장마사지 Slot. 3. Slot. 5. Slot. 6. 문경 출장안마 Slot. 7. Slot. 8. Slot. 9. Slot. 창원 출장마사지

    BalasPadam

Ask Me