“ALA
Aira jomlah kita ikut camping ni. At least hilang juga stress kita
menghadap assignment yang berlambak
tu. Lagipun boleh juga kita tenangkan fikiran sebelum minggu exam. Yalah kan, bulan depan kan kita
dah nak exam.” Pujuk Risha pula.
Keras betul hatinya Aira ini, sudah dipujuk berkali-kali masih tetap berdegil.
Sudah juga diceritakan tentatif program mereka dan tempat perkhemahan yang
menarik tapi Aira masih tetap dengan keputusannya.
“Aku stress? Kau pernah tengok ke aku stress? Aku rasa
engkorang berdua ni yang stress tiap-tiap hari. Aku boleh hilangkan stress aku
sendirilah dan tak payah pergi hutan semata-mata nak hilangkan stress,” ujar
Aira senada sambil tangannya memusingkan pen biru. Sesekali dia membelek buku
teks yang dipinjam dari perpustakaan.
“Dah kau pun muka tak ada perasaan macam mana nak tahu
kau ni stress ke dak. Hari-hari bagi
muka kosong kau tu dekat kita orang. Macam nilah, kalau kau tak ada duit nak
bayar duit camping tu apa kata kau
pinjam duit aku dulu. Ok? Nanti-nanti kalau kau dah gaji kau bayarlah aku pula.
Aira, inilah masanya untuk kau keluar dari perasaan takut tu dan ini jugalah
msanya untuk kau lari sekejap dari ayah kau yang kejam tu. Boleh?” Aira hanya
tersenyum nipis dengan pujukan Tiana yang membuatkan hatinya terjentik rasa
terkilan. Dipandangnya wajah Tiana dan Risha silih berganti sebelum dia
bersandar di belakang kerusi. Pen diselitkan di belakang telinga.
Kalaulah kau orang tahu kenapa aku tak nak ikut kau
orang…
“Ya betul tu Aira. Sekurang-kurangnya boleh juga kau
lupakan sekejap tentang ayah kau yang tiba-tiba muncul tu. Kau boleh pinjam
duit kita orang. Lagipun aku tahu kau suka dengan alam. Kan?”
“Ish, kau orang nikan menyampah pula aku. Tak penat ke
desak orang degil macam aku ni?”
“Bukan tak penat tapi aku cuma nak tenangkan hati kau
dari diserang rasa takut. Kau pernah backup
aku dan sekarang ni aku nak balas budi kau balik. Bolehlah Aira. Ya?” Pujukan
Risha kali ini disambut dengan gelak tawa Tiana dan Aira tatkala mereka
teringatkan kejadian Risha dikenakan oleh Nusaibah dulu.
“Sedapkan mee goreng cacing tu babe? Makan panas-panas pula tu,” ujar Tiana sambil menepuk bahu
Risha berkali-kali. Gadis itu terus memuncungkan bibirnya. Geram dijadikan
bahan jenaka oleh dua sahabatnya ini.
“Nakallah Tia, kesian aku tengok Risha. Tak ada yang
lawak ok, kalau aku kena rasanya aku fobia dah nak makan mee goreng,” tambah
Aira lagi dengan tawa yang masih tersisa. Membahang wajahnya ketawa tanpa
henti.
“Eleh kau kata aku nakal yang kau gelak tu apahal?” Aira
hanya menggelengkan kepalanya saja. Dia pun tiada jawapan kenapa dia harus
ketawa saat terkenangkan kejadian malang yang menimpa Risha dulu. Tapi
disebabkan kejadian itu jugalah dia dipertemukan dengan seorang pemuda yang
mampu membuatkan hatinya tersentak. Ya, dia tak pernah lagi rasa dilindungi
oleh seorang lelaki seperti mana Hail memperlakukannya.
Dalam masa yang sama, sepasang mata sudah terpaku melihat
gelagat Aira di dalam kafe. Langkahnya juga sudah mati disebabkan faktor
kejutan. Indahnya tatkala gadis itu tertawa dan tersenyum. Tiada sudah wajah
kosong yang sering dilihatnya. Wajah kosong itu sudah ditambahkan dengan
keindahan tatkala gadis itu tertawa menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.
“Kahfi…”
“Abenda?” Kahfi juga turut memandang ke arah Aira.
Dipandangnya sekilas wajah Hail yang sudah tersenyum lebar itu.
“Cantikkan dia tu?” Hail hanya mengangguk.
“Kalau aku test
dia kau setuju tak?” Hail angguk lagi.
“Ok, aku try
Aira eh… tup tuplah dia…”
“Kau nak aku tibai kau ke? Eh Aira tu milik hati aku
sampai bila-bila tau. Kau ingat ni,” ujar Hail sebelum dia berlalu pergi
meninggalkan Kahfi yang sudah menggeleng kepala itu. Kasihan pun ada dengan
sahabatnya itu. Hanya mampu memendam memandangkan puncak keegoan si bunga
terlalu tinggi. Nasib kaulah Hail.
TIANA
dan
Risha cepat-cepat mengambil tempat duduk di bahagian belakang meninggalkan Aira
yang masih beratur menaiki bas yang akan membawa mereka ke tapak perkhemahan
itu. Aira tersenyum saja melihat tingkah dua sahabatnya yang kebudak-budakan.
Sudah mahu masuk semester 2 tapi perangai serupa budak tadika saja.
Akhirnya, Aira duduk bersendirian selang sebaris dari
Tiana dan Risha. Sengaja dia mengambil tempat bersebelahan dengan tingkap agar
dia dapat melihat panorama alam sepanjang perjalanan. Pengumuman dari pengerusi
kelab seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Lagi pula
pengerusi itu jarang sekali tunjukkan wajahnya kepada junior. Aira tak kesah,
janji dia dapat memenuhi kehendak subjek. Nanti selepas dia semester 3 dia tak
akan hadap kokurikulum ini lagi. Lega.
“Assalamualaikum.” Suara yang menusuk halwa telinganya
mematikan lamunan panjangnya. Dia terus kalih menghadap figura yang memberikan
salam sebentar tadi. Berkerut terus dahinya melihat wajah yang sedang tersenyum
padanya. Kenapa lagi dia muncul?
“Kau kata kalau aku tak bagi salam aku ni tak beradab dan
sekarang aku dah bagi salam kau diam pula.
So sekarang ni siapa yang tak beradab?” Hail segera memulangkan paku buah
keras terhadap juniornya itu. Aira terus buang pandangannya ke arah tingkap
semula. Pandai pula lelaki ini mahu memulangkan kata-katanya semula.
“Waalaikumusalam.” Jawabnya senada.
“Aku duduk sini boleh? Semua tempat dah penuh, tinggal
tempat sebelah kau je yang kosong. Boleh tak?” Aira pandang Hail lagi. Kenapa
harus begini kisahnya? Pelik juga Aira dibuatnya bila Hail muncul di sini.
Bukankah perkhemahan ini hanya untuk pelajar semester satu dan dua? Hail ini
sudah super senior, sudah semester lima untuk mengikut rombongan ini.
“Aira?”
“Kalau aku larang pun kau akan tetap duduk kan? So, why
not?” Hail terangguk-angguk sebelum dia mengambil tempat di sebelah Aira.
Sekali lagi gadis itu menghadap tingkap sebelum bas mula bergerak meninggalkan
perkarangan kolej.
Perjalanan yang memakan masa selama hampir sejam itu
akhirnya senyap tatkala pelajar sudah terlena. Lebih-lebih lagi hujan gerimis
turun lagi menyamankan suasana yang sedia dingin di dalam bas itu. Melihat
rintikan hujan yang mengalir dari tingkap menyedapkan hati Aira yang masih dihurung
rasa takut dengan kemunculan ayahnya semula. Tak tahulah bagaimana ayahnya itu
bisa mengetahui keberadaan dia dan ibunya. Sudah diceraikan dengan talak tiga
tapi masih boleh mengejar mereka dua beranak. Tiadakah rasa simpati dalam hati
ayahnya itu melihat keadaan kesihatannya yang semakin terjejas ini?
“Kenapa mengeluh? Takkan dah benci dengan hujan sebab
orang yang kau benci duduk sebelah kau?” Aira terus kalih ke belakang tatkala
suara Hail menusuk halwa telinga. Nyilu telinganya mendengar kata-kata sinis
Hail itu.
“Kenapa pandang aku macam tu? Leher kau dah lenguh ke duk pandang tingkap tu sepanjang masa?”
Suara Hail lagi pabila Aira sudah mengerutkan dahinya dengan pandangan tajam.
“Kau nak apa sebenarnya? Aku tak ada kacau hidup kau pun
kan?” Nada suara Aira kedengaran tegas. Tapi suara itu masih kedengaran begitu
gemersik di halwa telinga Hail. Dia tahu Aira ini gadis yang lembut tapi tegas.
Sebab itu dia suka.
“Aku nak apa? Aku nak…” Hail dekatkan wajahnya di depan
Aira sebelum gadis itu tersandar di belakang tingkap. Dia lantas kacip giginya
menahan geram. Mahu saja dilayangkan penumbuk ke wajah pemuda ini agar Hail tak
berani mahu menganggunya lagi.
“Aku nak kau jadi kawan aku. Boleh ke kau tunaikan
permintaan aku?” Pinta Hail sebelum dia tegakkan semula duduknya. Kasihan
melihat Aira yang sudah terkebil-kebil di sebelahnya.
“Tengok tu, kau senyap lagi. Tak apa… sekarang ni kan
hujan. Aku berdoa supaya kau boleh terima aku jadi kawan kau. Amin.” Hail
menadahkan tangannya lalu disapu pada wajahnya. Selepas itu dia sengih pada
Aira yang masih tersandar di belakang tingkap itu. Gadis itu sudah kaku melihat
tingkah Hail tika ini.
“Kau sejuk tak? Eh lupa kau tak suka jawab soalan aku
tapi aku tahu kau sejuk kan. Nah ambil ni, buat selimut lepastu kau tidurlah.
Buat back up, kat sana nanti kau tak
boleh tidur nyenyak sangat tau. Nanti banyak aktiviti yang buat mental kau
koyak. Nanti dah sampai aku kejutkan kau. Jangan risau aku tak akan ambil
kesempatan dekat kau pun.” Aira terus membetulkan posisi duduknya sebelum
tangannya teragak-agak menyambut baju sejuk yang dihulurkan Hail itu. Lelaki
itu terus meletakkan baju sejuknya di atas riba Aira sebelum dia tutup langsir
tingkap.
“Kau buat apa ni?” Sungguh, Aira rasa mahu pindah tempat
duduk saja dengan perilaku Hail terhadapnya. Dia sudah benar-benar terpaku
tatkala ini. Ada sesuatu yang menjentik hatinya. Rasa dilindungi.
“Kau kan kawan aku. Aku tengok muka kau pucat semacam je.
Aku buat macam ni sebab aku nak jaga kawan akulah. Tak salah kan aku jaga kau?”
Ujar Hail senada sebelum dia letakkan headphone di telinga. Dia lentokkan
kepalanya di sebelah kanan sebelum dipejamkan matanya. Aira masih begitu,
terpana dengan kata-kata Hail sebentar tadi. Dia renung wajah Hail dalam-dalam.
Tapi kenapa dia yang dipilih oleh pemuda ini? Kenapa Hail
terlalu baik terhadapnya? Kenapa Hail masih berharap agar dia menerima Hail
sebagai seorang kawan sementelah dia sudah lama memaafkan lelaki ini? Cuma dia
tak mahu berhubungan dengan mana-mana lelaki. Dia fobia. Tak mahu perkara yang
sama berulang kembali dalam hidupnya. Ya, dia tak mahu menjadi seperti ibunya.
Baju sejuk yang dihulur Hail tadi terus disarung pada
tubuhnya. Tanpa disedari gadis itu tersenyum nipis sebelum dia lentokkan
kepalanya di tingkap. Bunyi hujan yang masih kedengaran menyenangkan hatinya.
Akhirnya dia juga terlelap di situ.
“SEPERTI
yang aku jelaskan sebelum kita sampai ke tapak perkhemahan ni, sila ikut
peraturan yang sudah ditetapkan. Sesiapa yang melanggar peraturan akan
dikenakan tindakan…” pengarah yang sedang memberikan taklimat membuatkan Aira berkerut
dahi. Dia tak tahu apa yang harus dia lakukan di saat melihat wajah pengarah
yang tegas itu. Sudahlah muka garang macam nak terkam orang. Bagi taklimat pun
macam dalam kem tentera. Aira tak suka.
“Aira Sofea! Kau mengelamun apa tu? Kau faham tak apa
yang aku bebelkan ni?” Suara Hail yang naik satu oktaf itu membuatkan Aira
tersentak. Cepat-cepat dia mengangguk faham sebelum dipandangnya wajah Tiana
dan Risha silih berganti. Patutlah beria-ia memujuknya, rupa-rupanya ada udang
di sebalik batu. Bagus betul kawan-kawan Aira ini.
“Kau ni memang tak beradab ke Aira? Aku tanya dan aku nak
soalan dalam bentuk lisan! Bukannya angguk macam burung belatuk. Buka mulut kau
tu dan jawab soalan aku! Itu pun nak kena ajar ke?” Tegas Hail sebelum dia
melangkah ke arah Aira yang sudah berkerut dahi itu. Hailah, mamat ni suka hati
saja nak marah-marah aku. Apa dia ingat…
“Kau jangan nak cari pasal dengan aku. Sekali aku tak
puas hati dengan kau jangan harap kau boleh aman kat sini. Faham?!”
“Kau nak marah-marah aku tak tentu pasal ni kenapa? Tak
boleh ke nak cakap elok-elok?! Perlu ke kau nak tengking-tengking aku…”
“Aira Sofea! Aku arahkan kau sediakan makan tengah hari
untuk kita orang hari ini. Lepas kau orang siapkan khemah, aku nak kau sediakan
semua makanan tengah hari. Aku tak nak sesiapa tolong perempuan tak beradab ni.
Ada faham?!” Tegas Hail lagi membuatkan Aira pegun. Pelik dia dengan perangai
lelaki ini. Tiba-tiba saja berkasar dengan dia. Rupa-rupanya spekulasinya
salah. Semua lelaki sama saja. Suka menghukum perempuan sesuka hati mereka.
“Kenapa pandang aku macam tu? Tak puas…”
“Kau
nak tahu kenapa aku pandang kau macam tu? Sebab aku rasa kau ni gila! Mental!”
Bentak Aira sebelum dia buntuti rakan-rakan lain ke tapak perkhemahan. Hail
yang masih dalam keadaan senang diri itu hanya memandang sepi langkah Aira.
Diperhatinya saja tingkah gadis itu sebelum dia tersenyum sendiri. Puas
hatinya.
“Betul cakap Aira, aku rasa kau ni memang dah gila.
Gilakan minah tu sampai kau guna-gunakan dia macam tu. Kasihan tahu budak tu.
Kena gertak oleh orang gila macam kau ni.” Sempat lagi Kahfi berikan ayat sinis
pada Hail sebelum dia membantu juniornya mendirikan khemah. Hail tertunduk buat
seketika sebelum dia menerpa ke arah Kahfi. Apa lagi yang harus dia lakukan
untuk menarik perhatian gadis itu? Ini sajalah caranya meskipun dia akan
dibenci oleh gadis itu..
Sudah masuk hari ketiga mereka melakukan aktiviti tanpa
henti. Pagi ini merupakan aktiviti terakhir yang mereka lakukan sebelum pulang
ke kampus semula. Fasilitator yang bertugas sudah menyiapkan beberapa checkpoint kepada para peserta. Di dalam
sebuah khemah, Tiana dan Risha sudah saling berpandangan tatakala melihat wajah
Aira berubah sedikit kebiruan. Mereka cemas. Tidak pernah lagi dilihatnya Aira
seperti ini. Keberadaan Aira di sini juga memberikan kekesalan kepada mereka.
Entah kenapa pengerusi poyo itu sering kali mempergunakan Aira. Ada saja
tingkah Aira yang tidak memuaskan hatinya dan pengakhirannya Hail pasti akan
denda Aira dengan pelbagai cara.
“Wei kau ok tak?” Aira sekadar mengangguk sambil
menggagau beg sandangnya. Mencari bekas yang sentiasa dibawa bersama. Jumpa.
Dia terus mengeluarkan bekas tersebut.
“Kau orang pergi dulu. Nanti aku join. Ok?”
“Tak, nanti kalau kau kena marah dengan Hail lagi macam
mana? Sepanjang kita kat sini dia dah banyak kali denda kau tanpa henti. Ish
mamat tu dah mental ke apa? Adik dengan abang sama saja. Suka betul tindas
orang lain.” Rungut Tiana.
“Janganlah babe,
aku tak nak kau orang kena. Aku ok, aku cuma penat sikit je ni. Kejap lagi aku
keluarlah. Please?” Rayu Aira sambil
mengenggam tangan Tiana dan Risha. Cukuplah sahabatnya ini tahu mengenai
masalah keluarganya. Dia tak mahu mereka tahu satu lagi rahsia yang dia simpan.
Tak mahu membebankan dua sahabatnya ini.
“Siswi! Keluar sekarang juga.” Suara serak basah sudah
kedengaran di luar khemah. Mereka bertiga sudah saling berpandangan.
“Tolonglah, kali ni ja kau orang ikut cakap aku. Aku ok,
kau orang janganlah risau sangat. Kau orang kata camping ni untuk tenangkan diri kita yang stress dengan assignment kan? So kau orang pun kenalah have
fun kat sini.” Pujuk Aira bersungguh-sungguh. Sungguh, nyeri pada dadanya
menyerang kembali. Mahu saja dia berehat tanpa membuat aktiviti di sini.
Sungguh, dia lelah.
“Hurmm… kau ni.
Menyesal pula aku…”
“Kau orang bertiga tu dengar ke tak aku cakap apa hah?
Pekak ke?! Nak aku masuk baru kau orang nak keluar? Jangan buang masa boleh
tak?” Herdik Hail lagi membuatkan Tiana dan Risha terus terkocoh-kocoh keluar
dari khemah lalu berlari anak menuju ke arah peserta yang sudah bersedia untuk
memulakan jungle trekking.
“Kau tunggu apa lagi tu Aira? Kau ni memang tak beradab
kan? Mana disiplin kau? Ini ke yang kau dapat sepanjang tiga hari kita kat
sini?” Dingin saja suara Hail di luar khemah. Bayangnya hanya jadi pemerhatian
Aira yang sudah berkerut dahi menahan nyeri di dada. Sekali lagi dia rasa
seolah-olah dadanya dihempap oleh sebatang pokok. Berat. Tangannya yang sedang
memegang botol mineral juga sudah terketar-ketar.
“Aira Sofea! Aku kira sampai lima kalau kau tak keluar
aku heret kau masuk dalam sungai tu. Kau nak?!” Ugut Hail. Namun kelibat Aira
masih tak kelihatan lagi.
“Kau cabar aku ke Aira?”
Senyap.
“Fine! Satu…
dua… tiga…” Hail mati kata bila kelibat Aira sudah kelihatan. Dipandangnya saja
wajah gadis itu dengan pandangan yang tajam. Aira sudah lali. Dia menurut saja
langkah kakinya beratur bersama peserta yang lain. Melihat langkah lemah Aira
itu membuatkan Hail sedikit pelik. Sakitkah gadis itu? Nampak lemah tak bermaya
saja. Tak seperti sebelumnya.
“Memandangkan semua dah ada, aku nak kau orang kira dari
depan sampai belakang sebelum kita mulakan perjalanan kita. Kalau sesiapa yang
rasa tak sihat bagi tahu aku awal-awal. Faham?” Kali ini May mengambil peranan
menggantikan Hail yang sudah berdiri di belakang peserta lain. Matanya ralit
saja merenung wajah pucat Aira sebelum dia hampiri gadis itu.
“Aku nak kau jalan depan aku. Kalau tak, aku heret kau ke
belakang.” Arah Hail separuh berbisik pada Aira sebelum mereka saling
berpandangan. Aira jelingkan matanya ke atas sebelum dia menurut perintah lelaki
itu. Malas dia mahu bertekak dalam keadaan dia tahan sakit tika ini.
Sepanjang perjalanan mereka ke air terjun, suara sinis
May tak henti-henti menyerang halwa telinga Aira. Lenggang lenggoknya pada Hail
sungguh memedihkan mata gadis itu. Mahu saja dia melangkah bersama dengan Tiana
dan Risha di hadapan tapi dia tak mahu lelaki mental itu mengherdiknya lagi.
Sikit-sikit dia saja yang salah. Sudah itu, asyik muka dia saja yang membuatkan
pengarah projek itu tak berpuas hati.
“Aira nak abang angkatkan beg Aira? Muka Aira pucat ni.”
Kahfi sudah beriringan dengan Aira sebaik saja mereka merentas sungai. Ini lagi
nampak parah dari Hail. Ada pula digelarnya dirinya itu abang pada Aira.
Memanglah seniornya itu tua dua tahun dari dia, tapi dia tak suka Kahfi menggelarkan dirinya sebagai
abang.
“Aira ok tak ni? Kalau tak kita rehat dulu. Boleh kan
Hail?” Kahfi kalih belakang memandang wajah Hail. Lelaki itu hanya diam sambil
meneruskan langkahnya tanpa menjawab soalan Kahfi. Tiba-tiba saja sahabatnya
ini bersikap prihatin pada Aira. Sudah kenapa?
“Kahfi, commonlah
kau nak manjakan junior ni. Kalau dia boleh perdajalkan orang so means that mental dia tak koyak lagi.
Betul tak Aira?” Suara May pula sambil berbisik di halwa telinga Aira. Sengaja
menyakiti hati gadis yang sudah tak bertenaga itu. Sejak Aira muncul dia lihat
Hail sudah jauh berubah. Hail semakin jauh dari dia. Kenapa dengan dia Hail
sering jual mahal tapi kalau dengan Aira? Dia nampak lelaki ini selalu saja
mempertahankan juniornya itu andai mereka memburukkan Aira. Geram.
Melihat tiada sebarang reaksi dari Aira membuatkan Kahfi
mengalah. Terus saja dia berlalu ke hadapan semula. Meninjau keadaan peserta
lain. Pelbagai ragam yang kelihatan. Ada yang mengadu sakit kaki ada juga yang
mengadu panas memandangkan bahang panas sudah mula memuncak di atas kepala.
“Hail, kenapa kau diam je ni? Kau penat ye?”
“May, berapa minit lagi sebelum kita sampai ke air terjun
tu?” Soal Hail tanpa memandang May. Berkerut dahi perempuan itu apabila
soalannya dijawab dengan soalan. Topi di atas kepala dibetulkan sedikit pabila
bahang mentari semakin menyerang. Dahi yang sudah berpeluh dikesat dengan
belakang tangan.
“Sepuluh minit macam tu kita sampailah. Kenapa? Kau nak
kita rehat dulu ke?”
“Tak perlu. Kita teruskan langkah. Kalau kita rehat nanti
lambat pula kita keluar dari sini. Lagipun lepasni ada aktiviti yang terakhir
lagi sebelum kita berkemas untuk pulang.” Dingin saja suara Hail ketika itu.
Bola matanya tak lekang dari memandang Aira yang sudah semakin perlahan
langkahnya itu. Seolah-olah gadis itu sedang menahan sakit saja.
“Ok, kalau macam tu…” May terus mati kata bila Aira yang
berjalan di hadapannya sudah berhenti dari melangkah. Dia mencebik.
“Kau ni dah kenapa? Tak larat? Tadi Kahfi tanya kau buat derk…”
“Kau orang… pergi dulu. Aku tunggu sini…” akhirnya
bersuara juga Aira setelah dia merasakan dirinya sudah tak mampu meneruskan
langkah lagi. Dia pandang wajah May dan Hail silih berganti dengan harapan
permintaannya ini akan diturutkan.
“Sikit je lagi wei. Sabar…”
“Kau pergi dulu May. Biar aku temankan dia kat sini.
Kahfi, Huzair, Rania! Kau orang tolong tengok-tengokkan peserta lain. Kalau ada
peserta yang tercedera, tolong bantu mereka dengan segera.” Arah Hail lagi.
Fasilitator dan peserta lain sudah tercengang dengan arahan Hail itu. Tambahan
lagi melihat Aira yang sudah duduk mencangkung sambil tertunduk menekur tanah.
Sungguh, nyeri di dadanya sudah tak tertanggung lagi. Dia hanya perlukan rehat
dan tidur agar kesakitan ini hilang.
“Hail, aku teman…”
“Tak payah, kau tolong dia orang yang lain. Tiana stay dengan aku.” Arah Hail senada
sebelum ditepisnya lembut tangan May yang sudah menggenggam pergelangan
tangannya. May pandang sekilas wajah Aira sebelum dia mengangguk faham. Baru
saja dia mahu merasakan keindahan air terjun bersama lelaki itu. Mencipta
sebuah memori tapi sudah dirosakkan oleh Aira Sofea. Lagi-lagi gadis itu
menganggunya.
“Sini, aku tolong…”
“Tak payahlah. Kau pergilah Hail, aku ok kat sini. Aku
cuma tak larat je nak teruskan.” Aira angkat muka pandang wajah Tiana dan Hail
yang sudah duduk mencangkung di hadapannya silih berganti. Kenapa lagi lelaki
ini harus terlibat dengan penyeksaannya tika ini? Sungguhlah dia tak kuat.
Barangkali air matanya akan tumpah bila-bila masa saja.
“Kau boleh tak jangan degil? Kau ingat sikit, aku ni
ketua kau dan tugas seorang ketua tu memastikan anak-anak buahnya dalam keadaan
baik. So, ni tanggungjawab aku. Kita
balik tapak semula. Kau rehat sebelum dia orang balik. Ok?” Kali ini suara Hail
sudah kembali seperti dulu. Tidak lagi setegas seperti dua hari sebelumnya.
Aira angguk saja dengan arahan Hail itu.
“Aku nak air.” Tiana segera menghulurkan sebotol mineral
kepada Aira. Hampir separuh botol Aira teguk sebelum dia bangun dari duduk
dengan bantuan Tiana. Mereka mendahului Hail kembali ke tapak perkhemahan namun
baru dua langkah Aira dan Tiana melangkah, langkah mereka kembali terhenti.
Cepat-cepat Hail menyambut tubuh Aira yang hampir rebah itu. Gadis itu sudah
dalam keadaan separuh sedar. Lebih-lebih lagi dengan bahang mentari.
“Hail, saya rasa Aira dah tak larat nak jalan lagi lah.
Awak boleh kan… tolong dukung Aira?” Tiana sudah saling berpandangan dengan
Hail yang terkedu itu. Dukung Aira? Mahunya dia kena herdik dengan perempuan
ini lagi. Tapi melihat keadaan Aira yang sudah mahu pitam itu membuatkan dia
tambah risau.
“Boleh?” Hail angguk saja sebelum dia duduk melutut
membelakangi Aira yang juga sudah terkedu dengan permintaan Tiana itu. Sungguh,
ini kerja gila.
“Tak, aku boleh jalan lagi. Ya, aku boleh jalan…” Aira
mati kata saat kepalanya bertambah pusing. Nafasnya juga sudah tak teratur sebelum
tubuhnya rebah di atas tanah. Semuanya sudah kelam buat seorang Aira.
“Ya Allah! Aira!!”
Hail terus memangku kepala gadis itu di atas ribanya.
Cemas melihat wajah Aira sudah pucat kebiruan. Sungguh dia bersalah menghukum
gadis ini tanpa henti. Semuanya hanya disebabkan dia ingin memberikan sedikit
pengajaran buat gadis itu tapi kesudahannya gadis itu jatuh sakit. “Aira…
bangun Aira… Tiana bagi saya air. Cepat Tiana!” Ditepuk-tepuknya lembut pipi
gadis itu sambil menyapukan air suam ke wajah Aira namun reaksi gadis itu masih
kaku. Rintik peluh yang mengalir di dahi Hail dibiarkan saja.
Jantungnya juga seolah-olah sedang berlari tika ini.
Selamatkanlah dia Ya Allah…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan